peranan pihak berkuasa perancang
Post on 01-Jul-2015
532 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG
TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH
1.0 PENGENALAN
Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam
Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan oleh
yang demikian, segala bentuk hal ehwal berkenaan tanah adalah terletak
di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk
mentadbirnya. Perkara yang berhubung dengan Kerajaan Tempatan
pula diperuntukkan di bawah Senarai Negeri iaitu Jadual Kesembilan
Butiran 4(a) di dalam Perlembagaan Persekutuan. Terdapat dua bentuk
pentadbiran di peringkat tempatan iaitu sistem pentadbiran Pejabat
Daerah dan struktur kerajaan tempatan.
1.1 Sejarah Sistem dan Struktur Kerajaan Tempatan
Konsep kerajaan tempatan meliputi bidang yang agak luas. Seseorang
itu akan memerlukan perkhidmatan kerajaan tempatan sepanjang
hayatnya. Pada umumnya unit-unit kerajaan tempatan tersebut
dipertanggungjawabkan dengan tugas mengawas kesihatan awam,
mengutip hasil dan melakukan kerja-kerja kejuruteraan seperti
pembaikan jalan dan longkang. Penyusunan semula kerajaan tempatan di
Malaysia merupakan suatu usaha yang dibuat untuk memperkasakan
struktur dan organisasi semua penguasa tempatan yang ada di negara
ini.
sms2007 1 Faktor-faktor yang mendorong kerajaan untuk menyusun semula
penguasa-penguasa tempatan di negara ini ialah :-
(a) terdapat kecuaian pentadbiran dikalangan penguasa
tempatan;
(b) keadaan kurang cekap dalam amalan pentadbiran
dikalangan penguasa-penguasa tempatan;
(c) berlakunya banyak kes penyelewengan dalam pentadbiran
kerajaan tempatan;
(d) perlu berikutan dengan perubahan keutamaan dalam sistem
kerajaan tempatan, terutamanya sebagai usaha untuk
menambah pendapatan dan juga mempertingkatkan fungsi
penguasa tempatan yang selama ini agak terbatas;
(e) terdapat motif politik yang mendorong kerajaan menyusun
semula institusi tersebut.
2.0 ASAS PERUNDANGAN KERAJAAN TEMPATAN
Asas perundangan bagi kerajaan tempatan diperuntukkan dalam Butiran
4 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai
perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak
yang eksklusif ke atas kerajaan tempatan.
Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pula berfungsi sebagai badan
yang menggubal dasar-dasar negara dalam kerajaan tempatan. Terdapat
beberapa undang-undang yang diguna pakai di peringkat penguasa
tempatan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 (Akta 133). Terdapat juga undang-undang kecil seperti
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta Jalan, Parit dan
sms2007 2Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan
(Am) yang disediakan di bawah Akta 172.
Kedudukan Majlis Penguasa Tempatan pula boleh dikategorikan sebagai
‘penasihat’ yang berbentuk menasihati dalam perundingan,
bertanggungjawab membuat keputusan, membenarkan dan mengarahkan
kakitangannya untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Majlis mempunyai
Yang Dipertua sebagai ketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam
hierarki organisasi. Anggota Majlis terdiri dari kumpulan profesional dan
pegawai kumpulan pentadbiran. Majlis bergerak atas sistem
jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa kewangan, perlesenan,
perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar.
Fungsi Penguasa Tempatan
Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
‘Pihak berkuasa tempatan’ seperti yang dimaksudkan di dalam Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ertinya “Majlis Bandaraya, Majlis
Perbandaran/Majlis Daerah, mengikut mana yang berkenaan dan
berhubung dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar
Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Ibukota
Persekutuan, 1960”.
Pihak berkuasa tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui
perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugastugasnya yang diperuntukkan di dalam undang-undang tersebut. Jika
mereka bertindak tanpa menurut undang-undang itu, tindakan adalah
ultra vires (di luar kuasa) dan mahkamah boleh menghalangnya. Prinsip
ini merupakan asas yang menentukan status fungsi kerajaan tempatan.
Akta Kerajaan Tempatan 1976 menggariskan banyak aktiviti yang boleh
dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini termasuklah fungsi-fungsi
mandatori dan juga berdasarkan atas budi bicara (discretion) sesebuah
sms2007 3penguasa itu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan boleh
menerima fungsi tambahan dengan mengadakan undang-undang
berkenaannya. Terdapat empat jenis fungsi yang lazim dijalankan oleh
sesebuah pihak berkuasa tempatan iaitu fungsi –
(a) perlindungan - iaitu kawalan atas keselamatan dan kesihatan
awam. Ini termasuklah perlindungan individu daripada berbagai
bahaya yang boleh dikaitkan dengan kesihatan awam harta benda,
atau perkhidmatan pembersihan;
(b) awam (communal) – iaitu fungsi yang memberi faedah kepada
semua. Ini termasuklah alam sekitar iaitu usaha mewujudkan
keadaan ekologi yang seimbang seperti perancangan guna tanah
yang optimum dan mengadakan keadaan lanskap yang baik serta
kawasan rekreasi iaitu mengadakan kemudahan-kemudahan sosial
yang mencukupi untuk membolehkan penduduk menjalankan
kegiatan riadah;
(c) individu - iaitu fungsi yang melibatkan pemberian perkhidmatan
bantuan secara terus kepada orang perseorangan seperti kebajikan;
(d) perdagangan - iaitu melibatkan aktiviti-aktivit yang mendatangkan
hasil kepada penguasa tempatan serta memesatkan ekonomi
setempat. Walau baaimanapun ini agak terhad dan hanya pihak
berkuasa yang benar-benar berupaya dari segi tenaga dan
kewangan berani menerokai aktiviti ini.
