mpw1143 - bab 6 keunikan & keistimewaan tamadun islam

Post on 17-Jan-2017

219 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 6: KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam

• RabbaniTamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber, matlamat cara dan tujuan kehidupan manusia ditetapkan oleh Allah SWT. Walaupun perjalanan hidup manusia dalam membina sesebuah tamadun bersifat duniawi, tetapi matlamat akhirnya sama iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

• Sempurna Islam memberi panduan hidup yang menyeluruh dalam kehidupan manusia termasuklah undang-undang, aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah dan sesama manusia.Ciri kesempurnaan yg ada dlm tamadun Islam menjadikan Islam terunggul melebihi tamadaun2 lain.

• MenyeluruhTamadun Islam merangkumi semua aspek kepentingan manusia dgn menitikberatkan 3 bentuk hubungan; Pencipta, manusia & alam. Ia mengambilkira kebaikannya kpd seluruh manusia tanpa mengira umur, bangsa, jantina & tempat tinggal.

• UmumOleh kerana ciri umumnya, maka tamadun Islam sesuai untuk semua orang di setiap tempat dan masa.

• Tetap dan anjalSasaran dalam pembinaan tamadun tetap dan tidak berubah tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM• Sifat-sifat Tamadun Islam

• KesejagatanTamadun Islam dapat dilihat dan dikesan tanpa sempadan geografi. Ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ad-Deen.

• KeterbukaanTamadun Islam tidak terbatas kepada had tertentu. Ia menggalakkan penerusan unsur-unsur dalam tamadun lain selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

• Sepanjang zamanPerkembangannya bermula dari penurunan wahyu yg pertama dan tidak pernah berhenti.

• Tetap dan anjalSasaran dalam pembinaan tamadun tetap dan tidak berubah w/pun menerima perubahan masa, keadaan & tempat tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.

• Kesatuan dalam kepelbagaianAkidah berperanan menyatukan segala bentuk kemajuan yg dicapai oleh tamadun Islam, agar semuanya dinaungkan di bawah lembayung kekuasaan Pencipta yg maha berkuasa.

• Keseimbangan antara rohani dan jasmaniIslam tidak melihat kejayaan tamadun manusia dari sudut fizikal semata tetapi mengiktiraf dua entiti utama iaitu rohani dan jasmani. Kedua-duanya tidak pernah berpisah.

• Toleransi terhadap agama dan budaya lainTamadun Islam berkembang ke luar Semenanjung Tanah Arab dan diterima dgn. Mudah oleh masyarakat tempatan kerana Islam menjamin hak-hak masyarakat tempatan samada Islam atau bukan. Bagi yg baru memeluk Islam mereka dibenarkan mengamalkan budaya dan adat resam mereka selagi tidak bertentangan, manakala masyarakat yg bukan Islam, hak-hak kemanusiaan mereka terjaga dari sudut kebebasan beragama, berbudaya dan keselamatan.

Sumber tamadun Islam**Sumber Primer

1) Al-Quran• Al-Quran ialah nama terbitan daripada

kata kerja qa-ra’a, yaqra’u yg beerti bacaan. Ia juga disebut dgn al-Furqan, al-Kitab, Az-Zikr

• Dari sudut istilah ialah kalam Allah yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW dlm bahasa Arab yg disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadah.

• Al-Quran adalah hidayah Allah SWT kpd umat manusia. Ia merupakan mukjizat yg menyokong kerasulan Nabi Muhammad SAW dan merupakan perlembagaan kpd umat Islam yg menerangkan segala-galanya baik secara umum atau khusus.

• Penurunannya secara beransur-ansur dlm jangka masa 23 tahun, bermula dgn surah al-‘alaq ayat 1 – 5, berakhir dgn surah al-maidah ayat 3

• Al-Quran merupakan panduan & perlembagaan serta sumber ketamadunan yg paling lengkap. Di dalamnya terkandung segala dasar, prinsip, hukum & nilai bagi menegakkan ketamadunan manusia dari semua aspek; ekonomi, politik & sosial.

2) Al-Sunnah• Dari segi bahasa beerti jalan atau cara

baik yg terpuji atau tercela

• Menurut istilah ahli Usul as sunnah beerti segala sesuatu yg bersumber dari Rasulullah SAW baik dalam bentuk ucapan, perbuatan dan pengakuan.

• Antara peranan as-Sunnah;- menegaskan hukum yg ada di dlm al-Quran- menerangkan ayat al-Quran yg mujmal ( kurang jelas )- mengkhususkan ayat-ayat umum- mengeluarkan hukum yg tidak disebut oleh al-Quran

• Rasulullah sebagai ketua negara berperanan besar dlm mentafsir, menunjukcara & melaksanakan syariat Islam dlm kehidupan.

• Beliau menjadi contoh terunggul dlm pembinaan ketamadunan manusia dgn berasaskan aqidah, ibadah & akhlak baik dr segi politik, ekonomi & sosial.

** Sumber Sekunder1) Ijtihad

Usaha yg bersungguh-sungguh yg dilakukan oleh para ulamak utk menghasilkan suatu penetapan hukum syara’ yg berpandukan al-Quran & al-Sunnah

Qiyas- menyamakan peristiwa yg tiada hukum dgn peristiwa lain yg ada nas tentang hukumnya kerana persamaan illah- cth; minum arak adalah haram sebagaimana nas dlm al-Quran ( al-Maidah:90 ) kerana ia memabukkan, apa-apa minuman yg memabukkan adalah haram

top related