pembangunan mampan task 6

Post on 05-Apr-2017

68 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TASK 6 : PEMANASAN GLOBAL

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN

NOR JAMAEYAH BINTI MOHD RADZALI (A155172)

PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

KONSEP PEMANASAN GLOBAL• Berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. • Pemanasan global merupakan peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi

secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi.• Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali

sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera.• Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon

(CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

PUNCA-PUNCA PEMANASAN

GLOBAL

PENGANGKUTAN

PEMBAKARAN TERBUKA

AKTIVITI PERTANIAN

AKTIVITI PERINDUSTRIAN

LETUSAN GUNUNG

BERAPI

Aktiviti perindustrianAktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

PengangkutanKenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

Pembakaran terbukaKegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.

Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global.Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.

Aktiviti pertanianAktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.

Letusan gunung berapiSelain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

KESAN PEMANASAN GLOBAL

PENINGKATAN SUHU

PENCAIRAN AIS DI KUTUB UTARA

BANJIR

TANAH TANDUS

KEMATIAN MENINGKAT

Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

Tanah tandus

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.

Pencairan ais di Kutub UtaraPeningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

TUGASAN

Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 thaun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini. Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi.

• Mitigasi ialah tindakan atau langkah-langkah yang dilakukan untuk mengurangi dampak. • Adaptasi ialah proses evolusi yang mana sesebuah populasi

mampu mempersuaikan dirinya dengan habitatnya

CARA MENGATASI

TINDAKAN MITIGASI TINDAKAN ADAPTASI

MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN

MEMPERKETATKAN PENGUASAAN UNDANG-UNDANG PENEBANGAN

POKOK

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PENANAMAN SEMULA POKOK

MENGGALAKKAN PERKONGSIAN KERETA DAN PENGANGKUTAN

AWAM

MENGURANGKAN PENGGUNAAN CFC

MEMPRAKTIKKAN AMALAN KITAR SEMULA

KESIMPULANAlam sekitar merupakan

tanggungjawab kita bersama. Oleh itu, kita seharusnya menjaga ia

dengan sebaik mungkin agar pemanasan global dan bencana

tidak berlaku. Di samping itu, kita mestilah mengekalkan keindahan

alam semula jadi demi kesejahteraan bersama.

TERIMA KASIH

top related