pembentangan ciri-ciri dan sebab add - adhd

Post on 23-Jun-2015

2.172 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Ketidakupayaan (Ciri-iri, Sebab), Statistik Kanak-Kanak ADD/ADHD

TRANSCRIPT

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKANPENDIDIKAN KHAS

PPK 201 ( PENGESANAN, DIAGNOSIS DAN PENILAIAN KANAK-KANAK KHAS )SEMESTER 1 ( SESI 2010 – 2011 )

TAJUK SOALANBINCANGKAN TENTANG KETIDAKUPAYAAN (CIRI-CIRI, SEBAB)

STATISTIK MELIPUTI KATEGORI : -

A) KETIDAKUPAYAAN ADD / ADHD

B) KETIDAKUPAYAAN EMOSI DAN TINGKAHLAKU

C) KETIDAKUPAYAAN PERTUTURAN

PEMBENTANGMOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR

109679MOHD ZAWAWI BIN MOHD JADIN

109821TUTOR

DR. ZAINUDIN BIN MOHD ISA

KUMPULAN TUTORIALRABU ( 4.00 PETANG – 4.50 PETANG )

PENGENALAN Selalunya ibu bapa dan guru-guru

menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai HIPERAKTIF.

Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.

Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.

Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.

ADD / ADHD

Menurut Kasmini Kassim (1992), sindromhiperkinesis digunakan untuk

menerangkantingkahlaku kanak-kanak yang tidak boleh

dudukdiam, kurang tumpuan perhatian, terlalu

lasak,impulsif, resah, suka merosakkan harta

bendadan kemudahalihan perhatian

ADD

Attention Deficit Disorder (ADD) adalah satu

tingkahlaku kanak-kanak yang menunjukkan

mereka kurang daya tumpuan terhadap sesuatu

perkara

ATTENTION DEFICIT HIPERACTIVE DISODER (ADHD)Definisi pakar : -Jamilah (2005) hiperaktif adalah istilah yangdigunakan untuk kanak-kanak yang mempunyaitingkahlaku yang terlampau aktif danmengganggu selain mempunyai tumpuan yangsingkat.Sheila & Samsilah (2006), ADHD ialah satu

keadaandi mana kanak-kanak yang mengalaminyamempunyai masalah tingkahlaku yang terlampauaktif dan impulsif.

ATTENTION DEFICIT HIPERACTIVE DISODER (ADHD)

Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan

ADHD sebagai masalah kecelaruan psikologi dengan

petanda petandanya yang dapat dikesan pada umur

7 tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu : -

- ADHD Kurang Tumpuan- ADHD Hiperaktif – Impulsif- ADHD Gabungan

ATTENTION DEFICIT HIPERACTIVE DISODER (ADHD) ADHD Kurang Tumpuan

Kerap mengelamun di dalam kelas, kerap pelupa dan kerja tidak teratur

ADHD Hiperaktif – ImpulsifHiperaktif menunjukkan pergerakan yang sangat aktifImpulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

ADHD GabunganMenunjukkan ciri-ciri seperti ketiga-tiga di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif

KRONOLOGI ADD/ADHD

Tahun Peristiwa

Pada awal kurun ke-20 Kanak-kanak ini dikenali sebagai hyperkinetic dan dikatakan mengalami kecacatan otak yang minima

Pada tahun 1980 Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikologikal Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit Disorders (ADD). Wujud kecelaruan samada istilah ini termasuk bersama-sama hiperaktif

Beberapa tahun kemudian

Istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kategori tersebut dan dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorders (ADHD).

STATISTIK Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak

mengalami masalah ADHD Diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-

kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah.

ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakan ibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda.

* Kids Health Organisation

UMUR KANAK-KANAK

Umur kanak-kanak hiperaktif: Di antara 2 hingga 11 tahun bagi kanak-

kanak lelaki (kajian  rambang) Di antara 3 hingga 10 tahun bagi kanak-

kanak perempuan (kajian rambang)

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU MASALAH KURANG TUMPUAN DENGAN HIPERAKTIF (ADHD) Tahap aktiviti tinggi Cenderung mengikut gerak hati dan

kurang kawalan diri Kesukaran melalui aktiviti peralihan

atau perubahan Tingkah laku yang agresif dan

terlampau terangsang Tidak matang dari segi sosial Rendah keyakinan diri dan mudah

kecewa

KOMPLIKASI KANAK-KANAK ADHD

Biasanya wujud dengan gejala tentangan dan bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala dan pembangkang

Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan

Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah

PUNCA BERLAKU ADD DAN ADHD Faktor Neurologi

Ketidakseimbangan atau kekurangan bahan kimia neurotransmitter membantu menghubungkan pesanan-pesanan melalui otak untuk membantu seseorang menumpukan perhatian, memandu arah aktiviti dan mengawasi dorongan mereka

PUNCA BERLAKU ADD DAN ADHD Faktor Toksik

- Keracunan plumbam dalam serum darah bayi- Bahan tambahan dalam makanan – warna bahan tambahan dan bahan pengawet

Faktor Genetik- 25% hingga 35% ADD dan ADHD diwarisi

oleh genetik kedua ibu bapa dan saudara mara

PUNCA BERLAKU ADD DAN ADHD

Pengambilan gula yang berlebihan Pengambilan dadah dan ubat-ubatan

secara berlebihan

TANDA-TANDA ADD/ADHD

1. Hiperaktiviti

• Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggelian-geliut di tempat duduk

• Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas• Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat

dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok• Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau

melakukan aktiviti riadah secara senyap• Selalu banyak bercakap• Sering bergerak cergas atau kerap bertindak

seolah-olah “digerakkan oleh motor”

TANDA-TANDA ADD/ADHD2. Tempoh tumpuan yang singkat

• Sering gagal memberi tumpuan yang teliti , terperinci, cuai serta membuat kesilapan

semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti lain• Tidak mematuhi arahan dan gagal

menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas• Kerap mengalami masalah untuk mengatur

tugas dan aktiviti.

TANDA-TANDA ADD/ADHD (SAMBUNGAN)

• Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan

hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil) • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti

ke satu aktiviti lain• Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya

jika mengikut usia dan keupayaan

TANDA-TANDA ADD/ADHD3. Tingkah laku impulsif

• Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap

diajukan• Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran• Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain• Sering membuat pertimbangan yang salah

dan mudah mengalami kemalangan

CIRI-CIRI PERUBAHAN TINGKAH LAKU PENGHIDAP ADHD

Peringkat Ciri-Ciri ADHD

Awal kanak-kanak

- mempunyai tahap aktiviti yang lasak- Bercakap tidak berhenti-henti- Sukar memberi tumpuan- Sukar bermain secara senyap atau diam- Impulsif dan mudah terganggu-Berpencapaian rendah dalam akademik.

CIRI-CIRI PERUBAHAN TINGKAH LAKU PENGHIDAP ADHD

Pertengahan Kanak-Kanak

- Resah yang keterlaluan- Sukar duduk di tempat- Lalai dalam kerja dan tidak kemas- Gagal mengikut arahan- Gagal membuat tugasan yang diberi- Pencapaian yang rendah dalam akademik.

Remaja

- Tidak boleh duduk diam dan sentiasa berasa resah gelisah.- Sukar melibatkan diri dalam sebarang aktiviti- Sering pelupa dan tidak dapat menumpukan perhatian- Tidak sabar dalam pekerjaan- Sering melibatkan dalam aktiviti merbahaya- Mempunyai pencapaian akademik yang rendah

CIRI-CIRI PERUBAHAN TINGKAH LAKU PENGHIDAP ADHD

Dewasa

- Sentiasa resah dan gelisah dan tidak boleh duduk diam- Sukar melibatkan diri dalam aktiviti seperti duduk.- Kerap berubah dari satu aktiviti ke aktiviti lain yang tidak lengkap- Kerap mengganggu orang lain.- Sering mengelak diri dari tugasan yang mempunyai sedikit pergerakan spontan.- Sukar dalam komunikasi- Kerap berubah dalam pekerjaan.- Sukar mengawal perasaan marah- Ingatan bekerja yang lemah

ADD & ADHD

Biasanya turut mengalami gangguan lain 26% biasanya mengalami masalah

pembelajaran yang lain (lewat perkembangan, autistik dan sebagainya)

43% mengalami masalah mental dan gangguan emosi

20% - 40% gangguan anti sosial yang serius 29% - 30% disleksia Kini populasi kanak-kanak ADD & ADHD

dianggarkan melebihi 7 juta orang di seluruh dunia

KETIDAKUPAYAAN KANAK-KANAK ADD/ADHD

Tidak dapat mengenal pasti, memahami dan membezakan perkara asas berdasarkan kategori

Tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas

Sukar memahami, memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa

Tiada perasaan, tidak menunjukkan perasaan teruja, ingin tahu dalam sesuatu perkara

Sukar melakukan aktiviti yang melibatkan lokomotor halus

KETIDAKUPAYAAN KANAK-KANAK ADD/ADHD Sukar mengawal diri apabila kecewa atau

marah Sukar melakukan aktiviti fizikal yang lasak Sukar memberi fokus kepada sesuatu

perkara Mengelak untuk berinteraksi dengan

orang lain Kesukaran untuk melakukan aktiviti

pengurusan diri Keinginan hanya terbatas kepada sesuatu

perkara atau kehendak rasa sahaja

KETIDAKUPAYAAN KANAK-KANAK ADD/ADHD

Masalah komunikasi Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa

PERMASALAHAN YANG TIMBUL OLEH KANAK-KANAK ADD/ADHD Kanak-kanak ADD/ADHD ini kerap menimbulkan masalah :

Masalah sosial Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.

Masalah keluarga

Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepadamereka yang tinggal serumah dengan mereka ataumereka yang berinteraksi dengannya sehinggamenimbulkan kedaan tegang.Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anakanak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringanjika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialamioleh anak mereka.

KEKUATAN PENGHIDAP ADD/ADHD Kecerdasan lebih tinggi Kreativiti Sangat berfokus Daya bergerak tidak terhingga Keupayaan menyelesaikan masalah

berprofil tinggi Ketahanan diri, lasak Sifat gerak hati

*Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children

RAWATAN ADD/ADHD

DiagnosisTiada ujian mudah untuk ADHDDibuat dengan mengenalpasti corak tertentu tingkahlaku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkahlaku mereka di rumah dan di sekolah.

Pendekatan MultidisiplinMelibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan.Kerapkali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan.

RAWATAN ADD/ADHD Ubat-ubatan

Ubat stimulan digunakanPenghidap tidak akan pulih sepenuhnya, tetapi membantu menenangkan penghidapContohnya methylphenidate atau ritalinKesan ubat 30 -60 minit dan akan luput selepas 3-4 jam.Tidak memadai untuk merawat ADHD

Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikap dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

RAWATAN ADD/ADHD Intervensi Tingkah Laku

Beri arahan dengan jelas dan pastikan mereka memahamiBeri pujian dengan spesifik/tepatSistem hadiah atau bintangKekalkan kebiasaan aktiviti harianBantu kanak-kanak mengatur aktiviti hariangalakkan kanak-kanak kawal hati *Kementerian Kesihatan Malaysia

MESIN PENGESANAN Ujian EEGs untuk mengesan aktiviti

penjanaan otak, MRIs, sinar ‘X’ yang mengesan bahagian dalam otak dan PET scan (Positron Emission Tomography

TERAPI Memfokuskan dirinya secara lebih

berguna kepada tugasan harian dan interaksi dengan kanak-kanak lain

Terapi berkuda, terapi air, terapi futsal.

FAMOUS PEOPLE WITH ATTENTION DEFICIT AND LEARNING DISORDER

Thomas ThoreauDavid H. MurdockDustin HoffmanRussell WhiteRussell VarianRobin WilliamsLouis PasteurWerner von BraunDwight D. EisenhowerRobert KennedyLuci Baines Johnson NugentGeorge Bush's Prince CharlesGen. WestmorelandEddie RickenbackerGregory Boyington

Harry BelafonteF. Scott FitzgeraldMariel HemingwaySteve McQueenGeorge C. ScottTom SmothersSuzanne SomersLindsay WagnerGeorge Bernard ShawBeethovenCarl LewisJackie Stewart"Magic" JohnsonWeyerhauser FamilyWrigleyJohn CorcoranSylvester Stallone

Albert EinsteinGalileoMozartWright BrothersLeonardo da VinciCherBruce JennerTom CruiseDanny GloverWalt DisneyJohn LennonWinston ChurchillHenry FordStephen HawkingsAlexander Graham BellThomas EdisonJohn F. KennedyWhoopi Goldberg

KESIMPULAN Kanak-kanak ADD/ADHD boleh dididik dan

berpotensi berkembang seperti kanak-kanak normal

Kualiti pendidikan di rumah sangat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah

Kecelaruan tingkahlaku perlu dan dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik

Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan mempunyai pengetahuan tentang ADD/ADHD dalam merancang kehidupan kanak-kanak tersebut supaya normal seperti kanak-kanak lain.

top related