tajuk/nama inovasi aplikasi pintar bagi...

20
TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI MENGAKSES RANCANGAN PEMAJUAN DAN MEMUDAHKAN PENYERTAAN AWAM NAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PENGENALAN Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, JPBD Semenanjung Malaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga (3) peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut: Peringkat Persekutuan Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan bandar dan desa; Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang. prosedur perancangan serta kajian penyelidikan dan pembangunan; Menterjemahkan dasar-dasar sosial, ekonomi dan alam sekitar negara ke dalam dimensi spatial; Memudahcara dan memantau penyediaan dan pelaksanaan rancangan pembangunan di semua peringkat pelaksanaan; Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan Menyelia dan menyelaras pangkalan data guna tanah negara.

Upload: danghanh

Post on 09-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

TAJUK/NAMA INOVASI

APLIKASI PINTAR BAGI MENGAKSES RANCANGAN PEMAJUAN DAN

MEMUDAHKAN PENYERTAAN AWAM

NAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN

BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PENGENALAN

Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang

sempurna, JPBD Semenanjung Malaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya

di tiga (3) peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut:

Peringkat Persekutuan

Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan

bandar dan desa;

Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)

yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta

172);

Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen

melalui undang-undang. prosedur perancangan serta kajian penyelidikan dan

pembangunan;

Menterjemahkan dasar-dasar sosial, ekonomi dan alam sekitar negara ke dalam

dimensi spatial;

Memudahcara dan memantau penyediaan dan pelaksanaan rancangan

pembangunan di semua peringkat pelaksanaan;

Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian

dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan

perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan

Menyelia dan menyelaras pangkalan data guna tanah negara.

Page 2: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Peringkat Negeri

Memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dalam semua hal-ehwal perancangan

bandar dan desa dalam menyelaras pelaksanaan Akta 172 di peringkat Negeri;

Bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

yang ditubuhkan di bawah Akta 172;

Memudahcara dan memantau pembangunan dalam Negeri melalui pelaksanaan

dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan;

Membantu dalam perancangan projek-projek khas yang dikendalikan Kerajaan

Negeri;

Menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan mengenai perancangan

bandar dan desa;

Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian

dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan

dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan

Menyedia dan menyelaras pangkalan data guna tanah Negeri.

Peringkat Tempatan

Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan pemajuan tanah dan

bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) ;

Memudahcara dan memantau pembangunan dalam kawasan PBPT melalui

pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan;

Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian

dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan

dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan

Melaksanakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri (PBN) atau Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dari masa

ke semasa

Page 3: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

LAPORAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasi

Rancangan Pemajuan (RP) merupakan satu dokumen yang disediakan untuk

memandu arah perancangan dan pembangunan gunatanah bagi keseluruhan kawasan

di peringkat negeri dan tempatan. Penyediaan RP ini adalah mengikut peruntukkan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RP ini terdapat dua peringkat

iaitu diperingkat negeri dikenali sebagai Rancangan Struktur (RS) dan bagi daerah pula

Rancangan Tempatan (RT).

Pembangunan gunatanah haruslah merujuk RP bagi memastikan keselarasan dan

perancangan yang lebih tersusun dan terancang. Semua pihak seperti pemaju, individu

awam, pelabur, pemilik tanah, akademik, ahli politik dan agensi Kerajaan adalah

pengguna kepada RP. Dalam hal ini, terdapat dua (2) isu utama yang berkaitan dengan

penyampaian perkhidmatan RP iaitu :-

1. Kesukaran Pengguna Untuk Merujuk Rancangan Pemajuan,

2. Kesukaran Pengguna Dalam Program Seranta Dan Penyertaan Awam.

Satu alternatif baru yang selaras dengan kemajuan teknologi iaitu melalui pembinaan

“APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI MEMUDAHKAN PENGGUNA MENGAKSES

RANCANGAN PEMAJUAN DAN PENYERTAAN AWAM”.

Aplikasi telefon pintar ini merupakan alternatif selain daripada keperluan akta yang

perlu disediakan. Sehingga kini, terdapat tiga (3) produk aplikasi yang telah

dibangunkan dan dilaksanakan iaitu ;-

1. Aplikasi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam

(Drtmdsb),

2. Aplikasi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor

(Drtmdks),

3. Aplikasi Selangor 2035.

Hampir tujuh (7) juta pengguna telefon pintar di Malaysia telah membuka kepada idea

projek inovasi ini dilaksanakan dengan harapan penerimapakaiannya secara

menyeluruh diperingkat orang awam dapat dicapai. Kaedah konvensional yang sudah

tidak lagi praktikal dan merugikan dari pelbagai aspek digantikan dengan satu sistem

aplikasi pintar yang lebih user friendly dan sangat efisen. Pelaksanaan projek ini terlalu

singkat dan mudah untuk dilaksanakan dengan hanya melibatkan pembangunan sistem

Page 4: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

aplikasi melalui laporan yang telah dimuktamadkan. Seterusnya pengguna boleh

mengakses/muaturun aplikasi di appstore dengan peruntukan masa satu (1) hingga tiga

(3) minit sahaja bergantung pada kelajuan data internet telefon pintar tersebut.

