morfologi
Post on 17-Jun-2015
4.156 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
RAJA MOHD FAKIMI BIN RAJA MAHAMUD
2
MORFOLOGI
Morfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu :
morf = bentuklogos = ilmu
Ilmu yang mengkaji soal yang berhubung dengan :
- selok belok bentuk kata- kemungkinan adanya perubahan golongan kata ( fungsi gramatik )- kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata ( fungsi semantik )
3
MORFOLOGI
FOKUS KAJIAN
STRUKTUR KATASusunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna
BENTUK KATA Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan
PENGGOLONGAN KATAPenjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi /
Peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama
4
MORFEM
Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil
Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian
Tiada bentuk lain sebagai unsurnya
ditendang
di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang lebih kecil daripada bentuk di dan tendang
5
ALOMORF
meN +
baja membaja
tadbir mentadbir
asas mengasas
langgar melanggar
had mengehad
meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk lain ( morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat kehadiran fonem awal yang dilekatinya.
6
Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah, iaitu melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar.
Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti ini disebut alomorf, dan setiap unsur itu disebut morf.
Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak distingtif yang merupakan anggota daripada satu morfem.
Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang membedakan satu unit linguistik dengan unit linguistik yang lain.
7
CARA MENGENAL MORFEM
Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu
Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate Constituent ), iaitu :
Unsur yang secara langsung dapat membentuk suatu bentuk yang lebih besar
8
Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil daripadabentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya oleh penutur jati bahasa itu.
Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat
tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk satu tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan.
Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih wajar ialah panas.
9
Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut :
ke panas an
kepanasan
Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke….an dan panas
men jalan kan
menjalankan
10
JENIS MORFEM
Morfem Bebas
Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak memerlukan kata lain. Contoh :
ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan
Morfem Terikat
Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujudsebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
ber + jalan = berjalantulis + kan = tuliskanke + tulang + an = ketulangan
11
Morfem Dasar
Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih besar, iaitu kata terbitan. Contoh:
ber + buru = berburuburu ialah morfem dasar untuk kata berburu
ke + adil + an = keadilan adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan
Morfem Kecuali
Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang dilekatinya. Contoh:
mem + berangkat + kan berangkat + kan berangkat
Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali
12
Morfem Wajib
Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya berfungsi dalam ujaran. Contoh :
juang daya juangberjuangmemperjuangkanperjuangan
temu temu dugajanji temutemu janjibertemumenemukanmenemui
kesejukan kesejuksejukan
ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada
13
Morfem Tidak Wajib
Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi dalam ujaran. Contoh :
di dimakan
Morfem Tertutup
Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
yangdanbahawaberkepemimpinanberkesudahan
14
Morfem Terbuka
Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh :
kesudahan > berkesudahan pemimpin > kepemimpinanbanyak > kebanyakan bersih > kebersihanindah > keindahan
> memperindah
Morfem Unik
Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh :
kering kontangpucat lesimerah menjahang hitam legam
Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan denganunsur lain.
15
Morfem Intonasi
Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh :
Sudah bertunang ?Anda hendak makan ?
Morfem Terbahagi
ke + ada + an > keadaanmem + besar > membesarmem + besar + kan > membesarkanmem+ per + besar > memperbesarpe + pimpin > pemimpinke + pe + pimpin + an > kepemimpinanmeng + ubah > mengubahubah + kan > mengubahkan me + tunjuk +kan > menunjukkan
16
Morfem Kosong
Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk.Contoh :
deer deer = rusasheep sheep = kambing biri-birisaudara saudara
Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak.
Morfem Tunggal: morfem yang rediri daripada satu morfem. Contoh:
duduk, bangun, makan, minum, jatuh
Morfem Kompleks
Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contoh :temu duga, perjalanan, ketua polis negara
17
IMBUHAN
Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan pada unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan kata baharu yang terhasil itu.
Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu: posisi, keproduktifan, asal.
Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima, iaitu : awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan.
18
Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata.
ber + tambah > bertambahter + senyum > tersenyummem + bantu > membantupe + laksana > pelaksanaper + sada > persada
Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
lari + an > lariangemar + i > gemarisejuk + kan > sejukkanbutir + an > butiranawas + i > awasimandi + kan > mandikan
19
Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan di tengah kata akar atau kata dasar ( morfem dasar yang dimulai konsonan ) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
er + gigi > gerigiem + guruh > gemuruhel + gegar > gelegarin + sambung > berkesinambungan
Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar ( pengimbuhan serentak ) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
ke + aib + an > keaibanpe + laksana + an > pelaksanaanme + tunjuk + kan > menunjukkan me + wujud + kan > mewujudkanke + silap + an > kesilapan
20
Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh:
mem + per + lebar > memperlebarmem + per + indah > memperindahdi + per + luas > diperluas
Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran.
meN me + ledak > meledak, men + ternak > menternakmem + bawa > membawa, meng + galas > menggalas,menge + ram > mengeram
di di + jual > dijual, di + guna + kan > digunakan.
an lapis + an > lapisan, suku + an > sukuan.
