pencemaran air di parit raja

9
1 PENCEMARAN AIR DI PARIT RAJA Tarikh: 9 Disember 2013 Lokasi: Parit Raja Kamera: Samsung Note 2 Spesifikasi: 3264 x 2448, 8 megapixel

Upload: diedieku

Post on 20-Jun-2015

2.545 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran air di parit raja

1

PENCEMARAN AIR DI PARIT RAJA

Tarikh: 9 Disember 2013

Lokasi: Parit Raja

Kamera: Samsung Note 2

Spesifikasi: 3264 x 2448, 8 megapixel

Page 2: Pencemaran air di parit raja

2

1.0 Pendahuluan

Air merupakan sumber semulajadi alam yang unik dan paling penting kepada kehidupan di muka

bumi. Air memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan komuniti kerana adanya

pembekalan air yang tetap merupakan pra-syarat pembinaan sesebuah komuniti yang kekal. Sisa

cecair dan pepejal daripada komuniti sedemikian, sekiranya tidak dirawat dengan betul akan

mencemarkan keadaan persekitarannya. Dalam peradaban yang lebih maju, manusia semakin

rakus merosakkan sumber semulajadi alam ini.

Menurut Davis dan Conwell (1991), umumnya, pencemaran sungai berpunca daripada

faktor semulajadi dan pelbagai aktiviti manusia. Terdapat dua komponen utama punca

pencemaran air yang dikenalisebagai punca pencemaran tidak tetap dan punca pencemaran tetap

(Novotny, 1995). Pencemaran daripada punca tidak tetap terdiri daripada komponen pencemaran

yang tidak dapat dikesan puncanya seperti air larian permukaan, sisa aktiviti pertanian,

perladangan dan seumpamanya (O’Shea, 2002). Antara aktiviti-akiviti pertanian yang

dikenalpasti sebagai punca pencemaran adalah akiviti pertanian, hasil buangan daripada aktiviti

perindustrian dan juga perusahaan, hasil kumbahan daripada penduduk setempat, aktiviti

pertanian yang tidak terkawal dan penternakan haiwan iaitu sisa-sisa najis. Semua punca

pencemaran ini menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu.

2.0 Objektif pemerhatian

Secara umumnya, pemerhatian ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa matlamat iaitu:-

i. Membincangkan fenomena yang bakal berlaku kesan daripada pencemaran air di Parit Raja.

ii. Membincangkan langkah-langkah kawalan yang sesuai untuk mengurangkan tahap pencemaran air di Parit Raja.

Page 3: Pencemaran air di parit raja

3

3.0 Skop pemerhatian

Skop kawasan pemerhatian yang dipilih ialah di sekitar daerah Batu Pahat, terutamanya di pekan

Parit Raja dan sekitar kawasan Parit Sempadan.

4.0 Kajian Literatur

Masalah pencemaran air bukan lagi satu isu baru untuk diketengahkan malahan, sejak dahulu

lagi terdapat pelbagai kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan juga

individu yang berminat dalam bidang ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Balogh et al.,

(1999) di Sungai Pepin, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa proses pembandaran menjadi

penyumbang utama dalam mengubah komposisi kimia air sungai. Ini merupakan kesan daripada

pelepasan efluen domestik, sampah-sarap dan lain-lain yang disalurkan ke dalam sungai. Kajian

ini juga turut mengaitkan kepadatan penduduk yang tinggi boleh menjejaskan kualiti air sungai.

Misalnya, di Sungai Pepin telah mengalami perubahan dari segi warna iaitu menjadi kekeruhan.

Robinson et al., (1996) mendapati bahawa aktiviti pembangunan infrastruktur dan aktiviti

pertanian juga menghasilkan bahan mendak yang tinggi apabila ianya dibawa oleh larian air

permukaan ke dalam sungai dengan banyak misalnya, bahan mendak yang dihasilkan dari

kawasan pembinaan lebuhraya pada waktu angin kencang adalah sepuluh kali ganda lebih tinggi

berbanding dengan kawasan tertutup.

