sekolah menengah kebangsaan iskandar · pdf fileribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami...
Post on 24-Feb-2018
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000
JASIN, MELAKA.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
TINGKATAN 6 ATAS (2011)
“ISU KEGIATAN PONTENG KOKURIKULUM DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SMK ISKANDAR SHAH”
NAMA AHLI KUMPULAN:
� MUHAMMAD ZULHIELMIE BIN ISHAK
� KHAIRUL KHAZUAN BIN KASIM
� NIRMANI A/P GOBAL SERVAI
� AINUR ASHIKIN BT ZAINUL ABIDIN
GURU PENASIHAT:
� PN. BADARIAH BTE JANTAN
ISI KANDUNGAN
Penghargaan 1
Abstrak 2
Pengenalan 3
Objektif Kajian 4
Tujuan Kajian 4
Skop Kajian 4
Persoalan Kajian 5-6
Batasan Kajian 7
Hasil Kajian 8-14
i. Punca-punca pelajar ponteng kokurikulum
ii. Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum
iii. Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulum
Kesimpulan 15-16
Lampiran 1 17
Lampiran 2 18-19
Lampiran 3 20-30
Saranan Kajian 31
Bibliografi 32
i
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,bersyukurkita ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya kamidapat menyiapkan
tugas kami iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagaikajian untuk murid tingkatan 6 atas
(2011) dalam jangka masa yang ditetapkan.Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moral
danbantuan kewangan bagi membolehkan kami melaksanakan tugasan ini.
Kamijuga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanantingkatan 6 iaitu Encik
Jalaludin bin Ahmad dan juga kepada guru penasihat kajian kami iaituPuan Badariah bte Jantan yang
telah memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mendapatkanmaklumat dan menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pengetua sekolah iaitu Encik Zolkaply bin Yunuskerana telah
menyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku-bukuilmiah,jurnal dan memberi kebenaran untuk
menggunakan perkhidmatan internet di PusatSumber Sekolah.
Kami juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada rakan kelaskami yang memberi
sokongan moral dan idea untuk menyiapkan kajian ini.Akhir sekali kami juga menyampaikan setinggi-
tinggi penghargaan kepadapihak Majlis PeperiksaanMalaysia kerana memberi peluang untuk
menjalankan penyelidikanbagi mendapatkan maklumat untuk hasil kajian kami.
1
ABSTRAK
Gejala ponteng aktiviti kokurikulum memberikan kesan negative secara langsung
kepadapelajar, sekolah dan masyarakat umumnya. Sekiranya seseorang pelajar ponteng kokurikulum,
mereka akan rugi dari segi akademik dan markah merit kokurikulum kerana tidak dapat mengikuti
pengajaran dan aktiviti kokurikulum di bilik darjah dan di luar bilik darjah. Imej sekolah juga akan
terjejas dari segi pencapaian dalam keputusan akademik dan kokurikulum disebabkan masalah ini.
Manakala masyarakat pula akan berhadapan dengan pelbagai masalah social seperti berjudi, merokok,
mengambil dadah, melepak dan sebagainya yang akan memberikan bebanan kepada masyarakat.
Tujuan kajian kes ini adalah untuk melihat fenomena ponteng kokurikulum dalam kalangan
pelajar di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000, JASIN MELAKA.
Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6 yang segelintir dari mereka sering
melakukan keguatan ponteng aktiviti kokurikulum.Melalui kajian ini, kami mengkaji punca-punca dari
segi individu, keluarga, sekolah dan persekitaran di samping mengkaji arah aliran ponteng kegiatan
kokurikulum di SMK ISKANDAR SHAH. Kami berharap agar hasil kajian ini dapat digunakan
sebagai panduan dan rujukan oleh pihak sekolah, ibubapa, Jabatan Pendidikan dan mana-mana
individu yang berminat untuk mengkaji isu ini dalam membanteras gejala kegiatan ponteng
kokurikulum.
2
PENGENALAN
Ponteng berlaku di semua peringkat sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah
dan peringkat universiti. Ponteng kokurikulum merupakan perlakuan yang menyalahiperaturan sekolah,
jika pelajar dibiarkan dengan ponteng kokurikulum, hal ini boleh menyebabkan menjadi satu amalan
atau tabiat dan ianya boleh membawa kepada kesan negative terhadap diri pelajar sendiri dan
jugasekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkanseseorang pelajar hilang sifat
bertanggungjawab dan akan melibatkan diri dengankegiatan-kegiatan negatif.
Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilikdarjah dan diluar bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang
kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai–nilai yang telah dipelajarinya. Gerak kerja kokurikulum ini dikelompokkan kepada tiga
kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab, dan sukan/permainan.
3
OBJEKTIF KAJIAN
• Mengenal pasti punca berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah.
• Mengkaji cara-cara untuk mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah
• Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah.
• Mengenal pasti kesan yang berlaku apabila terjebak dengan kegiatan ponteng kokurikulum
TUJUAN KAJIAN
Kami melakukan kajian ini untuk mengenal pasti punca-punca para pelajar melakukankegiatan
ponteng kokurikulum, kesan-kesan yang berlaku, dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Selain itu,
kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya tidak terlibat dengan
kegiatan yang tidak berfaedah ini.
SKOP KAJIAN
Skop kajian kami tertumpu kepada para pelajar di SMK Iskandar Shah, Jasin dari pelajar
tingkatan satu hingga enam.Responden kami terdiri daripada 135 orang pelajar iaitu 58 orang pelajar
lelaki dan 77 orang pelajar perempuan.
4
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang diajukan berdasarkan kajian kami iaitu isu ponteng kokurikulum yang
mempengaruhi pelajar di SMKIskandar Shah.Hal ini berlaku kerana pelbagai faktor yang
mempengaruhi seperti faktor keluarga,faktor persekolahan dan faktor persekitaran.
Darisegi faktor individu ianya berlaku disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti mempunyai
motivasi yang rendah, mempunyai sikap yang negatif terhadap kokurikulum, tidak memberikan
perhatian tentang aktiviti kokurikulum dan tidak mengambil tahu atau bahagian dalam aktiviti
kokurikulum.
Dari segi faktor keluarga yang telah berlaku beberapa persoalan ialah factor keluarga
yang tidak mengambil berat tentang prestasi akademik dan aktiviti kokurikulum anak-anak
mereka. Selain itu, terdapat faktor sosio-ekonomi, dimana anak-anak sepatutnya menghadiri
aktiviti kokurikulum tetapi terpaksa membantu ibu bapa mereka bagi tujuan menyara keluarga.
Kesan-kesan emosi juga boleh menyebabkan ponteng boleh berlaku seperti keluarga yang porak
peranda menyebabkan anak-anak menjadi risau dan tidak tenteram dan tidak mahu hadir sekolah
untuk menjalankan aktiviti disekolah seperti aktiviti kokurikulum.
Faktor keadaan disekolah memainkan peranan yang penting dalam isu ponteng
kokurikulum ini berlaku. Faktor persekolahan yang kurang memberangsangkan adalah penyebab
kepada pelajar ponteng dalam kegiatan aktiviti kokurikulum. Contohnya, sekolah yang
mempunyai peraturan yang terlalu ketat menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke
sekolah. Tambahan lagi, hubungan diantara murid dan guru yang kurang mesra, kurang tenaga
pengajar yang mempunyai kemahiran dan lain-lain mengenai aktiviti kokurikulum yang
menyebabkan pelajar ponteng.
5
Selain itu, keadaan persekitaran seperti rakan sebaya juga boleh mempengaruhi ponteng
ini berlaku. Masalah seperti pengangkutan juga mempengaruhi ponteng ini berlaku kerana
kebanyakkan pelajar tinggal berjauhan dengan kawasan sekolah. Pelajar perlu pulang kerumah
dengan lebih awal kerana mereka tiada pengangkutan untuk pulang ke rumah.
6
BATASAN KAJIAN
Semasa kajian dijalankan, terdapat pelbagai halangan yang membataskan pelaksanaan
kajian kami.Antara halangan yang terpaksa kami hadapi adalah apabila mengedarkan borang soal
selidik yang perlu dipenuhi oleh responden.Terdapat responden yang tidak memberikan kerjasama
ketika kami melakukan soal selidik di sekitar Bandar Jasin. Hal ini mempengaruhi masa untuk
pelaksanaan kajian kami. Selain itu, tempoh yang diberikan adalah selama 5 bulan menyebabkan kami
mencuba sedaya upayat memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk.menyiapkan kajian ini.
