pengajaran berasaskan komputer
Post on 11-Dec-2014
182 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV
ISI KANDUNGAN
Pengenalan Pengajaran berasaskan Komputer Jenis-jenis Pengajaran berasaskan Komputer
Computer Assisted Instruction (CAI) Computer Asissted Learning (CAL) Computer Base Training (CBT)
Contoh-contoh Pendekatan Pengajaran berasaskan Komputer dalam Pendidikan
Kelebihan Pengajaran berasaskan Komputer Kelemahan Pengajaran berasaskan Komputer
Web Based Learning (WBL)Educational Management Information System (EMIS)
Pengajaran secara Tradisional• Havice (1999) mengklasifikasikan bahawa
pengajaran secara tradisional melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja
• Pendekatan pengajaran tradisional atau konvesional adalah pendekatan yang paling banyak dikritik
• Pengajaran seperti ini lebih berpusatkan pada guru iaitu komunikasi satu arah sahaja serta pembelajaran lebih tertumpu kepada penguasaan konsep-konsep bukannya kompetensi
Pengenalan Pengajaran berasaskan Komputer
Pengajaran berasaskan komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan
dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui
komputer.
Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran berasaskan Komputer sebagai perisian
pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan
(programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia
authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek
Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan pengajaran berasaskan komputer dengan
penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi
pelajar.
Apa itu komputer???• Komputer merupakan satu alat yang dapat
menjanakan pengkomputeran dan membuat keputusan logik dalam masa yang lebih singkat dari seorang manusia.
• Komputer memproses data di bawah kawalan aturcara/program komputer.
• Sebuah komputer merangkumi pelbagai alat yang dikenali sebagai perkakasan komputer (hardware)
• Aturcara komputer yang berjalan di dalam komputer dikenali sebagai perisian komputer (software)
Perkakasan dan perisian komputer
• Perkakasan– Komponen fizikal
• Monitor• Papan kekunci• Cip ingatan (memory)• Cakera keras
• Perisian– Satu set arahan kepada perkakasan untuk
melaksanakan sesuatu tugasan.
4 kumpulan perkakasan
Software / Perisian
• Perisian adalah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu komputer.
• Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
• Jenis-jenis perisian :– Perisian sistem– Perisian aplikasi
Perisian sistem
• Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk mengkoordianasikan aktiviti dan fungsi-fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer.
• Perisian sistem mengandungi atucara-aturcara yang mengurus dan menyokong sistem komputer dan aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
• Fungsi :– Mengawal operasi perkakasan komputer. – Menyokong aturcara aplikasi.
• Contoh perisian sistem :– Windows – Unix– Linux– Mac OS X
Perisian aplikasi
• Merupakan program komputer yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna. Terdapat juga perisian aplikasi yang dibuat khas untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• Pemilihan perisian aplikasi bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin dilaksanakan.
Contoh Perisian aplikasi
Perisian Aplikasi Kegunaan ContohPemprosesan Perkataan(Word Processing)
Menulis surat, dokumen
Word, Word Perfect,Wordstar, Ami Pro
Hamparan Elektronik(Electronic Spreadsheet)
Pengiraan Lotus, Excel, Quattro Pro
Pangkalan Data (Data base) Menyusun data dan maklumat
Access, dBase, Approach
Persembahan (Presentation) Membuat persembahan Powerpoint
Grafik (Graphic) Lukisan Coreldraw
Penerbitan Meja(Desktop Publishing)
Penerbitan akhbar, majalah dan buku
Pagemaker,Publisher
Reka bentuk Berbantukan Komputer (Computer Added Design-CAD)
Lukisan Kejuruteraan Auto CAD
Courseware / Perisian Kursus
• Perisian Kursus ialah bahan digital berasaskan reka bentuk pengajaran (instructional design) yang mengintegrasikan elemen multimedia seperti ilustrasi, animasi, teks, audio, video dan kesan bunyi untuk mencapai hasil pembelajaran.
• Perisian kursus hasilan KPM– Perisian Kursus Bestari – Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif (Resource
based courseware)– Perisian Kursus Inovasi– Perisian Kursus Pengajaran (Teaching Courseware)– CD-ROM Buku Teks atau MyCD (dipakej bersama buku teks)
JENIS-JENIS PENGAJARAN BERASASKAN KOMPUTER
1) Computer Assisted Instruction (CAI)
• Model Pengajaran dengan Komputer (CAI)
• Medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer - Steinberg (1991)
• Melibatkan aktiviti yang terbahagi kepada empat kategori utama :
i. Tutorialii. Latih-tubiiii. Simulasiiv. Permainan pendidikan
Contoh CAI
2) Computer Assisted Learning (CAL)
• Merupakan pembelajaran berbantukan komputer (PBK)
• Satu bentuk pembelajaran kendiri, interaktif dan bimbingan
• Ianya bukan satu fenomena baru dalam dunia pendidikan
• Bentuk pembelajaran ini merupakan alternatif lain bagi penggunaan buku teks
• Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan tutor dalam proses pembelajaran
• Secara umumnya, pembelajaran berbantukan komputer ini terdiri daripada teks, video, gambar dan audio yang membantu pengguna untuk memahami sesuatu konsep atau topik baru.
