proposal hlp kpm
Post on 30-Jul-2015
1.183 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Program HLPSarjana Sesi 2012
TAJUK : TINJAUAN SIKAP PELAJAR DALAM PENGHASILAN KARYA SENI HALUS KAJIAN REKAAN SENI VISUAL, BAGI SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.
1.1 Bidang penyelidikan : Program HLM – Sarjana Sesi 2012
1.2 Latar belakang kajian
Abu Talib Putih (2000) menyatakan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) seolah-olah
“tersisih” dari memperolehi pengiktirafan yang lebih wajar. PSV dianggap subjek frivolous
(main-main), malah superfluous (subjek tambahan yang tidak penting) dan hanya memenuhkan
jadual waktu. Young (1971) dalam Sharifah Md Nor (2000) terdapat unsur stratifikasi dalam
ilmu pengetahuan iaitu secara tradisi, ilmu pengetahuan yang berstatus tinggi tinggi dan
rendah. Subjek berstatus tinggi ialah subjek yang abstrak, mementingkan penulisan,
individualistik dan tidak berkaitan dengan pengetahuan luar sekolah. Subjek yang berstatus
rendah pula ialah yang berbentuk lisan, praktikal dan mementingkan kerja kumpulan. Subjek
matematik dianggap berstatus tinggi berbanding subjek pendidikan seni visual, vokasional dan
pendidikan jasmani.
Biasanya di sekolah, PSV dimasukkan sebagai pakej untuk kelas yang agak
terbelakang (lemah) dalam susunan kelas. PSV dianggap subjek yang mudah dan guru-guru
yang bukan opsyen diberi mengajar sekadar memenuhi jadual waktu terutama bagi tingkatan
menengah rendah (1 – 3). Akibatnya subjek ini akan terus dianggap subjek kelas dua apabila
terdapat sebilangan guru yang tidak mengajar langsung subjek ini sebaliknya diganti subjek
yang dianggap lebih penting seperti Matematik, Sains dan lain-lain lagi terutama bagi pelajar-
pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan
tahun enam apabila mereka akan menduduki UPSR. Pamela (dalam Safranski, 1994)
menyatakan kaunselor juga mempunyai tanggapan yang negatif terhadap PSV kerana mereka
lebih menggalakkan pelajar yang lemah dalam akademik untuk mengambil PSV. Beliau yang
merujuk kepada Chapman (1982) yang menyatakan PSV adalah untuk pelajar yang kurang
normal kerana mereka percaya PSV ini adalah subjek terapik. Silverman & Linear (dalam
Safranski, 1994) juga dalam kajiannya menyatakan ramai guru seni agak kecewa apabila
kaunselor menggalakkan pelajar yang bermasalah ke dalam kelas PSV mereka kerana percaya
PSV boleh mengatasi masalah disiplin mereka.
Program HLPSarjana Sesi 2012
Kajian Iberahim Hassan (2000) mendapati sesetengah pelajar mempunyai tanggapan
bahawa PSV adalah satu subjek yang kurang memberi faedah. PSV agak membosankan
apabila belajar benda yang sama dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.
Mengikut Roskang Jailani dan Abu Bakar Sabran (2004), PSV tidak terlepas daripada kritikan
masyarakat yang meletakkan PSV sebagai subjek kelas kedua. Hal ini menyebabkan ramai ibu
bapa tidak menggalakkan anak-anaknya mempelajari subjek ini.
Dalam sistem peperiksaan, subjek PSV di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
semua pelajar yang mengambil subjek PSV diwajibkan untuk menduduki kertas 3 iaitu Kajian
Rekaan seni Visual (KRSV). Guru-guru menghadapi masalah dalam menangani sikap pelajar
dalam menyiapkan tugasan KRSV. Permasalahan ini wujud di semua sekolah.
Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pembaca dan pengkaji lain
untuk menilai sejauh mana keberkesanan kajian dalam usaha untuk mencetus kesedaran
pelajar, ibu bapa dan pihak yang berwajib berkaitan subjek PSV dan peranan kajian dalam
usaha mengubah sikap mereka yang terlibat. Dapatan ini juga diharap boleh dijadikan panduan
kepada pentadbir sekolah, guru-guru khasnya yang mengajar PSV dan pihak ibu bapa agar
tidak mengabaikan subjek yang sememangnya penting dalam pembentukan pelajar sebagai
insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
peranan PSV dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan.
