pbb1 - chapter 1 - kayu kayan (part 1 of 2)

Post on 25-Oct-2015

155 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1.0 KAYU KAYANPembinaan Dan Bahan Binaan 1

Part 1/2

Sem 1 2012/2013

ISI KANDUNGAN

1.1 Jenis Dan Nama Kayu-Kayan

1.2 Perihal Tumbesaran Pokok

1.3 Sifat-sifat Kekuatan Kayu

1.3.1 Ciri Umum Struktur & Juzuk

1.3.2 Lembapan

1.3.3 Kecacatan

1.3.4 Daya Tahan

ISI KANDUNGAN

1.4 Kegunaan Dalam Binaan

1.5 Penjagaan & Kawalan Mutu

1.5.1 Pengelasan

1.5.2 Pengawetan

1.5.3 Pengeringan

1.6 Kebaikan & Keburukan

NAMA KAYU-KAYAN

• Sistem penamaan tersusun oleh ahli-ahli botani.

• Tidak ada dua pokok tumbuhan yang betul-betul serupa.

• Perubahan kecil antara jenis pokokserumpun tidak mengubah fakta yang berbagai.

NAMA KAYU-KAYAN

• Setiap pokok sejenis mempunyai ciri lazimyang tidak dipunyai kumpulan lain.

• Nama botani terdiri daripada 2 bahagian, iaitu genus dan spesies.

• Nama-nama botani secara umumnyadalam sebutan Latin. Biasanya panjangdan sukar disebut.

NAMA KAYU-KAYAN

• Kayu perdagangan tidak memerlukannama tepat seperti nama botani.

• Malaysia mempunyai lebih daripada 2500 spesies kayu-kayan.

NAMA KAYU-KAYAN

• Dalam masyarakat dahulu, tumbuhan telahpundiberikan nama-nama biasa (nama vernakular) .

• Contoh: Kayu Cengal

Juga disebut Cengai (di Perak)

atau Penak, Penak Bunga, Penak

sabut, Penak Tembaga (di tempat lain)

Nama Botani: Balanocarpus Cengai

NAMA KAYU-KAYAN

• Satu nama vernakular boleh merangkumilebih dari satu spesies.

• Contoh: Kayu Medang (atau Mendong)

Sebenarnya boleh diasingkankepada 165 spesies yang berlainan.

NAMA KAYU-KAYAN

• Untuk mengatasi masalah perbezaankepelbagaian nama, Jab. Perhutanan Msia telahmempiawaikan nama-nama vernakular.

• Tetapi, untuk kegunaan perdagangan, adalahtidak praktis menganggap setiap jenis sebagaisatu jenis pokok tertentu.

• Ini kerana kayu yang telah digergaji amat sukardibezakan jika kayu-kayu tersebut dari sepesiesyang berkaitan rapat.

NAMA KAYU-KAYAN

• Dalam perdagangan kayu, spesies-spesiesberkaitan rapat dikelompokkan bersama dan dijual menggunakan satu nama dagangan.

• Contoh: Semua kayu spesies Dipterocarpusdikelompokkan dengan nama kayuKeruing (tidak kira sama ada KeruingGondol, Keruing Bulu, KeruingMempelas @ Keruing Gombang)

NAMA KAYU-KAYAN

• Nama-nama dagangan boleh mewakili samaada:

1. Satu spesies tunggal: Kempas (spesies

Koompassia malaccensis)

2. Satu kumpulan spesies: Merawan (spesies

Hopea ringan)

3. Keseluruhan satu genus: Keruing (genus

Dipterocarpus)

NAMA KAYU-KAYAN

4. Satu kumpulan genus: Nyatoh (genus

Ganua dan Palaquium)

5. Keseluruhan satu famili: Medang (Famili

Lauraceae)

• Ringkasnya, nama dagangan diberikan padakayu-kayan yang amat berbeza dari segi

struktur tetapi mempunyai sifat yang samauntuk tujuan praktisnya.

Pengelasan Kayu Dagangan• Kayu dagangan dikelaskan menurut aspek botani sesuatu pokok,

bukan berdasarkan keras atau lampungnya kayu.