Kekurangan ahli kumpulan juga merupakan salah satu sebab yang menjadi batasan kajian kami.
7
HASIL KAJIAN
Punca-punca pelajar ponteng kokurikulum.
Dalam kajian kami,terdapat beberapa faktor atau punca yang menyebabkan pelajar diS.M.K.
Iskandar Shah terlibat dalam gejala ponteng kokurikulum. Kami mendapati bahawa kegiatan
ponteng kokurikulum ini di pengaruhi dalam faktor individu dan keluarga. Ini merupakan
pendapat yang sama yang didapati melalui soalselidik kepada pelajar. Dengan ini faktor individu
dan keluarga merupakan faktor menyebabkan pelajar ponteng kokurikulum berdasarkan kajian
kami di S.M.K. Iskandar Shah ialah faktor individu iaitu pelajar menganggap aktiviti
kokurikulum ini tidak penting bagi dirinya sendiri. Buktinya, pada lampiran 3 di bahagian (b)
seramai 123 orang pelajar mengakui atau bersetuju termasuk pelajar tingkatan 6 bahawa aktiviti
kokurikulum ini tidak penting bagi mereka.
Hal ini berlaku disebabkan kebanyakkan pelajar di S.M.K. Iskandar Shah tidak
sukamengikuti aktiviti kokurikulum ini kerana aktiviti yang dijalankan oleh pelajar itu sendiri
yang kurang menarik. Guru merupakan pembimbing terhadap anak-anak muridnya untuk
menjayakan aktiviti yang dirancangkan. Jika aktiviti yang dirancang menarik maka mereka akan
berasa seronok. Contohnya mengadakan aktiviti menarik seperti kuiz, kawad kaki, dan
mengadakan perlawanan aktiviti sukan.Selain itu, faktor keluarga juga menyebabkan pelajar di
SMK Iskandar Shah ponteng kokurikulum. Masalah ini mencatatkan seramai 110 orang pelajar
yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dalam kajian
kami. Buktinya boleh dilihat pada lampiran 3 di bahagian b.
8
Hal ini dikaitkan kerana terdapat segelintir ibu bapa tidak memperdulikan anak-anak
mereka sama ada menyertai aktiviti kokurikulum ataupun tidak. Ibu bapa mereka hanya
mementingkan pencapaian akademik berbanding kokurikulum.
Punca-punca lain pelajar ponteng mengikut kajian:
Bil PUNCA-PUNCA 5 4 3 2 1
1 Pelajar tidak suka pulang lambat kerumah. 18 9 23 34 51
2 Pelajar berasa penat ketika menyertai aktiviti
kokurikulum.
11 29 26 37 32
3 Pelajar tidak suka menyertai aktiviti lasak. 55 26 32 12 10
4 Pelajar tidak suka aktiviti kokurikulum. 29 34 45 18 9
5 Pelajar malas menyertai aktiviti kokurikulum 20 28 44 19 14
6 Guru penasihat sentiasa marah-marah 50 43 27 9 6
7 Masalah pengangkutan 44 38 19 10 24
8 Pengaruh rakan mengajak ponteng kokurikulum. 54 29 27 14 11
9 Pelajar menganggap aktiviti kokurikulum membuang
masa
47 36 38 12 2
9
Carta pai di atas menunjukkan peratus factor-faktor berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di SMK
Iskandar Shah.Kegiatan ponteng kokurikulum berlaku berpunca daripada individu adalah sebanyak
61%.Bagi masalah yang berpunca daripada keluarga adalah sebanyak 11% manakala bagi punca lain-
lain adalah sebanyak 28%.
10
61%11%
28%
CARTA PAI MENUNJUKKAN FAKTOR
BERLAKUNYA KEGIATAN PONTENG
KOKURIKULUM DI SMK ISKANDAR SHAH
INDIVIDU
KELUARGA
LAIN-LAIN
Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di S.M.K Iskandar Shah, masalah ponteng kokurikulum ini
kerap berlaku disebabkan sikap pelajar yang tidak mengendahkan langsung aktiviti kokurikulum ini.
