moral - tingkatan 2 - 1
Post on 31-May-2018
314 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
1/20
i
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii
KATA PENGANTAR iv
PENDAHULUAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3
PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUIPERKEMBANGAN MORAL
7
BIDANG PEMBELAJARAN 1 :Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
9
BIDANG PEMBELAJARAN 2 :Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
17
BIDANG PEMBELAJARAN 3 :Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
21
BIDANG PEMBELAJARAN 4 :Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme
25
BIDANG PEMBELAJARAN 5 :Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia
29
BIDANG PEMBELAJARAN 6 :Nilai Berkai tan Dengan Demokrasi
34
BIDANG PEMBELAJARAN 7 :Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian
39
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
2/20
ii
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
3/20
iii
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
4/20
iv
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
KATA PENGANT AR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yangbertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dansemangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, danmenyediakan murid menghadapi arus globalisasi sertaekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran danpembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolahaktivi ti mengikut kesesuai an murid. Huraian ini diharapdapat membantu guru merancang dan melaksanakanpengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktivi ti pengajaran dan pembelajaran,guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsurbernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiranbelajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumatdan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai,pembelajaran masteri, pembelajaran secarakontekstual, pembelajaran secara konstru ktivisme, danpembelajaran akse s kendi ri. Di samping itu, nilai murnidan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetapdiutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapatmemberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikandalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guruperlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kiraperkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkahlaku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukansecara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatanmurid secara aktif dalam suasana yang kondusif danmenggembirakan.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyakpihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab danuniversiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individuyang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangankepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya HuraianSukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
5/20
1
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidikmurid supaya menjadi insan yang bermoral atauberakhlak mulia dengan menekankan aspekperkembangan pemikiran moral, perasaan moral dantingkah l aku moral.
Pendidikan Moral di sekolah menengah memberitumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohaniandan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapatdalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum dinegara ini. Dengan itu, murid dapat membina satupanduan hidup yang membolehkan mereka menjadiinsan yang bermoral. Hal ini membolehkan merekamenjadi individu yang bertanggungjawab moral danso sial terhadap segala keputusan dan tindakan yangdilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagaipanduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh darisegi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu ialah :
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain.
berpegang teguh pada ajaran agama.
prihatin kepada alam sekitar.
mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.
bersemangat patriotik.
menghormati hak asasi manusia; dan
mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untukmerealisasikan semangat dan hasrat yang terkandungdalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan FalsafahPendidikan Kebangsaan.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Untuk membolehkan murid memahami, menghayatiserta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyaktujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dannilai-nilai moral disampaikan menerusi bidangpembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dankemanusiaan, bidang pembelajaran itu jugamenekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yangberikut :
i. Nilai berkai tan dengan Perkembangan Diri
ii. Nilai berkai tan dengan Kekeluargaan
iii. Nilai berkai tan dengan Alam Sekitar
iv. Nilai berkai tan dengan Patriotisme
v. Nilai berkai tan dengan Hak Asasi Manusia
vi. Nilai berkai tan dengan Demokrasi
vii. Nilai berkai tan dengan Keamanan dan
Keharmonian
Takrifan
Pendidikan
Moral
TujuhBidang
Pembelajaran
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
6/20
2
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruhyang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan.(Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yangpositif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitupemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantumurid memahami nilai-nilai moral, menerima danmenunjukkan komitmen terhadapnya, sertamengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga
dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang muridmencapai tahap kematangan m oral.
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialahyang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iai tupemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensiini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaranhati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa
gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidakbermoral. Program Pendidikan Moral ini tidakseharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nuraniyang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensimoral tersebut.
PEMIKIRAN
MORAL
PERASAAN
MORAL
TINDAKANMORAL
KESEDARAN
HATI NURANI
RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH
INSAN
BERAKHLAK
MULIA
Rangka
Konsepsi
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
7/20
3
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentukinsan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab danboleh menyumbang ke arah keharmonian danke stabilan negara serta masyarakat global.
Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid :
i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang
diperlukan untuk berakhlak mulia;
ii. menyedari dan menerima kepentingankeharmonian antara manusia dengan alamse kitar serta berusaha ke arahmengekalkannya;
iii. meningkatkan persefahaman dan kerjasamabagi mengekalkan keamanan dan keharmonian
hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;
iv. mengembangkan pemikiran dan perasaanmoral dalam membuat keputusan danmenyelesaikan masalah; dan
v. mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkahlaku yang bermoral secara adil dan altruistikselaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.
