refleksi

Post on 06-Oct-2015

14 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Hasil dari kerja kursus ini, saya mendapat banyak maklumat tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan bagi memastikan umat Islam generasi akan datang dapat menguasai dan memahami al-Quran.sebelum ini saya hanya tahu beberapa kaedah sahaja,tetapi selepas saya menjalankan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui rupanya banyak lagi kaedah yang diperkenalkan dan boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengajar murid-murid sekolah bagi menguasai ilmu al-Quran.

Saya tertanya- tanya diri sendiri semasa menjalankan kerja kursus ini,mengapa masih ada murid yang tidak boleh membaca al-Quran sedangkan pelbagai kaedah dan cara telah dihasilkan dan diperkenalkan.setelah saya menjalankan kerja kersus ini beberapa hari,saya dapati rupanya masalah yang timbul adalah kurangnya penguasaan guru-guru terhadap kaedah-kaedah dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran terhadap ilmu al-Quran itu sendiri.

Oleh itu,saya berazam untuk mendalami lagi kaedah-kaedah pengajaran dan Pembelajaran al-Quran supaya saya dapat memastikan murid-murid yang saya ajar dapat membaca al-Quran dengan baik. Bukan sekadar itu sahaja,saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kaedah untuk menguasai ilmu al-Quran dengan luasnya.

top related