refleksi permainan tradisional bgrrg3
Post on 04-Jan-2016
231 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL
Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya program
sukan mini yang dianjurkan oleh kami unit J18 berjaya dilangsungkan dengan
jayanya. Program sukan mini ini diadakan pada hari khamis dan disaksikan oleh
pensyarah pembimbing kami iaitu encik Sabri Tan dan encik Wahid.
Galah Panjang
Saya dan kumpulan saya iaitu Naseef, Azim dan Naseri telah
bertanggungjawab merancang dan mengelola permainan galah panjang ini. Saya
dan kumpulan saya telah membuat kajian dan belajar tentang cara permainan
dijalankan dan undang- undang permainan tersebut. Galah panjang adalah
sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di
atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa
baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat
mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada
10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain
sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan
ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak
buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan
teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang
mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang
dengan mudah.
Kumpulan saya telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan
menambah kotak di belakang kerana pertambahan pemain yang bermainan
permainan ini. Dalam permainan yang saya rancang, kami telah pecahkan kumpulan
J18 kepada dua buah kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Setiap
kumpulan lelaki dan wanita pula dipecahkan dua kumpulan lagi. Hal ini kerana
sebuah kumpulan akan bertahan dan sebuah kumpulan lagi akan menyerang
dengan cuba melepasi halangan kumpulan yang berjaga. Setiap ahli kumpulan yang
berjaya melepasi halangan tersebut dan berpatah balik tanpa disentuh akan diberi 1
mata. Setiap kumpulan akan bertukar giliran apabila semua ahli yang menyerang
telah terkeluar kerana disentuh
Antara kekuatan yang dapat dilihat dalam permainan galah panjang ini ialah
pelajar terhibur dan berasa seronok ketika bermain. Pelajar akan berasa seronok
kerana mereka dapat belajar cara pemainan permainan ini dan mereka juga dapat
merasakan bebas kerana mereka mungkin sudah jemu untuk belajar di dalam kelas
sahaja. Selain itu, kekuatan yang lain yang dapat dilihat ialah pelajar berkerjasama
untuk melepasi halangan dan juga menghalang penyerang untuk melepasi kawasan
jagaan mereka. Saya dapat melihat mereka berkerjasama untuk mengepung dan
bersama- sama menjaga kawasan mereka agar penyerang tidak dapat melepasi
sekatan yang mereka sediakan. Kumpulan yang menyerang juga berkerjasama
untuk melepasi halangan yang telah dibuat oleh kumpulan bertahan. Kekuatan yang
lain yang dapat dilihat ialah pelajar menggunakan strategi dan bergerak secara
teratur untuk menghalang kumpulan menyerang dan juga melepasi kumpulan yang
bertahan. Mereka tidak bertindak secara melulu dan menyusun strategi terlebih
dahulu sebelum cuba melepasi halangan daripada kumpulan bertahan. Kumpulan
yang bertahan juga menggunakan strategi untuk menyentuh dan menghalang
pemainan yang menyerang.
Antara kelemahan yang dapat dilihat dalam permainan yang dirancang ini
ialah hanya tiga orang sahaja juri mencatat markah yang ditugaskan untuk
memantau kesemua permainan galah panjang. Hal ini mungkin menjadi kelemahan
kepada pemantau untuk melihat sama ada pelajar bermain dengan jujur ataupun
sebaliknya. Kelemahan yang kedua ialah permainan galah panjang ini dimainkan
pada waktu tengahari dan panas. Hal ini menyebabkan pelajar tidak fokus dan tidak
bermain dengan sungguh- sungguh kerana merka berasa tidak selesa dan panas.
Selain itu, kelemahan yang ketiga ialah garisan yang dilakukan digaris
menggunakan tepung dan mudah hilang apabila pelajar memijaknya. Pelajar juga
sering terkeluar kerana mereka tidak nampak garisan tersebut dengan jelas. Antara
penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah dengan menambah juri yang
memantau permainan ini bagi mengelakan pelajar bermain tipu. Selain itu,
permainan ini juga perlu diadakan pada waktu yang redup dan tidak panas seperti
awal pagi. Penambahbaikan yang ketiga ialah juri pemantau perlu menambah
ketebalan garisan tersebut dengan tepung setiap kali ingin memulakan permainan
yang baru.