2.1 Peranan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Keperluan undang-undang mengenai pihak berkuasa perancang tempatan
ialah di bawah seksyen 5(1) Akta 172. Di sini, pihak berkuasa tempatan,
iaitu pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171), hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang
sms2007 4tempatan di bawah Akta 172. Ini bermaksud, pihak berkuasa tempatan
selain daripada melaksanakan tugas-tugas tradisinya, pihak berkuasa
tempatan perlulah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan dan
bertanggungjawab bagi merancang dan membangunkan kawasannya
dalam konteks pembangunan nasional.
Akta ini juga telah memperuntukkan bahawa bagi mana-mana kawasan
yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak
berkuasa perancang tempatan, Pengarah Negeri Jabatan Perancang
Bandar dan Desa itu hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang
tempatan bagi kawasan itu.
Tugas utama adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab mengenai
pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasannya. Tugas-tugas
pihak berkuasa perancang tempatan adalah:-
(a) untuk mengatur, mengawal dan merancang pemajuan
dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam
kawasannya;
(b) untuk mengusaha, membantu dan menggalakkan
pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran
perangkaan, buletin, monograf dan lain-lain yang
berhubungan dengan perancangan bandar dan desa
dan pengkaedahannya; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke
semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri.
Di bawah Akta 172 ini, sesebuah pihak berkuasa perancang tempatan
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting untuk merancang
sms2007 5dan memandu kearah membangunkan kawasan di bawah
pentadbirannya.
Sebagai agensi perancangan, pihak berkuasa perancang tempatan perlu
merangka strategi dan program yang menyeluruh untuk mencapai
matlamat negara kepada kualiti kehidupan yang tinggi disamping
menikmati taraf sosio ekonomi yang setanding dengan negara maju.
Program yang dijalankan hendaklah berlandaskan kepada peranan
pembangunan negeri, wilayah dan nasional seperti :-
(a) menterjemah matlamat sosio ekonomi dalam bentuk spatial
dan fizikal;
(b) menterjemah dasar pembangunan dalam pelan perancangan
fizikal;
(c) memberi kepentingan kualiti alam persekitaran dalam
perancangan;
(d) memberi keutamaan yang setimpal terhadap keperluan bagi
kemudahan perbandaran; dan
(e) berusaha kearah pembangunan yang berteraskan
kecanggihan sains dan teknologi.
Tegasnya, peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan
pertambahan yang memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi
sebagai satu pihak berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja
menjadi ‘fasilitator’ kepada pembangunan bahkan harus dapat memenuhi
hasrat dan permintaan penduduknya.
sms2007 6Peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan
termasuklah :-
(a) penyediaan rancangan pemajuan selaras dengan tugas untuk
mengatur, mengawal dan merancang tanah dan bangunan
dalam kawasannya;
(b) pengumpulan data untuk menyokong keupayaan untuk
menyediakan rancangan pemajuan serta membuat keputusan
dalam kawalan perancangan berdasarkan maklumat yang
tepat;
(c) memproses permohonan perancangan dengan berlandaskan
kepada asas-asas pertimbangan yang kukuh; dan
(d) perancangan infrastruktur atau perkhidmatan awam
berdasarkan kepada keperluan sebenar dan unjuran yang
tepat ke arah mengoptimumkan penggunaan tanah.
2.3 Penyelarasan Tanggungjawab Di Antara Pihak Berkuasa
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan
Bila wujud dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk merancang
dan mengawal pembangunan maka terbitlah isu-isu yang boleh membawa
kepada konflik di antara kedua-duanya. Akta 172 membuat beberapa
peruntukkan khusus bagi menangani perkara ini. Sebagai contoh dalam
aktiviti kawalan perancangan walaupun kuasa memberi kebenaran
merancang terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa perancang
tempatan, ia terbatas apabila terdapat arahan-arahan daripada
Jawatankuasa Perancang Negeri terhadap perkara itu.
Walau bagaimanapun, bagi mencapai suatu kesepakatan dalam
pentadbiran, pihak-pihak berkuasa yang terlibat seharusnya
sms2007 7mengamalkan sikap saling berunding. Dalam hubungan ini, pihak
berkuasa perancang tempatan seharusnya membuat rujukan dan
mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa negeri bila :-
(a) terdapat sesuatu pembangunan itu akan mengakibatkan
percanggahan atau menjejaskan perlaksanaan apa-apa dasar
yang berlawanan dengan rancangan pemajuan yang telah
dikuatkuasakan;
(b) terdapat cadangan pembangunan yang berlawanan dengan
rancangan pemajuan yang telah lama wujud tetapi masih
berkuatkuasa; dan
(c) terdapat pembangunan yang atas sifatnya atau ciri-cirinya
atau lokasinya menjadikan ia sebagai berkepentingan Negeri.
