pejabat setiausaha kerajaan negeri, aras bawah, wisma ... · semangat motivasi baru terhadap gaya...
Post on 10-Mar-2019
287 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,Aras Bawah, Wisma Innoprise,
Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu, Sabah.Tel: 088328000 Fax: 088328209,Email: Ksit.skn@sabah.gov.my
BAHAGIAN M/SPENGENALAN
PROFIL BAHAGIAN
CARTA ORGANISASI
JABATAN SELIAAN
SISTEM KENDALIAN
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PROGRAM RIADAH KELUARGA PERKHIDMATAN AWAM
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2015
SEMINAR ICT JKM 2015
KURSUS SISTEM S3P JKM
ALBUM KENANGAN 2015
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
PENGENALANKumpulan Sokongan IT – Setiausaha Kerajaan Negeri (KSIT-SKN) ditubuhkan pada Nov 2000 bertujuan untuk membantu jabatan-jabatan
dibawah naungan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seperti Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan Jabatan Ketua
Menteri yang bertempat di bangunan Menara Tun Mustapha (dulunya dikenali sebagai bangunan Yayasan Sabah).
Apabila bangunan Wisma Innoprise siap didirikan pada september 2001 sebahagian pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah turut berpindah ke
bangunan baru. Untuk memberikan perkhidmatan ICT yang lebih cekap dan berkesan kakitangan KSIT-SKN telah dibahagi kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama termasuklah Ketua KSIT-SKN yang terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat dan dua orang Juruteknik Komputer ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tingkat 6, Wisma
Innoprise dan kumpulan kedua pula terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer
dikekalkan di bangunan Menara Tun Mustapha. Kini, kumpulan pertama ini telah berpindah ke Tingkat 1 bersebelahan dengan Bilik Persidangan
Wisma Innoprise.
Selain daripada kedua-dua bangunan ini, KSIT-SKN juga memberikan khidmat ICT kepada Dewan Undangan Negeri, MAKSAK, Bilik VIP ( KKIA
Terminal -1 ) Bahagian Istiadat dan Protokol, PUSPANITA serta stesen-stesen UPPM sekitar Kota Kinabalu. KSIT-SKN yang pada masa
sekarang ini dianggotai oleh enam orang kakitangan yang diketuai oleh En. Sariwan Jamanih. Banyak transformasi telah dilakukan melalui
penggunaan ICT yang memberi impak besar kepada cara kerja kakitangan awam, contohnya mempercepatkan permohonan permit-permit
hiburan melalui Sistem E-Permit dan kemaskini rekod pewartaan tanah melalui Sistem E-Warta.
KSIT-SKN akan terus berusaha memberikan perkhidmatan ICT yang lebih mantap dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah membawanya agar
lebih dekat kepada masyarakat selaras dengan VISI Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri iaitu menjadi ” Peneraju Transformasi
Perkhidmatan Awam Negeri untuk Mencapai Connected Government”.
PROFIL BAHAGIANVISIUntuk menjadi Kumpulan Sokongan IT yang dinamik dalam pembangunan dan transformasi ICT kepada kakitangan perkhidmatan awam.
MISIMembawa pendekatan ICT yang lebih berkesan dan tepat kepada kakitangan perkhidmatan awam
MOTOBersama Mencapai Connected Government
CARTA ORGANISASI KSIT SKN
YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA SUKARTI BIN WAKIMAN
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH
Pegawai Teknologi Maklumat( FA41 ) SARIWAN JAMANIH
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA32 ) ZARINI ABD.
GAFAR
ROHANA WAHABJuruteknik Komputer ( FT22 )
Juruteknik Komputer ( FT17 )
NOORAMALIA JAINAL
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA29 ) JOSLYNE JANE M.
