perubahan bentuk kata.pdf

Post on 25-Oct-2015

32 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bentuk kata untuk bm

TRANSCRIPT

Perubahan bentuk kata dapat kita bezakan

1) perubahan dari bentuk kata-kata daripebendaharaan kata-kata asli suatu bahasa keranapertumbuhan dalam bahasa itu sendiri,

2) perubahan dari kata-kata pinjaman.

A. Adaptasi Bahasa Melayu selama berabad-abad mendapat

bermacam-macam pengaruh dari luar, iaitu pengaruhdari bahasa-bahasa asing dan bahasa-bahasa daerah. Semua bentuk asing itu tidak diterima begitu saja, tetapi selalu mengalami proses penyesuaian atauadaptasi sesuai dengan struktur bahasa Melayu.

Adaptasi atau penyesuaian bentuk itu dapatdibezakan:

1. Adaptasi berdasarkan sistem fonologi bahasaMelayu.

Contoh:

Voorlper (Belanda) > pelopor

2. Adaptasi berdasarkan struktur bentuk kata (morfologi) dalam bahasa Melayu.

Contoh: parameswari (Sansekerta) > permaisuri

prakara (Sansekerta) > perkara

Bila bentuk-bentuk asing itu tidak menunjukkanpertentangan-pertentangan atau perbezaan strukturaldengan bahasa Melayu maka kata-kata asing ituditerima begitu saja tanpa mengalami adaptasi.

B. Analogi Analogi adalah pembentukan suatu kata baru

berdasarkan suatu contoh yang sudah ada. Misalnyaberdasarkan bentuk-bentuk seperti sosialisme, sosialist, dan lain-lain, terbentuklah kata-kata sepertimarhaenisme, marhaenis dan lain-lain.

D. Pelbagai Perubahan BentukKata Dalam pertumbuhan bahasa banyak kata yang

mengalami perubahan. Perubahan-perubahan padasuatu kata tidak hanya terjadi kerana proses adaptasi, tetapi juga disebabkan bermacam-macam hal lain, misalnya salah dengar, usaha memendekkan suatukata yang panjang dan sebagainya.

Kata bis yang sehari-hari dipakai sebenarnya berasaldari kata veniculum omnibus , yang berarti ‘kendaraanuntuk umum'. Tetapi kerana terlalu panjang makayang diambil hanya suku kata terakhir, yang sebenarnya hanya merupakan sebuah akhiran

Tetapi dari peristiwa-peristiwa yang pernah terjadiatas berbagai kata yang selama ini diketahui, terdapatbeberapa macam gejala perubahan bentuk yang dialami sebuah kata:

1. Asimilasi, adalah gejala dimana dua buah fonemyang tidak sama dijadikan sama.

Contoh: in moral > immoral

ad similatio > asimilasi

2. Disimilasi, adalah proses perubahan bentuk kata dimana dua buah fonem yang sama dijadikan tidaksama.

Contoh: vanantara > belantara

lauk-lauk > lauk-pauk

sayur-sayur > sayur-mayur

5. Haplologi, adalah proses di mana sebuah katakehilangan suatu silaba (suku kata) di tengahnya.

Contoh: samanantara (Sansekerta) > sementara

budhidaya > budaya

6. Anaktipsis, adalah proses penambahan suatubunyi dalam suatu kata gunamelancarkan ucapannya.

Contoh: putri > puteri

sloka > seloka

Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi yang bercantum membentuk perkataan.

Perkataan pula bercantum membentuk frasa dan ayat.

Melalui ayat kita menyusun buah fikiran laluberhubung dengan ahli-ahli lain dalam masyarakat.

Dalam setiap bahasa terdapat pelbagai bentukperkataan.

Dalam bahasa Melayu, misalnya, terdapat perkataanyang kecil binaannya, misalnya perkataan-perkataanseperti yu (sejenis ikan), ru (sejenis pokok), cat, sendan roh

Di samping itu, terdapat juga perkataan-perkataanpanjang dan terdiri daripada beberapa suku kata, misalnya : belalang, mahkamah, kelongsong, laksana, munasabah, singgahsana, cenderawasih danmaharajalela.

Tatabahasa terdiri daripada dua komponen, iaitubahagian perkataan dan bahagian ayat.

Mengikut istilah ilmiah, bahagian perkataan disebutmorfologi, manakala bahagian ayat disebut sintaksis.

Dalam bahagian morfologi, dua perkara diberiperhatian, iaitu bagaimana perkataan-perkataansesuatu bahasa itu terbentuk serta bentuk-bentuk katayang terhasil, dan kedua, jenis atau jumlah golongankata yang wujud.

Dalam bahasa Melayu terdapat EMPAT bentuk kata, iaitu :

(i) Kata tunggal

- satu suku kata : contoh - am, gred, teks, baju, skrip

- dua suku kata : contoh - aur, emas, doa, buku, kapal, sendi, kampung,

- tiga suku kata : contoh - cuaca, belia, elaun, berlian, utara, amanah, keliru, bendera, tempayan

- empat suku kata : contoh - keluarga, bijaksana, laksamana, sentiasa, bidadari, masyarakat, universiti

(ii) Kata terbitan - dihasilkan melalui proses pengimbuhan

Contoh : pembaca (pem+baca), mendaki (men+daki), makanan (makan+an), menjalankan(men+jalan+kan), perasaan (pe+rasa+an)

(iii) Kata majmuk - terbentuk apabila dua perkataan atau lebih

bergabung dan membentuk perkataan baharu yang membaca makna tertentu.

Contoh : papan putih (papan+putih), pita suara(pita+suara), kapal terbang (kapal+terbang), jam tangan (jam+tangan).

Lazimnya dieja terpisah, melainkan beberapa bentukkekecualian, misalnya antarabangsa, bumiputera, kakitangan, warganegara, jawatankuasa dankerjasama.

(iv) Kata ganda - perkataan yang mengalami proses pengulangan sama

ada seluruh kata dasar atau sebahagian sahaja.

Contoh: pulau-pulau, tiba-tiba, lelaki, kekura, rerambut, sayur-mayur, gunung-ganang, anak-pinak

top related