pbs pengajian am stpm
Post on 28-Jul-2015
301 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI
MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN
MALAYSIA 2012/13
SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM
2012/2013
(PENGAJIAN AM 900/4)
PENGGUNAAN MOTOSIKAL OLEH PEKERJA PANASONIC
AVC NETWORKS JOHOR (M) SDN BHD.
PENGGUNAAN MOTOSIKAL OLEH PEKERJA PANASONIC AVC
NETWORKS JOHOR (M) SDN BHD.
SINOPSIS
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor penggunaan
motosikal oleh pekerja Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn. Bhd dan mengenal
pasti kesan menunggang motosikal terhadap pekerja-pekerja di Panasonic AVC
Networks Johor (M) Sdn. Bhd. Lokasi kajian saya terletak di Jalan Bandar, Pasir
Gudang Johor. Kaedah yang digunakan adalah kaedah pemerhatian, soal selidik dan
rujukan. Dapatan kajian mendapati bahawa ramai yang menggunakan motosikal ke
Panasonic AVC kerana ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos
perbelanjaan, menepati masa, mudah mendapatkan tempat meletakkan kenderaan dan
berupaya melalui jalan pintas dan sempit. Dari segi kesan penggunaan motosikal
pula, rata-rata responden bersetuju bahawa penggunaan motosikal ke Panasonic AVC
mampu memberi impak kepada perbelanjaan bulanan, mampu tiba ke destinasi
dengan cepat dan berpendapat bahawa tidak terbebanan jika menunggang motosikal.
Namun, mereka sedikit terbeban apabila cuaca hujan yang menyebabkan mereka
sukar ke destinasi dan risiko kehilangan nyawa tinggi. Hasil daripada kajian ini,
pihak kilang haruslah mengalakkan pekerja-pekerja menaiki motosikal dengan
memberi gaji 1% lebih dan memberi jaket atau helmet percuma.
KANDUNGAN
Halaman
SINOPSIS.......................................................................................................... 2
KANDUNGAN................................................................................................. 3
SENARAI PETA............................................................................................... 4
SENARAI JADUAL.......................................................................................... 5
SENARAI RAJAH............................................................................................. 6
SENARAI FOTO................................................................................................ 7
PENGHARGAAN.............................................................................................. 8
1.0 PENGENALAN...................................................................................... 9
2.0 OJEKTIF KAJIAN.................................................................................. 10
3.0 LOKASI KAJIAN.................................................................................... 11
4.0 KAEDAH KAJIAN.................................................................................. 11
5.0 DAPATAN KAJIAN................................................................................ 13
6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN.................................................................. 21
RUJUKAN............................................................................................................. 23
LAMPIRAN
A. PemerhatianB. Soal Selidik
3
SENARAI PETA
PETA HALAMAN
Peta 1 : Menunjukkan lokasi kajian 3
SENARAI JADUAL
JADUAL HALAMAN
1. Jadual 1 : Menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi 5
Pekerja Panasonic AVC Networks (M) Sdn Bhd
untuk menunggang motosikal ke Tempat kerja.
2. Jadual 2 : Menunjukkan kesan pengunaan motosikal terhadap
pekerja Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. 9
5
SENARAI RAJAHRAJAH HALAMAN
1. Rajah 1 : Faktor yang mempengaruhi pekerja Panasonic AVC Networks (M) Sdn Bhd menunggang motosikal ke tempat kerja. 6
2. Rajah 2 : Kesan penggunaan motosikal oleh pekerja
Panasonic AVC Networks (M) Sdn Bhd untuk ke tempat kerja. 10
SENARAI FOTO
FOTO
1. Foto 1 : Menunjukkan tempat meletakkan motosikal di blok A
2. Foto 2 : Menunjukkan ruang untuk meletakkan motosikal yang banyak di blok A
3. Foto 3 : Menunjukkan ramai yang menunggang motosikal
4. Foto 4 : Menunjukkan tempat letak motosikal di Blok B
5. Foto 5 : Menunjukkan tempat letak motosikal di blok B
7
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya
dapatlah saya menjalankan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada Puan Hajah Zainab binti Johari, pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Pasir Gudang 2 dan Puan Sanisah Miskam, Guru Penolong Kanan
Prauniversiti, yang telah memberi sokongan padu serta dorongan kepada saya dalam
menyiapkan kajian ini. Dengan sokongan mereka,maka terhasilah penulisan ilmiah
ini.