Juruteknik Komputer …........(FT22)ALI HASSAN MAHALI
JABATAN SELIAAN Kumpulan 1 - Wisma Innoprise
1. Pejabat Ketua Menteri2. Pejabat Menteri kepada Ketua Menteri3. Pejabat Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 5. Bahagian. Pengurusan dan Kewangan6. Bahagian. Kabinet dan Dasar7. Pejabat Akhbar dan Penerbitan8. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan 9. Unit Fail JKM10.Unit Biodiversiti11.Dewan Undangan Negeri
Kumpulan 2 - Menara Tun Mustapha
1. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (A)2. Bahagian. Istiadat Dan Protokol3. Pejabat Peguam Besar4. Pejabat Hasil Bumi 6. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat7. Wisma Puspanita8. Majlis Kebajikan Dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah ( MAKSAK )9. Bilik VIP BIP (KKIA – Terminal 1)
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKursus / Latihan Tempat Tarikh
SARIWAN JAMANIH
Kursus Pengurusan Dokumen & Rekod Kualiti dan Pengenalan Kepada ISO 9001:2015
Kursus Memasang & Mengkonfigurasi Firewall PFSENSE
Persidangan & Mesyuarat CIO AKNS (2/2015)
Lawatan Teknikal dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam Negeri (2/2015)
Hands-On Lab Citizen Centric Information Gateway Programme (CCIGP)
Bengkel "Sabah State Digital government"
Latihan Hands-on Sistem myStar 2015
Seminar ICT Jabatan Ketua Menteri 2015
Bengkel Pencapaian Pelan Strategik JPKN 2011 – 2015
Hari Integriti dan MBJ JPKN 2015
Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan
Pusat Data Kerajaan Negeri
Tawau
Semporna
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur
TH Hotel, Kota Kinabalu
Beringgis Beach Resort & Spa, Kinarut Papar
Promenade Hotel, K.K.
4 Feb 2015
28-30 Apr 2015
9-10 Jun 2015
11-12 Jun 2015
15-17 Jun 2015
8 Jul 2015
2 Sep 2015
30 Sep 2015
29 Okt 2015
30 Okt 2015
Kursus Penyuntingan Video Digital (ProShow)
Seminar TM SME BIZFEST 2015 Innovate to Dominate
Program Rasionalisasi Laman Web AKNS
Seminar Sabah Trend Micro Officescan + Mobile Security Solutions
Bengkel Pencapaian Pelan Strategik JPKN 2011 – 2015
Hari Integriti dan MBJ JPKN 2015
Taklimat Sasaran Kerja Tahunan Dan Penilaian Prestasi
Makmal Latihan ICT, Tingkat 2, JPKN Magellan Sutera Resort Kota Kinabalu
Bilik Terengganu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Sun Hall, Level 1, Sky Hotel, K.K.
Beringgis Beach Resort & Spa, Kinarut Papar
Rafflesia Ballroom 1, Ist Floor, Promenade Hotel, K.K. Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Kewangan
9 -10 Mac 2015
16 Jun 2015
28 Jul 2015
18 Ogo 2015
29 Okt 2015
30 Okt 2015
14 Dis 2015
Kursus JOOMLA
INTAN Executive Talk ( IET )
Seminar ICT JKM
Majlis Ramah Mesra Balkis SMD bersama Anak Yatim Sempena Sambutan Ma'al hijrah 1437H
13 - 16 April 2015
18 - 19 Ogos 2015
30 September 2015
28 Oktober 2015
PROGRAM RIADAH KELUARGA PERKHIDMATAN AWAM 2015Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua kementerian negeri telah menganjurkan Program Riadah Keluarga
Perkhidmatan Awam 2015 secara NBOS. Program setengah hari ini telah dilaksanakan pada 7 Jun 2015 bertempat di Dewan Serbaguna
Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kita Tan Seri Sukarti Hj. Wakiman.
Seramai 350 kakitangan kerajaan bersama keluarga dari semua kementerian telah menyertai program ini yang bertujuan mengeratkan hubungan
silaturahim dan menggalakan interaksi diantara ketua jabatan, pegawai, kakitangan serta keluarga mereka di luar waktu kerja.Meningkatkan
semangat motivasi baru terhadap gaya hidup sihat, bermasyarakat, kekeluargaan, gaya fikir akan potensi diri dan bersedia menggunakan secara
maksimum. Selain itu menambah baik serta menyemai semangat setia kawa, memahami rakan sekerja dan majikan, bekerjasama dalam
merapatkan hubungan sosial di kalangan penjawat awam.
Antara program-program yang telah dijalankan ialah acara senamtari, cosplay, acara sukan tradisi untuk keluarga dan permainan kanak-kanak.
