rph bahasa melayu
Post on 16-Jan-2016
225 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 2
Masa : 8.50 pagi – 9.50 pagi (60 minit)
Tarikh / Hari : 3 April 2014 / Rabu
Bilangan Murid : / 28 orang
Tema / Tajuk : Semangat Perpaduan / Hidup Berjiran
Fokus Utama:
Standard Kandungan :
3.3. Membina dan menulis perkataan dan frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran :
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.
Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1) Mengenal pasti, menyebut dan menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 10 benda yang tersembunyi di dalam gambar dengan tepat.
2) Membina sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat berdasarkan yang diberikan dengan tepat.
Sistem Bahasa : 1. Sintaksis – Ayat tunggal dan ayat majmuk
2. Sebutan dan intonasi
Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual
Nilai murni : Tekun, Teliti, Patuh arahan, berdisiplin
KBT : KB- mengenal pasti, menjana idea
KP - verbal-linguistik
- Intrarpersonal
Media : Lembaran kerja cari saya, Lembaran kerja bina
ayat, paparan gambar aktiviti “cari saya”, kad
nama murid.
Pengalaman sedia ada : Murid pernah mempelajari tentang jiran.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Boneka musang dan bangau
Set induksi (5 minit)
1. Guru bercerita tentang bangau dan musang yang hidup berjiran.
2. Murid mendengar cerita dengan tekun.
3. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan semula tentang bangau dan musang.
4. Aktiviti soal jawab.
5. Guru mengaitkan aktiviti pembelajaran dengan tajuk pengajaran pada hari itu iaitu “Hidup Berjiran”
BBM :- Boneka
musang dan bangau
KP : Verbal linguistik
KBT : Mentafsir
Nilai :Tekun
Lembaran aktiviti “Cari saya”
- Mengesan barang tersembunyi.
Langkah 1 (15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada murid.
2. Guru menerangkan tentang aktiviti.
3. Murid mencari barang yang tersembunyi pada lembaran aktiviti yang diberi
4. Guru mengehadkan tempoh masa untuk aktiviti ini.
BBM : Lembaran aktiviti “cari saya”
KP : Intrapersonal
KB : Mengenal pasti
Nilai :Teliti
Paparan Lembaran Langkah 3 (15 minit) BBM:
Aktiviti “Cari Saya”. 1.Guru menampal lembaran
aktiviti “cari saya” pada papa putih.
2. Guru memilih beberapa orang murid berdasarkan kad nama yang disediakan secara rawak.
3. Murid yang dipilih perlu membulatkan barang tersembunyi yang dikenal pasti dalam gambar, kemudian menyebut dan menulis nama benda tersebut pada papan putih.
4. Murid lain dipilih untuk membina ayat berdasarka nama benda yang telah ditulis.
5. Pembetulan serta merta dilakukan
Paparan Lembaran Aktiviti “Cari Saya”
KP :- Verbal
linguistik - Intrapersonal
KB :- Menjana idea- Mengenal
Pasti
Nilai :Teliti Patuh arahan
Aktiviti Penilaian
- Membina ayat
Langkah 4 (15 minit)
1. Murid-murid diminta untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan guru.
2. Murid diminta untuk membina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
3. Guru membimbing murid yang lemah.
BBM :- Lembaran
kerja
KB:- Menjana idea
Nilai :Berdisiplin
Rumusan Penutup (5 minit)
1. Beberapa orang murid dipilih untuk menjawab soalan guru.
2. Guru merumuskan pelajaran pada dan menerapkan nilai murni kepada murid
KB :Mengimbas kembali
KP : Verbal linguistik
Nilai Patuh arahan
top related