Penghargaan ini juga didedikasikan kepada guru pembimbing saya Puan
Rosrina Binti Bachok yang sudi mencurahkan ilmu di samping membimbing saya
sepanjang masa dalam menyiapkan tugasan ini. Segala nasihat, tunjuk ajar dan
dorongan yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini sangatlah saya hargai.
Tidak lupa juga kepada semua guru, ibu bapa serta rakan-rakan yang telah
membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir kata,saya juga ingin
merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama
dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Penggunaan motosikal ke tempat kerja merupakan elemen penting
bagi pekerja-pekerja di Malaysia bagi mengelakkan mereka terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas. Namun begitu, faktor dan kesan penggunaan
motosikal tidak diketahui dengan tepat. Oleh itu, satu kajian mengenai
penggunaan motosikal oleh pekerja Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn.
Bhd. telah dijalankan.
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Cetakan Ketiga Belas
1997, definisi pengangkutan adalah perbuatan atau hal mengangkut,
pengiriman atau pembawaan barang-barang. Penggunaan pula bermaksud
perbuatan, usaha atau kegiatan yang menggunakan sesuatu. Manakala
motosikal pula boleh didifinisikan sebagai kenderaan beroda dua yang
dijalankan oleh motor. Seterusnya, pekerja pula bermaksud orang yang
bekerja untuk memperoleh pendapatan .
Merujuk Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua 2008,
pengangkutan boleh didifinisikan sebagai perbuatan atau hal mengangkut;
pengiriman atau pembawaan barang-barang dan lain-lain. Dalam konteks ini,
makna penggunaan juga terdapat di dalam kamus ini yang membawa maksud
perbuatan (usaha, kegiatan dan sebagainya) dengan menggunakan sesuatu.
Seterusnya, maksud motosikal adalah kenderaan yang beroda dua dan
dijalankan oleh motor, bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal.
Dalam pada itu maksud pekerja pula adalah orang yang melakukan kerja
untuk memperolehi upah.
Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005,
Pengangkutan bermaksud pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu
tempat ke tempat lain. Penggunaan pula adalah perihal perbuatan, kegiatan
menggunakan sesuatu. Seterusnya, motosikal menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat membawa bermaksud kenderaan beroda dua yang
9
digerakkan melalui enjin. Dalam pada itu, pekerja pula (kerja, pekerja, dan
sebagainya) yang berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan
kekuatan dan tenaga fizikal.
Seterusnya, berpandukan Kamus Dewan Edisi Ketiga 1998,
pengangkutan bermaksud pembawaan sesuatu dari satu tempat ke tempat yang
berlainan. Penggunaan pula bermaksud perbuatan dan kegiatan menggunakan
sesuatu dan motosikal bermaksud kenderaan beroda dua yang berfungsi
melalui enjin. Akhir sekali, pekerja pula boleh didifinisikan atau bermaksud,
orang yang memperolehi pendapatan melalui sesuatu hal yang dilakukan.
Dalam konteks ini, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Madzi
marzuki iaitu Mod Pengangkutan ke Sekolah, pengangkutan adalah sesuatu
yang berupaya mewujudkan pengerakan, yang mampu memindahkan sesuatu
ke tempat lain sama ada barang-barang, manusia dan lain-lain.
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi pekerja perindustrian Panasonic AVC Networks Johor (M)
Sdn. Bhd. menunggang motosikal ke tempat kerja. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji kesan menunggang motosikal oleh pekerja
Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn. Bhd.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berpandukan objektif berikut :
2.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pekerja
perindustrian Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn Bhd
menunggang motosikal ke tempat kerja.
2.2 Mengenal pasti kesan-kesan menunggang motosikal oleh pekerja
Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn Bhd.
