powerpoint presentation · • mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan oleh badan untuk...
Post on 07-Mar-2019
222 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESIHATAN FIZIKAL
TAKRIF :
• Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan
berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap
kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan
darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing.
• Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang
berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi
untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta
menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit.
KESIHATAN MENTAL
TAKRIF :
• Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain,
kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan
kebolehan menyumbang kepada masyarakat (WHO)
• Kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk
berinteraksi dengan individu lain, dengan menggunakan cara pemikiran,
perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup
yang saksama (Dasar Kesihatan Mental KebangsaanMalaysia)
• Keadaan sejahtera, sempurna pemikiran,emosi dan tingkah laku di mana
individu itu dapat berfungsi dan melakukan kerja atau tugasan sehingga
mencapai matlamat.
KESIHATAN MENTAL
KONSEP :
• Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi :
• Memupuk perasaan, fikiran dan tingkah laku yang positif dalam diri
sendiri.
• Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan
dan persekitarannya.
• Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan
tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
KESIHATAN MENTAL
PERKARA PENTING MELIBATKAN KESIHATAN MENTAL :
• Memikirkan tentang akibat sebelum bertindak
• Mempelajari melalui kesilapan
• Mengikut arahan atau panduan yang telah diberi
• Pertimbangan tentang alternatif sebelum bertindak
KESIHATAN MENTAL
LANGKAH DALAM PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK :
Guru memberigalakan kepada
murid
Tidak menghalanguntuk bergaul danbersosial bersama
raka mereka.
Selalumenggunakan
kaedahpembelajaran
koperatif
Mengajar murid untuk melakukan
pekerjaan di dalamkumpulan.
KESIHATAN EMOSI
TAKRIF :
• Emosi merujuk kepada peringkat yang memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan kesihatan emosi mengikut umur.
• Emosi menambah keseronokan kepada pengalaman sehari-hari, menjadi
penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada bentuk
tindakan yang diambil.
• Kanak-kanak dapat dilihat perubahan dirinya melalui emosi yang
ditunjukkan pada waktu itu.
KESIHATAN EMOSI
TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI KANAK-KANAK :
• Pencapaian akademik yang semakin merosot
• Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab munasabah
• Konsep kendiri yang lemah
• Cepat marah, suka bergaduh dan kerap berbohong
• Sering berasa cemas dan takut
• Suka termenung, berkhayal dan berkelakuan ganjil
• Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
• Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
KESIHATAN EMOSI
PENDERAAN EMOSI : Menurut Akta Kanak-kanak 2001
Apabila kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan
gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu
seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan,
penyendirian dan perkembangan lambat
KESIHATAN EMOSI
LANGKAH MENGATASI :
Guru memberi galakan kepada
murid.
Sentiasa prihatin terhadap
perubahan emosi kanak-kanak.
Menunjukkan siftat mesra agar
mudah mendekati murid
Menyediakan persekitaran yang
kondusif agar murid selesa dan
mudah untuk mencceritakan masalah yang
dihadapi mereka.
KONSEP KESELAMATAN•Keselamatan Diri
•Keperluan
•Polisi
•Perlindungan
•Pengurusan alat dan bahan yang selamat•Permainan
•Peralatan di bilik darjah
•Peralatan di bilik air
•peralatan di dapur
KESELAMATAN
KESELAMATAN
PERLINDUNGAN KEPADA KANAK-
KANAK OLEH ORANG DEWASA
DARIPADA KEMALANGAN, KECEDERAAN
DAN ANCAMAN
YANG BERKAITAN DENGAN SIKAP, AMALAN DAN
PERSEKITARAN
KESELAMATAN
KEPENTINGAN
Kanak-kanak perlu dilindungi dari situasi yang membahayakan
Pusat jagaan yang menawarkan perkhidmatan
bertanggungjawab kepada keselamatan
kanak-kanak
Ibu bapa bertanggungjawab
terhadap keselamatan kanak-
kanak terhadap persekitaran mereka
Keselamatan Diri
KEPERLUAN :
• Merujuk kepada keperluan kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang
bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan bagi kanak-kanak.
Mereka memerlukan jaminan keselamatan dan perlindungan. Pada tahap
ini, kesejahteraan diri mereka seperti tempat belajar yang selesa, guru yang
baik dan persekitaran yang tidak membahayakan perlu diberi perhatian.
• Jika kehendak seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa
selamat dan akan menjadi seseorang yang mempunyai emosi yang stabil.
