sejarah kaum iban
Post on 30-Dec-2014
357 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Secara umumnya,
Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Mereka tinggal di Pulau Borneo dan
kebanyakan mereka terdapat di negeri Sarawak iaitu di Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit,
dan Kanowit. Masyarakat Iban adalah sebahagian daripada masyarakat bumiputera Sarawak yang
terkenal dengan penempatan di rumah panjang.
Pada zaman dahulu, rumah panjang masyarakat Iban biasanya dibina di tebing sungai kerana sungai
merupakan perhubungan dan pengangkutan utama di kawasan pedalamam terutamanya di negeri
Sarawak. Hal ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu
sama lain. Pada masa kini, ramai juga di antara mereka yang telah bekerja dan terus menetap di Bandar-
bandar seperti Kuching dan Miri.
SEJARAH KAUM IBAN
Masyarakat Iban pada asasnya merupakan penduduk di kawasan pedalaman yang berpindah-randah,
tetapi tinggal berdekatan dengan sungai yang merupakan nadi pengangkutan dan sumber perikanan yang
penting. Mereka tinggal berkampung di rumah panjang yang terletak di tebing sungai dan
di tepi jalan raya. Kebanyakan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di
sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan.
Amalan cara hidup yang diamalkan oleh kaum Iban adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang,
tolak-ansur dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan
masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama
masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat
Iban.
Pada zaman dahulu, masyarakat dikenali dengan kepahlawanannya, keberanian dan kekejaman
terhadap musuh dan dikenali sebagai "Headhunter". Ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan
terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut
dan kepala tersebut akan digantung di rumah panjang. Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan
sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap dan Tun Jugah.
Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban
yang tinggal di ulu Sungai Sekrang.
Pada tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan
orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang
yang diketuai oleh William Brereton. Rentap yang
menjadi ketua orang Iban telah menentang
pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang
membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua
tempatan yang dianggap sebagai lanun sedangkan ia
merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua
tempatan.
Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan
memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu, pada tahun 1853, Rentap bersama
pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh
orang-orang Rentap.
Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman
Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu
di ulu Sungai Skrang. Namun begitu, angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap
dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit
Sadok.
Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap.
Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa
beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".
Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh
kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian
Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan.
Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap
merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke
sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh
kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
Animisme
Kaum Iban mengamalkan amalan animisme dan setiap kepercayaan mereka dipengaruhi
oleh alam semula jadi. Mereka mendiami kawasan hutan rimba yang keadaan keselamatannya
tidak menentu, memang wajarlah jika terdapat kepercayaan yang boleh memberikan suasana
harmonis dengan alam dan roh. Keadaan persekitaran seperti inilah yang telah membentuk
kepercayaan masyarakat Iban.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa
akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Mereka mempercayai manusia yang
hidup hanya dapat melihat atau bertemu dengan semangat dan rohhanya melalui mimpi.
Mereka mempercayai kehidupan selepas mati yang menyerupai kehidupan di dunia.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun- temurun dan
ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau'
dan'Lemambang'. Contohnya:
Penempatan dan mendirikan rumah atau kawasan tanah yang hendak didirikan rumah
tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
Percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk
menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang'
bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Bagi menghindar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu
Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban
bangsa.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Masyarakat Iban juga mengamalkan sistem perubatan “Manang”.
“Manang” adalah seperti bomoh atau pawang dalam kalangan orang Melayu menganggap status:
Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati. Manang dianggap sebagai golongan istimewa.
** Manang sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
“Sistem perubatan “Manang”
Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan tertentu.
Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuranyang lebih teruk.
Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti
“kempunan”. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang
tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa
tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain
atau kuasa-kuasa ghaib yang sering mengganggu kesihatan mereka. “Manang” juga boleh
menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu
tertentu sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang.
Percaya Kewujudan Dewa
Kebanyakan dewa mereka dikaitkan dengan kehidupan seharian terutamanya kegiatan harian
mereka. Misalnya, kepercayaan mereka kepada Pulang Gana. Mereka akan melakukan
upacara pemujaan yang ditujukan kepada roh kesuburan, jika upacara ini tidak dilakukan maka
padi tidak akan menjadi dan masyarakat ini akan kebuluran.
Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul Nyakai atau Singgalang Burung iaitu dewa
yang paling berkuasa yang merupakan dewa perang dan asas kepada semua adat.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Tujuh jenis burung
Sebanyak tujuh jenis burung (menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir dalam semua
upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh orang Iban. Burung ini
melambangkan penghormatan masyarakat Iban terhadap alam semulajadi. Oleh sebab itu,
mereka selalu mengaitkan burung dengan petanda ataupun alamat.
Binantang
Masyarakat ini mempercayai masyarakat binatang hidup seperti manusia Iban juga. Binatang
itu boleh bertukar rupa menjadi manusia jika mereka berhubung dengan manusia dan dengan
mudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan manusia.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti “Tuai Rumah” dan “Tuai
Burong”.
Tugas “Tuai Rumah” biasanya melibatkan :
Hubungan antara keluarga
Masalah lain yang berkaitan dengan alam nyata.
Tugas “Tuai Burong” berkaitan
Hubungan manusia dengan makhluk ghaib.
Mengetuai sesuatu upacara ritual
Perubatan tradisional.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Percaya Kewujudan Dewa
Sebagai contohnya,
Mereka yang boleh menganyam, bertenun dan seterusnya mempunyai kepakaran dalam
mencampurkan warna asli untuk tenunan ikat sangat disanjung tinggi dan mereka itu diberi status
tinggi dengan gelaran Indu Takar.
Pada zaman tradisi status Indu Takar ini adalah sangat berprestij dan kaum wanita mesti
mengadakan ritual Kayau Indu atau Gawai Engkuni iaitu suatu ritual khas berkaitan dengan
seni tenunan pua kumbu. Ritual tersebut tidak boleh dilakukan sembarangan kecuali wanita yang
telah mendapat petunjuk seperti telah disuruh oleh Dewi Kumang atau Indai Abang melalui mimpi.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Bungai Nuing adalah seorang dewa perang yang gagah, berani dan suka bercakap besar. Selain itu, dia
juga selalu suka mendahului dewa-dewa yang lain apabila pergi berperang atau ngayau dan dipercayai juga
Bungai Nuing telah mendapat banyak kepala musuh. Selain daripada gagah dan berani menewaskan musuh,
dia juga boleh menjelma dan membantu orang Iban yang memerlukannnya sekiranya dipuja dengan cara
miring. Miring bermaksud satu upacara ritual yang digunakan sama ada untuk memuja dewa-dewi, atau pun
untuk mententeramkan hantu semangat.
Bungai Nuing dipercayai boleh memberi azimat atau tangkal supaya orang yang memakainya menjadi
berani, kuat dan senang menewaskan lawannya dan tangkal atau azimat itu akan diterima biasanya
melalui mimpi misalnya dalam mimpi orang berkenaan bertemu dengan Bungai Nuing dan Bungai Nuing
akan mengarahkannya ke tempat-tempat tertentu untuk mengambil azimat dan juga mengajar orang
berkenaan bagaimana menggunakan azimat tersebut supaya berkesan. Oleh kerana penenun-penenun
itu sangat percaya kepada kehebatan dewa Bungai Nuing.
SISTEM KEPERCAYAAN ORANG IBAN
PANTANG LARANG KAUM IBAN
PANTANG LARANG KETIKA MAKAN
Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya:
Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan.
Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan.
- Rasionalnya minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara
minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin.
Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi.
- Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman
terganggu dan perut menjadi buncit.
Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala.
PANTANG LARANG KETIKA TIDUR
Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah. Contohnya :
Mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka
percaya kawasan sebegitu berpenunggu.
PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN
Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. Contohnya :
Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan
- Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan,
tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam
liang roma yang terbuka selepas bersukan.
PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT
Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat.
Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya
memberi kedamaian dan ketenangan.
Contoh Pantang larangnya :
Masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan
dan keuzuran.
PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut:
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana akan menghalang
pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada
rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri
bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim
semasa dilahirkan.
Aspek Kelahiran
Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran.
Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas
bersalin.
Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
ADAT RESAM KAUM IBAN
SEWAKTU MENGANDUNG
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang iaitu:
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada
rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri
bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim
semasa dilahirkan.
SEWAKTU BERSALIN
Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi :
.• Pontong
Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan
dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan.
• Potong Tali Pusat dan Berurut
Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan.
Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika
bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam
keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk
menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan
diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan
tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.
SELEPAS BERSALIN
Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin:
Berpantang
Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam
tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang
kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut
pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan
badan.
