proposal : didea dalam proses p&p sains tingkatan 1

Post on 22-Jan-2015

3.161 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Contoh Proposal : Aplikasi Yahoo! Messanger Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Tingkatan 1 Yang Menggunakan Model DIDEA

Matapelajaran : Sains Tingkatan 1 Topik : Ketumpatan Model : DIDEA Aplikasi : Yahoo! Messanger

Objektif Aktiviti: Memperkenalkan kaedah atau cara baru dalam membantu pelajar sekolah menengah untuk bersama-sama berkongsi idea dan pengetahuan mereka secara individu dan berkumpulan dengan cara yang lebih bermakna.

Objektif Matapelajaran : Selepas 45 minit sesi pembelajaran matapelajaran Sains menggunakan aplikasi Yahoo! Messenger, pelajat tingkatan 1 akan dapat menjelaskan aplikasi yang menggunakan konsep ketumpatan (density) dalam kehidupan seharian dengan 90% ketepatan.

Objektif Sampingan : Untuk memberi pendedahan kepada pelajar

bahawa, proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi web mampu membantu menarik minat dan menambah kefahaman mereka jika dilakukan dengan cara yang betul.

Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dikalangan pelajar selain secara tidak langsung meningkatkan literasi maklumat mereka.

Pengguna : Guru : Sebagai moderator Pelajar : Pelajar lelaki dan perempuan

tingkatan 1 yang berumur 13 tahun daripada sekolah di kawasan bandar sahaja. Pelajar yang akan terlibat merupakan pelajar daripada kelas pertama di dalam sekolah tersebut.

Keperluan : Perkakasan : Komputer, Mikrofon, Speaker &

Web Cam Perisian : Yahoo Messenger Sumber : Buku teks, bahan internet & slaid guru

Strategi :Guru dan pelajar haruslah terlebih dahulu bersedia lebih awal daripada waktu kelas sebenarnya berlangsung. Persiapan awal ini membantu dalam penggunaan masa yang cukup apabila sesi pembelajaran berjalan.

Proses ini akan diperincikan dengan bantuan carta alir

Kandungan subjek yang akan diajar : Menjelaskan definisi, konsep ketumpatan, cara pengiraan ketumpatan sesebuah bahan, perbezaaan ketumpatan bahan, aplikasi ketumpatan dalam kehidupan seharian dan glosari.

Pembinaan fungsian yang terdapat di dalam aplikasi Yahoo! Messenger

Pembinaan bukan fungsian : Ketepatan masa, kelajuan rangkaian (network speed) & antaramuka yang mesra pengguna.

Arahan : Guru/pengajar bertindak sebagai moderator untuk memantau aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dengan mencipta satu kumpulan untuk persidangan.

Prinsip rekabentuk : Mengikut spesifikasi Yahoo! Messenger.

Instalasi / Pemasangan : Setiap pelajar mempunyai akaun Yahoo! dan komputer peribadi setiap pelajar mesti mempunyai perisian Yahoo! Messenger. Komputer juga dilengkapi dengan perkakasan seperti mikrofon, webcam dan speaker.

Konfigurasi : Konfigurasi Yahoo! Messenger adalah mengikut konfigurasi asas yang telah ditetapkan (default configuration).

Latihan : Guru memberi penerangan mengenai tujuan, kaedah penggunaan dan peraturan sebelum sesi pembelajaran bermula.

Penilaian dilakukan sepanjang proses dan peringkat. Penilaian ini bukan sahaja menilai dari segi teknikal iaitu penggunaan komputer dan perisian tetapi ia juga manilai terhadap keberkesanan penggunaan aplikasi Yahoo! Messenger sebagai media perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru dapat menilai Yahoo! Messenger sama ada sesuai untuk digunakan untuk kelas akan datang atau tidak berdasarkan kecekapan, keberkesanan dan kepuasan pelajar menggunakan aplikasi ini untuk menjadikan sesi pembelajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan.

Kesan daripada pengajaran menggunakan aplikasi web ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi dan meningkatkan literasi komputer dan maklumat dikalangan pelajar di dalam menguasai matapelajaran Sains.

top related