POLISI :
• Polisi harus dirancang dan mesti dapat mencegah kemalangan dan
melindungi kanak-kanak.
• Digunakan oleh guru, pendidik, ibu bapa dan masyarakat.
• Polisi ini mesti ditulis dengan jelas dan dipaparkan.
• Polisi dibina dengan mengambil kira tahap perkembangan kanak-kanak dan
persekitaran pusat asuhan atau taska.
POLISI
KESELAMATAN PERSEKITARANPENGURUSAN PENCEGAHAN
KEMALANGANPELAN KESELAMATAN
Keselamatan Diri
PERLINDUNGAN :
DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK NEGARA (KPWKM)
AKTA KANAK-KANAK 2001DASAR DAN PELAN TINDAKAN
PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (JKM)
Keselamatan Diri
PERLINDUNGAN : Dasar dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak
• Diluluskan Kabinet pada 29 Julai 2009
• Set protokol diaplikasikan di rumah perlindungan di bawah JKM
• Antara protokol yang dilaksanakan ialah semua kakitangan, pelawat dan
sukarelawan tidak dibenarkan berada bersendirian bersama kanak-kanak di
kawasan sunyi
• Penapisan kakitangan juga melibatkan kerjasama dengan pihak polis untuk
mengesan sekiranya terdapat rekod jenayah lampau
Keselamatan Diri
PERLINDUNGAN : Akta Kanak-kanak 2001
• Merupakan penggabungan tiga akta iaitu Akta Perlindungan Kanak-Kanak
1991 (AKK 2001), Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan
Wanita dan Gadis 1973.
• Mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002.
• Penggubalan akta baharu bertujuan menyelaraskan pertindihan antara
ketiga-tiga akta tersebut.
• Umur tanggungjawab jenayah dikekalkan pada umur 10 tahun
Keselamatan Diri
PERLINDUNGAN : Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara
• Pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak 2001.
• Memberi tumpuan terhadap aspek advokasi (kesedaran dan kefahaman),
pencegahan (saringan dan latihan), khidmat sokongan (khidmat kaunseling)
dan penyelidikan serta pembangunan untuk melindungi kanak-kanak
Keselamatan Diri
PERMAINAN :
Pengurusan Alat dan Bahan Yang Selamat
Alat mainan yang diperbuat
daripada bahan tidak bertoksik
Alat mainan mestilah disimpan di
tempat yang sesuai dan selamat
Elakkan alat mainan yang
mempunyai bahagian berelektrik
Alat mainan kanak-kanak boleh
gunakan dengan pengawasan
minima daripada orang dewasa
BILIK DARJAH :
Pengurusan Alat dan Bahan Yang Selamat
Susun atur perabot hendaklah memudahkan pergerakanmurid
Peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan ditempat yang selamat
BILIK DARJAH :
Pengurusan Alat dan Bahan Yang Selamat
Peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan ditempat yang selamat
Peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dantelevisyen dipastikan ditutup selepas digunakan
Peti pertolongan cemas sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai
BILIK AIR :
Pengurusan Alat dan Bahan Yang Selamat
Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan
Peralatan disimpan di tempat yang selamat
Pam tandas dalamkeadaan baik
Selipar yang disediakansesuai dengan kanak-kanak
BILIK DAPUR :
Pengurusan Alat dan Bahan Yang Selamat
Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang
selamat
Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan
diletakkan di tempat yang selamat
Tabung gas sentiasa diperiksa dalam keadaan baik
Lantai dapur sentiasa kering
MAKANAN DAN PEMAKANAN
Makanan ialahbahan yang menarik
rasanya dan padamasa yang sama
boleh menghilangkan rasa
kelaparan.
Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal
atau cecair yang apabila dimakan
boleh menyebabkan pertumbuhan badan,
membekalkan tenaga dan
mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan
lain ianya mengawalkehidupan.
Pemakanan adalah sains nilai makan
termasuk berbagai-bagai kumpulan
makanan, makanan berzat dan
perseimbanganmakanan.
Makanan berfungsi untuk membekalkan
tenaga kepada manusia untuk terus
hidup.
Terdapat pelbagai jenis makanan untuk
tubuh badan yang sihat dan cergas
seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam
mineral dan gentian.
MAKANAN SEIMBANG & AMALAN PEMAKANAN
TUJUANPENEKANAN
KONSEP PEMAKANAN DALAM PAKK
Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
Membina kelaziman kanak-kanak supaya makan makanan yang berkhasiat.
Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif.
Memelihara adab sopan dan peraturanmakan.
