organisasi kandungan kt

Post on 27-Jun-2015

1.496 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Organisasi Kandungan KT

TRANSCRIPT

ORGANISASI KANDUNGANKAJIAN TEMPATAN

Kandungan Kajian Tempatan ini mengandungi program pembelajaran untuk tiga tahun mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Kandungan mata pelajaran ini disusun mengikut tiga skop kandungan seperti berikut :

SKOP KANDUNGAN KANDUNGAN

Pertama Memahami rumah sebagai keperluan asas manusia serta kawasan persekitarannya

Kedua Mengenali negara kita dan sejarahnya

Ketiga Ekonomi dan kejayaan negara

Skop Kandungan Pertama

memahami rumah sebagai keperluan asas manusia serta kawasan persekitarannya menekankan interaksi murid dan masyarakat serta mengamalkan nilai-nilai hidup murni.

Skop Kandungan Kedua

Memberi pengenalan tentang negara kita dan sejarahnya supaya murid cinta dan bangga dengan persekitaran dan warisan sejarah negara.

Diberi pendedahan beberapa jenis iklim dan tumbuhan semula jadi di beberapa kawasan iklim dunia.

Skop Kandungan Ketiga

memberi pendedahan kepada murid tentang ekonomi dan kejayaan negara. Hal ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia serta pembangunan negara.

Bukankah itu satu susunan yang

rasional lagi wajar ?Apa pendapat anda?

BIDANG PEMBELAJARAN

TAHUN TEMA TEMA

TAHUN4

RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS

MANUSIA

PERIHAL KAWASANSETEMPAT

TAHUN5

MENGENALINEGARA KITA

SEJARAH NEGARA KITA

TAHUN6

EKONOMI NEGARA KEJAYAAN DANKEBANGGAAN

NEGARA

TEMA 1 : RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

OBJEKTIF : 1. Memahami sejarah dan jenis petempatan awal manusia2. Memahami faktor yang

mempengaruhi pembinaan rumah

3. Mengenali jenis rumah di Malaysia dan negara lain serta kepentingannya

4. Menghargai rumah sebagai tempat tinggal

TEMA / TOPIK HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

1. RUMAH SEBAGAI2. KEPERLUAN ASAS

MANUSIA 1.1Perkembangan Corak Petempatan Manusia

a.Sejarah awal petempatan manusia i. Persekitaran gua ii Kawasan lapang iii Pinggiran sungai atau tasik

1. Menyenaraikan corak

petempatan awal manusia

2. Menceritakan corak

petempatan awal manusia

3. Membandingkan dan

membezakan dua jenis

petempatan awal manusia

4. Menerangkan persekitaran gua ialah jenis petempatan awal yang sesuai

5. Menerangkan keperluan tinggal di kawasan lapang

6. Menceritakan kepentingan tinggal di pinggiran sungai atau tasik

Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat tinggal

Bersyukur dengan pembinaan rumah yang sempurna

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri

1. Membina model gua sebagai petempatan awal manusia daripada bahan terbuang

2. Membuat buku skrap tentang pelbagai jenis petempatan awal manusia

3. Melukis gambar sejarah awal petempatan manusia

4. Mengumpulkan gambar petempatan awal manusia dan menulis karangan pendek berkaitan gambar tersebut

Lajur Pertama Dalam lajur Tema/Topik,

disenaraikan topik utama dan subtopik-subtopik kepada topik utama tersebut. Bagi setiap subtopik, disenaraikan tajuk-tajuk kecil. Tema, topik dan subtopik ialah kandungan Sukatan Pelajaran. Bagi setiap subtajuk pula tercatat perincian huraian. Kedalaman dan keluasan skop sesuatu tema itu ditentukan oleh topik dan subtopik, tajuk serta perincian huraian.

TEMA / TOPIK

1.RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA 1.1Perkembangan Corak Petempatan Manusia

a.Sejarah awal petempatan manusia i. Persekitaran gua ii Kawasan lapang iii Pinggiran sungai atau

tasik

Lajur Kedua HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyenaraikan corak petempatan awal manusia

2. Menceritakan corak petempatan awal manusia

3. Membandingkan dan membezakan dua jenis petempatan awal manusia

4. Menerangkan persekitaran gua ialah jenis petempatan awal yang sesuai

5. Menerangkan keperluan tinggal di kawasan lapang

6. Menceritakan kepentingan tinggal di pinggiran sungai atau tasik

Hasil Pembelajaran bermaksud kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan HP dicatat secara spesifik,jelas dan tepat supaya mudah diukur objektif P & P

Lajur Ketiga UNSUR PATRIOTISME

Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat tinggal

Bersyukur dengan pembinaan rumah yang sempurna

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri

disenaraikan nilai murni masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. Aspek ini amat penting disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya murid akan dapat menghayati mesej yang disampaikan. Pemupukan unsur patriotisme ini boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara terancang. Penyataan semangat patriotik ini disenaraikan selaras dengan isi kandungan dalam lajur Tema / Topik dan Hasil Pembelajaran.

Lajur Keempat CONTOH AKTIVITI

1. Membina model gua sebagai petempatan awal manusia daripada bahan terbuang

2. Membuat buku skrap tentang pelbagai jenis petempatan awal manusia

3. Melukis gambar sejarah awal petempatan

manusia4. Mengumpulkan gambar

petempatan awal manusia dan menulis karangan pendek berkaitan gambar tersebut

Untuk memastikan murid mengetahui, memahami dan menguasai pelbagai kemahiran, lajur Contoh Aktiviti disediakan. Berpandukan contoh aktiviti tersebut, guru dapat mengelolakan pelajaran dengan lebih berkesan.

Contoh yang disediakan adalah berbentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.

Contoh : Muridmenyenaraikan…

…… Murid melakarkan

peta……… Murid

mencatat………………

top related