program beyond excellence
Post on 03-Dec-2015
224 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PROGRAM BEYOND EXCELLENCE
SRK. ST. JOSEPH, PENAMPANG ,SABAH.
PRAKATA
Salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya dengan ikhlasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam penyediaan Buku Perancangan Sekolah Berkesan ( Beyond Excellence ).
Kami telah menyemak semula pencapaian murid-murid dalam tempoh lima tahun yang lalu ( 1994 - 1998 ) dan kami juga telah dapat menilai sejauh mana prestasi akademik yang telah dicapai.
Berdasarkan pencapaian lima tahun yang lalu, kami telah dapat membuat target pencapaian akan datang 2000 – 2005 di mana kita seharusnya telah dapat mencapai keputusan seratus peratus dalam setiap mata pelajaran seperti mana yang dihasratkan.
Kami berharap segala yang telah dirancangkan (target) untuk tempoh lima tahun ini akan dapat dicapai. Kami sentiasa menghargai dan mengalu-alukan kritikan yang membina daripada semua pihak.
Sekian, terima kasih.
( HELEN C. MOGINDOL ) Guru Besar, SRK St. Joseph, Penampang.
PENDAHULUAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajaran dan pendidikan peringkat Sekolah Rendah adalah bercorak pendidikan asas. Untuk mencapai matlamat itu, sekolah telah merangka suatu perancangan yang teliti melalui buku yang dikenali sebagai “PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN” atau “BEYOND EXCELLENCE 2000 – 2005”. Dengan adanya buku PSB ini maka sekolah akan mencapai matlamat yang dinginkan.
Fakta-fakta atau data-data yang terkandung dalam buku ini telah diolah melalui satu sessi pengkajian yang teliti dan terancang. Melalui buku ini juga sekolah akan dapat membuat semakan semula dari semasa ke semasa berkaitan dengan prestasi atau sebarang kekangan yang dihadapi.
Segala isu-isu, strategi dan aktiviti yang dimuatkan dalam buku ini juga adalah merupakan suatu cabaran agar guru-guru akan dapat mengubah sikap dan prinsip masing-masing demi untuk mengwujudkan suatu suasana yang cemerlang dan penyayang. Berdasarkan isu-isu itu juga kita akan dapat membuat suatu tekad agar mengubah segala sikap negatif kepada positif untuk mencapai suatu wawasan yang kita inginkan berdasarkan PSB ini.
Semasa dalam proses kita menuju ke arah kecemerlangan ini, kita akan dapati bahawa banyaknya halangan yang perlu di atasi. Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi semua halangan ini. Sudah tiba masanya kini kita mengubah dan memastikan diri kita sentiasa menerima perubahan paradigma dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
Oleh itu, kita patut menyedari bahawa tugas serta perkhidmatan kita mempunyai ekspektasi masyarakat yang tinggi dan kita hendaklah sentiasa bersedia menerima berbagai komen yang boleh dijadikan ikhtibar dalam memperbaiki kesilapan kita.
Adalah diharapkan buku PSB ini menjadi panduan dan rujukan yang terbaik kepada semua guru di sekolah ini dalam usaha memperbaiki diri, perkhidmatan dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan matlamat khas sekolah ini yang mengamalkan cogan kata “BERDOA DAN BERUSAHA”.
“ BERUSAHA DAN BERSATU MENUJU WAWASAN BERKONSEPKAN BUDAYA ILMU”
FALSAFAH SEKOLAH
1. BAHAWASANYA murid-murid yang ada di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Penampang, Sabah ada mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dengan seimbangnya dari segi intelek, rohani dan jasmani.
2. BAHAWASANYA kami pendidik-pendidik di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Penampang, Sabah mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pengajaran dan pendidikan yang sempurna dan bermutu untuk memajukan pelajaran murid-murid di sekolah kami.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan keper-cayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi me-lahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berke-trampilan, berakhlak mulia, ertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.
