pendidikan seni visual

Post on 28-Dec-2015

110 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pengajaran Makro b&w

TRANSCRIPT

TAJUK 5PROSES PENGAJARAN MAKRO

Ann Lee Chong LingLim Jia Hui

Chen Wen Jia

• Mengenal pasti bidang, jenis, kandungan• Menulis hasil pembelajaran mengikut aras, tahap dan

later belakang murid• Merancang alat dan bahan untuk pneghasilan• Mereka bentuk bahan bantu PdP• Menggunakan strategi, kaedah dan teknik PdP• Mereka bentuk set induksi• Mereka bentuk langkah-langkah PdP• Mereka bentuk aktiviti pengayaan dan penambahbaikan• Mereka bentuk aktiviti apresiasi dan refleksi• Mereka bentuk penutup• Membuat maklum balas refleksi dan tindakan

pembetulan

Pengajaran makro

• Satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.

• Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; – dilakukan di kelas yang besar, – perlu murid sebenar,– guru mengajar sepenuh waktu, – tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar dan situasi

sebenar.• Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan teknik-teknik

pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.

Tujuan pengajaran makro

• Membantu guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran.

• Dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

Mengenal pasti bidang jenis kandungan

Bidang A:Menggambar

Bidang B:Membuat corak & rekaan

Bidang C:Membentuk & membuat binaan

Bidang D:Mengenal kraf traditional

Lukisan Catan Gosokan Kolaj Montaj Cetakan Resis Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster*

Pualaman Tiupan Titisan Renjisan &

Percikan Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan &

Guntingan Resis Kolaj Kaligrafi*

ArcaAssemblajMobailStabailModelOrigamiBonekaTopengDiorama*

Alat domestik Alat permainan Alat pertahanan

diri Perhiasan diri Batik Anyaman Tembikar Tenunan* Ukiran* Tekat*

Bidang AMenggambar

LUKISAN

MOZEK

CATAN

MONTAJ

RESIS GOSOKAN

PERCIKAN CETAKAN

GURISAN

KOLAJ STENSILAN

CAPAN

Bidang BMembuat corak & rekaan

PUALAMAN

TIUPAN TITISAN & RENJISAN

LIPATAN & GUNTINGAN

Bidang CMembentuk & membuat binaan

DIORAMA

ARCA

ASSEMBLAJ

STABAIL

MOBAIL

MODEL

ORIGAMI

BONEKA

TOPENG

Bidang DMengenal Kraf Tradisional

ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN

ALAT PERTAHANAN DIRI ANYAMAN

PERHIASAN DIRI

BATIK

TEMBIKAR

TEKAT TENUNAN

UKIRAN

Menulis hasil pembelajaran mengikut aras, tahap dan latar belakang (kognitif, psikomotor

dan afektif)

Apa yang dikuasai atau dicapai oleh pelajar selepas satu proses PdP dilaksanakan oleh

guru di dalam kelas.

Hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran yang ditulis perlu mengikut aras iaitu:Aras 1: Pemahaman yang jelas tentang konsep dan fungsi. Aras ini harus dicapai oleh semua murid.

Aras 2: Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk penghasilan bahan.

Aras 3: Aktiviti di aras ini menitikberatkan pengingkatan penghasilan bahan yang berkualiti serta bersifat kreatif.

Hasil pembelajaran yang ditulis sesuai dengan tahap pelajar iaitu:

– Tahap 1: Tahun 1,2 dan 3– Tahap 2: Tahun 4,5 dan 6

Hasil pembelajaran boleh dirancang mengikut pengetahuan murid yang dapat dibahagikan kepada 3 domain, iaitu:

*Domain kognitif

*Domain afektif

*Domain psikomotor

Domain kognitif

• Berkaitan dengan pengetahuan• Seni adalah kebenaran.• Menurut Ibn Khaldun, seni itu kebenaran,

keindahan dan kebaikan, yang mengandungi nilai-nilai estetika, etika dan logika (Dewan Budaya 1986).

• Dalam nilai kebenaran, karya seni itu harus menepati bidang kesenian terutama perkara yang berkait rapat dengan pengalaman masyarakat.

• Mesej yang disampai melalui karya.

Domain afektif

• Perasaan, emosi, sikap dan perkara-perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran.

• Perasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran dan guru amat penting dalam pengajaran.

Domain psikomotor

*Tingkah laku pergerakan dan kemahiran membuat sesuatu.

*Melatih otot-otot besar dan halus kanak-kanak melalui seni

Merancang alat dan bahan untuk penghasilan

Alat dan bahan untuk penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) adalah segala alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.

