sajak dirgahayu bahasaku ~ahmad sarju ~

Post on 21-Jan-2016

190 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU ~Ahmad Sarju ~. Rangkap 1. Tempatmu di singgahsana h ati nurani bangsaku warga yang berbudi s etia dan amanah - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU~Ahmad Sarju~

Rangkap 1

Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah

Maksud Rangkap 1: Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2Bahasa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh

Maksud Rangkap 2: Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3

Cekal dan waja semangat pejuangkuHak bangsaku memilikimuHak bangsaku mendaulatkanmuDi bumi bertuah iniMerentas dunia tak bertepi

Maksud Rangkap 3:Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganKe barat dan ke timur menjalin persaudaraanGagah pelautku membelah lautanKe utara dan ke selatan bahasaku mencengkamDari pulau ke pulau menggilap mutiara silam

Maksud Rangkap 4:Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5Dirgahayu bahasakuDi arena antarabangsa suaramu tumbuhMenusuk kalbu lagi bahasamuBahasamu bahasa mindaMudah akrab dan bertatasusilaDaripada bangsa yang bernama MelayuMenempa kejayaan di alaf baru

Maksu Rangkap 5:Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencipta kejayaan dalam alaf baru ini.

top related