• Terbahagi kepada 2 kumpulan utama:

(i) Kayu Lampung (softwood)

Bentuk kon.

Daun berbentuk jarum.

Bijih benih tanpa kulit.

(ii) Kayu Keras

Berdaun lebar.

Bijih benih berkulit.

Kayu Keras

Kayu Lampung

Kayu Keras

• Spesies kayu keras lazim tumbuh dengan banyaknya di hutankawasan tropika seperti Malaysia.

• Di Semenanjung Malaysia, hampir kesemua kayu-kayan adalahjenis kayu keras. Dalam lebih kurang 2500 spesies, hanya 10spesies sahaja terdiri dari kayu lampung.

• Jabatan Perhutanan mengelaskan kayu keras kepada 3kumpulan berdasarkan ketumpatan dan kelasakansemula jadi.

Kayu Keras

• Tiga kumpulan kayu keras:

1. Kayu keras dan berat (Kumpulan A).

2. Kayu keras dan sederhana berat (Kumpulan B).

3. Kayu keras dan ringan (Kumpulan C).

3. Kayu keras lembut (Kumpulan D).

Kayu Keras Berat• Kumpulan A

• Ketumpatan lebih 880 kg/m3 pada keadaankering-udara

• Mempunyai sifat tahan lasak semulajadi.

• Contoh:

Belian, Balau, Balau Merah, Bitis, Cengal, Giam, Kekatong, Keranji, Merbau, Resak, Tembusu.

Kayu Keras Berat

• Kegunaan:

Cengal – kapal, rangka, ukiran

Balau – Jambatan, landasan, cerucuk

Kekatung – Rasuk, rangka pintu dan tingkap

Merbau – Hiasan, parket, perabot

Resak – Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, jambatan, landasan

Kayu Keras SederhanaBerat

• Kumpulan B

• Ketumpatan antara 720 kg/m3 hingga 880 kg/m3 pada keadaan kering-udara

• Mempunyai sifat tahan lasak semulajadikurang daripada kayu keras berat.

• Contoh:

Kapur, Kasai, Kalat, Keledang, Kempas, Keruing, Kulim, Mata Ulat, Mengkulang, Merpauh, Punah, Rengas, Tualang

Kayu Keras SederhanaBerat

• Kegunaan:

Kempas – Pembinaan berat, tiang, jambatan, cerucuk

Keruing – Pembinaan umum, landasan, jambatan.

Kapur – kekuda, rasuk, tiang

Tualang – Tiang, rasuk, parket, lantai, perabot

Kayu Keras Ringan• Ketumpatan kurang daripada 720 kg/m3

• Tidak lasak secara semulajadi kecuali setelahdiawet.

• Contoh:

Bintangor, Durian, Geronggang, Gerutu, Jelutong, Kedondong, Sepertir, Macang, Kayugetah, Medang, Melantai, Melunah, Mempisang, Meranti, Merawan, Pulai, Terap, Jelutung

Kayu Keras Ringan

• Kegunaan:

Jelutung – pensel, bingkai gambar, pemegangberus

Meranti – pembinaan ringan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu.

Ramin – Hiasan perabot, dinding dalam, panel

Kayu getah – perabot, parket, susur tangga.

TUMBESARAN POKOK

• Setiap bahan yang dihasilkan oleh proses semula jadi (termasukkayu) adalah kompleks dan mempunyai susunan juzuk sertasifat-sifat tidak segaya. Maka memadai dengan hanyamembuat analisis umum tentang tabiat tumbesaran sesuatupokok.

• Pada peringkat anak benih, satu sistem akar terbentuk danianya memainkan 2 peranan; iaitu menyerap cairan danmenghisap zat-zat kimia daripada larutan tanah (peringkatawal) & sebagai penambat pokok kepada bumi (apabilapokok bertambah besar).

TUMBESARAN POKOK

• Daun-daun merupakan kilang memproses makanan untuksesuatu pokok; melalui proses fotosintesis, zat-zat kimiadan cairan yang dihisap akar ditukarkan kepadamakanan (nourishment).

• Batang pokok di sebelah atas permukaan bumi menatangdaun-daun dan dahan-dahan pokok.