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Kajian dijalankan di perindustrian Panasonic AVC Networks Johor
(M) Sdn Bhd PLO 460, Jalan Bandar,Pasir Gudang, Johor. Lokasi ini
menjadi pilihan saya kerana jalan di lokasi ini merupakan jalan utama
yang menghubungkan satu kawasan perindustrian ke satu kawasan
yang lain.
Peta 1 : Menunjukkan lokasi kajian.
Sumber:https://maps.google.com.my/maps
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh
maklumat. Data yang diperolehi daripada soal selidik yang menggunakan
soalan terbuka telah dianalisis dalam bentuk peratusan, jadual dan turut
menggunakan media rajah dan graf. Antara kaedah yang digunakan adalah
seperti berikut :-
11
4.1 Soal Selidik
Melaksanakan soal selidik dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai medium utama dan diedarkan kepada 50 orang
responden bagi memperolehi seberapa banyak maklumat untuk
memenuhi objektif kajian ini. Kaedah ini digunakan adalah
bertujuan mengutip pandangan-pandangan responden dengan jelas
dan tepat.
4.2 Pemerhatian
Kaedah ini turut digunakan dalam kajian ini yang bertujuan
untuk dapat meninjau sendiri penggunaan motosikal oleh pekerja
Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn Bhd di samping mampu
mengutip pelbagai maklumat menerusi kaedah pemerhatian ini.
Kaedah pemerhatian ini juga akan dilaksanakan pada waktu-waktu
puncak agar dapat memenuhi dan seterusnya mencapai objektif
kajian ini.
4.3 Rujukan
Kaedah rujukan ini dijalankan dengan cara merujuk kepada
buku-buku ilmiah. Selain itu, kamus-kamus turut digunakan dalam
menghuraikan definisi sesuatu perkataan dengan tepat dan sahih.
Justeru, penggunaan internet turut diguna pakai dalam kajian ini
yang bertujuan melawat laman web rasmi tertentu dalam mencari
seberapa banyak maklumat tambahan yang mampu mengukuhkan
hujah-hujah yang terdapat di dalam kajian ini.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil
kajian yang telah dilaksanakan. Bagi mengenal pasti dengan lebih jelas dan
terang faktor dan kesan penggunaan motosikal oleh pekerja Panasonic AVC,
satu borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 50 responden.
Dalam borang soal selidik ini, terdapat beberapa maklumat tambahan berjaya
diperolehi. Antara maklumat tambahan tersebut adalah berkaitan maklumat
serta latar belakang responden, umur dan jantina responden. Selain itu,
pelbagai maklumat tambahan yang berjaya diperolehi melalui kaedah ini.
Pemerhatian juga turut dilaksanakan dalam mendapatkan beberapa maklumat
tambahan dan maklumat penting.
5.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKERJA
PANASONIC AVC NETWORKS JOHOR (M) SDN. BHD.
MENUNGGANG MOTOSIKAL KE TEMPAT KERJA.
Kriteria
Keputusan
Ya Tidak
Bilangan
(orang)
Peratus
(%)
Bilangan
(orang)
Peratus
(%)
1. Menggelakkan kesesakan 49 98 1 2
2. Penjimatan Kos 47 94 3 6
3. Menepati Masa pejalanan 44 88 6 12
4. Mudah mendapatkan
tempat letak kenderaan
40 80 10 20
5. Keupayaan melalui jalan
sempit dan jalan pintas
49 98 1 2
13
Jadual 1 : Menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi Pekerja Panasonic
AVC Networks (M) Sdn Bhd untuk menunggang motosikal ke
Tempat kerja.
Mengelakkan kesesakan
Penjimatan kos Menepati masa Tempat letak kenderaan
Jalan sempit dan pintas
98 94 8880
98
2 6 1220
2
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKERJA PANASONIC MENUNGGANG MOTOSIKAL
YA Tidak
Rajah 1 :Faktor yang mempengaruhi pekerja Panasonic AVC Networks
(M) Sdn Bhd menunggang motosikal ke tempat kerja.