Pelaksanaan menyeluruh secara langsung akan mewujudkan masyarakat yang celik IT

dan merangsang kepekaan pengguna dalam ilmu perancangan dan keperihatinan

terhadap alam sekitar.

Selain itu, penggunaan aplikasi ini dapat merubah dari rujukan secara konvensional/

‘hard copy’ pengguna awam dan pihak-pihak berkepentingan (pelabur, pemaju, ahli

politik, badan profesional) terhadap dokumen Rancangan Pembangunan kepada akses

aplikasi telefon pintar secara ‘friendly interface’ dimana-mana dan bila-bila masa. Ia

juga dapat merubah dari pengisian borang bantahan atau pandangan dalam bentuk

‘hard copy’ dan dihantar melalui faxs atau pos kepada pengisian dan penghantaran

borang secara online dalam sub menu aplikasi telefon pintar dan mendapat

maklumbalas penerimaan secara segera dalam masa sebenar ‘real time’ serta merubah

dari liputan penyertaan dan penglibatan awam dalam kawasan yang terhad kepada

‘dunia tanpa sempadan’ iaitu liputan lebih meluas dan boleh diakses diserata dunia

tanpa had waktu;

Proses Pelaksanaan Inovasi

Seiring dengan kemudahan teknologi dan penggunaan telefon pintar yang semakin

meluas, aplikasi telefon pintar diwujudkan untuk mengembang luas dan menggalakkan

penyertaan awam di kalangan pihak terlibat. Memikirkan permasalahan yang

menyukarkan pengguna mendapat dan membuat rujukan dokumen RP semasa

program publisiti dan selepas pewartaan,masalah ini dengan menyediakan dokumen

RP ini daripada bentuk konvensional kepada bentuk satu APLIKASI PINTAR. Buat

masa ini, aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan platform iOS (iPhone, iPad

dan iPod).

Idea ini terhasil daripada perbincangan bersama ahli kumpulan secara brainstorming

dan melalui kaedah ini pelbagai idea dan cadangan dapat dikumpul dengan memikirkan

cara paparan aplikasi dapat dibentuk dengan mengambilkira cara penggunaan dan

paparan supaya pengguna dapat menggunakannya dengan mudah dan dalam erti kata

lain ‘user friendly interface’. 95% idea pembangunan aplikasi ini datangnya daripada

ahli kumpulan.

Page 5: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Paparan Aplikasi Ini Terbahagi Kepada 4 Menu Utama Iaitu :-

1. Pengenalan

2. Publisiti

3. Laporan

4. Bantahan Awam

MENU APLIKASI 1 : PENGENALAN

Menerangkan secara ringkas tentang maksud, isi kandungan, dasar-dasar

perancangan sebagai asas kepada rancangan tempatan.

FUNGSI UTAMA DRTMDSB 2025

a) Menterjemahkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am rancangan

struktur negeri selangor dengan pembangunan tanah.

b) Menyediakan garis panduan bagi kawasan pembangunan dengan

memperincikan dasar-dasar rancangan struktur negeri bagi kawalan

pembangunan

c) Menyediakan landasan bagi melaksanakan cadangan-cadangan mengikut

fasa.

d) Mengemukakan cadangan-cadangan perancangan yang terperinci kepada

orang awam dengan menyediakan peluang dan pemberitahuan hak individu

untuk membuat bantahan dan cadangan terhadap rancangan tersebut.

Page 6: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

MENU APLIKASI 2: PUBLISITI AWAM

a) Penerangan tentang tatacara cara penggunaan aplikasi dan penerangan

secara ringkas peranan orang awam dalam program publisiti.

b) Pemakluman atau pemberitahuan notis akhbar mengenai dokumen RP yang

tersedia untuk diperiksa.

MENU APLIKASI 3: LAPORAN

a) Mengandungi salinan laporan lengkap seperti ringkasan eksekutif, draf

laporan rancangan pemajuan jilid 1, 2 dan 3 yang tersedia untuk diperiksa.

MENU APLIKASI 4: BANTAHAN AWAM

a) Penyertaan awam ditakrifkan sebagai penglibatan awam untuk membantu

pihak berkuasa tempatan mengenalpasti masalah-masalah dan peluang

masa kini dan akan datang di dalam kawasannya serta memeriksa dan

memahami kandungan rancangan pemajuan dan seterusnya

mengemukakan bantahan dan membuat representasi (cadangan dan

pandangan) seperti mana peruntukkan dalam akta perancangan bandar dan

desa 1976 (akta 172).

b) Bertindak sebagai menu tambahan dimana orang awam boleh

mengemukakan bantahan awam secara online. Menu ini hanya boleh akses

ketika dalam proses publisiti berlangsung dan tempohnya adalah terhad.

c) Disediakan borang lengkap dimana pengguna perlu memasukkan butiran

diri, maklumat bantahan dan cadangan.

Page 7: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Proses Sebelum Dan Selepas

Sebelum Inovasi

Inovasi yang terhasil adalah bermula daripada penilitian terhadap pencapaian piagam

pelanggan di mana salah satunya ialah “Menyelaras Penyediaan Rancangan Tempatan

(RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) serta memantau pelaksanaannya –

berdasarkan Program Rancangan Malaysia 5 Tahun”. Bagi memastikan piagam

pelanggan tersebut dicapai, langkah-langkah untuk memudahkan penyelarasan itu

dibuat berdasarkan akta dan garispanduan sedia ada. Merujuk Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), sistem perancangan di Semenanjung Malaysia

meliputi Rancangan Pembangunan iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan

Kawasan Khas (RKK) serta Rancangan Pemajuan yang terdiri daripada Rancangan

Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT).

Asas pembentukan bagi sistem Rancangan Pemajuan diperuntukkan di dalam

Bahagian III, Akta 172. Berdasarkan subseksyen 12(3), Akta 172, RT mengandungi

suatu peta cadangan dan penyataan bertulis berkenaan cadangan Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan (PBPT) secara terperinci serta menepati dasar/cadangan

Rancangan Strutur Negeri. Cadangan-cadangan tersebut adalah lebih kepada

perancangan fizikal seperti gunatanah, alam sekitar, infrastruktur dan semasa peringkat

Publisiti dan Penyertaan Awam. Semasa peringkat ini, Draf RT telah siap sedia untuk

disemak oleh orang awam dan pihak berkepentingan terhadap kawasan tersebut utiliti,

lanskap, lalulintas dan lain-lain. Penyediaan RT melibatkan beberapa peringkat. Inovasi

yang dihasilkan dalam mencapai piagam pelanggan lebih difokuskan.

Draf RT tersebut merupakan dokumen yang akan menjadi bahan rujukan semasa

program publisiti dan penyertaaan awam ini berlangsung. Draf RT ini pada kebiasaanya

akan dicetak dalam kuantiti yang banyak akan dijual semasa program publisiti dan

penyertaaan awam. Walaubagaimanapun, pembelian dokumen ini tidak selari dengan

pengeluaran atas beberapa faktor. Antara sebabnya ialah harga jualan, saiz Draf RT

dan berat Draf RT.

Apabila dokumen tersebut tidak habis dijual akan mendatangkan impak lain kepada

orang awam dan Jabatan. Impak kepada orang awam ialah semasa program itu

berlangsung, perancangan yang hendak dijalankan kawasan yang terlibat tidak

Page 8: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

mencapai matlamat kerana keupayaan orang awam untuk memiliki dokumen draf RT

tersebut.adalah terhad. Impak yang akan diterima oleh Jabatan adalah setelah program

publisiti dan penyertaaan awam tersebut tamat dan RT yang disediakan telah

dimuktamadkan. Selepas dokumen draf RT tersebut dimuktamadkan, dokumen

tersebut tidak boleh digunapakai. Ini akan berlaku lambakan dokumen dan berlakunya

pembaziran. Untuk memastikan perkara-perkara ini tidak berulang, inovasi ini dicipta

dan terbukti hasilnya boleh dibanggakan. Selain daripad mencapai piagam pelanggan,

inovasi ini mampu menjimatkan perbelanjaan penghasilan dokumen RT.

Selepas Inovasi

- Penyediaan aplikasi pintar (smartphone app) sebagai medium baru untuk

interaksi atau penglibatan mudah dengan pihak-pihak berkepentingan dan

awam;

- Kaedah pembacaan melalui ‘touch screen’, bookmark, zoom in, zoom out

membuatkan perjalanan pembacaan yang lebih menarik;

- Boleh diakses dimana-mana jua, bila-bila masa tanpa sempadan waktu dan

tempat, juga boleh dibaca secara ‘offline’ setelah dimuat turun kali pertama;

- Pemantauan pengunjung dan penyimpanan rekod secara terus dan terperinci;

- Komunikasi dua hala dengan lebih mudah apabila borang bantahan boleh

dihantar secara atas talian dan menerima respon dalam ‘real time’ tanpa ada

birokrasi atau red tape.

Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan / Agensi /

Negara

Rancangan Pemajuan merupakan dokumen pernyataan bertulis dan juga pelan

gunatanah pada masa tahun yang diunjurkan. Semua cadangan pembangunan

berkaitan perlulah merujuk rancangan pemajuan ini untuk memastikan perancangan

yang sistematik dan menyeluruh, selaras dengan sub sekyen 18., Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Antara pengguna rancangan pemajuan adalah di

kalangan pelabur, orang awam, pelajar/ penyelidik, pemaju/ perunding dan pemilik

tanah.

Di samping itu, terdapat juga pengguna rancangan pemajuan yang biasa iaitu agensi-

agensi teknikal Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah

dan badan-badan berkanun. Justeru, penyediaan aplikasi 'telefon pintar' ini adalah

disasar kepada golongan yang disebut di atas. Pengguna atau kumpulan sasar ini

adalah ramai dan dari pelbagai golongan. Sebagai contoh, bagi aplikasi 'drtmdks' di

kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor, penggun awam yang dijangka adalah seramai

Page 9: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

209,600 orang, manakal bagi 'drtmdsb' di kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam

adalah seramai 105,800 orang. Pembangunan aplikasi ini dapat membantu

memudahkan rancangan pemajuan diakses daripada liputan penduduk yang ramai.

Bagi skop liputan dalam aplikasi telefon pintar ini pula, boleh dibahagikan kepada dua

(2) liputan utama iaitu 1. Memuatkan Rancangan Pemajuan, bahan pameran, notis

akhbar, ringkasan eksekutif dan apa jua bahan berkaitan yang boleh ditambah dari

masa ke semasa, manakala 2. Borang bantahan/ pandangan secara atas talian hanya

melibatkan semasa tempoh program publisiti berlangsung sahaja. Kedua-dua skop

liputan ini adalah perkara utama yang diperlukan oleh kumpulan sasaran.

Rajah: Kumpulan sasar atau pengguna dominan Rancangan Pemajuan

Impak kepada pelanggan (liputan penerimaan perkhidmatan)

Memberi ruang dan peluang pilihan menggunakan ‘aplikasi (app)’ yang selaras

dengan ‘tren’ atau perkembangan teknologi sekarang yang memudahkan

pelanggan dalam kehidupan harian, dalam hal ini adalah akses kepada

rancangan pembangunan dengan mengurangkan kos belian, logistik, masa yang

terhad dan keupayaan bergerak. Kawasan liputan ‘tanpa sempadan’ memberi

kemudahan kepada pelanggan tanpa ada had kawasan atau halangan dan

karenah birokrasi yang tidak diperlukan dalam dunia bergerak pantas.

Impak inovasi dan kreatif kepada Kementerian dan stakeholders

Di peringkat Kementerian, aplikasi telefon pintar ini telah merubah satu bentuk

pemikiran baru dalam mempelbagaikan pilihan interaksi pelanggan yang

melibatkan rancangan pembangunan. Di samping, menggalakkan penyertaan

awam dengan liputan perkhidmatan yang luas seterusnya dapat membantu

Page 10: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

dalam perancangan gunatanah bagi sesebuah rancangan pembangunan yang

hendak disediakan. Ia selaras dengan piagam pelanggan Kementerian iaitu

merancang dan memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan

berdasarkan objektif dan outcome projek serta mematuhi piawaian yang telah

ditetapkan.

Promosi mengenai hasil inovasi

Promosi bagi aplikasi telefon pintar ini telah diadakan secara meluas di peringkat

Kementerian mahupun Jabatan dengan menyediakan Manual Pengguna

Aplikasi, risalah, paparan atau ‘link’ aplikasi di laman sesawang jabatan,

hebahan ketika sessi ‘road show’ taklimat Pengarah JPBD Selangor selama 3

hari kepada semua ADUN, Ahli-ahli Majlis PBT Selangor, Agensi teknikal, NGO

dan orang awam. Di samping, mengadakan majlis perasmian publisiti DRT

MDSB 2025 dan DRT MDKS 2025 dengan melancarkan aplikasi telefon pintar.

Aplikasi ini juga turut digalakkan penggunaannya di kaunter-kaunter utama

jabatan yang terlibat serta ketika Hari Bertemu Pelanggan di peringkat Jabatan

dan Kerajaan Negeri Selangor.

Elemen Inovatif/Kreativiti

i. Pembangunan aplikasi secara ‘stand alone’.

ii. Tujuan aplikasi khusus dan fokus untuk akses rancangan pemajuan

iii. Boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana jua.

iv. Borang bantahan boleh dihantar secara online.

v. Penyediaan aplikasi ini khusus untuk rancangan pemajuan tanpa dicampur

adukkan dengan pembacaan yang lain.

vi. Selain bahan bacaan, pengguna boleh menyemak pelan gunatanah yang

dicadangkan di dalam aplikasi tersebut.

vii. Pengguna boleh merujuk semula muka surat laporan yang dikehendaki

dengan menggunakan ikon ‘tagging’ yang disediakan di dalam aplikasi

tersebut.

viii. Dengan adanya aplikasi ini, maklumat perancangan dapat dikongsi dengan

mudah antaranya seperti jabatan kerajaan, agensi-agensi teknikal, NGO,

pelabur, pemaju, pemilik tanah, penyelidik, pelajar dan sebagainya.