Apabila perkara-perkara di atas dipenuhi maka segala keputusan di
peringkat tempatan akan sentiasa menuruti dasar yang ditetapkan di
peringkat Negeri.
4.0 PEMAKAIAN AKTA 172 BERHUBUNG DENGAN PERANAN PBPT
DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH
4.1 Penyediaan rancangan pemajuan
Tugas-tugas lain pihak berkuasa perancang tempatan adalah yang
diarahkan dari semasa ke semasa secara pentadbiran oleh Pihak
Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri. Salah satu
darinya ialah tanggungjawab menyediakan rancangan tempatan
sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian III Akta 172. Akta
172 memperuntukkan kuasa menyediakan rancangan tempatan dan juga
rancangan kawasan khas (RKK) disediakan oleh pihak berkuasa
perancang tempatan. Rancangan tempatan ialah suatu dokumen lengkap
sms2007 8yang mengandungi suatu peta dan suatu penyataan bertulis menyatakan
dengan lengkap cadangan-cadangan pihak berkuasa perancang tempatan
itu bagi memaju dan menggunakan tanah dalam kawasan rancangan
tempatan itu.
Sungguhpun penyediaan rancangan pemajuan (rancangan struktur dan
rancangan tempatan) diserahkan kepada Pengarah Negeri Jabatan
Perancang Bandar dan Desa dan juga pihak berkuasa perancang
tempatan, namun, dari segi pelaksanaannya pada masa kini dilakukan
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia membantu
Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan pihak
berkuasa perancang tempatan di dalam menyelaras dan menyediakan
rancangan-rancangan pembangunan diseluruh semenanjung Malaysia.
RKK pula disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan atau
Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atas daya
usahanya sendiri setelah diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
bagi mencadangkan satu penetapan kawasan khas bagi pengolahan khas
terperinci berkenaan dengan cara memaju, membangunkan semula,
memperelokkan, memulihara atau menyatakan suatu amalan pengurusan
dan jenis-jenis pengolahan untuk dicadangkan bagi kawasan berkenaan.
RKK ini boleh disediakan bila-bila masa, iaitu semasa penyediaan atau
mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan
tempatan. Akta 172 memperuntukkan supaya proses dan prosedur
penyediaan RKK ini perlulah disediakan sama seperti proses dan prosedur
serta penguatkuasaan seperti sebuah rancangan tempatan.
4.2 Pengawalan Perancangan
Bahagian IV Akta 172 mengandungi peruntukkan-peruntukkan bagi
menguatkuasakan pengawalan perancangan yang sebenar. Seksyen 18
Akta 172 umpamanya melarang seseorang menggunakan tanah atau
bangunan kecuali mengikut rancangan tempatan. Seksyen 19 pula
sms2007 9melarang dengan pengecualian-pengecualian tertentu untuk pemajuan
dimula, diusaha atau dijalankan tanpa kebenaran merancang. Oleh
kerana pihak berkuasa tempatan adalah pihak berkuasa perancangan
tempatan yang berkuasa memberi kebenaran perancangan untuk sesuatu
projeknya, maka semua permohonan-permohonan untuk membangunkan
tanah dan mendirikan bangunan perlulah memohon kebenaran
merancang kepada pihak berkuasa perancang tempatan [subseksyen
21(1)].
Jika suatu pemajuan yang dicadangkan terletak di dalam suatu kawasan
yang baginya tidak ada rancangan struktur atau rancangan tempatan,
pihak berkuasa perancang tempatan adalah dikehendaki memberitahu
pemunya-pemunya tanah yang berjiran dengan tanah permohonan itu
untuk menyatakan hak mereka terhadap permohonan tersebut
[subseksyen 21(6)]. Seseorang pemohon yang terkilan dengan apa-apa
keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan dengan
sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan boleh membuat
rayuan atau merayu kepada Lembaga Rayuan (Seksyen 23).
Seksyen 25 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang
tempatan, jika pada pendapatnya adalah untuk kepentingan awam,
memerintahkan supaya ditarik balik atau diubahsuai sesuatu kebenaran
perancangan atau kelulusan bagi sesuatu pelan bangunan yang diberi di
bawah akta ini atau mana-mana undang-undang Kerajaan Tempatan
yang terdahulu. Ia juga memberi kuasa bagi merobohkan mana-mana
bangunan yang terlibat oleh perintah itu dan bagi pembayaran kos-kos
perobohan itu dan pampasan.
Seksyen 30 memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan
dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk menghendaki sesuatu
penggunaan tanah dihentikan, mengenakan syarat-syarat bagi
meneruskan penggunaan tanah, atau untuk mengkehendaki bangunanbangunan atau kerja-kerja diubah. Mana-mana pemunya tanah yang
sms2007 10terkena oleh perjalanan kuasa-kuasa itu adalah berhak mendapat
pampasan dan merayu kepada Lembaga Rayuan terhadap perjalanan
kuasa-kuasa itu dan terhadap amaun pampasan yang ditawarkan oleh
pihak berkuasa perancang tempatan itu.
Seksyen 31 memberi kuasa kepada Pegawai Berkuasa untuk
melaksanakan apa-apa notis yang disampaikan kepada pihak berkuasa
perancang tempatan jika orang yang tertakluk kepada notis itu tidak
mematuhi kehendak-kehendak notis itu.
