seminar bahasa melayu 2015 (latest)

Post on 08-Apr-2017

231 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SEMINAR BA-HASA MELAYU

2015

ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

PEMBELAJARAN LISAN MELALUI

SEKOLAH MENENGAH NGEE ANN

√ CIKGU JULINDA

√ CIKGU ZAHIRUDDIN

√ CIKGU NURULHUDA

√ CIKGU SARIMAH

Kandungan

Cabaran

01 0302 04 05

06 0807 09

Pernyataan Masalah

Tujuan Kajian

Kajian lepas

Kaedah kajian

Subjek Kajian

Instrumen Kajian

Prosedur Kajian

Dapatan Kajian

PERNYATAAN MASALAH• Para pelajar memberikan respons yang kurang

memberangsangkan apabila guru menyebutkan tentang peperiksaan lisan.

• Ada yang menggeruni komponen ini sehinggakan tidak dapat berkata-kata di hadapan pemeriksa.

• Para pelajar perlu memperoleh pelbagai kemahiran baharu dalam masa yang agak terbatas.

• Pengajaran lisan yang berpusatkan guru menyebabkan para pelajar kurang aktif dalam pembelajaran.

TUJUAN KAJIAN1.Menilai keberkesanan penggunaan iTunes U

dalam pengajaran dan pembelajaran lisan.

2.Meningkatkan keupayaan pelajar dalam kemahiran lisan sekaligus membantu mempersiap pelajar bagi peperiksaan lisan.

3.Menggalakkan pembelajaran aktif melalui pendekatan Pembelajaran Murid Secara Terarah (SDL) dan Pembelajaran Kolaboratif (CoL).

NATIJAHNYA,para pelajar perlu diberikan pelantar yang

membolehkan mereka berkolaborasi untuk mendalami, berbincang, berkongsi

pendapat antara satu sama lain dan sekaligus menunjukkan sikap

bertanggung jawab yang tinggi terhadap pembelajaran mereka.

KAJIAN LITERATURDavid Jonassen (1996)

Melalui pembelajaran kolaboratif, Pelajar melalui suatu proses pembelajaran yang memungkinkan interaksi dan komunikasi selain pelajar dapat membina

pengetahuan yang lebih bermakna

Pembelajaran kolaboratif Teknologi

Pelajar peroleh kemahiran penting dalam gagasan

kecekapan abad ke-21.

Citarasa pribumi digital dapat

dipenuhi.

KAJIAN LITERATUR

Dr Eric Marvin

Penerapan teknologi dalam pengajaran amat tepat kerana teknologi:

(1)membantu dalam pembejaran berpusatkan masalah.

(2)dapat dijadikan motivasi dan meningkatkan pelibatan pelajar di dalam kelas.

KAJIAN LITERATURMenggalakkan guru untuk:

1. merenung peranan teknologi dalam membentuk keperibadian dan pemikiran

pelajar.

2. membenarkan pelajar selaku ‘pribumi digital’ untuk menggunakan teknologi dalam sesi

pelajaran.

3. memperkasa para pelajar untuk memperoleh kecekapan digital (digital wisdom) melalui

keserasian mereka dalam alam dalam talian.

MARC PRENSKY (2012)

KAEDAH KAJIAN• Prinsip utama: Tujuan guru dan pelajar perlu diselaraskan

– Para guru dan pelajar dapat dipertanggungjawabkan atas mutu pengajaran dan pembelajaran.

• Guru bertindak selaku fasilitator– Mendorong penglibatan para pelajar melalui platform alam maya.

• Pelajar-pelajar pula dianggap mendukung integriti dalam menggunakan alat teknologi mereka hanya bagi tujuan pendidikan.

• Setelah prinsip-prinsip utama ini ditepati, sesi-sesi pelajaran BM dapat dijalankan dengan berkesan dan bermakna.

KAEDAH KAJIAN• Learning Analytics atau Analisis Pembelajaran merupakan

usaha penugasan teknologi untuk mengumpul data yang relevan supaya dapat ditakrif perlakuan pembelajaran yang dijalankan guru dan pelajar-pelajarnya.

• Malangnya, markah yang dikumpul adalah markah dan skor yang diraih pelajar selepas peperiksaan.

• Pasukan pengkaji menyarankan agar data-data lain seperti penglibatan pelajar turut diambil kira vis-a-vis prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

• Para pendidik perlu mengakui kuasa penyebaran dan pengaruh media sosial dalam pendidikan.

CIRI-CIRI PELAJAR ABAD KE-21

PEMBELAJARAN BERDASARKAN ICT DALAM BILIK DARJAH

ABAD KE-21

SUBJEK KAJIAN

• Pelajar menengah 1 Ekspres• Pelajar menengah 2 Ekspres

Seramai 42 orang pelajar

Instrumen KajianBagi pelajar menengah 1:

Wawancara dijalankan bagi mendapatkan maklum balas berkenaan keberkesanan penggunaan iTunes U dalam pembelajaran lisan.

Bagi pelajar menengah 2:

Selain data kualitatif dalam bentuk borang soal selidik dan wawancara informal, pasukan pengkaji juga mengambil markah peperiksaan lisan 2014 (pengajaran lisan tanpa platform digital) sebagai perbandingan.

Prosedur Kajian• Sebelum Pelaksanaan, guru pengkaji:

- berbincang & melakarkan rangka kursus.

