rancangan pengajaran harian bola jaring

Post on 12-Jan-2016

51 Views

Category:

Documents

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

untuk kelas 30 minit

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : 05 April 2014 (Ahad)

Masa : 8.15am – 8.45am (30 Minit)

Tempat : Gelanggang Bola Jaring

Tahun (Kelas): Empat Amanah

Bilangan Murid: 18 orang ( 9 orang lelaki & 9 orang perempuan )    

Tunjang Pembelajaran:  2. Kemahiran

Tajuk               : 2.1 Permainan (Bola Jaring)

Sub-tajuk : iv. Menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan

Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       

Psikomotor : i.  Melakukan jaringan menggunakan kedua-dua belah tangan ke arah sasaran yang

disediakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan.

ii.  Melakukan jaringan menggunakan kedua-dua belah tangan semasa permainan kecil

dengan betul dan tepat.

Kognitif : i.   Mengenal pasti pemain atau posisi manakah yang layak melakukan jaringan dalam

permainan sebenar.

ii.  Menyatakan peraturan-peraturan asas yang perlu dipatuhi semasa melakukan jaringan

sekurang-kurangnya 3 daripada 5 dengan betul.

Afektif : i.   Menunjukkan kesungguhan untuk belajar semasa mengikuti aktiviti kemahiran

menjaring.

ii.  Mengamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti.   

Kemahiran Berfikir: Mencirikan 

Pengalaman sedia ada:  Murid-murid telah mempelajari kemahiran hantaran, menerima dan gerak kaki

pada sesi pengajaran minggu lepas.

Penerapan nilai: Mematuhi arahan, disiplin

Penggabungjalinan: Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.

BSPP   : Bola (9), gelung rotan (9), jaring (2), bip (1 set)

top related