perkembangan deria kanak-kanak
Post on 26-Jan-2016
149 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIAKANAK-KANAK
Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008)
• Perkembangan merupakan suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan.
• Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka.
• Perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.
• Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan.
PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA KANAK-KANAK
Sentuh Dengar Lihat
Rasa Hidu
Sentuh• Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari.
• Ia merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa.
• Melalui sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis.
AKTIVITI MELIBATKAN
DERIA SENTUHAN
Dengar• Mendengar melibatkan deria telinga.
• Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnyaketika dia melukis.
• Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, merekaakan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar.
• Dalam bidangpergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergeraksama ada cepat atau lambat.
• Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
• Melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan.
• Pemahaman tentang warna membolehkan murid mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual.
• Pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melibatkan dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
Lihat
AKTIVITI MELIBATKAN DERIA LIHAT
Rasa• Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid.
• Murid dapat membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
• Di dalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni.
• Contohnya, Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang didengarinya.
Hidu• Hidu lebih meneka.nkan aspek penanggapan.
• Penanggapan ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsure-unsur ini dalam pengajarannya.
a) Kebolehan mental murid- Untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.
b) Pendekatan pengajaran- Guru perlu merancang strategi pengajatran yang hendak
digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik.
Pendekatan inkuiri penemuan
- Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah.
- Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.
Pendekatan resepsi
- Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.
Pendekatan deduktif
- Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.
top related