Page 11: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Elemen Keberkesanan

Sistem penyampaian maklumat kepada orang awam secara umumnya dan

kumpulan sasaran khasnya semakin bertambah baik dengan adanya pencapaian

inovasi yang berterusan. Penyampaian maklumat perancangan dalam bentuk

aplikasi pintar sememangnya satu projek inovasi memberi hasil/manfaat yang

ketara kepada pengguna dan mencapai tahap kepuasan maksimum kumpulan

sasaran. Cetusan idea ini merupakan pendekatan baru “dunia tanpa sempadan”

dalam mewujudkan satu perkongsian pintar dikalangan pengguna.

Elemen Signifikan

Penjimatan kos penjualan dan percetakkan

Kos percetakan dua laporan rancangan pemajuan (Rancangan Tempatan

Majlis Daerah Kuala Selangor dan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak

Bernam) mencecah RM74,818.50. Selepas inovasi tiada lagi kos percetakan dan

hanya melibatkan kos pembangunan aplikasi berjumlah RM 12,000.00 sahaja.

Penjimatan RM 62,818.50 bagi pengeluaran dua laporan rancangan pemajuan

merupakan kejayaan yang boleh dibanggakan. Manakala kos jualan yang

dahulunya sebelum inovasi pengguna dikenakan bayaran RM 50.00 untuk setiap

satu laporan rancangan pemajuan tapi kini selepas inovasi pengguna tidak

dikenakan sebarang bayaran hanya perlu muaturun ‘drtmdks & drtmdsb’ di laman

aplikasi pintar.Sekiranya pemakaian aplikasi ini diseragamkan di seluruh Pihak

JABATAN PERANCANGA

N BANDAR

Orang Awam

Pemilik Tanah

Pemaju

Agensi Kerajaan Pelabur

Ahli Akademik

Perunding Perancang

Bandar

Page 12: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Berkuasa Tempatan di Malaysia, faedah bersih kos penerbitan rancangan

pemajuan akan dapat dijimatkan sebanyak RM 7.81 juta.

Penjimatan kos logistic

Pengguna yang datang dari seluruh negeri Selangor memerlukan kos perjalanan

untuk mendapatkan dokumen yang hanya terdapat di JPBD Negeri Selangor

yang terletak di pusat bandar Shah Alam, tapi kini pengguna boleh memuaturun

aplikasi dimana-mana sahaja.

Penjimatan ruang penyimpanan

Jabatan memerlukan ruang/setor yang mampu menyimpan laporan-laporan

dengan jumlah yang banyak berbanding aplikasi yang tidak memerlukan ruang

penyimpanan. Begitu juga tiada keperluan ruang untuk pameran dokumen selepas

inovasi aplikasi pintar ini.

Penjimatan masa

Tempoh pembelian laporan dan penyerahan borang bantahan hanya terhad pada

waktu bekerja sahaja. Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna meluangkan

banyak masa ke pejabat untuk mendapatkan laporan, pengguna boleh muaturun

di mana-mana sahaja.

Pengurangan berat fizikal dokumen rancangan pemajuan

Purata berat laporan hampir 20 kilogram setiap satu, manakala tiada sebarang

berat pada aplikasi pintar ini.

Kelestarian maklumat

Kelestarian maklumat perancangan masih lagi mengekalkan kualiti dan kaedah

penyampaian yang berkesan kepada pengguna, tambahan lagi aplikasi pintar ini

ditambahbaik dari aspek penyampaian paparan teknikal pelan untuk dirujuk

dengan lebih mudah, tepat dan jelas.

Peningkatan Produktiviti/Kepuasan

Soalselidik terhadap 50 orang pelanggan sebelum dan selepas projek mendapati

peningkatan sebanyak 72% pelanggan berpuas hati dengan aplikasi pintar

‘drtmdks’ dan ‘drtmdsb’ ini. Majoriti pengguna gembira dengan perkembangan

dalam sistem penyampaian maklumat perancangan yang lebih ‘user friendly’.

Page 13: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Perkhidmatan mesra pelanggan

Pihak kumpulan juga telah mendapat maklumbalas melalui sub-menu aplikasi

dengan penyediaan pemberiaan bintang yang menunjukkan tahap kepuasan

penggunaan aplikasi dan ulasan secara terus oleh pelanggan. Berdasarkan

ulasan yang dikemukakan, aplikasi ini telah mendapat purata 5 bintang penuh

dengan ulasan kepuasan yang positif.

Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

Projek ini memenuhi objektif yang besar kepada masyarakat mahupun kerajaan.