Contoh alatan• Kain• Span• Pensel• Penggelek• Papan• Pisau ukiran• Pisau palet

•Berus

•Palet

•Gunting

•Pisau

•Pembaris

•Glu

•Pensel

•Straw

Contoh bahan• Pensel warna• Pensel• Krayon• Cat air• Cat minyak• Cat poster• Benda-benda semula jadi• Kepingan gambar

Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat

Bil. Jenis Teknik

Bahan Alat

1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan lapis

Pensel, pensel warna, pen teknikal, berus

2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air,turpertin

Berus, pisau palet, kadbod

3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan tampalan

Gunting, pisau, mangkuk

4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam

Gunting, pisau, pembaris

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

5. Cetakan Dakwat cetak, gam, turpertin, minyak tanah

Cermin, kertas surat khabar

6. Resis Kertas lilin, minyak, air, warna air

Berus, pengikis

7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, pensel

Kain, papan

8. Stensilan Profilem, kertas, dakwat cetak

Penggelek, kain dan squeezy

Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

9. Percikan Warna, air, kertas Berus, straw, berus gigi

10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat

Alat geometri, pembaris

11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan buangan

Papan, gunting, pisau

12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna

Gunting, pisau

Mereka bentuk bahan bantu p&p

Bersesuaian dengan aktiviti p&pAsli dan tersendiriMurid dapat mempelajari sesuatu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan

menarik perhatian dan menimbulkan minat

Mereka bentuk bahan bantu p&p

Kos rendah dan cepat untuk disediakanMudah dibawa, diguna dan disimpanBoleh guna pakai banyak kaliMengandungi nilai-nilai murni yang tinggi

Menggunakan strategi, kaedah dan teknik p&p

Kaedah• Menurut Edward M.Anthony (1963),

kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. 

• cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.

Teknik• Menurut Edward M.Anthony (1963),

teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. 

• Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.

Teori pelbagai kecerdasan

Kajian masa depan

Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

Pendekatan konstruktivisme

Guru menjelaskan warna dan pasangan warna iaitu warna yang bertindak positif dan negatif.

Dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya.

Murid akan memperolehi maklumat, pembentukan konsep-konsep melalui pembelajaran konstruktif dan mereka juga mampu mengelas dan membandingkan warna-warna yang pelbagai.

Misalnya, kombinasi warna hijau untuk latar dan putih untuk tulisan sesuai pada papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan merah tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif.

Apabila sudah menguasai pemahaman dan konsep asas ini pelajar akan dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan iaitu suasana sejuk, harmoni, ceria, panas, sedih, dan sebagainya.

Kemahiran berfikir

Kemahiran ini di aplikasikian dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, murid boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.

Pengajaran masteri

Sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas. Guru akan memberi pengayaan atau pemulihan kepada murid mengikut tahap mereka sebelum berpindah kepada kemahiran lain.

Pendekatan kontekstual

 Kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. 

Murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan

Kaedah sumbangsaran

Satu sesi perbincangan yang melibatkan satu kumpulan individu. Ketika sesi ini berlaku, penilaian perlu dielakkan bagi memastikan wujud satu suasana yang lebih produktif.

Kaedah sumbangsaran

Perkara ini dilakukan dengan cara, setiap ahli kumpulan diberikan peluang dan masa untuk mengemukakan sebarang idea. Idea-idea yang diberikan tidak boleh dikritik dan dinilai oleh ahli dalam kumpulannya.

Kaedah projek

Misalnya, membuat Shape-book, membuat assemblaj/mobail/stabail, pameran

Kaedah lawatan

Lawatan ke zoo, pemeran seni, tempat penternarkan, kilang batik

Teknik soal jawab

Guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut

Teknik tunjuk cara

Guru menunjukkan langkah-langkah menghasilkan corak dengan menggunakan teknik renjisan dan percikan sebelum murid melaksanakannya.

Kaedah akses kendiriMurid mencari maklumat

berkaitan dengan tajuk “tie and dye” di pusat sumber atau melalui laman web atas minat kendiri.

Teknik berceritaGuru menceritakan sebuah cerita

dongeng, kemudian meminta murid melukis perkembangan cerita dalam kelas dan seterusnya mempersembahkannya.

