parit jawa

Post on 05-Jan-2016

12 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Parit JawaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Parit Jawa adalah satu pekan di daerah Muar, Johor, Malaysia. Terletak diantara 15km

dari bandar Muar dan 39km dari bandar Batu Pahat.

Pada asalnya dahulu nama Parit Jawa adalah 'Padang'. Ia merupakan sebuah jajahan di dalam negeri

Johor, yang terletak di bahagian pantai barat Daerah Muar yang mempunyai rupa bentuk geografinya yang

luas, rendah, rata dan tidak berbukit-bukit.[1]

Luas Padang asalnya ialah kira-kira 13 km dengan lebar 6 km iaitu dari Parit Perupuk  hingga ke Parit

Jawa. Walau bagaimanapun, panjang jajahan Padang ini berubah-ubah dari masa ke semasa tertakluk

kepada zaman pemerintahan dan pentadbiran:

Zaman Belanda (1641-1825) - Keluasan Padang hanya dari Parit Perupuk hingga ke Parit Pinang

Seribu sahaja.

Zaman Sultan Abu Bakar (1863-1895) - Keluasan Padang mengunjur sehingga ke Sungai Balang.

Zaman Inggeris dan selepas Merdeka (1990an) - Keluasan Padang hanya terhad kepada kawasan

Parit Jawa dan sekitarnya.

Oleh sebab itu ada yang mengatakan dan adalah dipercayai bahawa wilayah Padang itu sendiri

merupakan kawasan Parit Jawa sekarang, dan malahan nama sebutan dalam Bahasa Cina dan loghat-

loghatnya bagi Parit Jawa sehingga sekarang masih menggunakan sebutan 'Padang' (Bahasa Cina:巴

冬, Hanyu Pinyin: Bā Dōng, Teochew & Hokkien: Pa Tang ) walaupun nama panggilan rasminya Bahasa

Melayu zaman kini adalah Parit Jawa.[2]. Nama ini berasal dari dari parit yang digali oleh peneroka-

peneroka orang jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia yang telah membuka kawasan ini.

Dalam tahun 1886, bagi Muar dan Kesang diletakkan dibawah tadbiran Residen atau State Commissioner

for Muar (Bahasa Melayu: Orang Besar (Pesuruhjaya Negeri) Daerah Muar) Ungku Sulaiman Daud,

daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran

kelapa dan pinang oleh peneroka berbangsa Jawa, manakala penangkapam ikan dan hasil laut serta

perdagangan oleh peneroka berbangsa Cina.

Ia terkenal dengan makanan lautnya kerana hidangan gulai ikan asam pedas  Melayu dan ikan bakar hasil

daripada masakan turun temurun masyarakat nelayan tempatan. Pantai Leka di Parit Jawa kini telah

dibangunkan untuk tujuan riadah serta tarikan pelancong. Parit Jawa juga terkenal kerana merupakan

kawasan persinggahan burung-burung migrasi dalam perjalanan musim penghijrahan mereka yang telah

menjadikan Parit Jawa satu tempat istimewa peminat-peminat burung-burung migrasi untuk memerhati

geligat mereka dan mengambil gambar mereka.

[sunting]Statistik Mukim Parit Jawa

Keluasan Mukim - 7,129.76 hektar

Melayu - 6,093 orang

Cina - 5,136 orang

India - 78 orang

Lain-lain - 12 orang

top related