Namun begitu, kajian tentang pencemaran kualiti air di Malaysia juga giat dijalankan

oleh pihak dan badan yang bertanggungjawab. Kadar pencemaran air di Malaysia sepertimana

yang dilaporkan berada pada tahap yang sederhana sehingga ke peringkat serius. Bagi sampel-

sampel air yang telah diambil dari Sungai Gombak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada

1958 dan 1959. Hasilnya mendapati air buangan dan efluen kilang getah yang masih belum

dipulihkan menjadi bahan pencemar utama. Selain itu, pencemaran air oleh air larian permukaan

yang bercampur dengan bahan-bahan organik sisa bandaran Melaka juga berlaku. Malahan

keadaan yang sama juga didapati oleh Laporan Kualiti Alam Sekitar, Malaysia (2007) setelah

menjalankan kajian kualiti air di dua buah cawangan Sungai Kelang iaitu Sungai Penchala dan

Sungai Kerayong. Sisa-sisa dari kawasan bandar dan domestik menjadi punca utama kepada

Page 4: Pencemaran air di parit raja

4

pencemaran air di kawasan tersebut. Kajian yangdilakukan di Perak mendapati air buangan

domestik telah menjadi punca kepada pencemaran air di Sungai Ipoh. (Aiken et al., 1994).

Kesemua kajian terhadap sungai dalam kenyataan di atas menjelaskan bahawa sungai-sungai kita

tidak selamat untuk digunakan bagi minuman. Malahan ia memerlukan rawatan yang rapi dan ini

akan menelan kos yang tinggi bagi perlaksanaannya.

5.0 Perbincangan

Pencemaran air boleh memberi pelbagai kesan yang negatif kepada persekitaran, masyarakat dan

juga hidupan lain. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, pemerhati mendapati:-

5.1 Fenomena yang bakal berlaku kesan daripada pencemaran air

Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja

sehingga sumber air tidak dapat diguna oleh manusia dan organism akuatik. Pencemaran air juga

memberi kesan yang buruk antaranya ialah ianya akan menjejaskan kesihatan penduduk jika air

diminum atau digunakan untuk mandi. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam

sungai akan menggalakan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit. Pencemaran air

juga memberi kesan yang negatif kepada hidupan air. Ini kerana minyak yang dibuang ke dalam

air akan menghalang kemasukan udara di dalam sungai dan akan menyebabkan haiwan- haiwan

dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air tidak dapat bernafas dan akan mati. Keindahan

alam sekitar juga akan terjejas disebabkan oleh pencemaran air ini. Sampah sarap berterapungan

di atas air dan kawasan sekitar juga akan berbau busuk dan akan memberi ketidakselesaan

kepada penduduk sekitar.

Page 5: Pencemaran air di parit raja

5

5.2 Langkah-langkah kawalan yang sesuai untuk mengurangkan tahap pencemaran air

Terdapat banyak langkah penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan alam sekitar

daripada ditelan pencemaran. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan

tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan

domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu

menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi. Malah,

pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan

perkampungan serta perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai

makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam

takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa

pengurusan sampah yang lemah di kawasan perkampungan dan perumahan telah menyebabkan

sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat

strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah. Pertambahan tong

sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang

mencukupi. Selain itu,

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan

kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini. supaya kita mendapat sumber air yang

bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang

tertentu juga perlu dijalankan supaya dapat mencapai tahap kualiti air yang lebih baik supaya

generasi akan datang dapat merasa keindahan serta kelebihan sumber semulajadi alam yang unik

ini.

Page 6: Pencemaran air di parit raja

6

Rujukan

Balogh, S. J., D. R. Engstrom, J. E. Almendinger, M. L. Meyer, & D. K. Johnson (1999) History

of mercury loading in the upper Mississippi River reconstructed from the sediments of

Lake Pepin. Environmental Science and Technology 33(19):3297-3302.

Davis, J. M., & Cornwell, D. A. (1991). Introduction to Environmental Engineering, Boston

Massachussets.

Laporan Kualiti Alam Sekitar, Malaysia, (2007).

Novotny, V. (1995). Non-Point Pollution and Urban Stormwater Management. Technomic

Publishing Company. Inc. Pennsylvania.

O’Shea, L. (2002). An Economic Approach to Reducing Water Pollution: Point and diffuse

Sources. Water Resources. 49 – 63.

Robinson, C. A., M. Ghaffarzadeh, & R. M. Cruse. (1996). Vegetative filter strip effects on

sediment concentration on cropland runoff. Journal of Soil and Water Conservation

50:227–230.

Disediakan oleh:Noordiana Binti Mohd Ishak

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia