jurnal pendidikan seni visual t3

28
JURNAL PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL (WAU) SMK DESA MURNI NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AZRIN BIN AZIZAN TINGKATAN : 3 AMANAH K/P : 990922-08-6897 1

Upload: rosnani-hassan

Post on 21-Oct-2015

615 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

JURNAL PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL (WAU)

SMK DESA MURNI

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AZRIN BIN AZIZAN

TINGKATAN : 3 AMANAHK/P : 990922-08-6897

1

Page 2: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

AHLI KUMPULAN 11

1. MUHAMMAD AZRIN BIN AZIZAN SMK DESA MURNI

2. SURIYA BT. L. HUSSAIN SMK ST. MARK

3. MOHD SOBRI B. ZAIN SMK SUNGAI ACHEH

4. CHIRAWADEE A/P LOOI YOK LIN SMK PRAI

5. GRACE CHOONG SMK CONVENT PULAU TIKUS

6. WONG LEI YOKE SMJK CHUNG LING (BTW)

7. CHEN GIM FONG SMK JALAN DAMAI

2

Page 3: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

1. PENGENALAN TAJUK

1. Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

2. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

3. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

4. Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

5. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Di Raja, dan tidak pula disebut bermain wau.

6. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

3

Page 4: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

3. PERANAN DALAM KEHIDUPAN DAN BUDAYA

1. Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

2. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.

3. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.

4. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.

5. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

4

Page 5: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

WAU BULAN JUGA BOLEH DIDAPATI DARIPADA :

I ) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

5

Page 6: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

II ) Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling

III ) Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-1. Karut Selampit2. Karut Menora3. Karut Jenaka Mak Yong4. Karut Wau Bulan

6

Page 7: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

4. TOKOH / PANDAI TUKANG

Shafie Bin JusohAdiguru Aneka Kraf (2006)Negeri : Kelantan

Encik Shafie b. Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. En. Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.

Ketika awal penglibatannya, belum ada lagi anak Kota Bharu yang mengusahakan pembuatan wau secara serius. Pada masa itu beliau hanya bertanding sambil bermain wau di Stadium Kota Bharu serta Kompleks KB. Bakat  tokoh mula menyerlah ketika beliau berusia 22 tahun dengan kedatangan dua orang pelancong luar negara yang menyaksikan bakatnya memainkan wau di stadium. Berminat dengan keunikan permainan tersebut, kedua-dua pelancong tersebut menempah wau dari tokoh. Semenjak dari itu, tokoh mula yakin dengan produknya serta menerima tempahan wau naik untuk dijual. En. Shafie dan mula menerima tempahan secara eksklusif  dari syarikat-syarikat besar serta jabatan kerajaan ketika berusia 30 tahun.

Beliau yang sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah banyak memenangi pertandingan wau di  peringkat kebangsaan mahupun di peringkat

7

Page 8: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah pertandingan wau peringkat antarabangsa ialah Pasir Gudang Kite Festival International Guests anjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang dan peringkat negeri seperti Johan Wau Cantik dan Johan Wau Naik peringkat negeri Johor serta pertandingan-pertandingan anjuran Majlis Pelancongan Negeri Kelantan. Selain pertandingan, beliau juga ada menerima jemputan untuk membuat demonstrasi oleh Tourism Malaysia (TDC) dan aktiviti kebudayaan anjuran kerajaan negeri.

Salah satu keunikan wau bulan yang dihasilkan oleh tokoh ialah badan wau yang dihasilkan berbentuk bulat dan seimbang antara kiri dan kanan yang direka berkonsepkan wau pada permukaan syiling 50 sen. Tokoh juga tidak pernah meniru corak-corak wau daripada ciptaan orang lain walaupun atas permintaan pelanggan. Sekiranya diminta menghasilkan wau berdasarkan gambar yang diberi untuk tempahan, tokoh pasti mereka cipta corak lain berdasarkan konsep yang diberi. Ini adalah kerana tokoh amat menghormati rekacipta orang lain dan ingin menghasilkan rekaan identitinya sendiri.

Apa yang paling menarik, wau yang telah dihasilkan oleh En. Shafie telah membawa beliau kepada pelantikan sebagai duta MAS. Pihak MAS sering menjembut beliau untuk membuat demonstrasi di luar negara seperti Australia, German, Maldives, Melbourne dan Jepun. Sehingga kini, pencapaian tokoh telah mendapat liputan daripada penerbitan majalah juga akhbar serta beberapa agensi media seperti RTM, TV3, TV7, TV8 dan juga Astro. Satu keistimewaan yang ada pada tokoh ialah beliau amat merendah diri meskipun namanya masyhur di kalangan penggiat seni wau. Beliau juga tidak pernah menetapkan sebarang kadar bayaran terhadap pihak media yang ingin membuat liputan tentang dirinya, perusahaan ataupun produknya.

8

Page 9: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

5. KAITANNYA DENGAN PENGARUH SENI ISLAM, BARAT DAN SERANTAU

SEJARAH WAU DI MALAYSIA

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

9

Page 10: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

CONTOH – CONTOH WAU

10

WAU BULAN WAU KUCING

WAU MERAK WAU JALA BUDI

Rupa bentuk asal wau atau layang-layang pada masa dahulu

Page 11: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

CONTOH – CONTOH WAU

BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA WAU

11

Page 12: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau,

Kepala Wau

Belalai dan Jambul

Torek atau pinggang

Ekor Wau

Sayap

Busur atau Dengung

12

Page 13: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

BAHAGIAN PERINCIAN WAU

SKALA ASAS RANGKA WAU(Bahan asas : Buluh dan benang)

13

Page 14: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

TEKNIK PEMBUATAN WAU TRADISIONAL

1. Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

2. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

3. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

PETUA DAN PANTANG LARANG PEMILIHAN BULUH

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana

mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu.

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang

14

Page 15: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

15

Page 16: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

16

Page 17: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

Proses mengikat rangka bingkai wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

7. DOKUMENTASI

MENDOKUMENTASI CARA MEMELIHARA, MENGEKAL DAN MEMAJUKAN PERMAINAN TRADISIONAL

1. Dijadikan hiasan dinding. (ukiran kayu, logam atau dibingkaikan)

2. Dijadikan logo koperat, lambang dan simbol. (MAS Airline)

17

Page 18: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

3. Dijadikan acara tahunan di semua peringkat. (Pertandingan, pameran, demostasi cara pembuatan dan pertunjukan).

4. Dijadikan sebagai salah satu produk jualan kraftangan negara (produk IKS) ke peringkat antarabangsa.

5. Dijadikan simbol dan diabadikan pada duit syiling, setem, sampul surat hari pertama dan sebagainya.

6. Dijadikan sebagai cenderahati seperti rantai kunci, pembuka surat, penanda buku dan sebaginya.

7. Dijadikan reka bentuk untuk cenderamata seperti pingat (medal), piala (trophy) dan plaq (plaque).

8. Dijadikan motif untuk alat perhiasan wanita seperti anting-anting, cincin, cucuk sanggul, dokoh atau agok, kerongsang dan sebagainya.

9. Mewujudkan Muzium Wau.

10. Dijadikan reka bentuk seni bina seperti monumen atau tugu, arca, reka bentuk bangunan, dan sebagainya.

11. Dijadikan reka bentuk untuk komunikasi visual seperti papan tanda, signage, papan peraga, iklan kenderaan (transit ad) dan sebagainya.

12. Dijadikan motif atau corak pada fabrik dan tektil seperti corak kain, corak baju, tali leher, topi, t-shirt, skaf, beg tangan, tudung wanita, cadar dan sebagainya.

13. Dijadikan ikon tema kepada sesebuah negeri atau acara rasmi seperti Tahun Melawat Malaysia, Acara Karpet Merah (JUARA LAGU & FESTIVAL FILEM) dan sebagainya.

14. Dijadikan tema atau motif untuk reka letak grafik seperti laman web, kulit depan album, kulit buku atau majalah, pembungkusan dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH HASIL PRODUK

18

Page 19: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

19

Hiasan dinding (ukiran kayu) Perhiasan wanita (kerongsang)

Hiasan dinding (dibingkaikan) Hiasan dinding (dibingkaikan)

Identiti koperat (logo)

Setem dan sampul surat hari pertama

Page 20: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

8. RUJUKAN

“Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004

“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004

“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004

20

Seni bina monumen (arca)

Cenderamata (plaque)

Pertandingan dan pertunjukan wau

Demostrasi pembuatan wau

Page 21: Jurnal Pendidikan Seni Visual t3

“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004

“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004

“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5 Oct. 2004

“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.

“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004

“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004

“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com.

http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.

“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004“Wau, gendang, gamelan (Terengganu)”. Selangor : Pustaka Murni, 2003. J 394.309595122 Wa

“Wau Sebagai Perhiasan.” http://www.cybermelayu.com/newriang/. 15 Dec. 2004

“World Sport Kite Campionships Langkawi, Malaysia.” http:// www.aka.kite.org. 6 Oct. 2004

“WOW!!! Wau!.” http://www.usu.edu/~masa/selection.html. 12 Oct. 2004

Fieda. “Permainan Wau”. Petaling Jaya : Oak Enterprise, 2003. J796.109595 Fi

Maznan Noordin. “Wau”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. YF Maz

Mohd Nazri Ahmad.“Wau Dan Seni Tekat”. Selangor : Pustaka Mawar, 2000.

Wan Basiron Wan Ahmad. “Wau Tradisional Malaysia = Traditional Kites of Malaysia.” Pasir Gudang : Muzium Layang-layang, 2002. R 796.1589595 Wa

21