Antara faktor yang mempengaruhi pekerja Panasonic AVC
menunggang motosikal ke tempat kerja adalah kerana dapat mengelakkan
kesesakan lalu lintas.Panasonic AVC yang terletak di jalan utama
sememangnya menyebabkan banyak kenderaan 4 roda terperangkap dalam
kesesakan. Menurut kajian yang dibuat, seramai 49 orang ataupun 98% yang
bersetuju bahawa menunggang motosikal ke Panasonic mampu mengelakkan
mereka daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Hal ini kerana saiz
motosikal yang tidak mempunyai kelebaran seperti kereta mampu memintas
kenderaan beroda empat untuk berada di hadapan ketika menunggu lampu
isyarat. Namun, terdapat 2% yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat
mengelakkan kesesakan dengan menunggang motosikal ke Panasonic AVC.
Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak dapat berada di hadapan dan tidak
dapat memintas kenderaan-kenderaan beroda empat ketika menunggu lampu
isyarat kerana dihalang oleh kenderaan yang banyak.
Dalam konteks ini, 94% atau 47 orang menyatakan persetujuan mereka
mengenai penjimatan kos apabila menunggang motosikal ke Panasonic AVC
dan 6% ataupun seramai 3 orang yang tidak bersetuju dengan kriteria tersebut.
Hal ini disebabkan oleh penjimatan melalui kos bahan bakar, kos
penyelengaraan dan lain-lain kos. Jika dibandingkan kos bahan bakar
motosikal dan kenderaan beroda 4 seperti kereta, ternyata 75% penjimatan
lebih memihak kepada motosikal kerana memiliki kapasiti enjin yang kecil.
Kos penyelenggaraan juga jelas berbeza antara motosikal dan kenderaan
beroda 4. Sebagai contoh, jika kita ingin menukar tayar kenderaan beroda 4,
kita perlu menukar keempat-empat tayar dengan kos yang tinggi sedangkan
kita hanya perlu menukar kedua belah tayar jika mengunakan motosikal yang
jelas mempunyai perbezaan harga yang ketara antara 2 jenis kenderaan ini.
Seterusnya, seramai 44 orang ataupun 88% setuju bahawa penggunaan
motosikal ke Panasonic mampu menepati masa perjalanan manakala 6 orang
ataupun 12% tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Keadaan ini berlaku
kerana penunggang motosikal tidak perlu beratur panjang di belakang
kenderaan-kenderaan beroda empat untuk menunggu lampu isyarat.
Sebaliknya, penunggang motosikal akan berada di hadapan sekali semasa
menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Namun terdapat juga penunggang
motosikal yang tidak dapat berada di hadapan kerana halangan oleh
15
kenderaan-kenderaan beroda 4. Oleh itu, mereka tidak dapat menepati masa
perjalanan mereka dengan menunggang motosikal ke Panasonic AVC.
Menurut kajian ini juga, seramai 80% menyatakan mudah bagi mereka
untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan dan 20% menyatakan sukar
untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan dengan menunggang
motosikal ke Panasonic AVC. Hal ini kerana, saiz motosikal yang kecil
membolehkan mereka meletakkannya di sesuatu tempat meskipun ruang di
tempat tersebut kecil. Selain itu, tempat meletakkan motosikal di Panasonic
AVC juga mempunyai ruang yang banyak dan besar kerana tidak semua
pekerja Panasonic AVC menunggang motosikal ke tempat kerja. Kelebihan
lain pula adalah tempat parkir motosikal di Panasonic AVC mempunyai 2
tempat yang berada di lain-lain kawasan.
Selain itu, hanya seorang sahaja ataupun 2% yang tidak bersetuju
bahawa menunggang motosikal membolehkan mereka melalui jalan-jalan
sempit dan jalan pintas dan 98% ataupun 49 orang bersetuju bahawa
penggunaan motosikal ke Panasonic AVC membolehkan mereka melalui
jalan-jalan sempit dan pintas. Hal ini berlaku kerana motosikal mempunyai
saiz yang kecil dan tahan lasak. Pada masa yang sama, di Pasir Gudang
terdapat banyak jalan-jalan pintas yang hanya boleh dilalui oleh motosikal
kerana mempunyai saiz jalan yang amat sempit. Keadaan ini tidak
membolehkan kenderaan beroda empat melaluinya. Secara tidak langsung,
mampu mempercepatkan mereka untuk tiba ke sesuatu destinasi tanpa perlu
meredah jalan yang sesak.