• Di penghujung sesi latihan, biasanya program interaktif ini akan menguji pengguna berdasarkan pengetahuan yang mereka perolehi sebelum dibenarkan ke peringkat yang seterusnya.
CONTOH COMPUTER ASSISTED LEARNING (CAL)
http://phet.colorado.edu/en/simulation/ohms-law
http://www.tutor.com.my/tutor/special/games/interaktif.asp?e=&s=&b=&m=&t=&r=&i=&sp=games&si=dragondrop/mathstrain.html
3) Computer Based Training (CBT)• Latihan Berasaskan Komputer (CBT)
– University of Massachusetts di Amherst mendefinisikan CBT sebagai latihan yang berlaku hanya pada komputer dengan individu yang berinteraksi pada program komputer untuk mempelajari konsep atau kursus latihan tertentu.
– Satu bentuk pembelajaran dan latihan kendiri yang berasaskan komputer.
– Dengan kata yang lebih mudah, CBT adalah latihan atau pembelajaran yang dilakukan di komputer tanpa memerlukan bilik darjah atau dengan membaca buku.
– Ia merupakan pengaplikasian komponen multimedia dalam komputer seperti persembahan Power Point, CD-ROM, DVD dan sebagainya.
– Ianya boleh digunakan tanpa mengakses internet
– Contoh pembelajaran menggunakan CBT adalah seperti CD-ROM interaktif yang disediakan pihak kementerian atau swasta seperti Linguaphone.
Contoh Computer Based Training (CBT)
• Menyelesaikan masalah berkaitan dengan operasi dan pengaturcaraan Kawasaki Robotics.
• Dengan menggunakan CD-ROM interaktif, pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa menggunakan komputer sendiri.
• Pelajar boleh melihat, mendengar, dan membuat pilihan dengan bahan latihan yang disediakan
Contoh-contoh Pendekatan Pengajaran berasaskan Komputer dalam Pendidikan
1) Tutorial Pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna
sesuatu konsep atau teori yang baru
Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadarkendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada penggunadan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahan-arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.
2) Latih tubi
• Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna.
• Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer.
• Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papankekunci.
3) Permainan Pendidikan• Permainan berorientasikan pembelajaran.
• Pelajar akaranan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
• Membantu pelajar melatih kemahiran mereka untukmenyelesaikan masalah.
• Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran
4) Simulasi (simulation)• Thomas & Milligan (2004) mendefinisikan simulasi
sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.
• Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan.
• Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah gambarajah statik untuk menerangkan proses meosis.
Kelebihan Pengajaran berasaskan Komputer
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar
4. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya
untuk dibuat
5. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada
pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
serta masa interaksi dapat dijimatkan.
6. Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka;
7. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan;
8. Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu
Kelebihan pengajaran berasaskan komputer (sambungan)….
Kelemahan Pengajaran berasaskan Komputer
• Kos tinggi
• Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian
Web Based Learning (WBL)
• Model Pembelajaran Berasaskan Web• Merujuk kepada pengajaran yang disampaikan
melalui jaringan WWW.• Menggunakan corak pembelajaran secara
penerokaan.
• Khan (1997) :– pembelajaran berasaskan web merupakan
program pembelajaran berasaskan hipermedia yang mengunakan ciri dan sumber web untuk menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyokong pembelajaran.
Penggunaan web sebagai medium pengajaran & pembelajaran
i) Penglibatan aktif pelajar
Menurut Grabbinger (1996), penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran adalah :Pelajar bertanggungjawab & mempunyai inisiatif dalam pembelajaran kendiri dalam membentuk kemahiran.Matlamat yang ditentukan, pembelajaran secara penyelesaian masalah dan pembelajaran secara kumpulan.Guru sebagai fasilitator dan panduan, bukan sebagai sumber maklumat dan melibatkan perbincangan yang aktif di antara pelajar dan guru.
ii) Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran secara berkumpulan merujuk sebagai kaedah pengajaran yang menggalakkan
pelajar berkerjasama dalam tugas akademik serta melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam
pembelajaran(Harasim, Calvert & Groeneboer, 1997)
ii) Interaktiviti
Proses interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan sumber maklumat
yang terdapat dalam web. Ini termasuk proses komunikasi antara pelajar melalui sokongan, panduan dan maklumbalas yang diberikan.