4.3 Penguatkuasaan Di Bawah Akta 172
Seksyen 26 hingga 30 dan seksyen 35A hingga 35H adalah berkenaan
dengan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa perancang
tempatan terhadap mana-mana kesalahan yang disabitkan di bawah Akta
ini, iaitu termasuklah melakukan pembangunan yang tidak dibenarkan,
melaksanakan pembangunan tanpa kebenaran merancang, melaksakan
pembangunan berlawanan dengan syarat-syarat kebenaran merancang,
serta melanggar perintah-perintah pemeliharaan pokok. Jika sabit
kesalahan, seseorang itu boleh didenda sehingga maksima RM500,000.00
atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, tertakluk kepada jenisjenis kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.
Hal ini menunjukkan bahawa, Akta 172 ini memberi kuasa penuh kepada
pihak berkuasa perancang tempatan untuk melaksanakan pengawalan
dan tindakan-tindakan pencegahan terhadap pembangunan tanah di
dalam negara ini. Dasar yang menjadi asas kepada peruntukanperuntukan ini ialah setakat yang pada hakikatnya mungkin tidak
berlawanan dengan prinsip-prinsip perancangan. Kuasa yang diberi
kepada pihak berkuasa perancang tempatan sehingga boleh mendakwa
dan mengeluarkan perintah menghendaki tanah itu dipulihkan semula
seperti keadaan asal.
sms2007 114.4 Kawasan-Kawasan Kemajuan
Bahagian VIII membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan sendiri
memajukan kawasan khas mengikut pelan tempatan. Seksyen 38
memperuntukkan bahawa jika sesuatu rancangan tempatan telah
diterima bagi sesuatu kawasan tindakan, pihak berkuasa perancang
tempatan boleh mengisytiharkan kawasan itu atau mana-mana bahagian
daripadanya sebagai kawasan pemajuan. Dengan itu adalah menjadi
kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan memperolehi semua
tanah milik di dalam kawasan itu dan memajukan kawasan itu mengikut
rancangan tempatan.
Seksyen 41 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang
tempatan untuk mengguna khidmat agen-agen, membuat perkiraan
dengan mana-mana orang, syarikat atau badan atau menubuhkan suatu
pertubuhan bagi maksud memajukan sesebuah kawasan kemajuan. Pihak
berkuasa perancang tempatan dengan kelulusan Menteri Besar atau
Ketua Menteri menubuhkan suatu perbadanan untuk menjalankan
pengawalan atau pengurusan projek untuk memajukan sesebuah
kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan khas. Melalui kuasa yang
diberikan di bawah seksyen ini juga, sesebuah pihak berkuasa perancang
tempatan boleh melaksanakan sendiri projek-projek pembangunan
seperti projek pembangunan tanah bersepakat (PTB) melalui perlantikan
ejen/syarikat/perbadanan. Melalui projek sebegini, sesebuah kawasan
yang dibangun atau dimajukan semula boleh berupaya untuk
meningkatkan nilai tanahnya, sekaligus dapat menambah pendapatan
sesebuah pihak berkuasa tempatan.
Seksyen 43 memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan
untuk menjual, menyewa, atau sebagainya mana-mana tanah atau harta
yang telah dimajukannya di dalam kawasan kemajuan. Disinilah
sebenarnya peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa
sms2007 12perancang tempatan sebagai agen pembangunan tanah. Walau
bagaimanapun, peranan ini tidak dimainkan oleh kebanyakkan pihak
berkuasa perancang tempatan pada masa kini. Pengabaian seksyen 41
dan 38 ini sebenarnya merupakan satu kerugian kepada pihak berkuasa
perancang tempatan itu sendiri, kerana lazimnya projek-projek sebegini
akan meningkatkan nilai tanah yang terlibat di dalam pembangunan
semula sekaligus dapat menambah pendapatan pihak berkuasa
perancang tempatan itu.
5.0 KESIMPULAN
Tugas - tugas asas pihak berkuasa tempatan pada amnya seperti yang
diperuntukkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah berkaitan
dengan pencegahan, kesihatan awam, melaksanakan perkhidmatan –
perkhidmatan pembangunan, melaksanakan semua perkhidmatan sosial.
Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pula,
peranan pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai pihak berkuasa
perancang tempatan di mana ia bertanggungjawab bagi merancang dan
memajukan kawasan pentadbirannya dalam konteks pembangunan
nasional.
Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat dua peranan pihak
berkuasa perancang tempatan di dalam pembangunan tanah adalah iaitu
pertamanya sebagai agen pembangunan semula kawasan-kawasan yang
perlu di ambil tindakan untuk kegunaan awam, dimajukan semula atau
yang memerlukan satu tindakan khusus. Keduanya, peranan yang
dimainkan di dalam mengawal, memantau dan menguatkuasakan
perundangan pembangunan tanah agar pembangunan yang dilaksanakan
di negara ini dijalankan secara yang lebih berhemah, sistematik dan
mengikut keperluan.
Sekian.tq.
Objektif
1. Menyediakan sistem pengurusan dan perkhidmatan yang efisyen kepada semua pelabur, pemaju dan semua
penduduk Kulim Hi-Tech Park.
2. Menjamin penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan yang berkualiti sepanjang masa.
3. Bertindak sebagai "one stop agency" bagi mempercepatkan proses kelulusan pembangunan, perancangan,
permohonan lesen dan sebagainya.
