proses kreativiti

Post on 19-May-2015

15.550 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

TRANSCRIPT

PKR_ISL MINGGU 3

Disediakan oleh;SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL

FATIN ADILA BINTI JAMILNOR ROHAIZAH BINTI AHMAD

PROSES KREATIVITI

Terjemahan dari:Symbiosis Februari – May 2004,

Technology Park Malaysia

PROSES KREATIVITI

1. ILMU PENGETAHUANmengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah

Jenis-jenis maklumat;• Maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat

turun internet)• Maklumat lisan• Maklumat elektronik

PROSES KREATIVITI

2. PENYELIDIKANMengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.

PROSES KREATIVITI

3. MENDEFINISIKAN MATLAMAT / ARAH TUJUMentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki.

Mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.

PROSES KREATIVITI

4. PENGERAMAN (INCUBATION)• Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini.• Menghasilkan buah fikiran atau idea yang

memerlukan masa.• Idea tidak datang dengan segera.• Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak

disangka.• Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan

kebuntuan.

PROSES KREATIVITI

5. MEMBINA KEYAKINANAdalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea.

Idea adalah seperti batu loncatan; idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.

PROSES KREATIVITI

6. PENAPISANIdea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.

Idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.

PROSES KREATIVITI

7. MENYATAKAN DENGAN JELASMencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.

PROSES DAN PENGHASILAN

• Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa.

• Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya.

• Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal.

• Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.

PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

• Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif.

• Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka.• Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan

berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni.

• Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen.

PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

Terdapat 3 kaedah utama untuk menguji kreativiti;(i) Kaedah Psikometrik

dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini dilakukan dengan mengaitkan aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.

PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

(ii) Kaedah HistoriometrikMenggunakan maklumat dari dokumen-dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti. Kaedah ini menggunakan pengukuran secara saintifik dan secara empirikal.

PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

(iii) Kaedah BiografiKaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah histometrik. Kajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Kaedah ini menggunakan kaedah secara kajian kes yang lebih berbentuk naratif.

MODEL WALLAS

GRAHAM WALLAS

• Dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932.

• Merupakan seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik.

• Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif.

• Model proses kreativiti diperkenalkan pada tahun 1926.

• Dalam model ini, terdapat 5 peringkat proses kreativiti.

(i) PENYEDIAAN (PREPARATION)

• Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka.

• Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.

• Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.

(ii) PENGERAMAN (INCUBATION)

• Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu.

• Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

(iii) ILUMINASI (ILLUMINATION)

• Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar.

• Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah.

• Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti karakter

(iv) VERIFIKASI (VERIFICATION)

• Ini merupakan peringkat terakhir.• Pada peringkat ini idea tersebut telah

disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan.• Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan

untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.

Q

IMAGINASI BERPANDU DAN KREATIVITI

Menurut Edwards (1990);“Guided fantasy provides adults and children

with opportunities to create symbols and images that are flexible and original in thought. Guided fantasies are fluent and ever changing. In the process of pretending and imaging, people can invent and elaborate on images that are as original and individual to them as their fingerprints.”

RUJUKAN

• http://bloggingresource.abufaris.com/idea/kreativiti.html

• http://en.wikipedia.org/wiki/Graham_Wallas.htm

• http://members.optusnet.com.au/~charles57/Creative/Brain/wallis.htm

• Beaty, Janice J. 2004.Skills for Preschool Teacher. Merrill Prentice Hall. Elmira College, Emerita.

top related