Bagi mengatasi masalah ponteng ini dari terus berlaku, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil
untuk mengelakkan pelajar ponteng aktiviti kokurikulum. Antara langkah paling sesuai yang perlu
dijalankan adalah :
1. Menguatkuasakan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum.
• Penguatkuasaan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum perlu dijalankan
kerana kokurikulum adalah bidang yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke
Universiti. Contohnya, pelajar yang terlibat dengan kegiatan ponteng kokurikulum ini
perlu diberi hukuman yang sesuai seperti membersihkan kawasan persekitaran
sekolah. Sekiranya langkah ini berhasil, ini boleh menimbulkan perasaan takut dalam
kalangan pelajar untuk ponteng kokurikulum.
2. Pihak Kaunseling perlu mengadakan program motivasi terhadap pelajar yang ponteng.
• Pihak kaunseling merupakan badan yang amat penting disekolah untuk memberi
khidmat kaunseling atau motivasi dan tunjuk ajar terhadap yang melakukan
kesalahan seperti ponteng sekolah dan ponteng kokurikulum. Pemberian kaunseling
yang berkesan terhadap pelajar yang bermasalah boleh meningkatkan daya pemikiran
mereka tentang pentingnya aktiviti kokurikulum terhadap mereka.
11
3. Peranan ibu bapa memberikan galakan supaya anak-anak mereka melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum.
• Peranan Ibu bapa adalah penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah mengetahui pergerakan anak-anak mereka
supaya tidak terlibat dalam gejala ponteng. Selain itu, ibu bapa juga perlu
meluangkan masa dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan tentang
akademik dan kokurikulum anak-anak mereka.
4. Persatuan PIBG perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini.
• Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting
untuk mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng kokurikulum. Mereka
perlulah membuat perjumpaan yang lebih kerap diantara ibu bapa, pelajar dan guru
untuk membincangkan tentang prestasi anak-anak mereka dari segi akademik
mahupun aktiviti kokurikulum.
5. Peranan masyarakat yang bekerjasama dapat mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini.
• Masyarakat adalah orang yang selalu melihat gejala ponteng kokurikulum ini
berlakudalam kalangan pelajar di kawasan-kawasan tertentu. Contohnya di kawasan
pusat membelibelah, kedai komputer dan rumah-rumah kosong. Sekiranya,
masyarakat melihat gejala ponteng kokurikulum ini berlaku dimana-mana tempat,
mereka perlulah bersikap prihatin supaya melaporkan kejadian ponteng kokurikulum
ini kepada pihak sekolah.
12
Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulum
Ponteng kokurikulum sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada
pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negatif
yang timbul ialah seperti berikut:
1. Pembaziran masa dan tenaga
• Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng kokurikulum adalah merugikan masa mereka
sendiri. Masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun dikembalikan. Jika mereka
dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng aktiviti kokurikulum
dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan
kejayaanya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi akan datang.
2. Masyarakat memandang serong terhadap pelajar
• Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah kepada mereka
yangterlibat dengan ponteng dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan
maruah keluarga. Sebagai contoh,apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar sedang
ponteng sekolah ataupun kokurikulum, satu-satunya tanggapan mereka terhadap pelajar
tersebut adalah mereka ponteng. Masyarakat juga akan menyalahkan ibu bapa dan guru
mereka kerana merekatidakdapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai penjaga dan pendidik.
13
3. Masa Depan tidak terjamin
• Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar
ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dipercayai oleh masyarakat dan negara.
negara juga bakal menghadapi kekurangan bakal peneraju yang berwawasan pada
masa akan datang.
4. Menjejaskan markah kokurikulum kepada pelajar
• Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng kokurikulum
ini namun, masalah ponteng kokurikulum ini terus berlaku dalam kalangan pelajar.
Risiko yang perlu ditanggung oleh pelajar disebabkan gejala ponteng kokurikulum
lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar. Kedatanagn amat penting untuk
memperoleh markah yang baik dalam kegiatan kokurikulum. Lazimnya para pelajar
yang kerap ponteng dalam aktiviti kokurikulum dengan sendirinya turut menjejaskan
rekod kehadiran kokurikulumnya. Markah penuh hanya boleh diberi untuk kehadiran
manakala aktiviti yang lain tidak akan mendapat markah penuh kecuali mereka
terlibat dengan pertandingan antarabangsa dan mencapai johan dalam keseluruhan
sukan dan permainan. Hal ini boleh dirujuk pada lampiran 1. Kesannya lebih
merunsingkan sekiranya kehadiran pelajar terbabit tidak memuaskan, pemarkahan
kokurikulum mereka akan berkurangan dan tidak layak untuk meneruskan pelajaran
ke universiti.