Latar Belakang PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
< Klik di sini untuk besarkan imej >
Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-tech Kulim (PBT TPHTK) secara rasminya ditubuhkan pada 1 April
1995 dibawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Struktur organisasi PBT TPHTK berdasarkan "Modified Local
Authority Model" yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Johor Darul Takzim tetapi berbeza dari
segi perlaksanaan membuat keputusan dimana semua keputusan dari segi pentadbiran, teknikal, penilaian dan
kewangan juga proses kelulusan pelan-pelan bangunan dan lain-lain yang berkaitan diputuskan pada peringkat
Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PBT TPHTK.
Misi
Ke arah menerajui serta mewujudkan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim yang komited,
progresif dan berdaya saing untuk memberi perkhidmatan yang efisien, cemerlang dan mesra kepada seluruh warga
dan pelanggan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
Visi
Ke arah mewujudkan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim yang dinamik, indah, harmoni dan sejahtera.
Fungsi
1. Menyemak, meluluskan pelan - pelan bangunan, perancangan, mengenakan bayaran penyediaan pelan,
mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF), lesen dan permit berkaitan.
2. Penyelenggaraan keseluruhan kawasan TPHTK termasuk kerja-kerja kutipan sampah, pemotongan
rumput, pembersihan jalan dan parit, lampu jalan, lampu isyarat, loji pembersihan, longkang dan lain-lain.
3. Pengawasan dan penguatkuasaan akta-akta dan undang-undang kecil.
4. Mengendali segala urusan cukai harta bagi kawasan di dalam PBT TPHTK.
5. Mengawasi keselamatan dan penyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti pusat komuniti, kompleks
sukan, perhentian kenderaan awam dan sebagainya.
Logo
Piagam Pelanggan
Kami beriltizam dan berjanji untuk menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim sebagai
sebuah organisasi yang unggul, amanah, berkebolehan dan berkualiti tinggi bagi menjamin kesejahteraan seluruh
warga dan pelanggan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
Perutusan YDP
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) telah berjaya menghasilkan
Laman Web Rasmi Jabatannya sendiri. Laman Web ini mengandungi berbagai maklumat termasuk mengenai cukai
taksiran, syarat-syarat binaan tambahan bangunan, syarat-syarat dan tatacara permohonan lesen-lesen perniagaan
dan para pekilang dan lain-lain golongan yang berkepentingan untuk berurusan dengan PBT ini dengan lebih mudah
dan cepat.
Saya berharap orang ramai yang melayari Laman Web ini dapat memberi buah fikiran dan pendapat bagaimana PBT
ini dapat menambahkan lagi mutu perkhidmatan kepada semua stake holders di dalam kawasan PBT ini. Saya ingin
mengajak semua pihak untuk sama-sama menjaga Taman Perindustrian Hi Tech Kulim ini supaya sentiasa berada di
dalam keadaan bersih, indah dan selamat pada setiap masa. Ini bukan sahaja dapat menjaga kepentingan para pelabur
dan para pekilang yang sedang beroperasi di dalam kawasan ini malahan ianya akan dapat menambah keyakinan dan
menarik lebih ramai pelabur terutama dari luar Negara untuk terus melabur di dalam kawasan Kulim Hi Tech Park ini.
Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari dunia informasi PBT TPHTK ini.
Sekian, Terima Kasih.
"KEHIDUPAN SELESA PERSEKITARAN INDAH"
DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR
DHMS., DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL., (Dato' Seraja Setia) - Yang DiPertua, Pihak Berkuasa Tempatan
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
Ahli Pengurusan Tertinggi
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN TERTINGGI PBT TPHTK SESI 2010/2011
YB. DATO’ SERAJA SETIA
DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR
YANG DIPERTUA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
Y. BHG. DATO’ ABD RAHMAN BIN IBRAHIM
KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
Y. BHG. DATO’ AHMAD BIN IBRAHIM
KETUA POLIS NEGERI
POLIS DIRAJA MALAYSIA KEDAH
TUAN HAJI MAT NOH BIN AHMAD
PEGAWAI DAERAH KULIM
PEJABAT DAERAH KULIM
TUAN HAJI MOHAMAD SOBRI BIN OSMAN
PRESIDEN
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD
Y. BHG. DATO’ HAJI MOH PUAT BIN HAJI MOH ALI
KETUA EKSEKUTIF
PEJABAT KEWANGAN NEGERI KEDAH
TUAN IR. ROSLAND BIN ABD GHANI
PENGARAH
JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH
Y. BHG. DATO’ TUAN HAJI ADZMI BIN DIN
KETUA EKSEKUTIF
SYARIKAT AIR DARUL AMAN
TUAN HAJI AB. QAHAR BIN OSMAN
PENGARAH
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
TUAN HAJI NORAN BIN SHARIF
PENGARAH
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH
ENCIK HARON BIN TAHIR
PENGARAH
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH
ENCIK MOHAMAD SAYUTI BIN SEPEAI
PENGARAH
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
TUAN HAJI SUID BIN OTHMAN
PENGURUS BESAR
TENAGA NASIONAL BERHAD
ENCIK IDRIS BIN MOHD. YUSOF
Sekretariat
Persatuan Pengusaha Syarikat Perindustrian Kulim (KITA) Kedah
DR. KRISHNAMOORTHY A/L RAJANNAIDU
Pemimpin Masyarakat
PUAN SALMA BINTI ISMAIL
Pemimpin Masyarakat
SR TAN KOK YEW
Pemimpin Masyarakat
KAPT. (B) ZAMRI BIN IBRAHIM
Pemimpin Masyarakat
TUAN SYED FADZIL BIN SYED OTHMAN ALI
Pemimpin Masyarakat
PUAN TAN LEE TYNG
Pemimpin Masyarakat
TUAN HAJI OMAR BIN OTHMAN
Pemimpin Masyarakat
ENCIK AHMAD RIZAL BIN MOHD NOR
Pemimpin Masyarakat
ABD GHANI @ ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN
SETIAUSAHA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
Carta Organisasi
Jabatan
PBT TPHTK mempunyai empat bahagian iaitu :
Bahagian Pentabiran dan Undang-undang
Bahagian Teknikal
Bahagian Penilaian
Bahagian Kewangan
Jumlah anggota keseluruhan PBT TPHTK ialah 19 orang. Ia terdiri daripada 4 orang kumpulan Pengurusan &
Profesional serta 15 kakitangan kumpulan sokongan 1dan 2.