Tuju Tin
Seterusnya adalah permainan tuju tin. Kumpulan yang telah mengelola dan
merancang permainan tuju tin ini ialah terdiri daripada Nanisya, Diana, Wahida,
Noraini dan Jessica. Permainan ini adalah mudah dimainkan, tin susu disusun
membukit di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula
membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut,
maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membaling
kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula
tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat
mungkin dan boleh ditolong oleh rakan- rakan sekumpulan dengannya. Jika pelontar
tadi berjaya menyusun semula tin itu sebelum kene baling daripada kumpulan A,
maka kumpulan B akan mendapat satu mata. Ahli kumpulan B yang terkena
balingan bola kumpulan A akan terkeluar dan tidak dibenarkan menyusun tin
tersebut. Permainan galah panjang ini telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan lelaki dan wanita. Dan setiap kumpulan sama ada wanita atau lelaki juga
dipecahkan kepada dua lagi. Setiap kumpulan akan berlawan antara satu sama lain
bagi menentukan pemenang dan menjadi juara permainan tersebut.
Antara kekuatan yang dapat dilihat melalui permainan ini ialah permainan ini
dapat merapatkan hubungan antara pelajar- pelajar yang bermain. Hal ini dapat
dilihat apabila pemain yang menjatuhkan tin akan bersama- sama menyusun semula
tin yang terjatuh dan melindungi rakan mereka yang menyusun tin. Keseronokan
permainan ini tak dapat digambarkan apabila pemain dapat menyusun semula
ataupun dapat membaling tepat pasukan yang cuba menyusun tin tersebut.
Bersorak dan menjerit bersama akan dapat merapatkan lagi hubungan antara
kumpulan tersebut. Kekuatan yang lain yang dapat saya kesan ialah dapat menguji
ketepatan pelajar dalam menjatuhkan tin yang disusun. Dalam hal ini guru boleh
menguji koordinasi pelajar dengan menilai sama ada murid berjaya atau tidak
membaling bola tepat ke arah tin. Pelajar juga dapat menjadikan permainan ini
sebagai latihan untuk mereka menguji ketepatan mereka terhadap sesuatu. Selain
itu, kelebihan yang lain yang boleh dilihat ialah menggalakan pemain menggunakan
strategi untuk memerangkap pihak lawan. Pihak lawan yang telah menjatuhkan tin
akan cuba menyusun tin tersebut semula. Pihak yang bertahan akan menggunakan
strategi untuk memerangkap lawan mereka dan menyasarkan dengan membaling
bola ke arah mereka. Pihak yang hendak menyusun tin juga perlu mempunyai
strategi untuk melepasi halangan yang disediakan dan mengelakan daripada
terkene bola yang dibaling. Kekuatan yang ketiga pula ialah permainan ini telah
diubahsuai agar tidak mencederakan sesiapa. Kumpulan yang merancang telah
dilihat menggantikan bola yang lembut untuk digunakan untuk dibaling ke pihak
lawan. Jika bola yang digunakan untuk dibaling ke pelajar keras, bola tersebut boleh
menyebabkan rasa sakit pelajar dan mungkin juga akan mencederakan murid.
Antara kelemahan yang dapat saya kesan dalam permainan ini ialah kawasan
permainan yang disediakan agak kecildapat dilihat murid berlari di kawasan yang
agak terhad dan tidak bebas untuk berlari dengan lebih luas. Selain itu, di sekeliling
padang juga tidak mempunyai penghadang untuk mengelakan bola yang dibaling
tersasar jauh dan menyukarkan pelajar untuk mengutipnya. Kumpulan yang
bertanggungjawab sepatutnya menyediakan penghadang bagi menghalang bola
tersebut daripada pergi lebih jauh dan menyukarkan pelajar untuk mengambilnya.
Selain itu, permainan ini juga diadakan pada waktu tengahari. Hal ini menyebabkan
pelajar tidak selesa kerana mereka terpaksa bermain dengan keadaan berjemur di
tengah panas. Pelajar akan mula malas dan tidak bersungguh- sugguh bermain
kerana mereka berada dalam keadaan tidak selesa. Penambahbaikan yangn perlu
dilakukan adalah seperti mengubah masa permainan dijalankan seperti waktu pagi
dan juga waktu yang tidak terlalu panas. Selain itu, kawasan permaina juga harus
diluaskan agar murid dapat berlari dengan lebih luas dan mengelakan diri dari
dibaling dengan bola. Penghadang bola juga harus dibina untuk mengelakan bola
tersasar jauh. Guru juga boleh meletakan beberapa orang pelajar diluar kawasan
permainan untuk membantu mengambil bola yang terkeluar.
