sains up1 soalan
Post on 08-Mar-2016
279 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas kulit manusia.
(a) Padankan reseptor-reseptor berikut menggunakan huruf daripada rajah di atas:
Reseptor sentuh
Reseptor sakit
Reseptor tekanan
Reseptor sejuk
[4 markah]
(b) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit...[2 markah]
2. (a) Rajah di bawah menunjukkan pelbagai organ deria manusia. Lidah
HidungTelinga
Organ deria manusia
KulitP
Organ deria P bergerak balas terhadap rangsangan apa? .[1 markah]
(b) Rajah berikut menunjukkan seorang budak yang meleleh air liurnya apabila terhidu bau kek. Lengkapkan laluan impuls saraf budak tersebut.Otak(i)Saraf
(ii)Saraf
[2 markah](c) Apabila anda digigit nyamuk, organ deria yang manakah yang akan mengesan kesakitan?[1 markah] ..(d) Apakah fungsi saraf? [1 markah] ..(e) Apakah yang terdapat pada organ deria yang membolehkannya berfungsi? [1 markah] ..
3 Rajah berikut menunjukkan pelbagai kawasan sensitif lidah manusia.
(a) Dalam jadual di bawah, nyatakan kawasan lidah yang digunakan untuk merasa makanan berikut:
Aiskrim
Kopi
[2 markah]
(b) Dalam jadual di bawah, senaraikan urutan langkah yang betul, 1-4, yang terlibat dalam proses merasa makanan.
Otak mengenal pasti rasa
Bahan kimia merangsang reseptor rasa dalam tunas rasa
Impuls dibawa melalui saraf ke otak
Bahan kimia dalam makanan larut dalam air liur
[4 markah]4 (a) Rajah berikut menunjukkan keratan rentas mata manusia.
X
Tandakan (/) bagi fungsi yang betul untuk struktur berlabel X.(i) Mengawal cahaya yang masuk ke dalam mata
(ii) Memberikan bentuk kepada mata
(iii) Memfokuskan sinar cahaya ke atas retina
(iv) Mengesan sinar cahaya
[1 markah]
(b)Rajah di bawah menunjukkan perubahan saiz anak mata.Tandakan (/) bagi kedaan yang menyebabkan perubahan ini.(i) Memandang objek dekat selepas memandang objek jauh
(ii) Bergerak dari bilik gelap ke kawasan yang cerah
(iii) Memakai cermin mata hitam di dalam dewan
(iv) Membaca buku di dalam bilik gelap
[1 markah]
(c) Bagaimanakah kanta mata mengubah ketebalannya?[1 markah] ..(d) Seorang pelajar tidak dapat melihat tulisan pada papan hitam di bilik darjahnya. Namakan kecacatan peglihatan yang dialaminya dan nyatakan sebabnya. [3 markah] .. ..
5 (a)Rajah di bawah menunjukkan sebuah periskop.Apakah sifat cahaya yang digunakan untuk mebina sebuah periskop? [1 markah] (b)Apakah yang menyebabkan penyedut minuman di dalam gelas berisi air kelihatan bengkok? [1 markah] (c)Lengkapkan rajah di bawah dengan melukis sinar cahaya di dalam air. [1 markah] (d)Bagaimanakah pelangi terbentuk? [1 markah](e)Nyatakan dua perkara yang berlaku apabila sinar cahaya daripada ikan bergerak melalui air ke mata pemerhati. [2 markah]
6Rajah di bawah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji gerak balas anak benih terhadap suatu rangsangan.(a)Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen ini? [1 markah](b)Apabila anda menyentuh daun Mimosa pudica, apakah yang berlaku? Namakan jenis gerak balas yang ditunjukkan. [2 markah](c)Apakah kelebihan fototropisme positif bagi pucuk pokok? [1 markah](d)Rajah di bawah menunjukkan sejenis gerak balas tumbuhan terhadap suatu rangsangan.Apakah gerak balas yang ditunjukkan oleh tumbuhan di atas dan apakah fungsi gerak balas tersebut? [2 markah]
7 (a)Namakan struktur telinga berlabel (i) hingga (iii)
(b)Namakan bahagian telinga yang menjalankan fungsi-fungsi berikut:(i)Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga [1 markah](ii)Mengubah getaran bunyi kepada impuls saraf.. [1 markah]
(c)Apakah yang berlaku kepada gelombang bunyi di bahagian tengah dan telinga dalam?.. [4 markah]
(d)Ali berpusing beberapa kali selama beberapa minit. Apabila dia berhenti, dia merasakan bahawa bilik tersebut masih berpusing. Struktur telinga yang manakah yang menyebabkannya berasa begini?.. [1 markah]Mata manusia ialah organ deria yang bergerak balas terhadap rangsangan cahaya. Bola mata terletak di dalam soket mata dan dipegang oleh beberapa pasang otot. Mata dilindungi oleh beberapa lapisan depan dan di belakangnya. Sinar cahaya daripada objek memasuki mata dan difokuskan pada retina. Retina mengandungi sel-sel reseptor rod dan kon.