Staff Directory v1.0
PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
Pergi ke :
Pencarian Nama :
Alamat : PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM Tel. : 04-4032266
Lot 01-02 Administrative Centre, Kulim Hi-Tech Park Fax. : 04-4032277
Senarai Staf
No. Nama Jawatan
1 Y.B Dato’ Seraja Setia Hj Rasli bin Basir Yang DiPertua
2 En. Abd Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin Setiausaha
3 En. Rozamin bin Ab. Aziz Penolong Setiausaha / Akauntan
Lihat Jabatan
No. Nama
1 Bahagian Pentabiran dan Undang-undang
2 Bahagian Teknikal
3 Bahagian Penilaian
4 Bahagian Kewangan
Sila Pilih
Carian
Tender & Sebutharga
BIL TAJUK PROJEKMUAT TURUN KEPUTUSAN
TENDER1. Cadangan Penambahbaikan Sistem Lampu Jalan di Zon
Perindustrian dan Jalan-jalan Utama, Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
2. Cadangan Membersih Dan Membaiki Kolam-Kolam Takungan Dan Sungai Parit Bunian, Kawasan Perindustrian Zon 1, Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
Latar Belakang
Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) secara rasminya ditubuhkan pada 1 April
1995 dibawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Keluasan pentadbiran adalah seluas 3578.08 ekar. Pada
Majlis mesyuarat, kerajaan negeri kedah bersetuju meluluskan tambahan kawasan pentadbiran PBT TPHTK seluas
1305.08 ekar. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju memberi kuasa kepada PKNK untuk mengawasi dan
mengendalikan urusan pentadbiran PBT TPHTK. Kuasa mentadbir diperbaharui setiap 5 tahun bermula 1 April 1995 –
1 April 2000, 1 April 2000 – 31 Mac 2005, 1 April 2005 – 31 Disember 2005 sehingga 1 Januari 2006. Dan pada tahun
tersebut Diwartakan di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan sepertimana PBT-PBT yang lain.
Tempat-tempat Menarik
Taman Sungai Parit Bunian
Taman Rekreasi Sungai Parit Bunian adalah salah satu kawasan rekreasi yang menarik yang terdapat di dalam Kulim
Hi-Tech Park ini. Taman ini amat sesuai untuk menghilangkan penat setelah seharian bekerja. Di samping kawasannya
yang bersih terdapat pelbagai kemudahan permainan kanak-kanak dan pondok rehat untuk seisi keluarga.
Kawasan Taman ini adalah diselenggara penuh oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
(PBT TPHTK) bersesuaian dengan moto Jabatan “Kehidupan Selesa, Persekitaran Indah”. Matlamat PBT untuk
menjadikan kawasan Kulim Hi-Tech ini sebagai Kawasan Industri di dalam taman berada di landasan yang tepat.
Panduan ke Hi-Tech Kulim
Pengangkutan
Untuk Ke Kulim Hi-Tech, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Jalan Raya
Kulim juga mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Butterworth-Kulim menghubungkan Kulim
dengan Pulau Pinang di utara dan bandar-bandar di Sekitarnya. Terdapat dua susur keluar ke Kulim melalui Lunas atau
Kubang Semang.
Bas
Kulim mempunyai stesen bas yang agak besar dan selesa iaitu Stesen Bas Kulim. Stesen Bas Kulim mempunyai dua
terminal, terminal domestik dan terminal antarabandar. Stesen Bas Kulim dianggap unik kerana berhadapan dengan
sebuah tasik buatan manusia yang indah dan kini dijadikan taman sekitarnya.
Talian Kecemasan
BIL
JABATAN ALAMATTELEFO
NFAX
1 HOSPITAL KULIMJalan Mahang,09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
04-4903333
04-4900760
2 PONDOK POLIS KHTP
Lot 03, KHTP Administrative Centre,Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim,Kedah Darul Aman.
- -
3
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIABALAI BOMBA DAN PENYELAMAT
Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim,Kedah Darul Aman.
