riasec panduan perancangan kerjaya

Post on 23-Jul-2015

185 Views

Category:

Career

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Vocational Preference Inventory (VPI)

INVETORI MINAT KERJAYA

Proses Pemilihan & Kematangan Kerjaya

1. Peringkat Pertumbuhan

(dari lahir hingga 14 tahun)

i. Tahap Fantasi (4 – 10 thn)

ii. Tahap Minat (11 – 12 thn)

iii. Tahap Kebolehan (13 -14 thn)

Proses Pemilihan & Kematangan Kerjaya

2. Peringkat Penerokaan (15 – 24 thn)

3. Peringkat Pengukuhan (25 – 44 thn)

4. Peringkat Pengekalan (45 – 64 thn)

5. Peringkat Penurunan (65 thn ke atas)

Asas Pendekatan IMK

1. Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping identifakasi stereotaip pekerjaan secara spesifik.

Asas Pendekatan IMK

2. Minat seseorang itu lahir drp personalitinya.

3. Individu drp jenis pekerjaan yg sama mempunyai persamaan dari segi personalitinya.

Asas Pendekatan IMK

4. Keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

Panduan Perancangan Kerjaya

• Mengenali Diri Sendiri• Meneroka Pilihan• Membuat Keputusan• Mengambil Tindakan

Jenis-Jenis Personaliti

• Realistik• Investigatif• Convensional• Artistik• Enterprising• Sosial

Realistik• Orang yang bekerja di bidang realistik

umumnya berminat menggunakan tangan, mesin atau peralatan, tumbuhan, haiwan dsbnya.

• Mereka suka melihat hasil kerja mereka dan lebih suka menghadapi masalah yang konkrit berbanding dengan perkara yang abstrak atau berbelit-belit.

Realistik

• Sifat-sifat Individu:-

[Tidak Sosial, Suka Ikut Perintah, Berterus Terang, Keras Kepala, Tidak Fleksibel, Tekun, Praktikal, Pemalu, Berhemat, Tidak Suka Membabitkan Diri].

SUKA • Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.TIDAK SUKA

• Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

Suasana Pekerjaan.[ Realistik ]

[Industri, Perlombongan / Tenaga, industri Pembinaan, Pengangkutan, Industri Pertanian, Firma Pengeluaran, Kemudahan Reakreasi dan Sukan, Industri Layanan].

Suasana Pekerjaan[ Realistik ]

• Contoh Pekerjaan.

[Jurutera Awam, Jurutera Keretapi, Operator Mesin, Mekanik Kapal Terbang, Mekanik Kereta, juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan/Perladangan, Tukang Kayu, Pengimpal, Atlet dll].

Investigatif

• Orang yang bekerja dalam bidang investigatif bersifat ingin tahu. Mereka suka menganalisa masalah dan mencari jawapan mengapa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.

Investigatif

• Sifat-Sifat Individu:-

[Berhati-hati, Analitikal, Kompleks, Ingin Tahu, Berdikari, Intelektual, Pesimistik, Pasif, Rasional, Tidak Popular].

SUKA • Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan

matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.TIDAK SUKA

• Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.

Suasana Pekerjaan[ Investigatif ]

• Suasana Pekerjaan.

[ Bertempat di Universiti dan Kolej, Pusat Perubatan, Makmal Penyelidikan, Pertubuhan seperti Syarikat Kejuruteraan dan Komputer ].

Suasana Pekerjaan[ Investigatif ]

• Contoh Pekerjaan.

[Ahli Kaji Cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Doktor, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kaji Bumi, Penyelidik Sains, Antropologis, Juruterbang, Ahli Teknologi Komputer dll].

Convensional

• Orang yang bekerja dalam bidang kerja convensional menggambarkan diri mereka sebagai teratur dan praktikal.

• Mereka suka mengikut tatacara yang telah diterima untuk melakukan sesuatu kerja.

Convensional

• Sifat-Sifat individu:-

[Teliti, Suka Ikut Perintah, Cekap, Tidak Fleksibel, Tertaur, Patuh, Tekun, Praktikal, Berhemat, Mempertahankan Diri].

SUKA • Arahan, tugas sistematik dan

terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.TIDAK SUKA

• Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.

Suasana Pekerjaan[ Convensional ]

• Suasana Pekerjaan.

[Firma Perakaunan, Institusi Kewangan seperti Bank, Pejabat Perniagaan, Pejabat Kerajaan, Perpustakaan].

Suasana Pekerjaan[ Convensional ]

• Contoh Pekerjaan.