Pelajar perlu disedarkan tentang sikap mereka sebenarnya terhadap PSV agar mereka
dapat mengambil subjek ini sebagai subjek pilihan utama di sekolah. Minat yang lebih
mendalam untuk mempelajari subjek ini akan membawa kebaikan kepada pelajar
memandangkan begitu banyak faedah mempelajari PSV yang tidak disedari oleh mereka, ibu
bapa, guru-guru , pentadbir dan pihak yang berwajib.
Program HLPSarjana Sesi 2012
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut kajian yang telah dijalankan (Iberahim, 2000), juga mendapati ramai
dikalangan guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni adalah terdiri daripada mereka yang
tidak mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni dan bukan membuat
pengkhususan dalam Pendidikan Seni. Kebanyakan pengajaran adalah dalam bentuk sehala,
dan hanya mengikut rasa guru tersebut sahaja.
Oleh kerana itu pengkaji merasa sudah tiba masanya untuk semua pihak khususnya
pelajar-pelajar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menilai
semula tanggapan mereka ,mencari di mana kesilapan yang harus dibetulkan dan kekurangan
yang patut disempurnakan agar bakat dan potensi pelajar tidak diabaikan.
Ketiadaan minat, bakat, kekurangan pendedahan kemahiran dan pengasahan bakat serta
kemahiran kemahiran seni halus menjadi pertanyaan kepada permasalahan dalam penghasilan
KRSV diperingkat SPM dalam membantu peningkatan gred pelajar.
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian ini akan memberikan
tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut:
a. Mengenalpasti keciciran pelajar yang berpotensi dan minat pelajar dalam proses penghasilan KRSV, SPM.
b. Meningkatkan keprihatinan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam mengesan bakat pelajar yang diajarkan di sekolah menengah kerajaan.
c. Menilai sikap pelajar semasa proses penghasilan KRSV, SPM di sekolah-sekolah menengah terpilih.
d. Perbezaan sikap pelajar semasa penghasilan KRSV, SPM berdasarkan latar belakang iaitu jantina, etnik, aliran dan taraf sosio ekonomi.
e. Perbezaan sikap pelajar dalam menghasilkan KRSV, SPM di antara pelajar berminat dan terpaksa
Program HLPSarjana Sesi 2012
1.5 Batasan Kajian
a. Kajian ini di lakukan di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja. Kajian ini juga
terbatas kepada pelajar-pelajar yang menuntut dalam tingkatan lima yang dipilih secara
rawak ke atas 7 buah sekolah di negeri Pulau Pinang khususnya mereka yang mengambil
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual . Kajian juga akan dilaksanakan ke atas guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di 7 buah sekolah menengah
kerajaan yang terpilih sahaja. Oleh itu, hasil dan kesimpulan kajian ini mungkin tidak
sesuai digunakan dalam situasi sekolah yang berlainan.
b. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Dengan
ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal
selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan
keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.
1.6 Metodologi Kajian
i. Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan.
Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui soal selidik. Pendekatan ini dipilih
kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah. Burns
(1990) menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik, logik dan khusus. Melalui kaedah
ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. Manakala pelajar-pelajar dan guru-
guru pula lebih memahami mengenai perkara-perkara yang perlu dinilai berbanding
dengan cara penilaian yang lain.
Program HLPSarjana Sesi 2012
ii. Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah
menengah kerajaan diperingkat SPM. Kajian ini juga melibatkan guru-guru Pendidikan
Seni Visual yang mengajar diperingkat menengah (SPM) sebagai tenaga pengajarnya.
Pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam populasi kajian ini adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kategori sekolah yang
dipilih terdiri dari 2 buah sekolah dalam bandar, 3 buah sekolah pinggir bandar dan 2
buah sekolah luar bandar di negeri Pulau Pinang.
iii. Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik latar belakang pelajar
dan guru Pendidikan Seni Visual. Soal selidik latar belakang pelajar dan guru
ditempatkan di bahagian ‘A’ yang terdiri dari tiga item yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden termasuk soal mengenai
jantina, umur dan kelas. Responden dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan
dengan diri mereka, minat, bakat dan perkaitan dengan seni visual dengan menandakan
pada kotak yang disediakan. Setiap item di bahagian ini diukur pada tahap nominal dan
tiada sebarang pemarkahan diberikan.
