rph 1.3.3 aktiviti gotong-royong

Post on 10-Dec-2015

263 Views

Category:

Documents

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA KEMASYARAKATAN

TAHUN 6 CEMERLANG

TAJUK Aktiviti Gotong-Royong

MASA 9.30 pagi – 10.30 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3.3 Mendengar, memahami, memberi respons terhadap pesanan dan menyampaikan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Mendengar dan memberi respons secara lisan terhadap pesanan yang didengar.

ii. Menyampaikan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi.

AKTIVITI

1. Murid menonton video perbualan penduduk Taman Anggerik untukmenjalankan aktiviti gotong-royong.

2. Murid menyatakan pesanan dan respons yang didengar dari video tersebut.

3. Murid menyampaikan pesanan tersebut dengan menggunakan bahasa yang santun.

4. Murid dibahagikan dalam kumpulan dan diberikan kad pesanan dalam pelbagai situasi.

5. Murid dikehendaki berlakon sebagai pendengar pesanan memberi respons dan menyampaikan pesanan bersama ahli kumpulan

6. Kumpulan lain akan memberi markah jika pesanan yang didengar dapat difahami dengan baik.

Pemulihan

Murid memberi respons terhadap pesanan yang didengar dan menyampaikannya semula.

Pengayaan

Murid mencipta situasi, menyatakan pesana, memberi respons dan menyampaikan pesanan.

Ilmu : Pendidikan Islam, Pendidikan Moral

Nilai : Menghormati, bekerjasama

EMK : Kreativiti dan inovasi

KB : Menjana idea

BCB : Bacaan Mekanis

BAHAN BANTU BELAJAR

Video, kad pesanan

PENILAIAN PENGAJARAN DAN

Mendengar pesanan, memberi respons dan menyampaikan pesanan berdasarkan situasi dalam bentuk lakonan.

PEMBELAJARAN

REFLEKSI .

top related