Jelaslah bahawa ramai yang menunggang motosikal ke Panasonic
AVC kerana kelebihan yang terdapat pada motosikal. Pasir Gudang yang
kebiasaanya sesak pada waktu puncak telah menyebabkan ramai pekerja
Panasonic AVC tertarik kepada motosikal sekaligus menggunakannya untuk
ke tempat kerja. Jalan-jalan pintas yang banyak terdapat di Pasir Gudang juga
merupakan faktor yang menyebabkan mereka menunggang motosikal ke
tempat kerja. Namun, tidak dinafikan bahawa punca utama yang
menyebabkan mereka menunggang motosikal ke tempat kerja adalah berpunca
daripada kesesakan jalan raya yang kronik di Pasir Gudang. Lampu isyarat
yang banyak juga menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk
menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja bagi memastikan mereka tiba
dengan cepat, selesa dan tidak terkejar-terkejar.
5.2 KESAN PENGUNAAN MOTOSIKAL OLEH PEKERJA
PANASONIC AVC NETWORKS (M) SDN BHD.
Kriteria
Keputusan
Ya Tidak
Bilangan
(orang)
Peratus
(%)
Bilangan
(orang)
Peratus
(%)
1. Menyukarkan ketika
Cuaca hujan
46 92 4 8
2. Risiko Kemalangan 32 64 18 36
3. Tiba dengan cepat 46 92 4 8
4. Membebankan 11 29 38 71
5. Menjimatkan perbelanjaan 47 94 3 6
17
Jadual 2 : Menunjukkan kesan pengunaan motosikal terhadap pekerja
Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd.
\
Menyukarkan ketika cuaca
hujan
Risiko Kemalangan
Tiba dengan cepat
Membebankan Menjimatkan perbelanjaan
92
64
92
29
94
8
36
8
71
6
KESAN PENGGUNAAN MOTOSIKAL TERHADAP PEKERJA PANASONIC
YA TIDAK
Rajah 2 : Kesan penggunaan motosikal oleh pekerja Panasonic AVC
Networks (M) Sdn Bhd untuk ke tempat kerja.
Mengikut keputusan yang dicatatkan, seramai 46 orang daripada 50
orang responden bersetuju bahawa penggunaan motosikal ke Panasonic AVC
menyukarkan mereka ketika cuaca hujan. Manakala 8% pula tidak bersetuju
dengan pernyataan ini. Hal ini berlaku kerana mereka terpaksa menunggu
sehingga hujan berhenti untuk bergerak ke tempat kerja. Selain itu, mereka
juga terpaksa memakai baju hujan agar uniform kerja mereka tidak basah. Hal
ini bukan sahaja melambatkan mereka tetapi menyukarkan mereka. Bagi
mereka yang sudah terlambat, mereka terpaksa meredah hujan agar tidak
terlambat dan menyebabkan mereka basah kuyup. Bukan itu sahaja, mereka
juga perlu mendapatkan kenderaan yang berbumbung untuk membawa mereka
ke tempat kerja. Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan hanya
mempunyai motosikal, mereka terpaksa bercuti pada hari tersebut. Akibatnya,
19
gaji mereka terpaksa dipotong oleh syarikat. Jelaslah penggunaan motosikal ke
Panasonic AVC menyukarkan mereka ketika hari hujan.
Selanjutnya, kajian ini juga mendapati seramai 47 orang ataupun 94%
bersetuju bahawa menunggang motosikal ke Panasonic AVC berisiko untuk
terlibat dalam kemalangan. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan
pernyataan ini. Keadaan ini berlaku kerana motosikal hanya mempunyai dua
roda yang mudah untuk jatuh walaupun hanya terlanggar lubang. Selain itu,
Pasir Gudang merupakan satu kawasan perindustrian yang sering dilalui oleh
lori-lori besar dan lori kontena yang menggunakan laluan utama untuk tiba ke
sesuatu destinasi. Tambahan pula, Panasonic AVC terletak di laluan utama
yang menghubungkan satu kawasan perindustrian ke satu kawasan
perindustrian yang lain. Jumlah kenderaan yang banyak di Pasir Gudang juga
mampu menyebabkan penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan.