21
Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain. Contoh :
el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi
Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu imbuhan asli dan imbuhan pinjaman.
Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah :
ber + rantai > berantaime + nanti > menantiter + cinta > tercintaper + tapa > pertapape + laris > pelarisdi + sunting > disuntinghangat + kan > hangatkanakhir + i > akhiried + gebuk > gedebukke + gelap + an > kegelapan
22
Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh :
hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin,muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah
Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain ( yang bukan bahasa penutur ) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada lingkungan bahasa asal.
budaya + wan > budayawanseni + man > senimankarya + wan > karyawanseni + wati > seniwatiharta + wan > hartawan derma + wan > dermawan
23
KATA
Kata mempunyai ciri yang berikut:
Satuan bebas yang paling kecil Dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis Mempunyai makna lengkap Dapat berdiri sendiri dalam ayat
Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa suku kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa fonem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
ber + ma + lam > 3 suku kataber > 3 fonem /b/, /e/, /r/ma > 2 fonem /m/, /a/lam > 3 fonem /i/, /a/, /m/bermalam > 8 fonem
24
Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
bermalam > 2 morfember + malam
kemalaman > 2 morfemke…an + malam
berkepemimpinan > 4 morfem ber, ke….an, pe +
pimpin Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa definisi kata berdasarkan kriteria :
- makna- fonologi ( tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna )- fungsi sebagai unsur minimum yang bebas
25
Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas.
Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar. Contoh :
temu > bertemujuang > pejuang, berjuangtawa > ketawaambil > ambilan, mengambilmain > bermain, mainanjabat > jabatan, pejabatbaca > membaca, bacaansandar > penyandar, bersandaralir > aliran
26
Berikut ialah contoh kata satuan bebas :
kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan, warganegara,
tanggungjawab, tamadun, ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan, kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu, kesinambungan,
toksid, abstrak, tekal, lestari, matra, citra, matahari, bulan,bintang,
dewa, raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik, menawan, buku,
almari, berkelah, menghadap, bertanya, pintu, belakang, hadapan,
pagar, rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api, alat tulis…
27
Berikut ialah contoh dua satuan bebas :
jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim,racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih
Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas :
dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling,walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang,biar, jika, jikalau
28
BENTUK KATA
Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada empat iaitu: kata dasar
kata berimbuhan kata berulang kata majmuk
Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata. Kata dasar mungkin berupa :
kata,pokok kata,frasa,kata + katakata + pokok kata,pokok kata + pokok kata
29
Contoh bentuk kata dasar :
Bentuk akar / dasar
Bentuk dasar
pakai
sudah
oleh
tua
pakaian
kesudahan
peroleh
ketua
ke tepi
anak tiri
berpakaian
berkesudahan
pemerolehan
pengetua
mengetepikan
dianaktirikan
30
Kata berimbuhan ialah kata yang mengalami perubahan bentuk akibat kehadiran imbuhan pada awal, tengah, atau akhir sama ada secara gabungan atau apitan. Contoh :
me + tarik > menarikel + getar > geletarmasak + kan > masakkanke + asli + an > keaslianMasak + an > masakan
31
KATA DASAR YANG MENERIMAIMBUHAN
AKAR
TUNGGAL
TERBITAN
MAJMUK
RANGKAI KATA
pertapaan
daratanpengeposan
keberkesanankeberuntungan
berdaya serapkeibubapaan
ketidaksempurnaanketidakmampuan
32
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya
Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu :
Kata ganda seluruh ( pengulangan dwilingga ). Contoh :
pohon-pohonkuda-kudakejadian-kejadiankegiatan-kegiatanfikiran-fikiranmata-matarama-rama
33
Kata ganda separa ( pengulangan dwipurwa ) Contoh :
tangga tetanggatamu tetamuluhur leluhurtirah tetirah
Kata ganda berirama. Contoh :
gerak-geriksayur-mayurbatu-batanlauk-pauk
34
Kata ganda berimbuhan ( pengulangan dwilingga berimbuhan ).
Contoh :
bermanja-manjatarik-menariktali-temalimelihat-lihat
35
MORFOFONEMIK
• Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang menghasilkan frasa.
• Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :
morfofonemik kata morfofonemik frasa
• Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem yang mewujudkan kata. Contoh :
me + tari = menarime + tulis = menulisme + sayang = menyayangme + suci = menyuci
36
• Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa.
•Contoh :
putito = telurmohutodu = busukputitaa mohutodu = telur busuk
KESIMPULAN
37
Morfologi ialah ilmu yang mengkaji soal yang ada hubungannya dengan selok belok bentuk kata, fungsi gramatik dan fungsi semantik.
Morfologi berbeda dengan leksikografi, etimologi dan sintaksis.
Morfem dapat dikenal pasti menerusi ciri tertentu. Antara jenis morfem ialah morfem bebas, terikat, dasar,
wajib, tidak wajib, terbuka, intonasi, dan kosong. Imbuhan terbahagi empat, iaitu awalan, sisipan, akhiran
dan apitan. Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata dasar, kata
berimbuhan, berulang dan majmuk.
top related