Bahagian ‘B’ soal selidik pula pengkaji akan menggunakan soal selidik yang
digubal/ditulis/dicipta oleh pengkaji yang lalu yang telah disahkan kebolehpercayaan dan
validitinya. Soalselidik tersebut mengandungi 30 item. Responden dikehendaki
menjawab kesemua item tersebut. Setiap item akan diberi markah sebagaimana
dimaksudkan dalam soal selidik.
Borang kaji selidik dibahagi dua iaitu satu untuk pelajar dan satu untuk guru.
Program HLPSarjana Sesi 2012
iv. Prosidur Pengumpulan Data
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik.
Pengumpulan data soal selidik akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan diharap
soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab oleh pelajar-pelajar serta guru-guru
dengan baik dan memuaskan. Borang soal selidik diedarkan kepada responden secara
terus kepada pelajar dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain itu
pelajar dan guru juga diberi penerangan mengenai dengan tujuan kajian dan diberi
tempoh selama dua hari untuk melengkapkan borang soalselidik dan dikembalikan
kepada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masing-masing.
Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran
daripada pihak-pihak tertentu seperti penyelia pengkaji, ,Pengarah Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan pengetua sekolah berkenaan. Tujuannya supaya segala
prosedur kajian dipatuhi dan memudahkan kajian ini dilaksanakan agar tidak
menyusahkan mana-mana pihak yang terlibat. Selain itu, surat kebenaran penting bagi
meyakinkan responden mengenai kepentingan kajian yang dijalankan dan kejujuran
pelajar untuk menjawab soalan soalselidik adalah amat mustahak.
v. Analisis Data
Dalam kajian ini data yang dikumpul melalui soal selidik akan diproses dan dianalisis
dengan menggunakan program SPSS ( Statistical Packages For Social Science) for MS
Windows. Proses penganalisisan dapat melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis
deskriptif dan analisis inferensi.
Program HLPSarjana Sesi 2012
1.7 Kepentingan kajian
Guru memainkan peranan sebagai pengesan bakat dan potensi pelajar di dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelaksanaan kajian ini diharapkan dapat
mengesan bakat pelajar, membimbing bakat, memberi mereka ruang untuk merebut
peluang, disamping dapat membaiki pencapaian pelajar dan melaksankan proses yang betul
dalam menghasilkan karya seni halus untuk kertas 3, KRSV bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual di sekolah di peringkat SPM. kajian ini juga boleh dijadikan
strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap
cemerlang.
1.8 Rangka Jadual Kerja/ Carta Gantt
Bil Tentatif Rangka Jadual KajianBil. Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 Penyediaan Proposal
2 Bentang Proposal
3 Kemaskini Proposal
4 Perbincangan dengan Penyelia
5 Kemaskini Proposal kali ke-2
6 Pengumpulan Bahan Bab 1-3
7 Menulis Kajian Bab 1-3
8 Perbincangan dengan Penyelia
9 Membentuk soal Selidik
10 Bentang soal selidik kepada Penyelia
11 Kemaskini Soal Selidik kepada Penyelia
12 Bentang soal selidik Kali ke-2
13 Edar kepada Responden
14 Analisis Data SPSS
15 Perbincangan dengan Penyelia
16 Menyiapkan Tesis Bab 4
17 Perbincangan dengan Penyelia
18 Menyiapkan Tesis Bab 5
Program HLPSarjana Sesi 2012
1.9 Bibliografi ringkas
Iberahim Hassan dan Hassan Mohd Ghazali, 2000, Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni
Dan Muzik. Tanjong Malim : Penerbitan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI.
Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan, 2003, Pendidikan Seni Untuk Maktab
dan Universiti. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Collins, A. & Stevens, A.L (1983), A cognitive theory of inquiry teaching. Di dalam Reigeluth
(Ed.) Instructional Design Theories anmd Models: an overview of thier current status,
257-776, Hills, dale, Lawrance Earlbaum Associates.
Ibrahim Hassan, (2000), Matlamat dan objektif pendidikan seni (visual) untuk sekolah
menengah: perlu kajian semula, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni
Visual 2000, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
Jirousek, J. (1995), Art, Design and Visual Thinking, http://char.txa.cornell.edu/about.htm
Ibrahim Saad. (1986), Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
top related