14
Kesimpulan
Banyak faedah yang diperoleh jika seseorang pelajar itu melibatkan diri dalamkegiatan
kokurikulum. Namun begitu,banyak pelajar yang tidak berminat untuk melibatkan diridalam
kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalahmembuang
masa dan boleh dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak rasa bersalah jika anak-anakmereka
ponteng aktiviti kokurikulum. Para pelajar akan memanfaatkan waktu senggang merekadengan
berfaedah jika melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan menyertai
kegiatankokurikulum, sikap berdisiplin juga dapat ditanam dalam diri pelajar-pelajar sekolah.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. Hal ini
semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalamkalangan pelajar.
Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah Negara yang amandamai,supaya rusuhan
kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Lebih penting lagi, para pelajardapat meluaskan ilmu
pengetahuan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.
Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seorang pelajar dapat menyihatkan badan
dan mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungikehidupan dan
ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlaku gejala sosial yangmelibatkan pelajar
kerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
15
Ponteng aktiviti kokurikulum.
Ponteng diluar kawasan sekolah.
16
LAMPIRAN 1
PANDUAN PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM.
ASPEK PENILAIAN
Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid/pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai
adalah berdasarkan kepada empat aspek yang memperuntukkan markah seperti berikut:
ASPEK PENILAIAN PERATUS MARKAH
Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
JUMLAH 100
17
LAMPIRAN 2
Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Seni bela diri:
JAWATAN MARKAH
Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan sukan/
Permainan/ Ketua rumah
10
Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi 8
Setiausaha/ Bendahari 7
Penolong Setiausaha/ Penolong Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1
Markah aspek penglibatan(20%):
PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH
Sekolah 8
Zon/ Daerah/ Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20
18
Markah Aspek Pencapaian (20%)
PERINGKAT PERTANDINGAN MARKAH
Johan Naib johan Ketiga
Sekolah 8 7 6
Zon/ Daerah/ Bahagian 11 10 9
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18
19
LAMPIRAN 3
ANALISIS DATA
Bahagian A
1) JUMLAH PELAJAR YANG DISOAL SELIDIK :
TINGKATAN PELAJAR(ORANG)
1 0
2 29
3 30
4 28
5 14
6 34
20
0
5
10
15
20
25
30
35
40
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 TINGKATAN 6
JUMLAH PELAJAR
JUMLAH PELAJAR
2)MENGIKUT JANTINA:
JANTINA PELAJAR (ORANG)
PEREMPUAN 77
LELAKI 58
JUMLAH 135
21
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
LELAKI PEREMPUAN
JANTINA
JANTINA
3) MENGIKUT KETURUNAN:
KETURUNAN PELAJAR (ORANG)
MELAYU 82
CINA 22
INDIA 31
JUMLAH 135
22
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
MELAYU CINA INDIA
KETURUNAN
KETURUNAN
4)PEKERJAAN IBU BAPA/PENJAGA:
JENIS PEKERJAAN IBU BAPA/PENJAGA (ORANG)
KAKITANGAN KERAJAAN 72
BEKERJA SENDIRI 63
JUMLAH 135
23
58
60
62
64
66
68
70
72
74
KAKITANGAN KERAJAAN BEKERJA SENDIRI
PEKERJAAN IBU BAPA
PEKERJAAN IBU BAPA
5)JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH:
JARAK (KM) PELAJAR (ORANG)
BAWAH 1 14
2-4 18
5-6 18
7-8 20
LEBIH DARI 10 65
JUMLAH 135
24
0
10
20
30
40
50
60
70
BAWAH 1KM 2-4 KM 5-6 KM 7-8 KM LEBIH 10 KM
JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH
JARAK ANTARA RUMAH
DENGAN SEKOLAH
6)CARA DATANG KE SEKOLAH:
CARA DATANG PELAJAR (ORANG)
BERJALAN KAKI 19
BERBASIKAL 24
MOTOSIKAL 25
BAS 23
KERETA 44
JUMLAH 135
25
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
BERJALAN
KAKI
BERBASIKAL MOTOSIKAL BAS KERETA
CARA DATANG KE SEKOLAH
CARA DATANG KE SEKOLAH
7)JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI MANAKAH ANDA BERADA?