- berikan saranan-saranan bagi langkah-langkah prosedur pengajaran dari awal hingga akhir, termasuk aspek penilaian.

- mengumpulkan bahan-bahan sebelum semuanya disemak & dimuatnaikkan ke dalam platform iTunes U.

iTunes U Course Manager(Guru)

Prosedur Kajian- Pelajar diarahkan memuat turun aplikasi

iTunes U.

- Guru pengkaji memuatnaikkan klip video yang memaparkan seorang pembaca berita.

- Pelajar diminta memberikan komen dan pendapat berkenaan cara pembacaan yang dipaparkan.

- Guru bertindak sebagai fasilitator.

- Pelajar menilai mengikut aspek-aspek yang dikemukan di dalam nota yang telah dimuatnaikkan juga.

Pelajar diharapkan dapat menjana sebuah perbincangan dan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mereka tentang pembacaan

cemerlang.

MINGGU 1

iTunes U

(Pelajar)

Prosedur Kajian• Pelajar membaca teks

yang dimuatnaikkan dan merakamnya.

• Rakaman tersebut kemudiannya dimuatnaikkan oleh pelajar sendiri.

• Hasil kerja pelajar dinilai rakan-rakan sekelas.

MINGGU 2

iTunes U

Pelajar

Prosedur Kajian

Proses ini diharapkan dapat menjana wacana intelektual antara para pelajar.

MINGGU 3 - 6

- Tumpuan diberikan kepada komponen perbualan dan perbincangan berdasarkan video.

- Pelajar perlu menonton klip yang diberikan, kemudian memberikan respons melalui ruang yang disediakan.

- Di peringkat ini, para pelajar boleh membuat pembacaan secara kendiri untuk mendalami topik tersebut untuk mengukuhkan lagi respons mereka.

iTunes U

Pelajar

Prosedur Kajian- Para pelajar kededua peringkat diberikan borang soal selidik.

- Beberapa kumpulan kecil diwawancara secara lisan.

- Guru menjalankan ujian prapeperiksaan bagi lisan sebagai latihan untuk pelajar 2 Ekspres.

- Markah ujian diambil dan dibandingkan dengan markah yang diraih pada tahun lepas.

MINGGU 7

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGAN

• Para pelajar menunjukkan kesungguhan dan tahap pelibatan yang proaktif.

• Respons yang diberikan memperlihatkan kematangan dari segi perbincangan.

• Pembelajaran kendiri juga dapat dipupuk.

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGAN

Respons Pelajar A:

“Klip video tersebut memaparkan tema kerja kemasyarakatan. Kerja kemasyarakatan merupakan kerja-kerja yang dilakukan untuk membantu mereka yang memerlukan. Antara kerja-kerja kemasyarakatan yang pernah saya lakukan adalah.....

.... Sewaktu menonton klip video ini, saya terfikir tentang semangat gotong-royong. Pada pendapat saya, kita sudah jarang melihat sikap ini ditunjukkan dalam kalangan masyarakat Singapura. Pada waktu dahulu, kita boleh lihat ramai yang akan membantu antara satu sama lain dan bekerjasama, terutama dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Oleh sebab kita terlalu sibuk dengan hal masing-masing, sikap ini sudah tidak dapat dilihat dengan meluas.”

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGAN

Pelajar B - Menengah 1 (respons verbal, wawancara):

“Sekarang, lisan lebih interaktif. Saya juga diberi peluang mendalami topik-topik semua, dalam masa saya sendiri. Lagipun saya dapat mengomen (memberikan komen/pendapat) apa yang telah kawan saya berikan dalam forum.”

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGAN

Pelajar C - Menengah 1 (respons verbal, wawancara):

“Saya suka iTunes U sebab bagus, dapat gunakan iPad di dalam kelas!”

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGANPelajar D - Menengah 2

(respons verbal, wawancara):

“Tahun lepas saya rasa macam tak cukup persiapan untuk lisan. Sekarang lebih baik sebab kami diberikan masa di luar kelas untuk gunakan iPad dan belajar.”

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGAN

• Rajah berikut menunjukkan respons mereka terhadap:1) tahap pelibatan pelajar dengan penggunaan iTunes U2) tahap keseronokan pelajar dengan penggunaan iTunes U3) tahap keberkesanan dan pemahaman dengan penggunaan iTunes

U4) tahap keyakinan dengan penggunaan iTunes U

Rajah 1: Maklum Balas Pelajar Mengenai Penggunaan iTunes U

DAPATAN KAJIAN & PERBANDINGAN

Rajah 2: Perbandingan dari segi gred Kepujian tahun 2014 dan 2015 (Menengah 2 Ekspres)

CABARAN

Perlu menentukan jumlah sesi dan waktu yang

paling sesuai dan mencukupi.

Pelajar perlu diberikan panduan sebelum setiap

kursus.

Pemilihan bahan-bahan yang sesuai perlu dilakukan

secara teliti pada peringkat prapelaksanaan.

Pihak guru perlu campur tangan pada masa-masa

tertentu.

Sesi Tanya Jawab

Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan, kami boleh dihubungi di talian pejabat 6784 4583

atau alamat e-mel:

sarimah_ahmad@ngeeannsec.edu.sg

julinda_hassan@ngeeannsec.edu.sg

nurulhuda@ngeeannsec.edu.sg

Muhamad_Zahirrudin_Bin_Mohamad@ngeeannsec.edu.sg

Terima kasih

top related