[Penyimpan Kira-Kira, Guru Perdagangan/Matematik, Akauntan, Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insuran, Kerani Insuran, dll].

Artistik

• Orang yang bekerja dalam bidang seni, suka meluahkan fikiran mereka menerusi perkataan, tindakan atau aktiviti.

• Umumnya mereka peka kepada kecantikan di sekitar mereka dan suka berhadapan dengan konsep-konsep yang abstrak.

Artistik

• Sifat-Sifat Individu:-

[Kompleks, Tidak Teratur, Emosional, Idealistik, Tidak Ikut Perintah, Tidak Praktikal, Berdikari, Berfikiran Terbuka, Keaslian, Imaginatif].

SUKA • Kreativiti, idea, situasi, tidak

berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.TIDAK SUKA

• Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.

Suasana Pekerjaan[ Artistik ]

• Suasana Pekerjaan:-• Organisasi yang Menghargai Fleksibiliti

dan Kreativiti seperti Syarikat Seni Grafik, Pertubuhan Kebudayaan, Agensi Periklanan, Syarikat Arkitek dsbnya.

• Institusi yang Mengajar Seni seperti Universiti, Kolej, Studio Muzik dan Tarian, Institut Seni.

Suasana Pekerjaan[ Artistik ]

Suasana Pekerjaan:-• Galeri Seni• Muzium

Suasana Pekerjaan[ Artistik ]

• Contoh Pekerjaan.

[Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun, Penghias Rumah, Arkitek, dll].

Enterprising

• Mereka yang membabitkan diri dalam keusahawanan, mudah mesra dan pandai memujuk.

• Mereka suka berinteraksi dengan orang lain seperti gaya berniaga, menjual, mengatur dan memimpin.

Enterprising

• Sifat-Sifat Individu:-

[Suka Meneroka, Mudah Bersetuju, Bercita-Cita Tinggi, Suka Menguasai, Energetik, Ekstrovert, Optimistik, Berkeyakinan Diri, Bersoisal, Suka Bercakap].

SUKA • Kuasa, status, mentadbir dan

kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.TIDAK SUKA

• Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.

Suasana Pekerjaan[ Enterprising ]

Suasana Pekerjaan:-• Di Syarikat Niaga Runcit atau Borong

seperti Penjual Kereta, Syarikat Hartanah, Insurans, Kedai Perabot dsbnya.

• Pertubuhan politik• Perbadanan Besar seperti Syarikat Minyak,

Broker dsbnya.

Suasana Pekerjaan[ Enterprising ]

Suasana Pekerjaan:-• Perniagaan Sendiri• Firma Guaman• Industri Layanan

Suasana Pekerjaan[ Enterprising ]

• Contoh Pekerjaan.

[Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Jurujual Insuran, dll]

Sosial• Orang yang bekerja dalam bidang sosial

suka bekerja bersama orang lain dengan membantu mereka.

• Umumnya mereka pandai berkomunikasi dan suka menyelesaikan masalah melalui perbincangan secara individu atau berkumpulan.

Sosial

• Sifat-Sifat Individu:-

[Peramah, Murah Hati, Sedia Membantu, Baik Hati, Penyabar, Pandai Memujuk, Bertanggungjawab, Bersosial Bijak, Saling Memahami].

SUKA • Perhatian, berurusan dengan orang lain,

bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.TIDAK SUKA

• Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.

Suasana Pekerjaan[ Sosial ]

Suasana Pekerjaan:-• Bertempat di Universiti, Kolej dan

Sekolah.• Pertubuhan Sosial• Pertubuhan Agama• Pusat Perubatan

Suasana Pekerjaan[ Sosial ]

• Contoh Pekerjaan.

[Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi kebajikan, Kaunselor Kerjaya, Kaunselor Peribadi, dll].

Latihan Penilaian Diri• Anda dijemput menyertai rombongan

perkhemahan semasa cuti sekolah. Penganjur mahu membahagikan pelajar kepada enam kumpulan iaitu R, I, A, C, E, S. Andaikan anda bukan seorang pemalu dan boleh menyertai sebarang kumpulan yang anda pilih. Kumpulan manakah yang anda ingin sertai?

Penutup• Anda tergolong dalam jenis personaliti

yang mana? Saya lebih suka menyertai kumpulan……...

1. Realistik2. Investigatif3. Convesnional4. Artistik5. Enterprising6. Sosial

Terima Kasih

Tuhan membuat ketentuan pada satu pihak manakala bagi pihak manusia pula wajib berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya.

top related