PERNYATAAN VISI ‘BEYOND EXCELLENCE’
“Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan generasi pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berbudaya saling mene-pati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020”.
“Vision is the imagination of a future reality…………………”
(Rowe,et al. 1990)
MISI “BE”
Dalam usaha bersungguh-sungguh Jabatan Pendidikan Sabah merealisasikan Visi “BE” untuk tempoh 5 tahun (2000 – 2005), Misi “BE” diisytiharkan seperti berikut:
i. Meneruskan aktiviti Program ‘3 + 2’ ii. Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran. iii. Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya kerja bermatlamat serta berfokus. iv. Menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. v. Menghasilkan pelajar berakhlak mulia. vi. Menghasilkan pelajar bestari.
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya Cemerlang
PROGRAM : Stail Pengurusan Dan Kepimpinan
PROJEK : Meningkatkan lagi Stail Pengurusan Dan Kepimpinan Yang Lemah Kepada Perkhidmatan Yang Lebih Berkesan.
ISU-ISU : 1. Kelewatan maklumat / informasi dari Jabatan.
2. Kurang kerjasama dari sesetengah ibu bapa untuk menerima dan memberi tindak balas kepada pihak sekolah. 3. Bebenan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada guru terlalu padat.
SASARAN : 1. Guru Besar 2. Penolong-penolong Kanan sekolah 3. Kerani sekolah 4. Guru-guru 5. Ibu bapa
OBJEKTIF : 1. Meningkatkan kualiti pengurusan. 2. Perkongsian kuasa. 3. Dasar pintu terbuka. 4. Inovatif dan kreatif.
STRATEGI : 1. Kepimpinan melalui teladan. 2. Pengurusan secara sistematik. 3. Bersedia untuk menerima perubahan. 4. Menjalankan tugas bila-bila masa diperlukan.
AKTIVITI : 1. Kursus Dalaman untuk semua guru. 2. Kursus Peningkatan Staf. 3. Pemberian sijil melalui aktiviti-aktiviti. 4. Perjumpaan dengan ibu bapa tentang maklumat kemajuan pencapaian murid/anak serta masalah-masalah yang dihadapi oleh murid/anak. JANGKAMASA: Berterusan PETUNJUK : 1. Sedia menerima perubahan dan teguran. 2. Menjadi insan yang bersikap lebih terbuka.
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya Cemerlang
PROGRAM : Hal Ehwal Staf
PROJEK : Peningkatan Sikap Negatif Kepada Sikap Positif.
ISU-ISU : 1. Kekurangan guru yang mengajar dalam mata pelajaran yang penting. 2. Kekurangan tenaga pengajar lelaki.
SASARAN : 1. Guru Besar 2. Guru 3. Jabatan Pendidikan Negeri
OBJEKTIF : 1. Melahirkan guru-guru penyayang. 2. Memberi kesedaran agar semua guru berperanan dalam segala tugasan.
STRATEGI : 1. Mengemaskinikan dan meluaskan perkhidmatan guru- guru. 2. Memberi penghargaan kepada guru-guru. 3. Memberi kesedaran kepada semua guru peranan dalam segala tugas. 4. Mempertingkatkan kerjasama antara semua guru dan merealisasikan program ‘BE’ kepada empat budaya utama.
AKTIVITI : 1. Kursus-kursus motivasi dan kesedaran. 2. Perkhemahan/perkelahan/lawatan secara intergrasi melalui Kelab Pencinta Alam. 3. Memberi semangat serta kesedaran untuk meningkatkan tahap akademik guru.
JANGKAMASA : Berterusan
PETUNJUK : Sentiasa menerima perubahan.