SELEPAS BERSALIN
Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin:
Berdiang/Bersalai
Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang
atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan
untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim
digunakan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu
menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk
berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan
si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam
tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk
menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila
selesai menjalani adat-adat ini.
Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah
tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek
atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil
mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera
dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
SELEPAS BERSALIN
Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin:
Menamakan Bayi
Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang
baru lahir. Nama yang baik mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak
tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi
nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama
salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya
supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu.
Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di
atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan
dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi
yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut.
Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.
Aspek Perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang
dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia
pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini,
pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang
ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi
kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar
denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan
bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat
dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan
dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat
kerja-kerja tertentu.
Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,
meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.
MERISIK
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya
seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang
ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai
berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan
ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar
rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
MEMINANG DAN BERTUNANG
Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh
orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan
ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah
mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau
sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang
tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima
kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan
memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
MAJLIS PERKAHWINAN
Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi
pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang
harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat
pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari
perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-
masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa tali
bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan akan dilangsungkan.
Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan
berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali
bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab
membuka simpulan tali itu setiap hari.
Upacara Miring
- Upacara Akad Nikah
Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang
pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu
sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki
mengikut jalan darat. Sepanjang perjalanan, rombongan yang berpakaian menarik
itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin
perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-
ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah
panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi
sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan
kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat
rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih
dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah
dan di hujung rumah.
Setelah itu, rombongan pihak lelaki dalam kalangan kaum wanita akan masuk ke
bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat
tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan
dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang
dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu
dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga
dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai
menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah
selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan
ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang,
selepas makan tengah hari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal
pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam,
perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan
golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan
perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan
diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang
dipanggil air perangsang kepada para tetamu.
Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada
mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian.
Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan dalam kalangan masyarakat Iban. Pihak
perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran
pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah
pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki ,
sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu
sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa
pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula
syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut
akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian
disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang
diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya
berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang
bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.
Upacara Membelah Pinang
Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan
akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan
menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang
lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu
semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu
sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan
mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain
yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap
individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus
dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing
untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira
kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di
rumah pengantin lelaki.
SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN
Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di
atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding dalam
kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut.
Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat
kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil
darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.
Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah
pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka
tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian
yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik
atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat
petanda buruk.
Aspek Kematian
Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat
yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu.
KEMATIAN
Perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah:
Merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati.
Kemudia mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
Istilah Pua secara tersurat bermaksud selimut dan kumbu pula kain untuk bertudung atau
berlindung dari sejuk atau panas tetapi dalam konteks budaya Iban pua kumbu
sebenarnya kain tenunan yang diguna khusus untuk tujuan ritual seperti ritual mandi
untuk bayi, upacara perkahwinan, ritual-ritual yang berkaitan dengan ngayau, ritual
kematian.
KEMATIAN
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu
dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu
juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.
Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si
mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca
berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam
sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangka masa
berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu
disuakan makanan menggunakan pinggan.
Kemudian, pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu
kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat
daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias
dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.
PERAYAAN GAWAI
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai
padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai kebiasaannya disambut pada akhir
bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di
bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria.
Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Pada hari pesta Gawai,
pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu
puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum
merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan
darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat
berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi
umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.
Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama
air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan
menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang
diwarisi turun-temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamerkan. Anak dara orang
Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
Masyarakat Iban memiliki bahasa yang sama dan mereka dibezakan melalui dialek. Perbezaan dialek
yang ketara ialah dari sudut sebutan dan contoh-contoh dialek itu seperti Saribas, Skrang,
Rejang, Balau, Undop, Batang Ai dan Sebuyau. Setelah masyarakat Iban bertembung dengan
masyarakat lain misalnya China dan Melayu maka berlakulah proses peminjaman bahasa. Peminjaman
bahasa daripada bangsa Melayu dan China telah memperkayakan lagi bahasa Iban (Howell, 1992
:16-17). Masyarakat Iban seperti juga masyarakat Melayu dan China iaitu memiliki seni rupa tersendiri
misalnya seni tenunan. Dalam seni tenunan mereka telah mencipta beberapa alat-alat tenunan seperti
sarong dan pua kumbu. Untuk menghias kain tenunan pua kumbu, mereka menggunakan motif-motif
yang cantik dan terdapat daripada motif tersebut dicipta melalui pengaruh ngayau atau headhunting.