Mereka bentuk set induksi

Set InduksiSatu set membina aliran fikiranCara guru memulakan pelajaran atau salah satu unit pengajaran

Tujuan set induksi

Memusatkan perhatian murid-murid

Menyatakan secara langsung / tidak langsung had tugas yang akan dijalankan

Memperkenalkan satu garis panduan sebelum sesuatu pengajaran itu disampaikan

Tujuan set induksi

Memberi makna kepada sesuatu yang baru

Menimbulkan rasa ingin tahu murid

Menggalakan penglibatan murid

Cara

Menarik perhatian

Orientasi

Mewujudkan motivasi

Struktur

Membuat perkaitan

Prinsip

• Membawa makna kepada murid• Berkaitan dengan isi & objektif

pengajaran• Berkaitan dengan pengalaman lama

murid• Suara yang jelas & menarik• Murid betul-betul sedia

Mereka Bentuk Langkah-Langkah P&P

Perkara-perkara yang harus diberikan perhatian

Penyusuan isi relevan dengan objektif pelajaran

Isi-isi dalam bentuk fakta, prinsip dab generalisasi dapat memperdalami pengetahuan serta memupuk pemikiran yang kritis

Bermula dengan sesuatu yang berada di dalam pengalaman murid

Bahasa dan istilah yang tepat digunakan, demi mengelakkan kekeliruan murid-murid

Kandungan pelajaran pilihan dapat melibatkan semua murid dalam p&p.

Mereka Bentuk Aktiviti Pengayaan

dan Penambahbaikan

Pengayaan

TujuanStrategi

pelaksanan

Kriteria penyediaan BBM aktiviti pengayaan

Pengayaan

• Satu rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

• Hanya dijalankan setelah murid-murid menguasai satu kemahiran yang asas.

• Misalnya, murid dapat mahir menggunakan cat air menghasilkan karya, guru boleh memberi aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar seperti menggunakan cat arklirik atau cat minyak untuk menghasilkan karya.

Tujuan• Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang

lebih mencabar.• Memperluaskan pengalaman dan

pengetahuan murid.• Menggunakan masa lapang dengan bijaksana.• Berminat untuk belajar sendiri.• Memupuk daya cipta.• Memupuk dan memperkembangkan sifat-sifat

kepimpinan.

Strategi pelaksanaan• Boleh dijalankan secara informal.• Hendaklah dirancang dengan teliti. Strategi

pelaksanaan dan bahan yang hendak difikirkan terlebih dahulu.

• Guru berperanan sebagai penggalak dan pendorong.

• Pengajaran rakan sebaya digalakkan. Murid cerdas akan mengajar murid lambat.

• Penghargaan diberikan kepada hasil-hasil kerja murid.

Kriteria penyediaan BBM aktiviti pengayaan

• Objektif penggunaan setiap bahan itu. – Jelas• Kandungan bahan. – Sesuai dan berkaitan

dengan kemahiran yang baru diperolehi.• Aras kesukaran bahan. – Seimbang dengan

kebolehan murid-murid yang berkenaan.• Bahan yang digunakan itu. – Menarik serta

mencabar.

• Arahan tentang cara menggunakan bahan. – Ringkas dan jelas.

• Bahasa yang digunakan. – Mudah difahami.

• Bahan – Mengandungi illustrasi yang menarik. (kartun, warna-warni dan lain-lain)

• Soalan-soalan untuk petikan. – Disediakan di kad bacaan agar pemahaman murid dapat dikesani.

Penambahbaikan

Tujuan Cara pelaksanan

Penambahbaikan (Pemulihan)

• Merupakan satu rancangan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan, bahan-bahan pelajaran dan aktiviti yang alternatif.

• Misalnya, murid tidak dapat menguasai cara mencampur warna dengan menggunakan cat air. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid tersebut. Ataupun murid yang mahir mencampur warna juga boleh mengajar murid-murid yang kurang mahir.

Tujuan• Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu

dengan kaedah, bahan-bahan pelajaran dan aktiviti yang alternatif yang sejajar dengan kebolehan serta minat murid-murid.

• Menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan mental.

• Memperkembangkan potensi serta bakat murid.

• Membina sifat keyakinan diri supaya murid dapat berinteraksi secara berkesan dengan masyarakat.

• Meneruskan pelajaran murid dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas jika perlu.

Cara pelaksanaan

• Mengenalpasti murid-murid yang benar-benar memerlukan pendidikan.

Ujian saringan

• Mengesan punca-punca kelemahan yang khusus.

Ujian diagnostik

• Rancangan pengajaran mengikut keperluan murid.

Merancang pengajaran

• Pelbagai teknik boleh digunakan.Pengajaran

• Mengesan kemajuan murid-murid.

• Merekodkan hasil pengesanan.• Mentafsir hasil pengesanan.• Merancang dan menjalankan

tidakan susulan berdasarkan maklumat yang didapati.

Penilaian

Mereka Bentuk Aktiviti Apresiasi

dan Refleksi

• Murid-murid membuat apresiasi terhadap hasil-hasil kerja yang telah siap.