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE ) FOKUS : Budaya Penyayang PROGRAM : Mencintai Sekolah PROJEK : Sekolah Kediamanku ISU-ISU : 1. Sikap murid-murid tidak mempunyai kesedaran Terhadap peranan dan fungsi sekolah. 2. Penglibatan sesetengah ibu bapa/masyarkat tidak
SASARAN : 1. Murid-murid 2. Guru 3. Ibu bapa /masyarakat
OBJEKTIF : 1. Memupuk kesedaran murid-murid terhadap budaya Sayang kepada sekolah dan alam sekeliling. 2. Menjadikan sekolah tempat yang tercantik serta indah. 3. Membuat sekolah sebagai “kediaman kedua” iaitu ‘Sekolahku’ ‘Rumahku’. 4. Melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti Sekolah. 5. Melibatkan ibu bapa / masyarakat dalam semua sekolah.
STRATEGI : 1. Menanam nilai-nilai moral yang murni kepada Murid-murid. 2. Mendidik murid-murid agar bersikap penyayang terhadap alam sekitar sekolah dan harta benda sekolah. 3. Beri penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan Sikap penyayang yang tinggi. 4. Beri pujian dan motivasi semasa perhimpunan.
AKTIVITI : 1. Pelbagaikan aktiviti-aktiviti bersama ibu bapa/ Masyarakat. 2. Melibatkan semua murid dalam aktiviti kokurikulum. 3. Pelajar yang bermasalah diberi kaunseling. 4. Mengadakan pertandingan bersih / cantik dalam setiap kelas termasuk kawasan masing-masing. JANGKAMASA: Berterusan
PETUNJUK : 1. Semangat sikap hormat-menghormati seperti mencintai sekolah. 2. Kerjasama dan sikap bermoral tinggi terhadap sekolah yang tersayang wujud dalam hati setiap pelajar.
NILAI : SEKOLAH PENYAYANG PROGRAM : Hal Ehwal Murid (HEM)
1. Sikap Negatif Murid. 1.1 Kurang Minat Belajar. Murid-murid kuarang minat belajar disebabkan faktor-faktor tertentu. Contohnya bilangan murid di dalam satu-satu kelas terlalu ramai.
1.2 Sikap kurang hormat terhadap guru dan rakan sebaya. Murid-murid kurang didedahkan dengan nilai-nilai murni dan pengaruh daripada persekitaran.
1.3 Budaya menconteng peralatan sekolah.
2. Pengaruh Persekitaran dan Masyarakat Sekeliling. Pengaruh persekitaran yang kuat menyebabkan murid-murid mudah terpengaruh dan menjadi ikutan mereka.
3. Sikap Negatif Ibu Bapa Sikap ibu bapa yang sering memandang serong terhadap tindakan disiplin yang dikenakan kepada anak mereka tanpa mengkaji dan membetulkan keadaan bersama-sama.
SASARAN Murid-murid, Ibu bapa, Guru-guru, Guru Besar serta agensi=agensi luar seperti Bomba, Polis, PEMADAM dan sebagainya.
STRATEGI 1. Mengadakan kursus bina diri. 2. Mempertingkatkan khidmat Bimbingan dan Kaunseling dan mengkaji peranannya di sekolah lebih berkesan. 3. Mewujudkan Budaya Contoh yang merangkumi pelajar, guru dan ibu bapa.
AKTIVITI 1. Kursus atau kempen-kempen kesedaran sepanjang tahun dengan melibatkan ibu bapa dan masyarakat dalam aktiviti seperti berikut;
a. Khemah kerja/ibadat b. Kursus Motivasi dan kesedaran c. Kegiatan gerak saraf melalui melukis poster, logo, cogankata dan sebagainya. 2. Mengadakan kursus pendedahan dan taklimat kepada guru-guru kaunseling serta memperluaskan lagi bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan murid. 3. Taklimat, ceramah serta lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang dijadikan contoh kepada masyarakat.
JANGKAMASA Berterusan.
PETUNJUK Implikasi daripada strategi dan aktiviti akan dapat meningkatkan tahap disiplin sekolah yang baik. FOKUS : Permuafakatan PROGRAM : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PROJEK : Meningkatkan permuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa.
