perbezaan antara mendengar dan bertutur

Post on 20-Jun-2015

1.058 Views

Category:

Education

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Perbezaan Antara Mendengar dan Bertutur

KHIRUL AMIR ABU HASANAHMAD SYAFIQ AMIR ABDULLAH ZAWAWI

FARITA NADZIRAH MOHAMED ARIFINNORAISYAH HUSNA AFANDI

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar

• Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas.

Jenis-jenis Kemahiran Mendengar

• Mendengar dengan AKTIF• Mendengar secara PASIF• Mendengar secara KRITIS• Mendengar secara KREATIF

Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar

• Pada peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.

• Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan.

• Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.

• Pelajar juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus.

• Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar.

• Pada peringkat ini, pelajar dilatih untuk mengenal isi-isi penting.

Jenis-jenis Bahan Kemahiran Mendengar

PeneranganPengumumanSyarahanUcapanCeramahBeritaTaklimatArahanLagu atau PuisiCerita

Kemahiran bertutur

Kemahiran Bertutur

• Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Aspek-aspek Pertuturan

• Sebutan• Intonasi• Jeda• Tatabahasa• Kelancaran• Kefasihan• Laras bahasa• Panjang & pendek• Nada

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur

Peringkat AwalPada peringkat awal, pertuturan biasanya

berlaku dengan bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid.

Contohnya seperti bertanya khabar serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut.

Seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila.

Pada peringkat ini juga, seseorang guru haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap pelajar mereka tentang sesuatu perkara.

Peringkat Pertengahan

Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri kepada murid murid tersebut.

Selain itu, pada peringkat ini juga guru akan mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid tersebut.

Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah.

Kemudian, pelajar yang lain akan memberi komen secara mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap sesebuah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Peringkat Maju

• Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat atau

cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat.

• Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial seharian, perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat merupakan contoh pertuturan peringkat maju.

• Selain itu, pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan.

• Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang dibuat.

• Pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi tentang karya sastera ataupun tentang sesuatu perkara.

Jenis-jenis Aktiviti Bertutur

Berbual

Berceramah

Bercerita

Berpidato

Berpuisi

Berbincang

Banding beza

KEMAHIRAN MENDENGAR KEMAHIRAN BERTUTUR

•Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).

•Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.

•Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia. 

•Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk. 

•Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

•Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai. 

•Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Kemahiran Lisan

( Kemahiran mendengar dan bertutur)

• Kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)

• Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menguasai kemahiran yang lain.

• Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.

• Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

SEKIAN

Terima kasih

top related