perkembangan seni kanak kanak jawapan
Post on 21-Jul-2016
32 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SMP PPG JANUARI 2013
HBAE 1203
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
NO. MATRIKULASI : 800417125243001
NO. KAD PENGENALAN : 800417-12-5243
NO. TELEFON : 0198975011
E-MEL : ronijumil@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE
HBAE1203
KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Peranan guru pendidikan seni visual.
2.0 PROSES ARTISTIK MELALUI KAEDAH LAURA H. CHAPMAN
2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
2.2 Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)
2.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution ia a Medium).
3.0 MAKLUMAT SOKONGAN
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN / REFERENSI
1
HBAE1203 1.0 PENGENALAN
Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan
daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual
yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga
tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic
mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan
logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika.
Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan
nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh
mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi
manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi
diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru
sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah
digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera
masyarakat” yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional
(initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya
di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru
seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan
2
HBAE1203 baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni
dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada
kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain
mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing,
motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan,
kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan.
1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual
Guru Sebagai Pengurus
Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.
Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-
tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan
mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma
hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini
membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan
sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar
dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh
seorang guru seni ialah:
1) Menguruskan rutin bilik darjah.
2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.
3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
5) Mengurus aktiviti kumpulan.
6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.
7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.
8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.
3
HBAE1203 9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
seni yang menyeronokkan.
10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
Guru Sebagai Pembimbing
Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing
dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan
pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman
sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata
pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia
dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil
tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut
beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat
interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru
itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam
P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar
murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu
mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi
pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar
tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.
Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan
bimbingan guru.
Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai
sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan
Seni Visual:
1) Bersopan santun
2) Menghormati pandangan murid
3) Peramah
4) Jujur
5) Prihatin
4
HBAE1203 Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami
dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu
pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti
berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni
visual.
Guru Sebagai Motivator
Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan
guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini
dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia
pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?
Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru
memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu
berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi
pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan
kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat
yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:
1) Memberi komentar yang positif.
2) Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.
3) Memilih alat dan bahan.
- Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
4) Masa
- Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
5
HBAE1203 5) Rangsangan
- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan.
- Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk
menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
6) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
- Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan cadangan daripada murid.
7) Hormat-menghormati
- Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
8) Memberikan Galakan dan Motivasi
- Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
9) Penghargaan
- Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan
komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
Guru Sebagai Pemudah Cara
Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira
kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh
murid-murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang
paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid
untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan
pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini
bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih
mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan
pembelajaran yang mudah dan berkesan?
Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai
pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid
membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita
6
HBAE1203 ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi
menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi
bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu
bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang
sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu
menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-
murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain
rentang.
Guru Sebagai Inisiator
Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang
sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya
mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-
muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan
kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut
berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?
1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh
semua murid.
2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.
3) Memahami dinamika kumpulan.
4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni.
5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid
menjalani aktiviti P & P seni mereka.
6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik
perhatian murid.
Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para
guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara
tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha
melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
7
HBAE1203
8
HBAE1203
2.0 PROSES ARTISTIK MELALUI KAEDAH LAURA H. CHAPMAN
2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan dan
tujuan penghasilan karya.Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat
menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada
ilham dan cetusan idea.Yang nyata,proses ini agak lambat dan memakan masa.
Di dalam konteks pendidikan seni visual pula,guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan kaedah menjana idea.Sekiranya diabaikan,adalah dikhuatiri
murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
Idea-idea boleh didapati melalui empat pendekatan:
a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran
b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi
c) Aliran dan tema sejagat
d) Keperluan dan pengalaman hidup harian .
PENDEKATAN/TEMA PENJELASAN
Alam semula jadi dan objek di
persekitaran
• Mengguna alam dan persekitaran sebagai sumber
idea/ilham.
• Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan,
integrasi alam dan kehidupan, unsur-unsur seni
seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh
menggerakkan kewujudan idea/ilham.
• Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur untuk
mencari nilai dan makna.
Perasaan dalaman, khayalan &
imaginasi.
• Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan
pengaruh terhadap minda.
• Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya adalah
sumber penting melahirkan idea/inspirasi.
• Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi
merupakan motivasi menggerakkan idea/ilham.
Aliran dan Tema Sejagat • Pemikiran manusia bersifat unik dan keupayaan
9
HBAE1203 menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema atau
agenda kehidupan.
• Sifat keunikan pemikiran manusia itu menyebabkan
berkembangnya idea dalam pelbagai aliran dan
tema.
• Akibat daripada pemikiran dan keupayaan unuk
menjelaskan konsep dan agenda kehidupan,
menyebabkan manusia sentiasa mempunyai idea dan
inspirasi.
Aliran dan Tema Sejagat • Perkembangan aliran seni adalah satu bukti
menjelaskan keadaan tersebut. Keinginan untuk
menjelaskan konsep dan agenda seni, maka lahirlah
idea-idea dan pemikiran tentang seni.
Keperluan dan pengalaman hidup
harian
• Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian
seperti keperluan untuk hidup, keselamatan,
keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk
manusia berfikir, mendapatkan idea dan mencipta
sesuatu.
• Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia
berfikir dan bertindak secara lebih kreatif.
10
HBAE1203 2.2 Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)
Perkembangan dan Penghalusan Idea (Elaboration and Refinement)
Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan
tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan
objektif penghasilan.
Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini
dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya
diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu
didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai
pengamatan mendalam terhadap ketelitian.Pendekatan bagi fasa ini adalah
seperti berikut;
PENDEKATAN/TEMA PENJELASAN
Pemerhatian dan kajian visual • Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak.
• Kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan
fenomenanya meningkatkan daya ekspresif.
