nota titas 1
Post on 01-Jul-2015
686 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tajuk 5
Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tokoh-tokoh Islam Cina India Jepun
1. Sinopsis
Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan
yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (
Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam,
isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara.
2. Hasil pembelajaran
Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan
dapat
1.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ).
1.2. Menilai dan membandingbeza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia.
3. Kerangka Tajuk
1
Tokoh Tamadun Islam dan
Tamadun Asia
Tokoh Tamadun Islam dan Tamadun
Asia
Tokoh Tamadun Islam dan
Tamadun Asia
Ibnu SinaAl-FarabieIbnu KhaldunAl-KhawarizmyHAMKAAl-BiruniAl-GhazaliSheikh Tahir JalaluddinIbnu HaithamIbnu BatutaA-Zarqali
Tokoh Tamadun CinaKung Fu TzeLao TzeLaksamana Cheng HoTokoh Tamadun IndiaMahatma GhandiSidhaharta Gautama BuddhaTokoh Tamadun JepunTokugawa IeyasuMaharaja Meiji
4. Tokoh-tokoh tamadun Islam
1.1. Ibnu Sina ( 1037M )
Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama
Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn
bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan
seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi
Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah
dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan
sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun.
Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran.
Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja".
Disamping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang
ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama
(ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun.
Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat
karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya
termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair,
teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang
pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang
lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang
pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di
himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang
dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut
termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
2
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau
adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara
dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester
sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan
bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah
persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu
empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam
setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan
lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya
tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-
nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas
pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan
usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan
yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus
dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini
belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang
srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara
urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut
hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta,
pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada
keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan
doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah
luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan
Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap
sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran
daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat,
diagnosis dan pembedahan.
3
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah
ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu
Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan
utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.
Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15
edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa
Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis ,
Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak
21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai
universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin
telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.
Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu
Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani
Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli
perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta
mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga
telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana
telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut
juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-
gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu
Sina yang luas.
Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja
Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya
adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith",
puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor
4
kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika
beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak
ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu
Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham
terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara
sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.
Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana
sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.
Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana
gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles
sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang
letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia
diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan
pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut
sebagai lembah-lembah."
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak
dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu
pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga
meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu
Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu
dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan
Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah
daripada :
1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences)
tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
5
3. Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4. Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang
kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de
Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang
sebab-sebab terjadinya huruf.
7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa
manusia.
8. Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,
Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari
Amerika (1981) melaporkan bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan Parsi
sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya
yang pelbagai .Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang dokto mungkin mengetahui
dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit
mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh
mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk
menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas
denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,
6
seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan ,
nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda
tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya ,
menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor
perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary
tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia
menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang
timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas
jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan
termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis
dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah
karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance".
Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah
pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-
universiti Eropah hingga ke abad 17 M.
Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan
428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari
kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai
"Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah
dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di
kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu
yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana
"zeninth" itu dimakamkan.
7
4.2 Al-Farabie
AL-FARABI (950M) TOKOH FALSAFAH
Digelar Aristotle kedua.
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli
falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-
Farabi.
Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq
Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam
Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi
semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah
mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.
( Ibnu As-Siraj )
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan
perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-
Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam
keadaan yang serba kekurangan.
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat
sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian
untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi
hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir
pada tahun 950M (339H).
Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang
zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau
merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal
pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai
pelbagai bahasa.
8
Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan
meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai
kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang
dikenali sebagai gambus.
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu,
malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan
yang mendalam dalam bidang perubatan,
sains, matematik, dan sejarah. Namun,
keterampilannya sebagai seorang ilmuwan
yang terulung lebih dalam bidang falsafah.
Bahkan kehebatannya dalam bidang ini
mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti
Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.
Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu
adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan
kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta
masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar
kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan
Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis
mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi
beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam
kehidupan manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya
daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi
seorang ahli falsafah yang sempurna.
9
Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk
diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen
tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi
kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini
beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli
falsafah.
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli
falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali
sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus
diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan
ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi
di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului
zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula
jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala
sifat semula jadi tersebut.