ISU-ISU : 1. Ibu bapa kurang memahami fungsi atau peranan PIBG. 2. Ibu bapa kurang memberi perhatian dan kerjasama dalam persatuan seperti menghadiri dialog/mesyuarat. 3. Ramai di kalangan ibu bapa lebih mementingkan tugas daripada aktiviti anak / guru di sekolah. 4. Tidak ada permuafakatan yang wujud di kalangan guru-guru dan ibu bapa.
SASARAN : 1. Ibu bapa 2. Guru-guru
OBJEKTIF : 1. Mengwujudkan kesedaran tentang peranan PIBG kepada ibu bapa. 2. Mengwujudkan permuafakatn PIBG dengan guru- guru. 3. Mengubah sikap negatif ibu bapa dan guru-guru terhadap PIBG.
STRATEGI : 1. Kaunseling kepada ibubapa. 2. Ceramah / Dialog. 3. Mengwujudkan Budaya Kerja 4. Mengadakan pelbagai kempen. 5. Mesyuarat PIBG.
AKTIVITI : 1. Mengadakan kaunseling kepada ibu bapa tentang peranan PIBG. 2. Menganjurkan ceramah/dialog untuk mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa. 3. Menganjurkan pelbagai kempen yang berkaitan dengan PIBG. 4. Mengadakan mesyuarat yang lebih kerap dalam persatuan. 5. Mengadakan aktiviti yang menarik minat ibubapa untuk mengambil berat tentang persatuan.
JANGKAMASA: Berterusan. PETUNJUK : 1. Mempastikan ibu bapa mengubah sikap dan lebih meng- ambil berat tentang peranan dan kepentingan PIBG. 2. Mempastikan wujudnya permuafakatan antara ahli-ahli PIBG. 3. Mempastikan wujudnya suasana harmonis di kalangan ibu bapa guru-guru dan murid-murid.
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya Ilmu
PROGRAM : Akademik
PROJEK : Meningkatkan Prestasi Kajian Tempatan
ISU-ISU : 1. Ramai murid tidak mengamalkan akan kepentingan alam sekitar kepada manusia. 2. Ada juga di kalangan murid tidak tahu akan kedudukan negara Malaysia di muka bumi, contohnya ‘globe’. 3. Kurang alat bantu mengajar yang sesuai dalam pengajaran Kajian Tempatan.
SASARAN : 1. Pelajar (utama) 2. Ibu bapa 3. Guru
OBJEKTIF : 1. Melahirkan murid untuk memupuk semangat patriotik di dalam jiwa mereka. 2. Memupuk perasaan kasih sayang dan membentuk murid yang setia kepada bangsa dan negara. 3. Menguasai kemahiran sosial melalui interaksi yang Aktif dalam kelas sama ada secara individu atau berkumpulan semasa menjalankan aktiviti atau kajian setempat.
STRATEGI : 1. Mengadakan Kempen Minggu Kajian Tempatan. 2. Membuat sudut maklumat dan sudut rangsangan di dalam kelas. 3. Mengadakan Kempen kesedaran Kepentingan Alam Semula Jadi.
AKTIVITI : 1. Pertandingan kuiz semasa kempen Kajian Tempatan. 2. Membuat alat-alat bantu mengajar seperti peta, carta dan lain-lain. 3. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negari, Empangan Air / Loji Penapisan Air dan lain-lain. 4. Pertandingan melukis poster sempena Minggu Kajian Tempatan. 5. Mengadakan ceramah, bengkel mengenai ‘Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar terhadap manusia’.
JANGKAMASA: 1. Berterusan 2. Mengikut kesesuaian masa.
PETUNJUK : 1. Melahirkan dan membentuk murid yangberhati mulia berdasarkan kemahiran, tatasusila dan keinsafan yang di sanjungi oleh masyarakat.