• Murid menyatakan perasaan diri tentang proses penghasilan hasil kerja.

• Guru berbincang dengan murid-murid tentang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam kehidupan seharian.

• Guru membuat rumusan ringkas tentang apa yang telah dipelajari.

• Guru dapat menggunakan teori P&P untuk menilai kebaikan dan kelemahan P&P untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran murid.

Mereka Bentuk Penutup

• Penutup boleh diertikan sebagai penumpuan perhatian terhadap penyelesaian satu-satu tugas atau pembelajaran tertentu.

• Boleh dilakukan melalui sesuatu rumusan dan kesimpulan.

Jenis Kesimpulan

• Bertujuan untuk mengukuhkan segala yang telah dipelajari dengan menumpukan perhatian kepada butir-butir utama yang telah dipelajari.

• Harus dapat membawa kepada beberapa kemungkinan dan persoalan-persoalan baru.

• Bertujuan memberi murid-murid satu perasaan pencapaian.

• Walaupun murid-murid menemui sebarang kesulitan dalam pelajaran, mereka tetap ingin terus berusaha dan mencuba lagi.

• Biasanya hanya digunakan padaakhir sesuatu pelajaran, atau pada akhir peringkat-peringkat pelajaran yang merumitkan.

Kesimpulan kognitif Kesimpulan sosial

Faedah Penggunaan Kesimpulan

• Menarik dan menumpukan perhatian murid-murid kepada perkara yang dipelajari.

• Mengukuhkan pembelajaran murid-murid.• Membina rasa pencapaian dan rasa dapat

menguasai pembelajaran di kalangan murid-murid.

• Menarik perhatian murid-murid kepada tamatnya sesuatu peringkat pembelajaran.

Perkara yang perlu diberi perhatian:

• Penutup mestilah bermakna kepada murid-murid.

• Penutup harus mempunyai perkaitan dengan isi dan objektif P&P.

• Penutup haruslah bersifat dalam bentuk menilai keberkesanan sesuatu pelajaran.

• Penutup mestilah mencadangkan kegiatan-kegiatan susulan yang akan dijalankan.

• Penutup haruslah memberi kesedaran dan mewujudkan rasa puas hati dan ingin mencuba lagi di kalangan murid-murid.

Cara-cara Pelaksanaan

• Guru boleh menyenaraikan fakta-fakta penting di papan hitam setelah diminta sumbangan daripada murid-murid.

• Guru boleh meminta murid-murid menjawab soalan yang terkandung dalam lembaran kerja.

• Sesi soal jawab atau kuiz boleh dikendalikan.

• Aktiviti-aktiviti susulan yang berkaitan dengan pelajaran boleh dicadang dan dibincangkan.

• Guru cuba menekankan perhubungan di antara penutup dengan bahagian penting pelajaran.

• Aktiviti yang menarik seperti mengadakan sesuatu permainan yang berkaitan boleh dikendalikan sebagai penutup.

Sebagai contoh

Dari segi kesimpulan kognitif: Guru boleh bertanya tentang alat dan bahan yang perlu digunakan untuk membuat anyaman.Dari segi kesimpulan sosial: Guru boleh membuat apresiasi terhadap karya anyaman murid-murid.

Guru mengajar murid-murid membuat anyaman.

Membuat Maklumbalas Refleksi dan

Tindakan Pembetulan

Maklumbalas Refleksi

Perkara-perkara

yang harus difikirkan

Set induksi

Perkembangan pelajaran

Isi pelajaran

Penglibatan murid

Teknik dan kaedah

mengajar

Aktiviti penilaian

Penutup

Objektif pelajaran

• Guru dapat menyedari dan memahami kekuatan dan kelemahan pengajarannya.

• Guru akan berusaha mencari iktihar untuk mengatasi bidang kelemahannya dengan menyediakan dan seterusnya melaksanakan aktiviti P&P dengan lebih sempurna dan berkesan lagi.

Tindakan Pembetulan

• Boleh dibuat pada setiap aspek seperti objektif, set induksi, penerapan nilai, isi pelajaran, alat bantu mengajar dan strategi P&P.

• Tindakan pembetulan dijalankan dengan tujuan membantu murid untuk mencapai pembelajaran yang maksimum.

• Mengatasi kelemahan-kelemahan dari segi strategi pengajaran.

• Mendatangkan aktiviti pembelajaran yang lebih berkesan.

• Menambahkan keberkesanan P&P.• Membolehkan pembelajaran yang lebih bermakna

disampaikan.• Mengambil kira keperluan-keperluan murid seperti

pengetahuan sedia ada, kesediaan belajar yang berminat.

Kepentingan Tindakan Pembetulan

top related