Seterusnya, jalan-jalan utama yang sering menjadi jalan utama bagi
penunggang-penunggang motosikal ke Panasonic AVC juga terdapat banyak
lubang dan mampu mengundang kemalangan bagi penunggang motosikal.
Risiko kehilangan nyawa bagi penunggang motosikal juga tinggi. Banyak kes
kemalangan maut yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal di
negara ini ketika mereka pergi dan pulang dari tempat kerja. Jelaslah hal ini
mampu mengundang kemalangan serta risiko kehilangan nyawa juga tinggi.
Bukan itu sahaja, terdapat 92% ataupun 46 orang menyatakan bahawa
mereka akan cepat tiba ke Panasonic AVC dengan penggunaan motosikal.
Namun terdapat 4 orang yang menyatakan bahawa akan tiba lambat ke
Panasonic dengan menunggang motosikal. Keadaan ini terjadi kerana mereka
mampu mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana
boleh memintas kenderaan lain dengan mudah ketika berada dalam kesesakan.
Selain itu, mereka juga berupaya melalui jalan-jalan sempit dan pintas yang
merupakan kelebihan bagi penunggang-penunggang motosikal. Dengan
penggunaan motosikal, mereka mampu melalui jalan pintas dan jalan sempit
untuk ke Panasonic AVC.
Seterusnya, terdapat 11 orang atau 29% bersetuju bahawa menunggang
motosikal membebankan mereka kerana perlu memakai jaket keselamatan dan
topi keledar. Namun selebihnya iaitu 38 orang ataupun 71% tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Keadaan ini disebabkan mereka sudah terbiasa
dengan situasi tersebut. Jika dibandingkan dengan kenderaan lain seperti
kereta, tidak kurang bezanya dari sudut keselamatan seperti pemakaian tali
nggang keledar dan memebtulkan cermin sisi serta perlu menjirus air kerana
kebiasaanya kereta berwap pada setiap pagi. Oleh itu, penggunaan motosikal
tidak memberi sebarang bebanan kepada pekerja Panasonic AVC.
Bukan itu sahaja, sebanyak 94% atau 47 orang reponden menyatakan
bahawa penggunaan motosikal untuk ke Panasonic AVC mampu menjimatkan
kos perbelanjaan bulanan mereka. Hal ini termasuklah penjimatan dari segi
kos bahan bakar dan kos penyelengaraan kenderaan. Kos antara
penyelengaraan dan bahan bakar jelas berbeza jika menggunakan kereta untuk
ke tempat kerja. Selain itu, bagi pekerja yang terpaksa menggunakan laluan
bertol untuk ke tempat kerja terpaksa membayar kos tol yang tinggi jika
menaiki kenderaan beroda 4. Jika menaiki motosikal mereka tidak perlu
membayar tol kerana tol dikecualikan kepada kenderaan beroda 2. Oleh itu,
penjimatan bulanan yang ketara dapat dilihat dari pelbagai sudut jika
menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja.
Secara keseluruhannya, data menunjukkan majoriti responden
bersetuju dengan kriteria-kriteria yang diajukan kepada mereka. Kesan-kesan
positif mengenai penggunaan motosikal terhada mereka sememangnya
memberi impak dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana,
penggunaan motosikal ke Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. mampu
menjimatkan perbelanjaan bulanan, tiba dengan cepat dan lain-lain. Oleh itu,
data-data yang telah diterima mampu merumuskan segala persoalan mengenai
faktor-faktor pengunaan motosikal oleh pekerja Panasonic AVC Networks
(M) Sdn. Bhd. dan kesan penggunaan motosikal terhadap pekerja Panasonic
AVC Networks (M) Sdn. Bhd.