04-4034444
04-4035254
Perniagaan
BIL NAMA KILANG ALAMAT KILANG
1 LKT TECHNOLOGY SDN.BHD
Lot 25, Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4033718
2 CELESTICA MALAYSIA SDN.BHD
Plot 15, Jalan Hi-Tech 2/3Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel :04-4033288
3 AIR PRODUCTS STB SDN.BHD
Lot 31, Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4032288
4 HOYA GLASS DISK (M)
Lot 28 & 29Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 012-408097204-4033118
5 MERCK ELECTRONIC MATERIAL
Lot 7, Jalan Hi- Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4033273
6 HAMADATEC SDN.BHD
Lot 22, Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4238048
7 FUJI MI-MICRO TECHNOLOGY SDN.BHD
Lot 13, Jalan Hi-Tech 3Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4033700
Halaman: 1 2 3 4
Seterusnya
Perniagaan
BIL NAMA KILANG ALAMAT KILANG
8 FUJI ELECTRIC (M) SDN.BHD
Lot 5, Jalan Hi-Tech 1Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-403 1111
9 BCM ELECTRONIC SDN. BHD
Plot 21, Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel :04-4033180
10 ENTEGRIS (M) SDN.BHD
Lot 17, Fasa 1Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4031266
11 INTEL (M) PRODUCTS SDN.BHD
Lot 8, Jalan Hi-Tech 2Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4337314019-4496235
12 WONG ENGINEERING
Lot 24, Jalan Hi- Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4271788
13 INTEL (M) PRODUCTS SDN.BHD
Lot 8, Jalan Hi-Tech 2Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4337314019-4496235
Perniagaan
BIL NAMA KILANG ALAMAT KILANG
14 SILTERRA (M) SDN.BHD
Plot 8, Zon Industri 2Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4031642
15 TOYO MEMORY TECH
Plot 3, Zon Industri 2Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, KedahNo. Tel : 04-4031642
16 SHOWA DENKO HDPlot 6, Jalan A5, Fasa 2Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
17 ETI-TECH SDN.BHD
Plot 12, Jalan Hi-Tech 7Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim Kedah
18 ORGANASIA SDN.BHDLot 33, Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
19 WINPAC TECHNOLOGIESSuite 1.052, 1st FloorKHTP Business Centre09000 Kulim, Kedah.
Perniagaan
BIL NAMA KILANG ALAMAT KILANG
20 SCHENKER LOGISTICLot 33, Jalan Hi-Tech 4Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
21 TEKNO LOGAM SDN.BHDNo.2, Jalan Hi-Tech 2/6Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
22 METEL EXCELLENCENo. 1 Jalan Hi-Tech 2/6Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
23 CREST CENTRE
Mezzanine & Ground FloorTechno-CentreKulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
24 METALYSIS MALAYSIA SDN.BHDFactory 1, Jalan Hi-Tech 2/6Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
25INFINEON TECHNOLOGIES (KULIM) SDN.BHD
Lot 10 &11, Jalan A7Zon Industri Fasa 2Kulim Hi-Tech Park09000 Kulim, Kedah
Halaman: 1 2 3 4
Kembali
Pendidikan
BIL
SEKOLAH / INSTITUSI ALAMATTELEFO
NFAKS
1SEKOLAH MENENGAH TAMAN HI-TECH
Jalan KTC 5, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah
Darul Aman.04-
4037369
04-4031246
2SEKOLAH RENDAH TAMAN HI-TECH
Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
04-4037488
-
3POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
04-4033333
04-4033033
4
UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
Lot 13-16, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
04-4035199
04-4035201
Utiliti
BIL
JABATAN ALAMATTELEFO
NFAKS
1
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH CAWANGAN KULIM
Lot 6, KHTP Administrative Centre, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
04-4037675
04-4036496
Direktori
Perpustakaan Negeri
Perpustakaan Alamat Waktu Perkhidmatan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Jalan Kolam Air, 05100 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-7333592/7314695 Fax No: 04-7323660
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
http://www.kdhlib.gov.my/
Perpustakaan Cawangan
Perpustakaan Alamat Waktu Perkhidmatan
Perpustakaan Awam Jalan Kuala Kedah
Perpustakaan Awam Jalan Kuala Kedah05400 Alor Star,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-7710539 Fax No: 04-7710533
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Sungai Petani
Perpustakaan Awam Sungai PetaniJalan Pegawai,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4213948 Fax No: 04-4227309
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Jitra Perpustakaan Awam Jitra AHAD - KHAMIS
Jalan Changloon,06000 Jitra,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-9172568 Fax No: 04-9172568
9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Yan Perpustakaan Awam YanJalan Pegawai,06900 Yan,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4655205 Fax No: 04-4655205
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Langkawi
Perpustakaan Awam LangkawiPersiaran Putera,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-9666944Fax No: 04-9666051
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Kulim
Perpustakaan Awam KulimJalan Hospital Lama,09000 Kulim,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4905845 Fax No: 04-4916350
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Baling Perpustakaan Awam BalingJalan Hospital,09100 Baling,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4702962 Fax No: 04-4702934
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Sik Perpustakaan Awam Sik08200 Sik,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4693545 Fax No: 04-4693545
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Bandar Baharu
Perpustakaan Awam Bandar BaharuJalan Raya,08900 Serdang,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4076961Fax No: 04-4076963
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Merbok Perpustakaan Awam Merbok08400 Merbok,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4573500
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptg
Fax No: 04-4573500 Rehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Kuala Nerang
Perpustakaan Awam Kuala NerangKompleks Marsawa06300 Kuala NerangKedah Darul Aman
Tel No: 04-7865298 Fax No: 04-7865298