Berpeluang memperolehi bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan.
Memantapkan daya ketahanan kanakkanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.
MAKANAN SEIMBANG & AMALAN PEMAKANAN
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI (USIA 1 - 3 TAHUN) DAN (USIA 3 – 5 TAHUN) :
• Kanak-kanak yang membesar memerlukan banyak tenaga (diukur dalam
kalori) begitu juga dengan nutrien lain bagi memastikan tumbesaran dan
perkembangan yang normal
• Terdapat bukti menyatakan bahawa diet kanak-kanak di bawah usia 5 tahun
tidak sentiasa optimum dan*:
• Terlalu tinggi dalam kandungan jenis gula yang merosakkan gigi
• Terlalu rendah dalam kandungan vitamin dan mineral tertentu, seperti
vitamin A, vitamin D, zat besi dan juga zink
Maklumat Nutrisi
JENIS MAKANAN (USIA 1 - 3 TAHUN) :
Perlu diperkenalkan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan
makanan dalam jumlah hidangan yang ideal seperti berikut :
o 4 hidangan makanan karbohidrat sehari
o 2-3 hidangan produk tenusu sehari (termasuk susu anak)
o 1-2 hidangan daging atau pilihan lain sehari
o 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Tenaga
• Anak kecil dan kanak-kanak memerlukan tenaga kira-kira 980 kalori bagi
membolehkan badan mereka berfungsi dan bergerak aktif. Ia juga
diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan
• Tenaga dan nutrien yang mencukupi penting untuk tumbesaran tulang, gigi
dan tisu otot yang berterusan.
• Badan mendapat tenaga daripada lemak, karbohidrat dan protein
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Protein
• Protein diperlukan untuk membina, menjaga dan membaiki tisu badan, serta
untuk menghasilkan enzim yang mengawal banyak fungsi badan. Tubuh
badan seseorang menghasilkan banyak proteinnya dengan sendiri, protein
ini melakukan banyak fungsi yang berlainan dalam badan. Tetapi tidak
seorang pun, terutamanya kanak-kanak, boleh menghasilkan semua protein
yang diperlukan untuk menjadi sihat.
• Protein yang ideal mengandungi semua asid amino perlu - binaan sel yang
digunakan oleh badan untuk menghasilkan protein - dalam jumlah yang
berpatutan.
• Protein lengkap mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang
berpatutan. Makanan haiwan seperti susu, daging dan ikan adalah protein
yang lengkap.
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Lemak
• Lemak diet membekalkan sumber tenaga pekat dan asid lemak perlu yang
tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendiri. Asid lemak perlu
membenarkan badan menyerap vitamin tertentu dan mempengaruhi fungsi
badan lain.
• Kanak-kanak memerlukan lebih banyak lemak daripada orang dewasa
kerana badan mereka menggunakan lebih banyak tenaga semasa mereka
membesar dan berkembang.
• Lemak hendaklah datang daripada punca lemak politaktepu dan
monotaktepu, seperti ikan, kekeras dan minyak sayuran.
• Lemak Omega-3 didapati dalam ikan berminyak yang perlu diberikan
sebanyak 1-2 kali seminggu.
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : AA dan DHA
• Lonjakan pertumbuhan otak bermula sejak lahir dan diteruskan sepanjang
peringkat anak kecil.1 Penggandaan sel yang pantas dalam otak diteruskan
hingga ke tahun kedua anak kecil.
• Asid lemak politaktepu rantai panjang (LCPs), asid arakidonik (AA) dan asid
docosahexaenoic (DHA) menyokong perkembangan kognitif dan visual dalam
kalangan anak kecil dan pada masa yang sama lonjakan pertumbuhan otak
berterusan
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Karbohidrat
• Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang baik untuk anak kecil yang aktif
dan sedang membesar. Jumlah karbohidrat yang diperlukan berjulat dari 55-
75% daripada jumlah tenaga.1 Fungsi utama karbohidrat adalah untuk
membekalkan tenaga ke sel-sel di seluruh badan.