8
(a)Namakan struktur mata yang memfokuskan cahaya ke atas retina... [1 markah](b)Apakah fungsi otot-otot yang melekatkan bola mata kepada soket mata?.. [1 markah](c)Nenek Mary tidak boleh membaca suratkhabar dengan jelas dan dinasihatkan oleh doctor untuk memakai cermin mata untuk mebetulkan penglihatannya.(i)Apakah jenis kecacatan penglihatan nenek Mary dan apakah faedah pemakaian cermin mata tersebut? [2 markah](ii)Cadangkan sejenis makanan yang boleh memperbaiki mutu penglihatan matanya.. [1 markah](d)Berikan satu perkara yang harus dijauhi untuk mengelakkan masalah penglihatan mata... [1 markah]
9Rajah di bawah menunjukkan dua jenis haiwan yang boleh didapati di lading kelapa sawit.(a)Namakan jenis penglihatan yang dipunyai oleh(i)burung helang: . [1 markah](ii)tikus: . [1 markah]
(b)Berikan satu kebaikan dan satu keburukan jenis penglihatan burung helang.. [2 markah](c)Mengapakah jenis penglihatan ini penting untuk haiwan seperti tikus?. [2 markah]
10Rajah di bawah menunjukkan dua set radas yang disediakan untuk mengkaji gerak balas tumbuhan selama dua hari.(a)Apakah inferens yang boleh dibuat untuk Set A selepas dua hari?.. [1 markah](b) Apakah fungsi klinostat berpusing dalam Set B?.. [1 markah](c)Mengapakah pucuk tumbuhan dalam Set B masih dalam keadaan mendatar?. [2 markah](d)Selepas dua hari, klinostat dihentikan. Lukis satu rajah untuk menunjukkan keadaan tumbuhan dalam Set B selepas tiga hari klinostat dihentikan.. [2 markah](e)Mengapakah pucuk tumbuhan menunjukkan fototropisme positif?. [2 markah](f)Akar tumbuhan dalam pasu bunga tumbuh ke bawah. Terangkan mengapa dan apakah faedahnya kepada tumbuhan?. [2 markah]
11Namakan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan berikut:
Zat makananPenyakit
(a) Ferum
(b) Kalsium
(c) Iodin
(d) Natrium
(e) Vitamin A
(f) Vitamin C
[6 markah]12Rajah menunjukkan beberapa jenis makanan.(a)Tuliskan jenis makanan daripada senarai di atas bagi kelas makanan berikut.Kelas makananJenis makanan
Pelawas
Protein
Karbohidrat
[3 markah](b)Padankan jenis makanan dengan fungsinya.Jenis makanan
Buah oren
Daging Ayam
Sayur-sayuran
Fungsi
Untuk pertumbuhan dan membaiki tisu rosak
Mencegah sembelit
Meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit
[3 markah]
13(a) Apabila anda menghidap selsema, anda tidak mempunyai selera makan kerana makanan berasa tawar. Tandakan (/) bagi pernyataan yang menerangkan perkara ini.
(a) Tunas rasa dimusnahkan.
(b) Bulu hidung disekat oleh mukus.
(c) Bahan kimia dalam makanan tidak dapat sampai ke reseptor bau.
(d) Lidah tidak boleh mengesan rasa makanan.
[1 markah]
10
top related