Selain itu juga Pertandingan Selfie/ Wefie Paling Kreatif juga telah diadakan dan KSIT-SKN mengambil peranan sebagai AJK pelaksana untuk
acara ini. Sebanyak 18 penyertaan telah diterima dan 8 daripadanya telah memenangi Pertandingan Selfie/ Wefie Paling Kreatif. Antara
syaratsyarat penyertaan ini ialah gambar mesti diambil sendiri dan tidak melibatkan pihak ketiga. Lokasi selfie/wefie yang diambil adalah di Bootg
Program Riadah Keluarga Perkhidmatan Awam 2015 ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari para peserta dan diharapkan
program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Laporan disediakan oleh
Joslyne Jane M.
Seminar Keselamatan ICT Peringkat JKM Tahun 2015Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri melalui kerjasama KSIT-SKN, KSIT-TSKN(D) & KSIT-JPAN telah menganjurkan
Seminar ICT Jabatan Ketua Menteri 2015 khas untuk agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri pada 30 September 2015.
Seminar ini telah diadakan bertempat di Tabung Haji (TH) Hotel, Kota Kinabalu.
Tema tema pada kali ini adalah "Kerajaan Pintar Teras Kesejahteraan Perkhidmatan Awam" dan diadakan dengan objektif
untuk memperkenalkan konsep Kerajaan Pintar sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan inisiatif E-Government dan
Perkhidmatan Online Kerajaan.
Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sabah Tahun 2015Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri telah menganjurkan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat
Negeri Sabah Tahun 2015 yang sebelum ini dikenali sebagai Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sabah
Majlis ini telah diadakan pada 22 Oktober 2015 bertempat di Auditorium Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.
Majlis ini bertujuan memilih wakil Negeri Sabah ke Majlis Persada lnovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan 2015
yang bakal berlangsung di Sultan Ahmad Shah lnternational Convention Centre,Kuantan, Pahang DM pada 24-26 November
2015.
2 Kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Kategori Pengurusan telah disertai oleh 3
kumpulan iaitu Kumpulan Intrazone dan Kumpulan Speed dari JPKN dan Kumpulan Strategi dari DBKK. Manakala kategori
Teknikal pula telah disertai 5 kumpulan iaitu ARGOS dari JPPHT KK, Kumpulan PIASAU dari Stesen Pertanian Menumbok,
Kumpulan STRATEGI dari JPS Kota Belud, AGAL dari Jabatan Perikanan dan HEART SKAVE dari Rumah Penyembelihan
Kinarut.
Kategori Pengurusan telah dijuarai oleh Kumpulan INTRAZONE dari JPKN dan Kategori Teknikal pula dimenangi oleh
Kumpulan Agal dari Jabatan Perikanan. Kedua-dua kumpulan ini telah mewakili negeri ke Majlis Persada lnovasi Perkhidmatan
Awam Peringkat Kebangsaan 2015.
Laporan disediakan oleh
Joslyne Jane M.
LATIHAN SISTEM S3P JKMKursus latihan sistem S3P pringkat JKM telah diadakan pada 22 – 23 disember 2015 bertempat di Dewan Persidangan aras
bawah Wisma Innoprise. Kursus ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Kewangan dengan kerjasama JPKN, ia bertujuan
memperkenalkan dan seterusnya melatih kakitangan jabatan cara-cara penggunaan Sistem S3P iaitu Aplikasi Pengurusan
Peruntukan Pembayaran Kerajaan Negeri Sabah secara Online yang telah menggantikan Sistem SISVOT.
Antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam latihan adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian. Pengurusan dan
Kewangan, Bahagian. Kabinet dan Dasar, Pejabat Akhbar dan Penerbitan, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan,
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pentadbiran), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
( Pembangunan), Bahagian. Istiadat Dan Protokol, Pejabat Peguam Besar
Pejabat Hasil Bumi dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat.
Latihan S3P berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kesulitan kecil yang dihadapi.
Laporan disediakan oleh
Joslyne Jane M.
ALBUM KENANGAN 2015
Lawatan ke Projek Kluster
Rumpai Laut di Lok Buton,
Semporna
Lawatan ke Muzium Terbuka Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna
Mewakili JPKN semasa Karnival Sukan
Kementerian Kewangan Kali Ke-
Makan Malam semasa Lawatan
Teknikal & Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal ICT
Sektor Awam Negeri (2/2016)
top related