Cari Cucu
Seterusnya adalah permainan cari cucu yan telah dikelolakan dan dibentangkan
oleh ahli kumpulan Irfan, Syukri, Zulfadzli Dan Muhaimin. Permainan ini merupakan
permainan tradisi masyarakat melayu yang popular di kalangan kanak- kanak. Saya
pernah mendengar dan bermain permainan ini tetapi versnya berlainan sedikit
kerana kumpulan yang membentangkan telah melakukan beberapa
pengubahsuaian. Walaubagaimanapun, permainan ini tetap menyeronokan dan
kanak- kanak pasti akan mengemarinya. Permainan ‘cari cucu’ memerlukan
bilangan orang yang ramai. Biasanya permainan ini dimainkan di kawasan yang
besar seperti gelanggang ataupun kawasan padang yang lapang.
Permainan ini memerlukan peralatan yang sedikit sahaja dan dua lagu yang
dinyanyikan oleh cucu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si
‘nenek’ dan ke dua sebuah tongkat untuk diberikan kepada nenek untuk dipegang.
Terdapat dua lagu yang dinyanyikan. Salah sau untuk cucu nyanyikan dan satu lagu
untuk si nenek menyanyikan. Sebelum memulakan permainan tersebut, pelajar perlu
menentukan siapa yang akan digelar ‘nenek’. Ini dilakukan dengan pelbagai cara.
Contohnya undian ditentukan dengan “lai la li tam plong”. Setelah itu, si nenek akan
menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu
harus membentuk satu bulatan dan si nenek akan berada di tengah bulatan itu.
Cucu akan mula bernyanyi dan bergerak mengeliling si nenek. Apabila lagu habis
dinyanyikan giliran nenek pula akan menyanyikan lagu. Cucu- cucu akan duduk
mencangkung dengan senyap setelah itu. Si nenek akan menggunakan tongkat
untuk menangkap si cucu yang terpilih. Si nenek harus meneka siapakah cucu yang
dipilih. Jikalau tekaanya benar, si cucu itu akan menjadi pula. Permainan diteruskan
dikalau tekaan tersebut salah. Sebelum memulakan permainan setiap pelajar
dipecahkan menjadi empat kumpulan yang besar. Setiap permain perlu diundi untuk
mencari nenek. Permain yang terakhir diteka akan mewakili kumpulan tersebut
untuk bermain dengan kumpulan yang lain. Ahli kumpulan yang terakhir di teka
dengan betul akan dinobatkan menjadi juara.
Antara kekuatan yang dapat saya lihat melalui permainan ini adalah pelajar
dapat menajamkan menggunakan deria pendengaran kerana mata pelajar yang
menjadi si nenek ditutup dengan kain hitam. Pelajar yang terpilih menjadi si nenek
akan ditutup matanya agar tidak dapat melihat. Si nenek perlu mencari si cucu
dengan hanya menggunakan deria pendengaran melalui nyanyian yang dinyanyikan
oleh cucu sebentar tadi. Si nenek hanya perlu mendengar dan meneliti kedudukan si
cucu melalui nyanyian tersebut. Nenek juga diberikan tongkat untuk meneka dan
mencari cucu yang duduk mencangkung tersebut. Seterusnya ialah pelajar berasa
seronok dengan permainan ini dan hasil pembelajaran juga dapat dicapai oleh
pelajar. Permainan ini akan menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran menjadi
lebih menyeronokan dan menghiburkan. Guru boleh membawa pelajar bermain
sekali sekala apabila pelajar kelihatan bosan berada dalam bilik darjah. Permainan
seperti ini juga tidak memberi tekanan kepada pelajar dan pelajar dapat belajar
dengan baik selepas permainan tersebut djalankan.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit keburukan dan cadangan
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antara keburukan yang dapat dilihat melalui
permainan ini adalah penggunaan batang besi sebagai tongkat si nenek mencari
cucu. Pelajar yang menjadi si nenek diberi batang besi untuk menyentuh rakan
mereka yang menjadi si cucu. Hal ini agak berbahaya kerana jika murid yang
menjadi si nenek menghayun batang besi tersebut laju ke arah pelajar yang lain,
pasti akan menyebabkan rasa sakit dan mungkin juga tercedera. Kumpulan yang
mengelola sepatutnya menggunakan batang yang lebih lembut dan tidak
mencederakan pelajar yang lain seperti penggunan batang plastik ataupun batang
yang diperbuat daripada kertas. Selain itu, pelajar yang menjadi si nenek yang telah
ditutup mata tidak dapat melihat dan berbahaya jika terdapat batu atau lubang di
kawasan permainan tersebut. Pelajar tersebut boleh terjatuh dan tersungkur jika kaki
mereka tersepak batu atau termasuk ke dalam lubang. Hal ini boleh mencederakan
pelajar tersebut. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan memastikan
kawasan tersebut bersih terlebih dahulu sebelum memulakan permainan cari cucu
tersebut. Kumpulan yang merancang boleh memilih kawasan yang lapang seperti
padang sekolah ataupun kawasan yang tidak berbahaya.
