perkembangan sistem pendidikan di malaysia

Post on 24-May-2015

17.649 Views

Category:

Education

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Disedikan oleh : 1) Tan Kai Yee2) Mohd Syafiq bin A.Ghani3) Norenimartineh Ramidi4) Haslina Jusoh

SEBELUM MERDEKA

1.Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular- dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem pendidikan pada masa ini.

- tiada penyatuan antara penduduk bandar dengan luar bandar lebih-lebih lagi antara kaum.

- sistem ini terus berkembang tanpa mengambil kira soal keperluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan.

- mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing.

2.Laporan Cheeseman

-Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1946.-Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernakularTahun : 1946

Cadangan : 1. Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semua bahasa pengantar.2. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.3. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

3.Laporan Barnes

-Pengerusi : En L.J.BarnesTujuan : Menyelidik dan memperbaiki pendidikan bagi orang MelayuTahun : 1951

Cadangan : -menubuhkan sekolah-sekolah dwibahasa dengan BI dan BM sebagai bahasa penghantar.

- sekolah-sekolah vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.

- Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah.

4.Laporan Fenn-Wu

Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan CinaPengerusi : Dr Fenn & Dr Wu

Tujuan : Melayani kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan Barnes sebagai percubaan menghapuskan bahasa dan budaya orang-orang CinaTahun : 1952

Cadangan : - memajukan sistem sekolah kebangsaan dengan pengenalan unsur dwibahasa kepada sek-sek vernakular- mengadakan 3 bahasa kpd sekolah vernakular melalui bahasa kebangsaan- mengekalkan sekolah aliran jenis kebangsaan (inggeris) yg sedia ada.

5. ORDINAN PELAJARAN-Tujuan : mengkaji cadangan-cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu serta mencari satu kompromi atau jalan tengah yang baik.- Tahun : 1952

Cadangan :1. Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui

pengenalan BI secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu.2. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di

sekolah-sekolah Cina dan Tamil3. Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan4. Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk muris

beragama islam5. Sekolah vokasional diperkembangkan

6.Laporan Razak

Sebagai memenuhi janji pilihanraya supaya mengkaji semula dasar pendidikan.

Pengerusi : Dato’ Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan)

Tujuan : 1.Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan bina satu

sistem pendidikan kebangsaan.2. kaji semula struktur pendidikan negara

Tahun : 1956

Cadangan : 1. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar bagi semua peringkat

persekolahan.2. Satu jenis kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama, berpusat dan bercorak kebangsaan.

SELEPAS MERDEKA

1.Penyata Rahman TalibMengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960Pengerusi : Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan)Tujuan : 1. Menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan2. membaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu

Cadangan:- pendidikan secara percuma di sekolah rendah.- kenaikan darjah secara automatik hingga tingakatan 3- peperiksaan penilaian darjah 5 diwujudkan- memajukan pendidikan teknik dan vokasional

2. AKTA PELAJARAN

-Tujuan : untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akan memupuk perkembangan kebudayaan, ekonomi dan politik.

-Tahun :1961

3. LAPORAN HUSSEIN ONN

-Diketuai oleh Hussein Onn. (menteri pelajaran.-Tujuan : menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur persekolahan.- Tahun : 1971

Cadangan :1. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar namun kedudukan bahasa Inggeris masih dipelihara. 2. Masa mengajar Bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk memperoleh pencapaian yang baik.

3.Laporan KabinetDipengerusikan Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan)

Tujuan : mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bhw keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang dan memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, bersidiplin dan terlatih.Tahun : 1979

Cadangan: 1. Memberi tumpuan kepada pendidikan asas 3M.2. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan3. fokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan

unsur-unsur disiplin yang tinggi.

SEMASA

1.Akta Pendidikan 1996

Dikenali juga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Tujuan : 1. Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda agar sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.2. Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Peruntukan umum :1. Semua tahap persekolahan, bermula dari pra sekolah hingga pendidikan tinggi.2. Semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan

kerajaan dan sekolah swasta.3. Status bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama dalam

sistem pendidikan kebangsaan.

2.DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN-Misi Kementerian Pendidikan :-1. membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.-2. memenuhi aspirasi negara

- Tahun :1999

-Matlamat Pendidikan Kebangsaan :-1. Melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu padu.- 2.Melahirkan warga Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berktrampilan dan sejahtera.-3. Menyediakan sumber tenaga manusia yntuk keperluan dan pembangunan negara.

3.PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

- tahun 2002 : mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris.-Bertujuan untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam globalisasi dunia yang kian meningkat.

-Implikasi :-1. Guru mata pelajaran Matematik dan sains perlu menguasai kefasihan dalam bahasa Inggeris dari segi penuturan dan penulisan.-2. Buku-buku teks bagi mata pelajaran sains dan matematik tahun satu, tingkatan satu, dan tingkatan enam rendah disediakan dalam bahasa Inggeris.

4.PENDIDIKAN WAJIB-Pada tahun 2003, setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang anaknya mencapai umur 6 tahun hendaklah mendaftarkan anak tersebut untuk hadir ke sekolah.-Jika gagal berbuat demikian, ibu bapa tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Implikasi :1. Unsur ekuiti peluang pendidikan antara pelbagai kaum dapat direalisasikan.2. Hak asasi kanak-kanak akan terpelihara.

5.STATUS MATAPELAJARAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL

-Pada april 2005, matapelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dijadikan sebgai matapelajaran elektif sahaja di sekolah-sekolah kebangsaan.- Rasionalnya adalah kerana :1. Pengurangan bilangan murid-murid di sekolah-sekolah kerajaan.2. Peningktan bilangan murid-murid bukan Cina di sekolah-sekolah

vernakular Cina.

Implikasi :3. Bilangan guru terlatih dalam pengkhususan Bahasa Cina dan

Bahasa Tamil perlu ditingkatkan lagi.

6.Sekolah Bestari

- Sebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif.

-Pelaksanaan P & P kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.

7.Sekolah Wawasan

-Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini.

-Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam satu kompleks.

-Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing.

-Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan spt kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.

TERIMA KASIH

top related