• Karbohidrat adalah kanji dan gula di dalam makanan
• Kanji merupakan komponen utama bijirin, kekacang, bijian dan sayuran
berubi
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Serat
• Serat adalah bahagian bijirin dan sayuran yang tidak diuraikan dalam usus
kecil dan penting untuk mencegah sembelit dan gangguan usus yang lain
• Oligofruktosa adalah serat diet terlarut yang dikelaskan sebagai karbohidrat
tidak boleh cerna. Oligofruktosa boleh membantu pencernaan,
meningkatkan ketetapan, merangsang najis lebih lembut dan mengurangkan
risiko sembelit
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : VITAMIN
• Vitamin adalah bahan organik kompleks yang diperlukan dalam jumlah yang
sangat kecil untuk menjalankan banyak proses penting dalam badan
• Diet kanak-kanak mesti membekalkan jumlah vitamin yang betul untuk
memastikan tumbesaran yang baik. Setiap vitamin memainkan peranan
penting masing-masing dalam perkembangan kanak-kanak.
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Vitamin A
• Menjaga kesihatan kulit dan membran mukus
• Penting untuk fungsi mata
KEPERLUAN NUTRISI : Vitamin B
• B1 /Tiamina – diperlukan untuk penghasilan tenaga daripada karbohidrat
• B2/Riboflavin – diperlukan untuk penghasilan tenaga daripada protein,
lemak dan karbohidrat
• B12/Cyanocobalamine – diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Vitamin C
• Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
• Menyumbang kepada penyerapan zat besi daripada makanan
KEPERLUAN NUTRISI : Vitamin D
• Membantu badan memanfaatkan kalsium dan fosforus
• Diperlukan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus
• Kekurangan vitamin D yang teruk boleh menyebabkan riket, penyakit yang
dikategorikan oleh pemineralan tulang yang lemah, contohnya seperti kaki
bengkok, berjalan dengan lambat atau pergelangan tangan dan buku lali
bengkak.
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Mineral
• Mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan oleh badan untuk
menjalankan pelbagai fungsi
Mineral tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada diet.
Zat besi, zink, kalsium dan fosforus adalah antara mineral paling penting
untuk kanak-kanak membesar
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Zat Besi
• Merupakan satu faktor dalam pembentukan sel darah merah.
• Satu komponen hemoglobin dalam sel darah yang membawa oksigen ke
seluruh badan. Zat besi juga kritikal untuk fungsi motor yang betul.
Maklumat Nutrisi
KEPERLUAN NUTRISI : Zink
• Penting untuk tumbesaran
KEPERLUAN NUTRISI : Kalsium
• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Maklumat Nutrisi
MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI KANAK-KANAK :
• Makanan yang berbeza membekalkan vitamin dan mineral yang berbeza,
oleh itu diet yang pelbagai dan seimbang penting untuk mendapatkan
semua nutrien ini dengan jumlah yang mencukupi
• Kanak-kanak hendaklah memakan pelbagai jenis makanan daripada setiap
kumpulan makanan bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka
• Susu anak kecil dirumus khas untuk melengkapkan diet dan diperkuat
dengan zat besi serta vitamin dan mineral utama lain yang dapat memberi
manfaat tambahan kepada diet anak-anak
Piramid Makanan
• Piramid Makanan adalah asas kepada tabiat pemakanan yang seimbang. Ia
adalah panduan yang berguna untuk ibu-ibu apabila menyediakan khasiat
yang seimbang untuk kanak-kanaknya. Makan mengikut Piramid Makanan^
dapat membantu tumbesaran kanak-kanak kekal aktif dan sihat.
• Sebagai contoh: Pengambilan susu dan makanan berasaskan susu setiap
hari sebagai salah satu sajian lengkap, yang mengandungi hampir kesemua
keperluan nutrisi penting manusia2
Piramid Makanan
JENIS-JENIS DAN KUMPULAN MAKANAN :
a. Aras 1 (Bijirin, Hasil Bijirin, Nasi dan Ubi)
b. Aras 2 (Sayur-sayuran dan buah-buahan)
c. Aras 3 (Daging, Ayam dan Kekacang)
Hasil Tenusu
d. Aras 4 (Lemak, Minyak dan Gula)
Piramid Makanan
Makan pelbagai makanan
Makan sekurang-kurangnyalima hidangan buah-buahandan sayursayuran dan 3-6
hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari
Kurangkan makanan yang diproses
Makan buah-buahan dan sayursayuran dengan kulit
sekali tetapi pastikanmakanan yang dibasuh
dengan bersih
Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil
Banyak minum air kosongiaitu lebih kurang enam
hingga lapan gelas sehari
LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN :
KESIMPULAN
■ Kesihatan, keselamatan dan pemakanan kanak-kanak perlu
dititikberatkan dalam penjagaan kanak-kanak
■ Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan
kanak-kanak sentiasa berada di dalam zon yang selamat serta
membudayakan amalan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan
yang baik seseorang kanak-kanak
top related