TEMPAT PELAJAR (ORANG)
DI RUMAH 105
DI KOMPLEKS BELI-BELAH 2
DI STESYEN BAS 2
DI PONDOK 0
BERSAMA KAWAN DI
TEMPAT LAIN
26
JUMLAH 135
26
0
20
40
60
80
100
120
RUMAH KOMPLEKS
BELI BELAH
STESEN BAS PONDOK TEMPAT
LAIN
JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI
MANAKAH ANDA BERADA?
JIKA TIDAK HADIR KE
KOKURIKULUM DI MANAKAH
ANDA BERADA?
Bahagian B
Skala :
1 : sangat setuju
2 : setuju
3 : kurang setuju
4 : tidak setuju
5 : sangat tidak setuju
Bil. Soalan 5 4 3 2 1
8. Saya bosan menyertai aktiviti
kokurikulum
29 24 44 22 16
9. Saya tidak suka aktiviti kokurikulum
29 34 45 18 9
10. Saya malas menyertai aktiviti
kokurikulum
20 28 44 19 14
11. Aktiviti kokurikulum tidak penting
bagi saya
52 42 29 10 2
12. Aktiviti yang dilakukan tidak menarik
29 30 38 19 19
13. Aktiviti kokurikulum membazirkan
waktu
47 36 38 12 2
14. Guru penasihat sentiasa marah
50 43 27 9 6
15. Pengangkutan masalah utama bagi saya
menyertai kokurikulum
44 38 19 10 24
16. Ibu bapa tidak peduli saya menyertai
aktiviti kokurikulum atau tidak
62 22 26 8 17
17. Rakan-rakan mengajak saya ponteng
kokurikulum
54 29 27 14 11
18. Ponteng akan menjejaskan markah
kokurikulum
12 6 11 31 75
19. Saya tidak suka balik lambat ke rumah
18 9 23 24 51
20. Saya berasa penat apabila menyertai
kokurikulum
11 29 26 37 32
21. Saya tidak suka menyertai aktiviti lasak
55 26 32 12 10
22. Saya akan bersembunyi apabila tiba
waktu kokurikulum
86 20 18 7 4
23. Saya melepak di pusat beli belah jika
tidak hadir kokurikulum
113 12 5 1 4
24. Saya dipaksa menghadiri kokurikulum
38 30 35 16 6
25. Membantu ibu bapa di rumah lebih
baik daripada sertai kokurikulum
28 19 48 13 27
27
GRAF SKALA MENGIKUT SOALAN YANG DISEDIAKAN
28
0
10
20
30
40
50
60
Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10 Soalan 11
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju
sangat tidak setuju
0
10
20
30
40
50
60
Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 Soalan 15
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju
sangat tidak setuju
29
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju
sangat tidak setuju
0
20
40
60
80
100
120
Soalan 20 Soalan 21 Soalan 22 Soalan 23
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju
sangat tidak setuju
30
0
10
20
30
40
50
60
Soalan 24 Soalan 25
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju
sangat tidak setuju
SARANAN KAJIAN
Kami melakukan kajian ini untuk menyedarkan semua pihak tentang masalah ini. Pihak
sekolahseharusnya lebih memainkan peranan mereka membanteras masalah ini. Peranan ibu bapa juga
penting dalam mengatasi masalah ini yang dilihat semakin menular dalam kalangan remaja. Pendidikan
moral dan sahsiah diri perlu diterapkan di dalam pembelajaran semasa di sekolah untuk membentuk
diri para remaja.
31
Bibliografi
• Ghazali. (2011). Ponteng Kokurikulum.
http://arghazali.blogspot.com
• Teck Chong, (2010) Pearson Malaysia, Sdn Bhd. Bahasa
Malaysia Kertas 2. Aktiviti Kokurikulum. M/S 67.
• Lohan (2011). Kokurikulum Sekolah.
http://lohanranau.blogspot.com
• Vendy (2011). http://studyworld.blogspot.com
• Aiziz Yahaya (Januari 2011), Jurnal Teknologi, 54 (Sains
Sosial), Jan 2011 : 25-50. Universiti teknologi Malaysia.
www.penerbit.utm.com.my/onlinejournal/54/S/JT54SS_Jan201
1_02.pdf
32
top related