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya ilmu PROGRAM : Akademik PROJEK : Melahirkan murid yang bermoral. ISU-ISU ; 1. Sesetengah murid gagal mengamalkan sika[ hormat sesama rakan, guru dan ibu bapa. 2. Tidak mempunyai sikap ‘Kepunyaan’ terhadap benda Sendiri, sekolah dan awam. 3. Sesetengah murid suka mementingkan diri sendiri. 4. Sesetengah pula ibu bapa tidak menanamkan sikap murni di kalangan anak mereka.
SASARAN : 1. Murid 2. Ibu bapa 3. Guru
OBJEKTIF : 1. Melahirkan murid yang sentiasa bermoral di antara mereka, persekitaran dan masyarakat. 2. Melahirkan insan yang seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
STRATEGI : 1. Mengadakan kempen sekolah penyayang. 2. Kepimpinan melalui teladan. 3. Kempen membina diri, masayarakat sekeliling melalui kehormanian. 4. Kempen kebersihan sekeliling sekolah. 5. Penilaian secara tidak langsung sikap murid di dalam dan di luar bilik darjah / sekolah.
AKTIVITI : 1. Kempen minggu menghormati guru. Ibubapa dan rakan sebaya . 2. Kempen pakaian kemas dan personaliti. 3. Guru contoh dan murid contoh. 4. Minggu kempen gotong-royong dan memungut sampah. 5. Ceramah. 6. Pertandingan melukis poster.
JANGKAMASA: 1. Berterusan. 2. Mengikut kesesuaian masa. PETUNJUK : 1. Membentuk murid berperibadi mulia dan boleh membuat keputusan yang bertanggungjawab berdasarkan nilai
moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakatnya. PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya Cemerlang
PROGRAM : Akademik
PROJEK : Meningkatkan daya kemahiran dan kreativiti dalam bidang seni. ISU-ISU : 1. Kurang mahir dalam bidang seni. 2. kekurangan peralatan seni. 3. Buku panduan dan rujukan tidak mencukupi. 4. kemahiran melukis adalah terhad. 5. Suasana pembelajaran yang membosankan. 6. Bahan-bahan untuk bidang seni tidak mampu disediakan oleh pelajar. 7. Faktor latar belakang keluarga ; tiada galakan dan sokongan.
SASARAN : 1. Para pelajar. 2. Pendidik / guru. 3. Ibubapa / penjaga.
OBJEKTIF : 1. Meningkatkan kemahiran , daya imaginasi yang kreatif di kalangan pelajar. 2. Mengetengahkan bakat seni melalui pertandingan dari peringkat ke peringkat. 2. Memberi pendedahan dan kursus dalaman serta menanamkan nilai-nilai murni yang kreatif dan mempunyai daya saing antara para pelajar. 3. Menanamkan sikap harmonis yang mencerminkan keutuhan bermasyarakat, ke alam nyata mahupun alam benda yang dapat melahirkan melahirkan mutu seni yang dihargai.
STRATEGI : 1. Mengadakan kempen melukis , mewarna , Kraftangan seni bina dikalangan para pelajar. 2. Mengadakan sudut kreatif di dalam kelas.
3. Mengadakan kursus pendedahan , ceramah Motivasi dan pertandingan-pertandingan yang dapat mencungkil bakat dan hasil seni yang kreatif dan bermutu. 4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang
menghargai mencintai alam agar dapat menghasilkan Seni Kraf dari bahan-bahan terpakai atau terbuang.
AKTIVITI : 1. Pertandingan melukis. 2. Pertandingan mewarna. 3. Pertandingan kraftangan. 4. Pertandingan Seni Bina. 5. Perjumpaan dan mesyuarat guru-guru panitia. 6. Pameran sudut seni dalam kelas. 7. Kursus pendedahan Pendidikan Seni. 8. Melengkapkan alat-alat seni. 9. Kempen menghasilkan seni kreatif dari bahan-bahan terpakai.
JANGKAMASA: 1. Berterusan. 2. Mengikut rangcangan P & P.
