panduan penyediaan hidangan sihat semasa mesyuarat

Post on 15-Jul-2015

163 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

`

Mesyuarat merupakan salah satu dari elemen tadbir urus yang wajar diberi perhatian kerana ianya merupakan kaedah yang paling berkesan bagi sesebuah organisasi dalam proses pembuatan keputusan.

`

Dengan itu, penyajian hidangan yang seimbang semasa mesyuarat penting bagi memberi pilihan pemakanan yang sihat kepada ahli-ahli mesyuarat. Pengambilan pemakanan secara sihat semasa mesyuarat akan mempromosikan cara hidup sihat ini agar dapat dijadikan amalan semua ahli yang hadir dalam kehidupan seharian mereka.

`

Piramid Makanan sebagai panduan dalam merancang menu untuk mesyuarat atau majlis rasmi.

1. Makanan yang memberi tenaga.Di Malaysia tenaga 50-60% didapati daripada nasi. Namun pengambilan bijirin seperti jagung, gandum dan makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu juga boleh dijadikan pilihan.

2. Makanan membina badan.Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel atau jaringan tisu dalam tubuh badan kita. Punca protein adalah seperti ikan, ketam, sotong, ayam, itik dan lembu. Kekurangan sumber protein akan menjejaskan pembentukan darah dan akan menjadikan badan lesu.

3. Makanan menjauhi penyakit.Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidapi penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

1.

Hidangkan pelbagai jenis makanan.Kuih-muih yang lebih kecil daripada biasa antara 30-50g bagi sekeping kuih

2.

Hidangkan mengikut saiz sajian yang disarankan.Hidangan Ikan bersaiz sederhana (80-120g) atau memotong kepada saiz yang bersesuaian untuk hidangan individu

MAKANAN / MINUMAN

SAIZ SAJIAN INDIVIDU 2 keping roti putih 2 keping roti bijirin penuh 6 keping biskut krim kraker 1 cawan mi basah/kuetiau 1 cawan bihun(direndam) 2 biji kentang 2 senduk @ 1 cawan nasi putih 2 cawan bubur nasi 1 biji epal /lai /mangga/ciku 1 biji pisang berangan saiz sederhana 2 biji pisang emas 3 ulas durian 8 biji anggur biji jambu batu/pir 1 biji ore 1 potong betik/nanas/tembikai 4 biji prun @1 sudu makan kismis

Bijirin dan produk bijirin serta ubiubian

Buah-buahan

MAKANAN/MINUMAN

SAIZ SAJIAN INDIVIDU cawan sayur yang telah dimasak 1 cawan ualm-ulaman

Sayur-sayuran

Daging/Ayam/ Telur/Sotong/Kerang

2 ketul daging lembu tanpa lemak (7.5cm x 9cm x 0.5cm) 1 ketul paha ayam 2 biji telur ayam 12 biji telur puyuh 2 ketul hati ayam 2 ekor sotong saiz sederhana 1 cawan kerang(dimasak)

Ikan

2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala 1 ekor ikan kembung saiz sederhana 1 ekor ikan selar saiz sederhana 1 ketul ikan tenggiri(14cm x 8cm x 1cm)

MAKANAN/MINUMAN

SAIZ SAJIAN INDIVIDU 1 cawan kacang kuda/dal dimasak 1 cawan kacang hijau(dimasak) / kacang panggang dalam tin 2 keping tempe/tauhu 1 gelas susu soya tanpa gula

Kekacang

Susu atau produk tenusu

1 keping keju 1 gelas susu rendah lemak 2/3 c wan susu sejat 4 sudu makan susu tepung 1 cawan yogurt

1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8.

Hidangkan nasi dan produk bijirin lain secukupnya serta ubi-ubian. Hidangkan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Hidangkan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana. Hidang susu dan produk tenusu secukupnya. Hadkan penghidangan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak semasa menyediakan makanan, Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam dan sos. Hidang makanan dan minuman yang kurang gula. Sediakan air kosong pada setiap mesyuarat

`

Tidak semua mesyuarat yang dijalankan memerlukan penyediaan makanan. Jika mesyuarat tersebut kurang dari 2 jam, anda hanya perlu menyediakan air kosong sahaja. Makanan hanya perlu disediakan bagi mesyuarat yang melebihi 2 jam sahaja. Makanan yang disediakan mestilah bersesuaian dengan waktu makan seperti berikut ; Sarapan Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam 7.30 pagi - 8.30 pagi : 10.00 pagi - 10.30 pagi : 12.30 tengahari - 1.30 petang : 4.30 petang - 5.30 petang : 7.30 petang - 8.30 malam :

`

Waktu Makan Sarapan Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam

Kalori (kcal) 400 250 500 250 400

Pemilihan menu hendaklah berdasarkan agihan pengambilan kalori sehari. Apakah yang dimaksudkan dengan Kalori ? [ Kalori bermaksud unit tenaga yang diperoleh daripada pengambilan sesuatu sumber makanan / Lelaki dewasa - 2200kcal, Wanita dewasa 2000-500kcal ]

1. 2. 3. 4.