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Pendang Perpustakaan Awam Pendang06700 Pendang,Kedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Direktori
Perpustakaan Negeri
Perpustakaan Alamat Waktu Perkhidmatan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Jalan Kolam Air, 05100 Alor Setar,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-7333592/7314695 Fax No: 04-7323660
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU
10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
http://www.kdhlib.gov.my/
Perpustakaan Cawangan
Perpustakaan Alamat Waktu Perkhidmatan
Perpustakaan Awam Jalan Kuala Kedah
Perpustakaan Awam Jalan Kuala Kedah05400 Alor Star,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-7710539 Fax No: 04-7710533
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Sungai Petani
Perpustakaan Awam Sungai PetaniJalan Pegawai,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4213948 Fax No: 04-4227309
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Jitra Perpustakaan Awam JitraJalan Changloon,06000 Jitra,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-9172568 Fax No: 04-9172568
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Yan Perpustakaan Awam YanJalan Pegawai,06900 Yan,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4655205 Fax No: 04-4655205
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Langkawi
Perpustakaan Awam LangkawiPersiaran Putera,07000 Langkawi,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-9666944Fax No: 04-9666051
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Kulim
Perpustakaan Awam KulimJalan Hospital Lama,09000 Kulim,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4905845 Fax No: 04-4916350
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Baling Perpustakaan Awam BalingJalan Hospital,09100 Baling,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4702962 Fax No: 04-4702934
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Sik Perpustakaan Awam Sik08200 Sik,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4693545 Fax No: 04-4693545
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Bandar Baharu
Perpustakaan Awam Bandar BaharuJalan Raya,08900 Serdang,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4076961Fax No: 04-4076963
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Merbok Perpustakaan Awam Merbok08400 Merbok,Kedah Darul Aman
Tel No: 04-4573500 Fax No: 04-4573500
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Kuala Nerang
Perpustakaan Awam Kuala NerangKompleks Marsawa06300 Kuala NerangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptg
Tel No: 04-7865298 Fax No: 04-7865298
Rehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Awam Pendang Perpustakaan Awam Pendang06700 Pendang,Kedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Direktori
Perpustakaan DesaPerpustakaan Alamat Waktu Perkhidmatan
Peroustakaan Desa Kg. Bendang Raja
PD Kg. Bendang Raja06300 Kuala Nerang,Kedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Jelai
PD Kg. JelaiMukim Bukit Raya06700 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptg
Rehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Banggol Besi
PD Kg. Banggol Besi06700 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Batu 7 Binjul
PD Kg. Batu 7 Binjul,09310 Kuala KetilKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Pulau Pinang
PD Kg. Pulau Pisang, Tunjang06000 JitraKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Wang Tepus
PD Kg. Wang Tepus06000 JitraKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT
10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Lindungan Raja
PD Kg. Lindungan Raja09700 Karangan, KulimKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa KEDA Bendang Perang
PD KEDA Bendang Perang06400 Kota SetarKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Bukit Nambua
PD Kg. Bukit Nambua06300 Kuala NerangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa FELDA Lubuk Merbau
PD FELDA Lubuk Merbau06710 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Jelutong
PD Kg. Jelutong08200 SikKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Tengah Jerlun
PD Kg. Tengah Jerlun06150 JerlunKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Kepala Bukit
PD Kg. Kepala BukitDewan Orang Ramai Kg. kepala Bukit06700 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Direktori
Perpustakaan Desa
Perpustakaan Alamat Waktu Perkhidmatan
Perpustakaan Desa Kg. Tradisi Paya Pahlawan
PD Kg. Tradisi Paya Pahlawan06000 JitraKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa FELDA Gunung Bongsu
PD FELDA Gunung Bongsu09700 Karangan,Kedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Titi Gajah PD Titi GajahTaman Mas Merah06550 Alor SetarKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT
10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Pulau Tuba
PD Pulau Tuba07000 Kuah, LangkawiKedah Darul Amann
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa FELDA Bukit Tangga
PD FELDA Bukit Tangga06050 Bandar Bukit Kayu HitamKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Hujung Bandar
PD Kg. Hujung Bandar08200 SikKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa KEDA batu 13
PD KEDA Batu 1306400 Pokok SenaKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa FELDA Teloi kanan
PD FELDA Teloi Kanan09300 Kuala KetilKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Lubuk Batu
PD Kg. Lubuk BatuMukim Pelubang06000 JitraKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Padang
PD Kg. Padang09110 BalingKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa kg. Bendang Bukit
PD Kg. Bendang BukitKubur Panjang, 06700 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa KEDA Lahar Tunjung
PD KEDA Lahar Tunjung06700 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Perpustakaan Desa Kg. Paya Kerchut
PD Kg. Paya Kerchut06700 PendangKedah Darul Aman
AHAD - KHAMIS9.00 pg - 6.00 ptg
JUMAAT10.00 pg - 6.00 ptgRehat (12.15 tghari - 2.45 ptg)
SABTU10.00 pg - 6.00 ptg
HARI KELEPASAN AM - Tutup
Halaman: 1 2 3 4
Kembali Seterusnya
top related