21
6.0 KESIMPULAN
Dapatan kajian mendapati bahawa ramai yang menggunakan motosikal
ke Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. kerana ingin mengelakkan
kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos perbelanjaan, ingin menepati masa,
mudah mendapatkan tempat meletakkan kenderaan dan berupaya melalui jalan
pintas dan sempit. Dari aspek kesan penggunaan motosikal pula, majoriti
responden bersetuju bahawa penggunaan motosikal ke Panasonic AVC
Networks Johor (M) Sdn. Bhd. mampu memberi impak kepada perbelanjaan
bulanan di samping turut menyebabkan mereka tiba ke destinasi dengan cepat
dan awal. Rata-rata responden turut berpendapat bahawa menunggang
motosikal ke Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn. Bhd. tidak
membebankan kepada mereka kerana perlu memakai helmet dan jaket
keselamatan. Namun, mereka akan terbeban apabila cuaca hujan yang
menyebabkan mereka sukar ke destinasi. Penggunaan motosikal untuk ke
Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. sememangnya mampu memberi
kelebihan dalam pelbagai aspek dan seterusnya dapat meningkatkan reputasi
sebagai seorang pekerja kerana mampu menyebabkan seseorang
menghadirkan diri ke tempat kerja pada waktu yang tepat dan lebih awal.
Walau bagaimanapun, hanya segelintir sahaja pekerja yang gemar
menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja.
Oleh itu, pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk menggalakkan
pekerja-pekerja Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. menunggang
motosikal ke tempat kerja. Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah
syarikat memberi jaket keselamatan percuma, baju hujan percuma dan topi
keledar percuma serta menggalakan lebih ramai pekerja memiliki lesen
kenderaan beroda 2. Hal ini bukan sahaja menggalakkan ciri-ciri keselamatan
dalam penunggangan motosikal, malah bertepatan dengan akta kerajaan
Malaysia iaitu mengikut akta 333 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
yang memperuntukan ciri-ciri keselamatan dalam kalangan penguna-penguna
jalan raya di Malaysia. Selain itu, hal ini juga bertujuan menarik minat
pekerja Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. untuk menunggang
motosikal ke tempat kerja. Seterusnya, syarikat juga harus memberi gaji 1%
lebih bagi sesiapa yang menunggang motosikal ke tempat kerja. Hal ini
dilaksankan bukan sahaja demi kepentingan syarikat malah turut
mempengaruhi kepentingan individu itu sendiri dalam menggalakkan
penjimatan bulanan. Diharapkan usaha ini dapat membantu pekerja-pekerja
Panasonic AVC Networks (M) Sdn. Bhd. agar tidak terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan
serta mampu meningkatkan reputasi mereka sebagai pekerja industri
perkilangan.
Jelaslah, kajian ini secara tidak langsungnya telah mendedahkan
kelebihan menunggang motosikal ke tempat kerja dan turut mendedahkan
kelebihan yang ada pada motosikal berasaskan reka bentuk fizikal kenderaan
tersebut. Kesan-kesan positif dan negatif juga telah dapat dijelaskan menerusi
kajian ini.
23
RUJUKAN
Baharom, N. (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharom, N. (2005). Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Husain, A. (1997). Kamus pelajar Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzuki, M. (2006). Mod Pengangkutan ke Sekolah. Kuala Lumpur.
Omar, H. J. (2010). Buku Prosiding Kolokium Pelajar Prauniversiti kali Ke-3. Johor: Sekolah Menengah Negeri Johor.
Tajudin, H. A. (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(2013). Diakses pada 21 2, 2013, from Google Maps: https://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=panasonic+avc+networks+pasir+
(2013). Diakses pada 21 2, 2013, from Panasonic Malaysia Official Web Site: http://www.panasonic.com.my/wps/portal/home/aboutpanasonic/corporateprofile/groupofcompaniesinmalaysia
LAMPIRAN A
BORANG PEMERHATIAN
25
BORANG CATATAN PEMERHATIAN
Tajuk: PENGGUNAAN MOTOSIKAL OLEH PEKERJA PANASONIC AVC NETWORKS SDN BHD.