Sajikan jus buah-buahan atau buah segar untuk sarapan disamping makanan lain yang disarankan. Sajikan satu atau dua jenis kuih untuk minum pagi dan petang seperti yang disarankan. Hidangkan kuih-muih yang tidak mengandungi pewarna tiruan. Sajikan satu jenis makanan berasaskan ikan/ayam daging/kekacang dan dua jenis sayur sama ada dibuat ulam ataupun dimasak. Sajikan susu rendah lemak dan gula secara berasingan bagi minuman kopi/teh. Penggunaan krimer manis atau bukan tenusu adalah tidak digalakkan. Sekiranya sarapan telah disediakan, minum pagi tidak perlu dihidangkan.

5.

6.

HIDANGAN INDIVIDU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Menu yang dipesan adalah berdasarkan Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Makanan perlu disediakan 15 minit sebelum mesyuarat bermula Air kosong/mineral perlu disediakan bersama gelas Makan dibungkus(wrap) dengan kemas tanpa air dan berminyak Pinggan mangkuk dan sudu yang sesuai digunakan Tidak menggunakan pinggan mangkuk daripada melamine Makanan perlu dilabel dengan kandungan kalori Kopi,Tehdan air kosong dilabel pada termos Susu rendah lemak dan gula disediakan secara berasingan Bilangan termos,susu rendah lemak dan gula disediakan adalah mencukupi untuk 4 orang Minuman dalam termos adalah panas dan tidak berbau Hanya 1 paket gula disediakan bagi setiap cawan minuman

HIDANGAN BUFET 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Menu yang dipesan adalah berdasarkan Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Air kosong yang disediakan bersih dan tiada berbau Makanan perlu disediakan 10 minit sebelum waktu makan Pinggan mangkuk dan sudu yang sesuai digunakan Tidak menggunakan pinggan dan mangkuk daripada mleamine Label kalori diletakkan bagi setiap jenis makanan Kopi,Teh dan Air kosongdilabelkan pada bekas air Susu rendah lemak dan gula disediakan secara berasingkan

HIDANGAN (DOME / VIP /VVIP) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.Air kosong yang disediakan bersih dan tiada bau yang tidak disenangi Makanan perlu disediakan 15 minit sebelum waktu makan Pingggan mangkuk dan sudu yang sesuai digunakan Tidak menggunakan pinggan mangkuk melamine Susu rendah lemak dan gula disediakan berasingan Kopi, Teh dan air kosong dilabel pada bekas air Satu kad menu yang mengandungi kalori bagi setiap makanan disediakan bagi setiap meja

Hidangan Bubur sup bebola ikan Bubur ayam Bubur daging Capati Kuetiau bandung Kuetiau Goreng Kuetiau sup Lontong Mee goreng Mee rebus Nasi goreng putih

Sukatan 1 mangkuk / 320g 1 mangkuk /500g 1 mangkuk / 500g 1 keping kecil / 80g 1 mangkuk / 320g 1 pinggan /150g 1 mangkuk / 320g 1 mangkuk / 270g 1 pinggan / 150g 1 mangkuk / 320g 1 pinggan / 150g

Kalori 220 190 190 230 400 310 180 250 250 220 250

Hidangan Ayam : Ayam goreng berempah Ayam goreng berempah Ayam masak halia Ayam masak kari Ayam masak kurma Ayam masak lemon Daging : Daging goreng cili Daging masak lada hitam Daging masak singgang Daging rendang

Sukatan

Kalori

1 ketul / 120g 1 ketul / 120g 1 ketul /120g 1 ketul / 120g 1 ketul / 120g 1 ketul / 120g 4 keping / 60g 4 keping / 60g 3 - 4 keping / 60g 3 - 4 keping / 60g

250 250 190 280 250 190

100 190 70 150

Hidangan Ikan : Ikan bakar asam Ikan cencaru masak cuka Ikan kembong masak kari Ikan kembong masak kicap Ikan kukus air asam Ikan masak masam manis Ikan pari masak asam pedas Ikan tenggiri masak lemak Sotong masak sambal Udang Masak sambal

Sukatan

Kalori

1 ekor / 120g 1 ekor / 120g 1 ekor / 120g 1 ekor / 120g 1 ekor / 120g 1 ekor / 120g 1 potong / 60g 1 potong / 60g 4 ketul / 50g 1 senduk / 50g

130 230 160 240 70 170 120 110 60 120

Hidangan Kekacang : Sambal tempe Tauhu masak sos tiram Tauhu masak cendawan Tauhu masam manis Tempe goreng cili Clay pot Tauhu lembut

Sukatan

Kalori

1 senduk kecil / 40g 1 senduk / 50g 1 senduk / 50g 1 senduk / 50g 1 senduk / 40g 1 senduk / 50g

100 70 70 50 80 40

Sekian, terima kasih

Terima Kasih

top related