Hari Gawai merupakan upacara adat bagi menjelaskan tentang kepentingan upacara ini khususnya
dalam meneruskan kehidupan masyarakat ini. Pemujaan ini dilakukan demi kepentingan lahiriah yakni
memperolehi makanan. Kepercayaan ini bukanlah suatu bentuk keagamaan kerana bagi masyarakat
Iban tidak terdapat bentuk pemujaan yang berkonsepkan rohaniah. Ini disebabkan kesemua pemujaan
berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana semasa hari Gawai.
Tuai burung yakni Aki Angum Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang dijelaskan
oleh Meludai. Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik atau buruk kepada orang Iban.
Mereka mempercayai tafsiran tuai burung kerana beranggapan kehidupan mereka dipenuhi dengan
kekaburan khususnya yang berkaitan dengan masa hadapan. Oleh itu, tafsiran ini amat penting dalam
menentukan masa hadapan seseorang khususnya berkaitan dengan pertanian mahupun kehidupan
mereka. Jika tafsiran itu berkaitan dengan sesuatu bencana, maka mereka akan lebih berhati-hati
supaya tidak menjadi seperti Meludai yang mengingkari pesanan Aki Angum Gua.
Miring ialah upacara persembahan atau berdoa kepada tuhan bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman.
Miring diadakan bagi memberkati penduduk dan membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian
dalam masyarakat. Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau
sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa.
Masyarakat Iban di Sarawak begitu kuat berpegang kepada
adat dan budaya. Mereka berpegang kepada peribahasa,
biar sesat di belantara, asal jangan sesat adat.
Pada zaman silam, miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau menerokai
kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang baru. Terdapat empat tahap
penggunaan piring, iaitu tiga, lima, tujuh, dan sembilan. Tiga dianggap sebagai miring biasa misalnya,
untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah, manakala lima piring
adalah untuk mendirikan rumah panjang, tujuh piring adalah untuk aktiviti yang lebih tinggi seperti untuk
berjalai atau mengembara jauh, dan sembilan piring untuk peperangan.
Ngayau, merupakan tradisi kaum Iban pada suatu masa dahulu. Ramai pihak berpendapat atau
berfahaman bahawa,"lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan
menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan
kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya.
Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya
pada zaman penjajahan lagi. Aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada
mata masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial
seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan
digelar sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa masyarakat Iban
Tradisional tidak memandang "Ngayau" sebagai perkara yang memudaratkan. Malah berdasarkan cerita
lisan masyarakat Iban juga, "ngayau" sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya,
"Ngayau sebagai lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta martabat Sosial.
Rutin sambutan perayaan Gawai di Sarawak
Perayaan Gawai di rumah panjang bermula dua hari sebelum 1 Jun dan ia dimulakan dengan aktiviti
gotong royong membersihkan halaman rumah serta kubur datuk nenek masing-masing.
Pada siang 31 Mei pula, lazimnya penghuni rumah panjang akan mengadakan pelbagai kegiatan
termasuk pertandingan menyumpit, lumba lari, sukaneka dan sepak takraw.
Pada malam menjelang Gawai, penduduk akan berkumpul di ruai (serambi) ketua rumah panjang dan
membawa makanan masing-masing menunggu detik 12 malam. Tepat jam 12 malam, mereka akan
melaungkan jeritan `wooo haaa' tiga kali dan disusuli upacara meminum air tuak yang menandakan
perasmian Gawai.
Mulai saat itu, pelbagai acara diadakan termasuk ngajat (tarian tradisional), gendang tandak (joget) dan
pukulan gendang berterusan sehingga awal pagi, 1 Jun.
Sekitar jam 9 pagi, 1 Jun, upacara berdoa beramai-ramai diadakan di tiang khas berdekatan rumah
dikenali tiang pengingat. Ini sebagai tanda kesyukuran dan meminta kepada tuhan supaya hasil usaha
mereka berjaya.
Pagi itu juga, mereka yang mempunyai anak kecil akan memandikan beramai-ramai dalam upacara
‘meri anak mandi' (memandikan anak). Ia bertujuan meminta restu dari dewa sungai supaya anak
mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera pada masa depan.
Bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke rumah panjang, pagi 1 Jun adalah masa terbaik untuk
melawat kerana ketika sesi ’ngalu ka temuai' (sesi menyambut tetamu), semua orang boleh ‘ngabang'
(melawat) walaupun tidak mengenali penghuni rumah berkenaan.
Ketika upacara `ngalu ka temuai', semua ‘pengabang' (pelawat) akan diminta turun ke tanah semula dan
berbaris untuk mengelilingi seluruh serambi rumah sambil disambut dengan tuak oleh wakil setiap
keluarga.
Pada sebelah malam, lazimnya ramai pasangan mengambil peluang melangsungkan upacara ‘melah
pinag' (persandingan atas gong).
Banyak lagi upacara diadakan sempena Gawai dan kemeriahannya berlangsung sebulan. Upacara
menutup Gawai dikenali sebagai ngiling tikai (menggiling tikar).
Perayaan Kaum Iban
Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak dan
Kalimantan Barat, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang
disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan
tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada
biasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.
Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai
Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu. Gawai Batu (permulaan musim menanam
padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai
Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang
sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan
tarian, minuman tuak arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara
besar-besaran semenjak 1964.
TARIAN NGAJAT IDENTITI ISTIMEWA MASYARAKAT IBAN
Tarian ngajat adalah merupakan indentiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan
kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku
kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini
adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia
mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.
Gagung ( Baju Burung)
Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan memakai topi
yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari
akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut dan
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat
dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Rentak tarian
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat
bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu jenis
tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu
menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Muzik/ Lagu Iringan
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Tarian Hari Gawai
Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi
sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum
Iban yang merupakan 30% daripada jumlah penduduk Sarawak dan etnik yang terbesar di negeri
tersebut yang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian
semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu
tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis
tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Jenis Tarian ngajat
Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat
Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan
ngajat Tradisional ).
Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-
pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam
mereka yang merujuk kepada tanaman padi.
Ngajat berbunuh
Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau
pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa
menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.
Ngajat Induk
Merupakan persembahan yang dipersembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan
dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Tarian yang
dipersembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat
Iban.
Ngajat Lesong
Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini
hanya dibenarkan untuk ditarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk
menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian
ngajat jenis ini hanya sesuai dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Ngajat Ngalu Temuai
Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini
dipersembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang dihadiri oleh
banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta
Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan.
Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan
sebagainya.
Ngajat Pua Kumbu
Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan
ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah
Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam
persembahan mereka.
HINAVA
Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.
Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.
Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei, seorang pelayar dari China telah singgah di Sarawak. Di
sana, pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil Hinava. Dahulunya ia
berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja. Pelayar tersebut juga memperkenalkan
makanan itu kepada masyarakat Iban. Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya, mereka
menambahkan isi ikan yu, udang,sotong dan sebagainya. Isi ikan juga dipotong menjadi kecil.
Makanan Tradisi Kaum Iban
UMAI
Makanan Kebudayaan dari kaum Iban yang pedas.
AYAM PANSUH
Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas
dan Hari Gawai.
CAKAR AYAM
Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali
perayaan Gawai.
IDIN BELACAN
Makanan tradisional orang iban.
TUAK
Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat asli
atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan
tertentu. Jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya. Di Malaysia
terdapat dua jenis tuak yang diketahui iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.
Tuak beras
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masadahulu. Biasanya Tuak diperbuat
daripada sejenis beras dipanggil “Beras Pulut”. Beras tersebut akan direndam bersama air di dalam
tempayan atau dikenali sebagai “Tajau”. Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya
dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil
“Nasi Tapai”. Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat
menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak
akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu, gawai burung
PEKASAM ENSABI
Makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu
popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati
dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang terus digemari.
dan sebagainya. Selain daripada mayarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang
Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat
seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.
Tuak nipah/kelapa
Tuak(nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap
mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah dan akan
dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas
buluh.
Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alcohol. Selepas itu air ini akan
diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alcohol melalui proses penapaian
selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari. Biasanya Tuak akan
dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak
kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi cuka secara semula jadi tanpa perlu
mencampurkan bahan asing.
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan
cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan
dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar
daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-
barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun
dengan cara ikat.
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong.
Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa
lengan.
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
PAKAIAN TRADISIONAL WANITA IBAN
top related