pengagihan menurut ekonomi islam
Post on 12-Jun-2015
6.347 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MUAMALAT & EKONOMI ISLAM
MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.my
PENGAGIHAN MENURUT EKONOMI ISLAM
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
KANDUNGAN
PENGENALAN KEPENTINGAN PENGAGIHAN
ETIKA AKTIVITI PENGAGIHAN
PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGAGIHAN
MATLAMAT AKTIVITI
PENGAGIHAN
HAK SEKUNDER TERHADAP
HARTA
2
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
DEFINISI PENGAGIHAN
Islam• Bagaimana pendapatan dan
kekayaan negara diagihkan di antara faktor pengeluaran dan juga bukan faktor pengeluaran
Konvensional• Bagaimana pendapatan dan
kekayaan negara diagihkan di antara pelbagai faktor pengeluaran yang memberi sumbangan untuk mendapatkan kekayaan tersebut (pengagihan faktor/pengagihan fungsian) 3
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
KEPENTINGAN PENGAGIHAN
• Pengagihan sebagai suatu yang penting kerana ia memberi implikasi secara langsung kepada kebajikan manusia.• “…supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-
orang kaya sahaja di antara kamu…” • (surah al-Hasyr ayat 7)
4
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ETIKA AKTIVITI PENGAGIHAN
• Aspek pengagihan dalam ekonomi Islam terikat dengan dua etika penting iaitu ‘adl dan ihsan. • “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku ‘adl dan
berbuat ihsan…”• (surah al-Nahl ayat 90).
• Aspek keadilan perlu ditegakkan dalam memberi ganjaran kepada faktor-faktor pengeluaran agar sesuai dengan sumbangan masing-masing dalam aktiviti pengeluaran.
• Penekanan Islam terhadap aspek ihsan pula, sedemikian rupa hinggakan dalam sesetengah keadaan, penghayatan semaksimum mungkin terhadap konsep ini adalah dianjurkan seperti mana yang dapat dilihat anjuran al-Sunnah terhadap pemberian tanah untuk diusahakan oleh orang lain secara percuma.
5
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ETIKA AKTIVITI PENGAGIHAN
• Kesan bagi pengamalan etika pengagihan:• riba sebagai salah satu ganjaran untuk faktor pengeluaran
dalam ekonomi konvensional tidak diterimapakai dalam ekonomi Islam.
• Kerana dilihat dari : i. Neraca keadilan, adalah tidak adil untuk memperolehi
pulangan lebihan secara pasti terhadap modal yang dipinjamkan kepada pihak lain yang akan mengusahakan modal tersebut dengan tertakluk kepada risiko kerugian.
ii. Neraca kebajikan, ia adalah merupakan penjelmaan amalan buruk mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain 6
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
MATLAMAT AKTIVITI PENGAGIHAN
Mewujudkan sebuah sistem ekonomi yang praktikal• Matlamat ini menekankan agar setiap individu akan mendapat
bahagian masing-masing selaras dengan tenaga dan sumber-sumber yang telah dicurahkan
Setiap individu mendapat hak masing-masing• Matlamat ini bertujuan untuk membolehkan setiap individu
mendapat hak masing-masing.• Ekonomi Islam tidak hanya memperuntukkan hak harta kepada
mereka yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran sahaja malah juga kepada mereka yang ditetapkan Allah SWT sebagai rakan kongsi terhadap harta tersebut.
7
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
MATLAMAT AKTIVITI PENGAGIHAN
Membasmi penumpuan harta• Islam amat memberi perhatian agar harta janganlah dibiarkan
tertumpu kepada segelintir golongan manusia sahaja tetapi sebaliknya mestilah dibenarkan berkisar dalam masyarakat seberapa luas yang boleh supaya jurang antara yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.
8
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PRINSIP PENGAGIHAN
ADIL
IHSAN
Belas kasihan daripada golongan kaya kepada golongan miskin (pengagihan kekayaan kepada bukan faktor pengeluaran) Zakat – 8 asnafFaraidh – pewarisCukai - umum
9
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
HARGA FAKTOR DAN PENGAGIHAN PENDAPATAN
Mereka Yang Mempunyai Hak Utama (Primer)
• Golongan ini merupakan faktor-faktor pengeluaran yang telah mengambil bahagian dalam proses pengeluaran.