• Frank Barron dan Irvin Child menyatakan bahawa
artis mempunyai pemerhatian tinggi untuk melihat,
memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat
visual, berbanding dengan mereka yang bukan
artis.
• Menurut J.P. Guilford, artis mudah dapat
menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa
untuk menyelesaiakan masalah baru. Iaitu
dikatakan sebagai kemahiran “adaptive flexibility”.
• Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-ciri
tersebut serta membolehkan aktiviti
memperkembangkan dan memperinci serta
penghalusan dilakukan dengan lebih keatif.
Perubahan Cara Bekerja • Berlainan artis berlainan gaya atau cara mereka
bekerja. Terdapat beberapa jenis kaedah
menghasilkan karya. Pengetahuan tentang kaedah-
kaedah berkarya, akan dapat membantu usaha
memperkembangkan atau menghalusi idea. Kaedah
11
HBAE1203 dan ciri-ciri kerja tersebut, ialah :
bertumpu dan bercapah
spontan dan penetapan
orientasi tampak dan haptik
Bertumpu: Artis memulakan kerja dari awal idea hingga ke
peringkat kemahiran media. Menyedari unsur-
unsur yang perlu dianalisa dan diolah untuk
mencapai tujuan .
Bercapah: Artis meneroka dan membuat percubaan pelbagai
kaedah dan teknik sebelum membuat keputusan/
tujuan.
Spontan: Artis meneroka dan mencuba pelbagai teknik
sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yang
memuaskannya bagi mencapai tujuan asal.
Penetapan: Artis menentukan pilihan teknik atau prosedur.
Sanggup mengubah tujuan asal, asalkan pilihan
prosedur pilihannya digunakan.
Orientasi Tampak : Disebut sebagai pemikiran visual dimana kerja
dilakukan bermula dari tahap persepsi. Kualiti kerja
bergantung kepada maklumat dari pengalaman
tampaknya, untuk menghasilkan karya.
Orientasi Haptik :
(Greek : Haptikosable to grasp)
Artis bekerja secara bertindak kepada suasana,
bergantung kepada imaginasi dan gerak isyarat
kinestetik secara lebih terbuka.
Penerokaan Simbol dan Makna • Artis biasanya suka membuat penerokaan untuk
mendapatkan simbol dan makna yang baru dalam
kerja mereka.
• Pemikiran dan persoalan-persoalan tentang fungsi,
kesesuaian bahan, impak dan sebagainya
membolehkan artis meneroka pelbagai idea.
• Keinginan dan keupayaan untuk menyelesaikan
pelbagai persoalan tersebut memerlukan tindakan
dan pemikiran yang menyebabkan idea semakin
berkembang serta dihalusi.
12
HBAE1203 • Penerokaan dalam tindakan untuk menyelesaikan
dan mendapatkan keputusan, memberikan banyak
penemuan baru dan makna baru yang turut
menyumbang kepada perkembangan dan
penghalusan idea.
2.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution ia a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung
kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya.Sesetengah
pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi
menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat
eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.Tang jelas,pemilihan
bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil
bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan
sebelum menghasilkannya.
Di dalam pendidikan seni visual,guru perlu membimbing murid
melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan.Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk
cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai
tersendiri.
13
HBAE1203
3.0 MAKLUMAT SOKONGAN.
Rujukan Karya:Nama Pelukis : Richella RoniTahun : Tahun 3Sekolah : SK.Senagang
14
HBAE1203
Rujukan Karya:Nama Pelukis : Richella RoniTahun : Tahun 3Sekolah : SK.Senagang
15
HBAE1203
Rujukan Karya:Nama Pelukis : Richella RoniTahun : Tahun 3Sekolah : SK.Senagang
16
HBAE1203
Rujukan Karya:Nama Pelukis : Richella RoniTahun : Tahun 3Sekolah : SK.Senagang
17
HBAE1203
Rujukan Karya:Nama Pelukis : Richella RoniTahun : Tahun 3Sekolah : SK.Senagang
18
HBAE1203
Rujukan Karya:Nama Pelukis : Richella RoniTahun : Tahun 3Sekolah : SK.Senagang
19
HBAE1203
4.0 KESIMPULAN
Pendidikan Seni Visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga
domain manusia iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor yang boleh memberi
sumbangan untuk membantu proses memajukan perkembangan dan pertumbuhan
seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat
memperkembangkan bakat, potensi, diri individu untuk menjadi anggota masyarakat
yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.
“Great creative energy exists in every child. This must find an outlet In
expression or repression will result. Children should be allowed to draw what they
wish, that they see in their minds, eyes, not that which others thik they ought to draw.
Lanier : 1975:81”.
Adalah jelas menunjukkan bahawa keupayaan dan kesediaan kanak-kanak
dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan
umur, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Kemahiran kanak-kanak
amat bergantung kepada latar belakang pendidikan yang diterima menerusi corak
pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang lepas.
Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah diktator akan
menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang
mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang lebih berpusatkan kanak-kanak
atau murid iaitu seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, kaedah
berorientasikan media, kaedah panduan fasilitator atau kaedah laissez-faire.
Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan
bukan mengarah kanak-kanak melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya.
Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya
pengalaman mereka bertambah dari semasa ke semasa.
20
HBAE1203 APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
01. Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa,Khairezan Rahmat & Zuraimi
Zakaria (2011),HBAE1203 Perkembangan Seni kanak-kanak,open university
malaysia.
02. Rousliluddin Ambia(2006),Pengenalan Pendidikan Seni, open university
malaysia.
03. Eisner E.W (1992),Education Artistik,Vision NY.Prentice.
04. Mazlan Bin Mohamed (1996), Prinsip Pendidikan Seni, Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
21
top related