(Khan, 1997)
• Menurut Ryder dan Hughes,(1997). Terdapat tiga bentuk sistem yang menggunakan web dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah:
1. Web course 2. Web Centric Course 3. Web Enhanced Course
Sistem yang menggunakan web dalam pengajaran & pembelajaran
Penggunaan internet untuk keperluan pembelajaranProses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya berlaku melalui penggunaan kemudahan internet seperti e-mail, ‘chat rooms’, ‘forum’ dan ‘online conference’
Web course
Sebagian bahan belajar, perbincangan, tugasan, dan latihan disampaikan melalui internet, sedangkan ujian dan sebagian perbincangan dan latihan dilakukan secara bersekemuka atau cara tradisi.
Web Centric Course
Pemanfaatan internet untuk pendidikan,hanya untuk membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Web Enhanced Course
CONTOH WEB BASED LEARNING (WBL)
EDUCATIONAL MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (EMIS)
• Sebuah sistem yang memberi maklumat dan perkhidmatan
dokumentasi dengan mengumpul, menyimpan, memproses,
menganalisis dan menyebarkan maklumat untuk perancangan dan
pengurusan pendidikan.
• Usaha pemprosesan, pemerolehan, simpanan, penghantaran, analisis,
penyebaran dan penggunaan maklumat pengurusan pendidikan
disebarkan untuk menyelaras dan meningkatkan dengan lebih lanjut.
APAKAH FUNGSI EMIS?
• Meningkatkan kecekapan dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, dan penyediaan maklumat pengurusan pendidikan.
• Menjadikan pengumpulan dan pemprosesan data pendidikan lebih efektif.
• Meningkatkan proses transformasi data menjadi maklumat.
• Menyampaikan maklumat yang relevan kepada pengguna.
• Memudahkan penggunaan maklumat dengan pelbagai pusat pengajian pada semua tahap supaya pelaksanaan pendidikan, perancangan dan pengurusan menjadi lebih berkesan.
BAGAIMANAKAH EMIS BERFUNGSI?
• Mengintegrasikan dan mengaitkan sumber maklumat yang relevan.
• Penggunaan teknologi IT yang maksimum dan berkesan untuk memudahkan dan meningkatkan proses dalam pemprosesan, simpanan, analisi, dan penyebaran maklumat.
• Menyediakan maklumat yang selaras dan data berkualiti
• Pengumpulan data yang minimum
• Pertukaran dan penyebaran maklumat yang maksimum
CIRI- CIRI EMIS• Rangkaian satu atau lebih pusat EMIS yang mempunyai
hubungan di peringkat pusat, serantau dan tempatan.
• Setiap pusat EMIS dilengkapi untuk melakukan tugas-tugas pengurusan maklumat khususnya pemprosesan dan simpanan data.
• Bukan semua fungsi pusat EMIS harus dikomputerisasikan
• Semua maklumat tidak seharusnya berada di bawah satu kuasa atau satu tempat tetapi mampu memberikan
maklumat bersepadu untuk keperluan pengguna.
EMIS: PENGURUSAN SEKOLAH
• Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan
pengumpulan data guru dilakukan.
• Pelbagai maklumat guru dapat dicapai melalui data EMIS untuk pelbagai tujuan
sama ada yang berkaitan dengan perkhidmatan guru atau sebarang perancangan
yang ingin dilakukan oleh pihak kementerian dapat dilakukan dengan mudah.
• Selain itu penyediaan jadual waktu guru yang biasanya membebankan jika
dilakukan secara lama dapat dipermudahkan dan dipercepatkan dengan bantuan
komputer.
• Begitu juga halnya dengan penyediaan perancangan takwim, pengagihan tugasan
guru serta kerja-kerja perkeranian seperti menyediakan laporan, data dan
perangkaan, penyediaan kertas kerja surat menyurat dan sebagainya menjadi
lebih efesien dengan keterampilan pengunaan komputer
EMIS: KEMENTERIAN PELAJARAN M’SIA
• EMIS Online digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat untuk melaksanakan pengauditan kemudahan fizikal di sekolah- sekolah seluruh Malaysia.
• Menu Sekolah1. Pengurusan Sekolah2. Bangunan3. Kuarters Guru4. Kemudahan Sukan
• Menu Asrama1. Bangunan2. Kemudahan sukan
EVOLUSI EMIS
Setinggi perhargaan dan terima kasih :-Pelajar Master PTV Ambilan Disember 2010 SYAHIRA, HAFIZAH, PREM RAJ, SARAH & HALAWATI dari Fakulti
Pendidikan Teknikal UTHM 2011
top related