• Hak ini terdapat dalam bentuk upah, sewa dan untung.
Mereka Yang Mepunyai Hak Kedua (Sekunder)
• Golongan yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran. • Hak mereka diperolehi melalui ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan Allah SWT ke atas
pengeluar-pengeluar harta untuk jadikan mereka ini sebagai rakan kongsi terhadap harta pengeluar-pengeluar tersebut.
10
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PEMILIK HAK SEKUNDER HARTA
• Islam telah menggariskan satu senarai yang panjang berhubung dengan mereka yang mempunyai hak sekunder terhadap harta.• Tanggungjawab untuk tujuan yang murni ini tidak sahaja
dibebankan ke atas negara malah melibatkan ramai pihak. • Bagi mencapai matlamat pengagihan peringkat kedua ini, Islam
telah menetapkan satu sistem yang teratur dan kemas.• harta secara prinsip, adalah hakmilik Allah SWT adalah Pencipta
sebenar harta dan Dialah yang menganugerahkan harta tersebut kepada manusia akan hak pemilikan terhadap harta.
11
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PEMILIK HAK SEKUNDER HARTA
• Meskipun manusia adalah pemilik terhadap ganjaran yang diperolehinya sebagai pulangan dari usahanya, hakikat sebenar ialah Allah SWT dengan limpah rahmatNya memberi kepada manusia keupayaan untuk berusaha dan Dialah juga yang mencipta harta.• Dengan ini, manusia adalah tidak bebas sama sekali untuk
menggunakan harta dengan sewenang-wenangnya dan ia terikat dengan perintah-perintah Allah SWT• Manusia adalah bertanggungjawab untuk membelanjakan harta
ini di tempat yang Allah SWT telah arahkannya.
12
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PEMILIK HAK SEKUNDER HARTA
• Asas kefahaman mengenai perkara di atas sekaligus membawa kepada kedudukan golongan kedua yang turut berhak terhadap harta kerana kepentingan tertentu selain daripada faktor-faktor pengeluaran yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
• Menurut Islam, setiap individu dalam golongan kedua ini adalah juga berhak kepada harta yang dihasilkan kerana pemilik-pemilik hak utama atau primer terhadap harta mesti memberi harta tersebut ekoran dari terikat dengan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah
• Harta-harta dalam kategori hak sekunder:• Zakat• Nafaqah• Fara’id• Sedekah sunat• Kafarat dan lain-lain
13
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ZAKAT
• Definisi zakat:• kadar tertentu yang diberikan kepada orang yang berhak
menerimanya dengan beberapa syarat tertentu.• Terdapat 2 jenis zakat iaitu:• Zakat fitrah• Zakat Harta
• Contoh Zakat Harta:• Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Pertanian, Zakat
Wang Simpanan, Zakat Emas / Perak dan lain-lain.• 8 penerima zakat : • Faqir, Miskin, Amil, Muallaf, Hamba, Orang Berhutang, Fi
Sabilillah dan Musafir
14
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
ZAKAT
• Peranan zakat:• Menghapuskan kemiskinan• Meluaskan pemilikan harta dan pendapatan• Mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat• Membersihkan jiwa individu dari sifat- sifat negatif seperti
tamak
15
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
NAFKAH
• Terbahagi kepada nafkah wajib dan nafkah sunat.• Nafkah wajib termasuklah• Nafkah di jalan Allah SWT untuk meninggikan agama Islam,
zakat dan nafkah terhadap isteri• Nafkah sunat termasuklah• Sedekah dan lain-lain.
