pkma dan komuniti · 2016-02-15 · program khidmat komuniti kg salak telah dianjurkan dengan...

Post on 19-Jan-2020

14 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Program Khidmat Komuniti Kg Salak telah

dianjurkan dengan jayanya pada hari Sabtu,

19 Oktober 2013. Program ini diadakan

dengan kerjasama Kelab PKMA dan Dewan

Bandaraya Kuching Utara serta Jabatan

Kesihatan Kuching.

Seramai 95 orang yang terlibat secara

langsung dalam program tersebut iaitu 20

orang daripada Pusat Khidmat Maklumat

Akademik (PKMA), UNIMAS, 20 orang

daripada DBKU dan 20 daripada Jabatan

Kesihatan serta 35 orang Ahli Jawatankuasa

Kampung dan Jawatan Kuasa Masjid Kg

Salak.

Objektif program ini adalah untuk

memasyarakatkan perpustakaan dan

membudayakan ilmu di kalangan warga

kampung serta menyemarakkan tanggung

jawab sosial PKMA kepada masyarakat.

Di antara aktiviti yang telah dijalankan

sepanjang program tersebut adalah :

• Penyerahan sumbangan bahan bacaan

daripada pihak PKMA (UNIMAS) kepada

Perpustakaan Desa Kampung Salak.

• Penyerahan sumbangan bantuan keluarga

miskin oleh pihak MASNITA

• Gotong royong sekitar Masjid dan

Perpustakaan Kg Salak

• Pemeriksaan kesihatan oleh pegawai-

pegawai dari Jabatan Kesihatan Kuching.

Oleh: Roseline Mohd. Rizan

PKMA DAN KOMUNITI

13

top related