• Batang mempunyai sistem ‘talian saluran’ dua hala.

TUMBESARAN POKOK

• Batang mempunyai sistem ‘talian saluran’ dua hala yangmenghantar zat-zat kimia dan cairan kepada daun.Kemudiannya menyalurkan makanan ke tisu-tisu kayuuntuk membantu tumbesaran.

• Proses ini berulang dari musim ke musim, tahun ke tahunsehingga lilitan dan ketinggian pokok bertambah.

• Perbezaan ketara dapat dilihat pada kawasan beriklimsederhana (musim banyak air & kering) dimana peredaranmusim adalah jelas.

TUMBESARAN POKOK

• Pada musim yang terdapat banyak air, berlaku pertumbuhan@ pembentukan sel-sel berdinding nipis dengan bukaanbesar untuk membenarkan penyaluran air yang banyakdalam pokok.

• Kayu yang terbentuk daripada pertumbuhan sel-sel dipanggilkayu awal (earlywood).

TUMBESARAN POKOK

• Pada musim kering, tumbesaran pokok ‘dilambatkan’. Sel-sel terbentuk pada musim ini mempunyai dinding tebal danbukaan yang kecil.

• Kayu yang terhasil dari sel-sel ini dinamakan kayu akhir(latewood).

TUMBESARAN POKOK

• Dalam setiap musim pertumbuhanpokok, satu tambahan tumbesaranberlaku.

• Tumbesaran ini terdiri daripadakedua-dua kayu awal dan akhir, yang ditambahkan kepada lilitanpokok.

• Satu set pertambahan lilitandinamakan gelang tumbesaran(growth ring).

TUMBESARAN POKOK

• Gelang tumbesaran ini juga dikenali sebagai gelangtahunan (annual ring).

• Gelang-gelang tumbesaran yang terbentuk dapat dilihatdengan jelas dengan mata kasar.

• Gelang tumbesaran boleh dijadikan asas untukmenentukan umur sesuatu pokok.

• Di kawasan beriklim sederhana, gelang tumbesaranjelas kelihatan.

• Di kawasan tropika, gelang tumbesarankebanyakkannya tidak wujud atau sukar ditentukan.

TUMBESARAN POKOK

Cara Mengira Gelang Tumbesaran Pokok:

TUMBESARAN POKOK

Cuba teka berapakah umur pokok di bawah?

TUMBESARAN POKOK

TUMBESARAN POKOK

• Pada peringkat pertumbuhan, pokok tidak memerlukan kekuatanstruktur yang tinggi.

• Sel-sel kayu yang terbentukpada peringkat ini adalahberdinding nipis.

• Kayu yang terhasil dinamakankayu juvenil.

TUMBESARAN POKOK

• Di tengah-tengah kayu juvenilterdapat empulur (pith), iaitukayu yang terjadi pada peringkatanak benih.

• Apabila pokok bertambah tua, terbentuklah kayu matang yang dinamakan kayu teras(heartwood).

TUMBESARAN POKOK

• Kayu teras (heartwood) tidak lagibertindak mengalirkan cairan dan zatkimia, tetapi berfungsi memberikankestabilan struktur dan keteguhanpada pokok.

• Gelang-gelang tumbesaran di bahagianluar kayu teras (dinamakan terasmuda @ sapwood) mengambil alihtugas menghantar zat-zat makananyang diserap oleh akar ke daun.

TUMBESARAN POKOK

• Kulit - Bahagian paling luar

- Lindung bahagian2 sebelah dalam.

• Diantara kulit dan teras muda(sapwood), terdapat 2 lapisan dipanggilkambium dan basta (bast).

• Basta – Mengalirkan makanan dari daunke akar dan bahagian2 lain.

Kulit

Kulit

Basta

Kambium

Teras Muda

Kayu Teras

TUMBESARAN POKOK

Kambium

• Merupakan tisu2 kayu yang baruterbentuk menjadi satu lapisan nipis.

• Setelah cukup umur, ia akan bertukarmenjadi teras muda, seterusnya menjadikayu teras.

• Proses ini berulang secara berterusan.

Kulit

Kulit

Basta

Kambium

Teras Muda

Kayu Teras

top related