• Nafkah wajib boleh dikuatkuasakan oleh negara, manakala nafkah yang lain terpulang kepada hati nurani seseorang dan sejauhmana taqwa mereka kepada Allah SWT
16
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
FARAID
• Menurut istilah syara‘, fara’id adalah bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh syara‘ bagi ahli waris• Ia adalah berkaitan dengan pembahagian harta pusaka yang
ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia kepada orang-orang yang berhak menerimanya
17
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
WASIAT
• Wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati• Wasiat tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya dan ia
tertakluk kepada peraturan tertentu. • Antaranya, wasiat tidak boleh dibuat untuk memperuntukkan
harta kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka dan wasiat tidak boleh melebihi satu pertiga daripada keseluruhan harta
18
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
SEDEKAH
• Sedekah sukarela sunat hukumnya pada setiap masa dan waktu• Hadith: “Sesiapa yang memberi makan seseorang yang lapar,
Allah akan memberinya makan buahan di Syurga, sesiapa yang memberi minum seseorang Mukmin yang dahaga, Allah akan memberinya minuman Syurga Rahiq al-Makhtum pada Hari Akhirat, sesiapa yang memberi pakaian seseorang Mukmin yang tidak berpakaian, Allah akan memberi pakaian hijau di Syurga”.
19
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
WAKAF
• Amalan wakaf amat besar ertinya dalam kehidupan sosio-ekonomi dan keagamaan.
• Islam juga meletakkan amalan wakaf sebagai salah satu macam ‘ibadah yang amat digalakkan. • Hadith : “Apabila seseorang meninggal dunia, semua pahala
amalnya terhenti, kecuali tiga macam amalan, iaitu: Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang tuanya”.
• Yang dimaksudkan dengan sedekah jariyah (sedekah yang mengalir) ialah menyediakan harta yang tahan lama, untuk maksud-maksud kebaikan, hingga manfaatnya dapat terus dinikmati, meskipun orang yang bersedekah telah meninggal.
• Para ‘ulama’ telah bersepakat bahawa yang dimaksudkan dengan sedekah jariyah itu tidak lain adalan amalan wakaf
20
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
KAFARAH
• Islam mengenakan kafarah ke atas kesalahan-kesalahan tertentu yang dilakukan di dalam agama dengan memberi makan kepada golongan miskin. • Misalnya, kafarah sumpah, kafarah zihar, diat membunuh tanpa
sengaja dan sebagainya• Denda-denda dibayar bukan dalam bentuk wang yang dibayar
kepada mahkamah yang akan mengkayakan negara tetapi al-Qur’an telah menentukan hukuman tertentu untuk faedah kemanusian misalnya membebaskan hamba abdi dan memberi makan kepada golongan miskin. • Dengan cara ini, ia dapat menghapuskan penyakit-penyakit sosial
21
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PEMBAHAGIAN PEMILIKAN
INDIVIDU •Cara:•Bergiat secara langsung•Melalui pensyariatan•Melalui kontrak pertukaran•Syarat:•Dibenarkan syara’•Tidak memudharatkan•Kepentingan awam
AWAM/NEGARA
•Memiliki manfaat awam•Dikongsi oleh setiap rakyat (awam)•Air, padang rumput, bahan api dsb•Ditadbir oleh negara (negara)•Al-ghanimah, luqatah, galian dsb
22
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PENCEGAHAN PENYELEWENGAN
• Pencegahan penyelewengan harta• Pencegahan bagi memastikan aliran harta berlaku dengan
sempurna. Dilakukan melalui larangan memperoleh harta dengan amalan riba, larangan pembekuan harta, pembaziran, perjudian, spekulasi dan sebagainya.
1. Mencegah amalan riba2. Mencegah amalan pembekuan harta3. Mencegah pembaziran4. Mencegah aktiviti bertentangan dengan syara’
23
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
PERANAN BAITULMAL
• Dalam konteks Perbendaharaan Negara di samping harta zakat, harta-harta lain dalam Bayt al-Mal juga berfungsi secara positif kepada pengagihan semula harta. • Harta benda ini termasuklah Kharaj (cukai tanah), Jizyah (cukai
ke atas ahl Dhimmi), ‘Usyur (cukai perdagangan), Fay’ (harta yang diperolehi daripada negara musuh secara aman), Ghanimah (harta rampasan perang), harta waqf, harta Ma‘adin (hasil galian dan perlombongan) dan lain-lain• Hubungan sumber Bayt al-Mal dengan usaha-usaha ke arah
pengagihan harta adalah jelas kerana boleh dikatakan semua jenis harta yang disimpan di Bayt al-Mal itu ada hak fakir dan miskin di dalamnya 24
MU
AM
ALA
T &
EK
ON
OM
I IS
LAM
TAMAT
25
top related