pembelajaran koperatif dan hubungan sosial pelajar
Post on 08-Jul-2018
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/19/2019 Pembelajaran Koperatif Dan Hubungan Sosial Pelajar
1/2
Kaedah Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap hubungan sosial
pelajar
Objektif kajian ialah membandingkan kesan strategi pembelajaran koperatif dan
pembelajaran berpusatkan guru terhadap hubungan sosial pelajar. Antara
pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek
sosial adalah dari segi berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan,
bekerjasama dan bantu-membantu, belajar untuk menyesuaikan diri dan wujud
persaingan yang sihat antara kumpulan.
Aspek sosial yang pertama adalah dari segi peluang untuk berinteraksi.
Strategi pembelajaran koperatif mewujudkan satu suasana yang menggalakkan
pelajar untuk berbincang masalah dengan rakan sekumpulan mereka. Pelajar
berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan menyatakan pendapat masing-
masing. Pelajar juga tidak berasa malu untuk bertanya dengan rakan-rakan mereka
dan tidak bergantung kepada guru semata-mata.
Aspek sosial yang kedua adalah mengenai sikap bekerjasama dan bantu-
mambantu. Di dalam kumpulan masing-masing, pelajar terdorong untuk
bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Pelajar yang lemah
menyatakan mereka banyak mendapat tunjuk ajar daripada rakan yang lebih
pandai. anakala pelajar yang berkebolehan tidak berasa keberatan untuk
membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan mereka.
Aspek sosial yang ketiga adalah berkenaan dengan pergaulan pelajar
kumpulan koperatif dengan rakan sekelas yang lebih luas. Di bawah strategi
-
8/19/2019 Pembelajaran Koperatif Dan Hubungan Sosial Pelajar
2/2
pembelajaran koperatif, pelajar terdiri daripada tahap kebolehan berbe!a dan
berbagai etnik. elalui kerjasama dan perbincangan di dalam kumpulan tersebut
pelajar mula mengenali rakan-rakan lain yang sebelum ini mereka tidak pernah
berinteraksi.
Aspek sosial yang keempat adalah berhubung dengan proses penyesuaian
pelajar dengan rakan-rakan sekumpulan. "erdapat pelajar yang berada di dalam
kumpulan yang agak asing bagi mereka yang mana rakan sekumpulan bersifat
mementingkan diri sendiri atau pelajar itu sendiri berasa kekok dan malu untuk
bertanya. #amun begitu, dengan berlalunya masa strategi pembelajaran koperatif,
membantu mereka untuk belajar menyesuaikan diri di dalam kumpulan mereka dan
rakan-rakan mereka juga belajar bertolak ansur.
$erdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan
pembelajaran koperatif dari aspek sosial menunjukkan bahawa sememangnya
pelajar gemar berinteraksi dengan rakan-rakan semasa pembelajaran. Selain
daripada itu, apabila pelajar kerap berinteraksi dengan rakan sekumpulan
menyebabkan mereka lebih mengenali dan saling faham-memahami.
top related