Di pihak kerajaan terutamanya, penjimatan yang besar dapat dilakukan

terutamanya apabila pihak Jabatan tidak lagi perlu menyediakan peruntukan yang

besar khusus untuk tujuan percetakan. Setiap kajian rancangan pemajuan, pihak

Jabatan memperuntukkan 15 sehingga 20 peratus daripada peruntukan

keseluruhan projek. Contohnya projek Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak

Bernam di peringkat Draf Laporan Cadangan Pemajuan sahaja, pihak Kerajaan

memperuntukkan kira-kira RM 25,000 (25 unit laporan) tidak termasuk peruntukan

percetakan akhir yang memerlukan penyediaan laporan kira-kira 200 unit bagi

tujuan edaran kepada agensi teknikal serta jualan kepada pengguna.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat 93 rancangan pemajuan yang perlu disemak

semula setiap 5 tahun. Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi setiap

rancangan pemajuan ialah RM 90,000 bersamaan RM 8,370,000.00 bagi

kesemua rancangan pemajuan tersebut. Sekiranya setiap rancangan pemajuan

disediakan secara aplikasi pintar yang memerlukan belanja hanya RM 6,000 bagi

setiap projek rancangan pemajuan, pihak Kerajaan akan berjimat sehingga RM

7,812,000.00 iaitu kira-kira penjimatan 93 peratus peruntukan percetakan.

Selain itu, di pihak masyarakat yang meliputi pemilik tanah, pemaju dan ketua-

ketua masyarakat (wakil-wakil rakyat) penjimatan yang menyeluruh dapat

diberikan memandangkan mereka tidak lagi perlu membayar sejumlah wang

(serendah-rendah RM50 sehingga boleh mencapai RM1000) untuk mendapatkan

dokumen rancangan pemajuan ini bagi melaksanakan semakan perancangan atau

semakan dokumen rancangan pemajuan ketika Program Publisiti dan Hebahan

Awam. Orang ramai juga tidak lagi perlu hadir ke pejabat untuk merujuk dokumen

rancangan pemajuan ini sekaligus menjimatkan masa dan kos logistik (minyak dan

tol) pengguna.

Produk ini berpotensi untuk dijadikan penanda aras kepada Kementerian/Jabatan/

Agensi yang turut menyediakan dokumen secara berkala sebagaimana rancangan

pemajuan yang disediakan setiap 5 tahun atau ketika diarahkan oleh pihak

berkuasa negeri serta melibatkan penglibatan orang awam. Ia juga menggalakkan

Page 14: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

penyertaan orang awam dalam penyediaan rancangan pemajuan dan

menyebarluas peranan orang awam dalam perancangan. Melaluinya,

pembangunan bagi satu-satu kawasan dapat dilaksanakan dengan lebih

komprehensif apabila rujukan terhadap dokumen penting ini dapat dilakukan

secara mobile sekaligus meningkatkan rujukan awam terhadap dokumen ini yang

merupakan rujukan utama dalam menentukan halatuju pembangunan sesuatu

kawasan baik dari sudut pembangunan fizikal termasuk penyediaan kemudahan

masyarakat, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial serta pemuliharaan

alam sekitar.

Elemen Relevan

Terdapat beberapa impak positif yang telah diperolehi daripada penggunaan

applikasi pintar ini. Antaranya :-

i. Peringkat Negara

• Menyokong dasar transformasi penyampaian perkhidmatan berkesan.

• Government Transformation Programmes (GTP)

• Mindset Global

• Minda Kelas Pertama

• Menetapi Wawasan 2020

ii. Peringkat Negeri

• Perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan selaras dengan tuntutan

pelanggan dan dasar kualiti.

• Menggalakkkan Penggunaan IT

• Mengutamakan rakyat

iii. Peringkat Jabatan

• Memudahkan penyertaan awam dalam penyediaan Rancangan

Pembangunan.

• Penyertaan awam dapat diperluaskan secara holistik dan menyeluruh.

• Mengurangkan tempoh masa penyertaan awam dan karenah birokrasi.

• Interaksi secara terus dengan pelanggan – Medium applikasi pemudah

hubungan.

Selain itu, projek aplikasi telefon pintar ini dalam konteks keseluruhan dan fokus

dalam rancangan pemajuan, dapat dibahagikan kepada 6 perkara iaitu:

Page 15: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

1. Seiring dengan perkembangan teknologi dan 'dunia tanpa sempadan'

Perkembangan teknologi dalam membantu memudahkan kerja harian

semakin meingkat setiap tahun. Penggunaan telefon pintar / 'smartphone'

merupakan peranti perantara yang semakin popular di kalangan

penduduk dunia. Dengan perkembangan dan kemudahan aplikasi telefon

pintar telah meringankan tugas harian sehingga 80%. Di Malaysia,

merujuk sumber Ericsson ConsumerLab 2012 merekodkan dalam

penggunaan aplikasi telefon pintar, sebanyak 54% dari pengguna telefon

pintar di Malaysia menggunakan bagi aplikasi telefon pintar.

Penggunaan ini adalah berkaitan media sosial, perbankan, kerja pejabat,

fotografi, video dan audio. Seiring dengan itu, projek aplikasi telefon pintar

yang dilaksanakan untuk mengakses rancangan pemajuan ini adalah

bertepatan dengan keperluan pengguna pada masa sekarang dan

meningkatkan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam tidak harus

berada di tahap konvensional lagi, perlulah anjakan paradigma untuk

menyesuaikan dengan keperluan dan peredaran zaman.

2. Menyokong ke arah mesra pengguna dan alam sekitar

Dengan tersedianya projek 'aplikasi telefon pintar' bagi memudahkan

mengakses rancangan pemajuan ini, secara tidak langsung telah

menyokong ke arah 'go green' atau 'paperless'. Berdasarkan rekod dan

analisis awal yang dijalankan pasukan projek, projek ini telah mendapat

menjimatkan kos percetakan sehingga RM62,818.50, dalam masa yang

sama dapat menggurangkan penggunaan kertas. Impak secara tidak

langsung dari itu adalah menyokong galakkan 'low carbon concepts',

mengurangkan kesan rumah hijau, menangani 'global warming' dan

sebagai pendidikan awal kepada masyarakat mengenai pentingnya

memelihara alam sekitar melalui sumbangan ini.

3. Merakyatkan dan meningkatkan perkhidmatan awam

Perkhidmatan awam sering kali dikaitkan dengan cara konvensional yang

melibatkan kesukaran pengguna dan melibatkan kos, waktu yang terhad,

birokrasi, maklumbalas yang memerlukan masa lama dan proses yang

agak panjang. Bergerak ke arah baru, projek aplikasi telefon pintar bagi

mengakses rancangan pemajuan ini adalah sebahagian usaha awal untuk

meningkatkan perkhidmatan awam yang lebih berkesan seiring

perkembangan teknologi. Secara tidak langsung, pengguna juga boleh

Page 16: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

berinteraksi secara dua hala tanpa melibatkan kos yang tinggi, waktu

dikawal sendiri, dimana juga dan maklumbalas dalam waktu sebenar 'real

time'. Sebagai contoh, selepas sahaja seseorang itu mengisi borang

bantahan/ pandangan dalam menu aplikasi yang ditetapkan, pengguna

tersebut akan mendapat secara terus dalam waktu sebenar maklumbalas

yang menyatakan bantahan/ pandangan mereka akan diproses. Secara

tidak langsung, keyakinan pengguna kepada perkhidmatan awam lebih

tinggi. Aplikasi ini juga telah mendapat 5 bintang dari pengguna dan

memberi komen yang positif. (Rujuk rajah......)

4. Mentransformasi perkhidmatan awam agar lebih efektif dan tepat

dalam perkhidmatan awam

Projek aplikasi pintar ini juga adalah menyokong kepada mentransformasi

Kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhdimatan dan

bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan rakyat

yang dicapai melalui enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA).

5. Memberi alternatif medium mudah untuk pengguna

Projek aplikasi pintar ini merupakan alternatif atau pilihan untuk pengguna

yang memiliki telefon pintar atau peranti 'tablets'. Bagi mereka yang tidak

memilikinya, cara konvensional seperti ruang pameran, memuat turun

melalui laman sesawang jabatan turut disediakan. Namun demikian, ini

merupakan pendidikan awal kepada pengguna untuk memastikan

perlaksanaan mudah dan seiring dengan perkembangan dan peredaran

zaman.

6. Mempunyai ciri keselamatan yang baik dan pemantauan mudah atas

talian

Dalam penyediaan aplikasi telefon pintar ini, aspek keselamatan turut

diambil kira, iaitu keselamatan dari pihak urusetia yang dilantik / 'admin'

dan keselamatan dokumen rancangan pemajuan itu sendiri. Dari aspek

keselamatan di pihak urusetia, hanya urusetia yang dilantik sahaja yang

mempunyai 'password' untuk mengubah, mengemaskini dan meninjau

data pengguna, ini bagi memastikan pengubahan aplikasi tidak sewenang

wenangnya yang akan melibatkan integriti seseorang. Di samping itu, bagi

dokumen rancangan pemajuan di dalam aplikasi telefon pintar ini adalah

Page 17: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

secara kekal, pengguna hanya boleh membaca dan menjalakan fungsi

menu-menu yang telah ditetapkan tanpa boleh mengubah kandungan

laporan rancangan pemajuan tersebut. Secara tidak langsung,

keselamatan dan integriti laporan ini dikawal dan dijamin melalui

pengurusan yang sistematik.