Nama Penyelidik :
Tarikh :
Hari :
Masa :
Lokasi :
Item Pemerhatian Catatan
Jantina yang menunggang motosikal
:
Tempat meletakkan motosikal
:
Masa penunggang-penunggang motosikal tiba di tempat kerja
:
Keupayaan melalui jalan-jalan pintas
:
Keupayaan penunggang motosikal berada di hadapan ketika menunggu lampu isyarat
:
Pemerhatian terhadap Kedua-dua item disertai dengan rakaman foto pegun.
Tanda tangan
…………………………………………………
Tarikh :…………………………………….
Foto 1 : Menunjukkan tempat meletakkan motosikal di blok A
Foto 2 : Menunjukkan ruang untuk meletakkan motosikal yang banyak di blok A
Foto 3 : Menunjukkan ramai yang menunggang motosikal
27
Foto 4 : Menunjukkan tempat letak motosikal di Blok B
Foto 5 : Menunjukkan tempat letak motosikal di blok B
LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK
29
BORANG SOAL SELIDIK
PENGGUNAAN MOTOSIKAL OLEH PEKERJA PANASONIC AVC
NETWORKS JOHOR (M) SDN BHD UNTUK KE TEMPAT KERJA.
Bahagian A :Latar Belakang
Bagi setiap item, sila tandakan (√) atau isi tempat kosong pada ruangan yang
berkaitan.
1. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
2. Umur: __________ tahun
Bagi setiap item, sila tandakan (√) untuk menyatakan pendapat mengikut soalan yang
diberikan.
Bahagian B :Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pekerja Panasonic AVC
Networks Johor (M) Sdn Bhd menunggang motosikal ke tempat kerja.
Bil. Faktor yang mempengaruhi pekerja Panasonic AVC Networks
Johor (M) Sdn Bhd menunggang motosikal ke tempat kerja.
Setuju Tidak
Setuju
1. Adakah penggunaan motosikal untuk ke Panasonic AVC mampu
mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ?
2. Adakah penggunaan motosikal ke Panasonic AVC mampu
menjimatkan kos perbelanjaan anda dari segi kos
penyelenggaraan kenderaan dan kos bahan bakar ?
3. Adakah pengunaan motosikal mampu menepati masa perjalanan
anda?
4. Adakah mudah bagi anda untuk mendapatkan tempat
meletakkan kenderaan jika menunggang motosikal ke Panasonic
AVC?
5. Adakah penggunaan motosikal membolehkan anda melalui di
jalan-jalan yang sempit atau jalan pintas ?
BORANG SOAL SELIDIK
PENGGUNAAN MOTOSIKAL OLEH PEKERJA PANASONIC AVC
NETWORKS JOHOR (M) SDN BHD UNTUK KE TEMPAT KERJA.
Bahagian A : Latar Belakang
Bagi setiap item, sila tandakan (√) atau isi tempat kosong pada ruangan yang
berkaitan.
1. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
2. Umur: __________ tahun
Bagi setiap item, sila tandakan (√) untuk menyatakan pendapat mengikut soalan yang
diberikan.
Bahagian B : Mengenalpasti kesan menunggang motosikal oleh pekerja Panasonic
AVC Networks Johor (M) Sdn Bhd.
Bil. Kesan penggunaan motosikal oleh pekerja perindustrian
Panasonic AVC Networks Johor (M) Sdn Bhd menunggang
motosikal ke tempat kerja.
Setuju Tidak
Setuju
1. Adakah penggunaan motosikal menyebabkan anda sukar untuk ke
tempat kerja ketika hujan ?
2. Adakah penggunaan motosikal menyebabkan anda mudah terlibat
dalam kemalangan dan berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa ?
3. Adakah pengunaan motosikal menyebabkan anda tiba di tempat
kerja dengan cepat ?
4. Adakah menunggang motosikal ke Panasonic membebankan anda
kerana perlu memakai helmet dan jaket keselamatan ?
5. Adakah penggunaan motosikal mampu menjimatkan perbelanjaan
bulanan anda ?
31
top related