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung
dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu
falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya
" Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".
Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu
ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al
Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-
Nadim pada tahun 988M.
Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan
teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku
yang terpenting dalam bidang berkenaan.
10
Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun
kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah
memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan
di zamannya.
Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah
lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung
memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan
kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.
Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan
manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak
dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis
terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.
1.2. Ibnu Khaldun IBN KHALDUN (1406M)
PENGASAS ILMU MASYARAKAT ( Kemukakan teori
ekonomi Islam )
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-
Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-
Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya
berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah
menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah
dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah
Tunis pada waktu itu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam
pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan,
falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu
Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.
Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat
kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya.
Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan
11
dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam
karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti
keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation),
dan fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan
bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas
kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat
dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.
Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai
merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab
yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau
menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat
dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau
meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.
Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga
memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut
beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah
termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.
Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara
dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab
sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.
Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn
Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn
Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama
haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu
sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan
ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan
jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk
memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
12
Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.
Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama
masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam
proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh
perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat
perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar
masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh
orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic
growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini
dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga
buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal
daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.
Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)
dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa
nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses
pengeluaran.
"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk
mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk
mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.
Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji
atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada
masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu
sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti
buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan
asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan
oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.
13
Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga
antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua
harga itu
1.3. Al-Khawarizmy
PENGASAS ILMU ALGEBRA
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa
al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali
di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-
Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M
adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi
telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup
sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,
Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
PENDIDIKAN
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja
meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.
Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan
trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan
Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam
sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-
Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah
memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.
Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar
dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik
dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan
pada zaman sekarang.
14
PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-
karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.
Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sumbangan Al-
Khawarizmi Melalui Karya. Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh
persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang
sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo.
Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-
Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting
dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya
dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia
ini. Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi
dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut
terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah
beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero
Indorum.
2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai
bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia
mengenai algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
15
Ketokohan al-Khawarizmi
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-
Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.
Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi
kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah
memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang
masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah
‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan
pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya
yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian
persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga,
segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor
perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik
yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman
tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang
bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran
serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-
Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah
diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan
orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun
Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan
matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.
Peribadi al-Khawarizmi
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-
Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam
dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan
“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur….”
Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau
adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata….’ al-Khawarizmi
mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap apa yang
16
dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat
keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.
Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara
iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi
tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan
yang mengikut undang-undang Islam.
1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu
Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah
iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud
sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains
matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.
2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.
Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli
matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan
hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama
samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah
berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di
dalam sudut syariah.
3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu
dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai
murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini
adalah penemuan aljabar yang melambangkan
keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh
agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma
tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan
lagi pembinaan akhlak.
Cabang Matematika
Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-
Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik
17
dan lain-lain. GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan
yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan
utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi
bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti
sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang
berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak
zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir
kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana
Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad
ke9M. Algebra/aljabar merupakan nadi untuk matematik algebra. Karya Al-Khawarizmi
telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa
Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al
Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada
istilah aljabar.
1.4. HAMKA
Biografi Ulama (Prof. Dr. HAMKA)
HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama
sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau
adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia
yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17
Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat,
Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau
dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah
(tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun
1906.
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas
dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera
Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa
Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang
diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan
Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
18
Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing
Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada
tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di
Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah,
Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah
itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam,
Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari
tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai
Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi
meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai
negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti
filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan
kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan
pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad,
Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti
karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James,
Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka
juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta
seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur
dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli
pidato yang handal.
Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah.
Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat,
bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau
mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka
mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau
menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua
Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah,
menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali
pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.
19
Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat
Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali
melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya
meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah
Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota
partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha
kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan
gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua
Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi
dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya
diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun
1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia.
Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan
karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota
Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji
Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.
Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka
merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.
Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa
buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang
Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau
menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun
1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-
Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor
majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan
cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya
yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan
Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan
Kaabah dan Merantau ke Deli.
Hamka pern
20
top related