Bagi aspek pemantauan pula, jika dilihat cara konvensional, semua data

pengguna yang mendapatkan rancangan pemajuan dan menghantar

borang bantahan ini dilakukan secara manual dengan merekod

menggunakan borang dan jadual. Perkara ini melambatkan proses

pemantauan dan kadang kala terdapat data yang hilang atau terlupa

untuk direkod. Untuk aplikasi ini, pemantauan pengguna dan data

kemasukkan boleh dikawal dan dilihat melalui aplikasi pihak ketiga yang

disediakan, dalam hal ini aplikasi pemantau adalah melalui aplikasi

'formstack' dan 'annie'. Sebagai contoh, melalui data 'annie' bagi aplikasi

'drtmdks' sebanyak 60 pengguna telah memuat turun dan pecahannya

mengikut negara, Malaysia seramai 50 pengguna, China seramai 5

pengguna, United States seramai 4 pengguna dan United Kingdom

seramai 1 pengguna.

Implikasi kewangan

Di pihak kerajaan terutamanya, penjimatan yang besar dapat dilakukan terutamanya

apabila pihak Jabatan tidak lagi perlu menyediakan peruntukan yang besar khusus

untuk tujuan percetakan. Setiap kajian rancangan pemajuan, pihak Jabatan

memperuntukkan 15 sehingga 20 peratus daripada peruntukan keseluruhan projek.

Contohnya projek Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam di peringkat Draf

Laporan Cadangan Pemajuan sahaja, pihak Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM

25,000 (25 unit laporan) tidak termasuk peruntukan percetakan akhir yang memerlukan

penyediaan laporan kira-kira 200 unit bagi tujuan edaran kepada agensi teknikal serta

jualan kepada pengguna.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat 93 rancangan pemajuan yang perlu disemak

semula setiap 5 tahun. Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi setiap rancangan

pemajuan ialah RM 90,000 bersamaan RM 8,370,000.00 bagi kesemua rancangan

pemajuan tersebut. Sekiranya setiap rancangan pemajuan disediakan secara aplikasi

pintar yang memerlukan belanja hanya RM 6,000 bagi setiap projek rancangan

pemajuan, pihak Kerajaan akan berjimat sehingga RM 7,812,000.00 iaitu kira-kira

penjimatan 93 peratus peruntukan percetakan.

Page 18: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

Pengiktirafan

Peringkat Penerimaan Anugerah:

1. JOHAN Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPBD SM, 2014;

2. JOHAN Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Peringkat Kementerian

Kesejahteraaan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2014;

3. ANUGERAH YAB MENTERI Kementerian Kesejahteraaan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2014;

4. NAIB JOHAN, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan

Awam Peringkat Negeri Selangor, 2014;

5. SPECIAL MENTION AWARD Kategori Innovative Planning Award daripada

Pertubuhan Perancang Malaysia, 2014;

6. ANUGERAH KETUA PENGARAH MAMPU, Konvensyen Kumpulan Inovatif

dan Kreatif Sektor Awam di peringkat Kebangsaan, Johor Bahru, 2014;

7. ANUGERAH EMAS Mini Konvensyen Malaysia Productivity Corporation

(MPC) Wilayah Sabah, 2015;

8. ANUGERAH KHAS THE MOST PROMISING INNOVATIVE AND

CREATIVE CIRCLE yang diperolehi melalui Mini Konvensyen Malaysia

Productivity Corporation (MPC) Wilayah Sabah, 2015;

9. ANUGERAH EMAS dalam Pertandingan Regional Convention Team

Excellence Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Sabah dan

Sarawak 2015; dan

10. ANUGERAH KHAS INOVASI Y.Bhg. Datin Paduka Dr. Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, sempena

Hari Inovasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2015.

Page 19: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan
Page 20: TAJUK/NAMA INOVASI APLIKASI PINTAR BAGI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1735-aplikasi-pintar-bagi... · bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ... Rancangan

PENUTUP

Secara keseluruhannya, penyediaan projek ‘aplikasi telefon pintar’ ini adalah seiring

dengan perkembangan teknologi dan menjadi keperluan bagi setiap individu. Aplikasi

telefon pintar ini telah merubah lanskap penyampaian perkhidmatan awam terutama

dalam mengakses Rancangan Pemajuan dan memudahkan penyertaan awam. Idea

aplikasi ini juga mudah untuk dilaksanakan di jabatan-jabatan lain dan dapat

disesuaikan dengan kehendak dan fungsi jabatan berkenaan. Penyampaian

perkhidmatan tidak lagi dibayangi dengan kesusahan kepayahan, birokrasi dan

pendekatan lapuk dan konvensional. Aplikasi telefon pintar ini memberi anjakan

paradigma dan meningkatkan kebolehpercayaan pihak-pihak berkepentingan dalam

menggalakkan penyertaan awam dalam proses penyediaan Rancangan Pemajuan.

Disediakan oleh :

Nama Pegawai/Unit Terlibat : EN. MOHD AZWAN BIN MOHD ALI

Tel. : 03-55116666

Emel : [email protected]