PETUNJUK : 1. Memastikan para pelajar dapat menguasai bidang Seni. 2. Memastikan guru dapat memberikan kemahiran kepada para pelajar. 3. Mengetengahkan murid yang berbakat .
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya Ilmu Cemerlang
PROGRAM : Akademik
PROJEK : 1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai penggunaan Bahasa Malaysia. 2. Memantapkan kemahiran murid dari segi pertuturan, pemahaman dan penulisan.
ISU-ISU : 1. Budaya kurang minat membaca di kalangan murid mengakibatkan kurangnya pengetahuan murid dari segi penyusunan struktur ayat yang betul. 2. Sesetengah murid lebih terpengaruh dengan bahasa Ibunda sama ada dalam pertuturan atau penulisan. 3. Sesetengah murid lebih aktif dalam bidang sukan dan permainan tetapi lemah dalam pembelajaran. 4. Bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas.
OBJEKTIF : 1. Meningkatkan prestasi murid dalam akademik. 2. Murid mahir dalam penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perhubungan utama berbilang kaum di Malaysia.
SASARAN : 1. Pelajar 2. Ibu bapa 3. Guru
STRATEGI : 1. Menggalakan minat membaca di kalangan guru dan murid. 2. Meningkatkan kemahiran guru di dalam pengajaran. 3. Meningkatkan peratus pencapaian UPSR.
AKTIVITI : 1. Mengadakan sudut bacaan dan Taman Bacaan. 2. Seminar, bengkel dan kursus dalaman. 3. Mengadakan kelas tambahan, kelas bimbingan. 4. Dialog dengan ibu bapa. 5. Kelas pemulihan diteruskan.
JANGKAMASA: Berterusan mengikut keperluan dan kesesuaian masa.
PETUNJUK : Prestasi pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan. Oleh itu, tindakan positif dari pihak pentadbir, PIBG dan ibu bapa amatlah diperlukan.
PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )
FOKUS : Budaya Ilmu
PROGRAM : Akademik
PROJEK : 1. Memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dari segi pertuturan dan penulisan. 2. Menanam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis 3. Melahirkan/menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. 4, Melahirkan/menghasilkan pelajar yang serba boleh; yang dapat berkomunikasi dengan baik, dapat mengeluarkan pendapat yang bernas dan berupaya menghadapi cabaran dalam apa jua situasi.
4. Menghasilkan pelajar bestari iaitu seorang insan yang Berketrampilan dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
ISU-ISU : 1. Kelemahan dalam kefahaman dan penulisan. 2. Pelajar tidak mengamalkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 3. Kelemahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dari segi pertuturan, kefahaman, dan penulisan.
OBJEKTIF : 1. Meningkatkan prestasi akademik. 2. Melahirkan pelajar yang mampu berfikir dan mengeluar- kan pendapat atau pandangan secara kreatif dan kritis. 3. Mempastikan para pelajar diberi pendedahan yang Secukupnya di peringkat tahap 1 dan pengukuhan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan penulisan di tahap 2. 4. Menanam minat dan rasa sayang terhadap Bahasa Inggeris.
SASARAN : 1. Pelajar (utama) 4. Masyarakat 2. Guru 3. Ibu bapa
AKTIVITI : 1. Mengadakan khemah motivasi. 2. Program Anak Angkat 3. Kelas tambahan yang berterusan. 4. Latih tubi. 5. Ujian bulanan/semester. 6. Perjumpaan guru dan ibu bapa. 7. Kursus Dalaman bagi guru-guru bahasa. 8. Perbincangan dalam mesyuarat panitia. 9. Pertandingan membaca dalam kelas. 10. Program Nilam. 11. Mengadakan kempen Bahasa Inggeris.
JANGKAMASA: Berterusan program_be.htm PETUNJUK : Meneruskan aktiviti program dan memantapkan lagi prestasi 3 + 2 dan kecemerlangan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk dijadikan sebagai sebahagian pengisian ‘Be”.
top related