Lompat Untai Getah
Permainan yang keempat iaitu permainan lompat untai getah telah dibentangkan
oleh Lukman, Hafiz, Jannah, Nadiratul dan Linda. Permainan lompat untai getah
merupakan permainan tradisi rakyat Malaysia. Namun, permainan ini telah ditambah
cara permainan dan peraturan selari dengan peredaran masa. Sebelum memulakan
permainan, pelajar- pelajar J18 telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Setiap kumpulan juga telah dipecahkan lagi
kepada dua kumpulan kecil. Pelajar juga perlu menjalinkan getah gelang menjadi
rantaian getah yang panjang. Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi
menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang
kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir. Dua orang
pemain daripada kumpulan lawan ditugaskan memegang kedua belah hujung
rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan
cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.
Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan. Jika
pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira
mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya.
Antara kelebihan permainan ini yang kami dapati ialah cara bermain
permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajar- pelajar J18. Justeru ia akan
memudahkan kumpulan yang membentangkan dari segi penerangan cara bermain
dimana mereka hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan
permainan ini lebih menarik. Selain itu, masa pengajaran dapat dijimatkan kerana
mereka tidak perlu memberikan penerangan panjang lebar tentang caea bermain
kepada para peserta. Selain itu, kelebihan yang kedua ialah para peserta berasa
seronok semasa bermain permainan tradisional ini. Ini amat penting kerana
permainan permainan ini boleh diaplikasikan di sekolah nanti. Pelajar J18 boleh
mengaplikasikan permainan ini semasa sesi pengajaran di sekolah. Murid pasti akan
berasa seronok dan terhibur jika guru mengajar mereka bermain permainan ini.
Namun, guru perlu memastikan keselamatan murid semasa bermain permainan ini.
Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan
permainan lompat untai getah ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang
tinggi. Antara alatan yang diperlukan ialah gelang getah sahaja. Kumpulan yang
mengelola hanya perlu membelinya di kedai yang berhampiran dengan harga yang
murah dan berpatutan. Mereka hanya perlu menbina satu tali yang panjang dengan
menjalinkan gelang getah tersebut. Selain itu kawasan gelanggang bagi permainan
ini adalah di atas padang rumput sekaligus mampu mengurangkan risiko
kecederaan dan memudahkan peserta melompat untai getah tersebut tanpa rasa
takot untuk tercedera. Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah
sangat singkat dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur
jadual perlawanan yang banyak. Permainan untai getah ini tidak memerlukan masa
yang panjang untuk menentukan kumpulan yang menjadi pemenang. Setiap ahli
kumpulan akan melompat secara individu dan apabila mereka gagal melepasi aras
yang telah ditetapkan, mereka secara automatik aka terkeluar dari permainan
tersebut. Ahli kumpulan yang berjaya melepasi kesemua halangan tersebut akan
menghadiahkan kumpulan tersebut 1 mata. Kumpulan yang menang akan
bertanding dengan kumpulan yang lain sehingga salah sebuah kumpulan tersebut
dinobatkan menjadi juara.
Sepanjang permaina ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.
Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat
segelintir pelajar yang datang lewat. Akibatnya, perjalanan pertandingan pada pagi
tersebut terganggu dan tidak mengikut jadual. Sepatutnya pertandingan tersebut
dimulakan pada pukul 8 pagi dan ditangguhkan kepada pukul 9.15 pagi. Waktu
permainan lompat untai getah juga terpaksa disingkatkan kerana untuk mengelakan
pelajar bermain pada waktu tengah hari. Penambahbaikan yang boleh dilakukan
oleh kumpulan yang mengelola dengan berpesan kepada para peserta untuk datang
dengan lebih awal para hari pertandingan tersebut. Manakala peserta yang sengaja
datang lewat perlu diberi ketegasan dengan mendenda mereka akan mereka lebih
bertanggungjawab. Kelemahan yang kedua ialah permainan ini dijalankan pada
waktu tengahari dan kelihatan pelajar berasa tidak semangat untuk bermain. Hal ini
kerana mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa untuk bermain.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan menganjakan pada waktu yang lebih
sesuai seperti pada waktu pagi ataupun waktu petang.
Kesimpulanya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan
perancangna yang rapi dimana ia merupakan elemen terpenting dalam bidang
pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas
sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimanan ia akan bertindak sebagai
sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan
berjalan lancar.
top related