pentaksiran dalam rbt

Post on 15-Jan-2016

711 Views

Category:

Documents

19 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pentaksiran. pegukuhan, penilaian

TRANSCRIPT

- Konsep Pentaksiran, Pengujian, Pengukuhan dan Penilaian

- Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Disediakan oleh,

VIKNESWARY A/P MOHAN

4 PISMP RBT / BT / SJH

Konsep Pentaksiran

• Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

• Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

• Proses ialah langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. 

• Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

• Penghakiman ialah proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

• Produk ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Konsep Pentaksiran

Tujuan Pentaksiran

• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.

• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Ciri Pentaksiran Yang Baik

• Kesahan Skor:-merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan

• Kebolehpercayaan Skor:-merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

• Keobjektifan:-ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

• Kebolehtadbiran:-kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah

• Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

• Kekomprehensifan:- kertas soalanmewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran / PP

Ciri Pentaksiran Yang Baik

Rumusan Pentaksiran

• Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.

• Melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

• Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

Konsep Pengujian

• Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya / teknik yang dapat memberikan maklumat yang penting dalam proses membuat penilaian.

• Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.

• Memotivasikan pelajar• Menyediakan maklum balas kepada pelajar• Menyediakan maklum balas kepada guru• Mengukur keberkesanan pengajaran

Tujuan Pengujian

Tujuan PengujianContoh :- • Mengukur :- kecergasan, kemahiran, • Pengetahuan atau atribut psikologi• Mengukur pembelajaran• Menentukurkan (prauji)• Mengukur pencapaian• Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)• Mendiskriminasi antara pelajar

(memberi gred)

Ciri-ciri Pengujian• Mempunyai kata tugas perbuatan seperti:

Tuliskan, Tunjukan, Senaraikan, Terangkan, Jelaskan, Bincangkan, Kenal pasti, Jumlahkan, dan lain-lain lagi.

• Kenyataan kandungan :- berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran dan pembelajaran

• Kerangka masa :- satu minggu, satu jangka masa, atau akhir semester dan lain-lain lagi

• Ujian ialah satu alat dalam pdp, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran.

• Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklum.

• Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test.

Ciri-ciri Pengujian

• Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis.

• Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap pdp guru.

Ciri-ciri Pengujian

• Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.

• Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu.

• Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.

• Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.

Rumusan Pengujian

• Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan.

• Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama.

Konsep Pengukuhan

• Boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

• Sekadar latihan biasa untuk menguji  minda.

• Latihan yang dijalankan sama seperti dulu. Soalan untuk menguji minda untuk pengukuhan.

Tujuan Pengukuhan

• Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan.

• Aktiviti biasanya sama untuk semua murid.• Aktiviti yang dijalankan memerlukan

bantuan guru sepenuhnya.• Ia juga berbentuk lembaran kerja tetapi

berbeza dari segi pendekatan.

Ciri-ciri Pengukuhan

Rumusan Pengukuhan• Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk

memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik.

Konsep Penilaian

• Stufflebeam et. al. (1971) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

• Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

• Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

• Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.

Konsep Penilaian

Tujuan Penilaian• Mengetahui keupayaan, kemahiran atau

pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.

• Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

• Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

• Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

• Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

• Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Ciri-ciri Penilaian

• Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

• Proses penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.

• Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut :

Ciri-ciri Penilaian

Peringkat persediaan ujian

Peringkat pentadbiran ujian

Peringkat pemeriksan dan pengukuran

Peringkat analisis

Lima Peringkat Penilaian

Peringkat interpretasi dan tindakan

• Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Rumusan Penilaian

Perkaitan 3P

• Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

• Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk pdp membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

top related