HURAIAN SUKATAN PELAJA RAN
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantuguru merancang aktiviti dan menghasilkan bahanpengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengantahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakanpenerangan untuk membantu guru melaksanakankurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah denganberkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang
pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandunganakademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktivitipembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilaidiperincikan mengikut tahun. Walaupun bidangpembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiaptahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isumoral atau kandungan yang dikemukakan semakinkompleks dan mendalam selaras dengan tahapkematangan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empatlajur utama, iaitu :
Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil Pembelajaran
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
MatlamatPendidikan
Moral
ObjektifPendidikan
Moral
Tujuan
Penerangan
Lajur
1
2
FormatEmpat
Lajur
3
4
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
8/20
4
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung
di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan
penerangannya yang dipetik daripada Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (Semakan).
Bagi setiap nilaidisediakan kandungan akademik yangdiolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap
kematangan murid bermula dari diri, keluarga,masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun
dengan jelas bermula dengan tema diikuti olehtajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran
yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi
memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perkembangan kurikulum dan prosespembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuanakademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikirsecara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadapse suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji danmemahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-ke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,murid dapat mentelaah dan mengkaji bahanpembelajaran secara lebih terperinci. Kandunganakademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasadan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandunganakademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dankemahiran dalam usaha mencapai matlamat PendidikanMoral.
Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataantentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang muriddijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran inidalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaiandengan kandungan akademik yang disampaikan.
5
Lajur
Nilai
LajurKandungan
Akademik
LajurHasil
Pembelajaran
6
7
1
2
3
4
5
6
7
8
8
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
9/20
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
10/20
6
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
TINGKATAN 2
BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Ber ka itan DenganPer kembangan Dir i
LAJUR NILAI
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Penerangan nilai :
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam danmematuhi segala suruhan Nya berlandaskan peganganagama masing-masing selaras dengan prinsip RukunNegara.
LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Tema : Percaya kewujudan Tuhan asas
kesejahteraan hidup
Taj uk pengajaran : Agama benteng hidup manusia
Huraian tajuk pengajaran :
Keperluan beragama dalam kehidupan manusia- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraan hidup
LAJUR HASIL PEMB ELAJARAN
Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
LAJ UR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN
i. Berbincang tentang kepentingan agama dalamkehidupan
ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalasbaik
ContohPersembahan
Laur
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
11/20
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
12/20
8
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N
P E N D I D I K A N M O R A L KBSM
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral,murid diberi kesempatan mencari dan memperolehsumber-sumber maklumat yang tepat melalui TeknologiMaklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web,e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktivitiseperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang danpemangkin kepada perkembangan minda murid. Selainitu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapatmembuat pertimbangan dengan mencari maklumat
yang positif dan mengelakkan mereka daripadamelayari laman-laman web yang berunsur negatif.
Kemahiran sosial memberi penekanan kepadakebolehan murid untuk berkomunikasi dengan oranglain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterimaoleh masyarakat dan pada masa yang samabermanfaat kepada di ri dan orang lain. Kemahiran
so sial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagaikaedah pengajaran.
KemahiranTeknologi
Maklumat
KemahiranSosial
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
13/20
NILAI BERKAITAN DENGANPERKEMBANGAN DIRI
BIDANG PEMBELAJARAN 1
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
14/20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
10
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
15/20
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
16/20
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
17/20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
13
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJA RAN
1.5 Hemah Tingg i
Beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia dalampergaulan seharian.
Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia
Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan
norma masyarakat
Tutur kata dan tingkah laku terpuji- Menghormati orang lain
- Berterima kasih atas pemberian Jauhi sikap negatif
- Angkuh- Mementingkan diri
Mengamalkan pertuturan dan
tingkah laku yang sesuai dengannorma masyarakat
Memerhati tingkah laku rakan di sekolah dan
menyenaraikan tingkah laku yang berhemah
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar
dan mengawal diri bagimengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihanfahamdemi kesejahteraan hidup.
Toleransi menjalin kemesraan
Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang
mesra
Toleransi dalamperhubungan- Anggota keluarga- Rakan sebaya- Warga sekolah- Masyarakat
Bertolak ansur dan mengawal diri
bagi menjaga hubungan yang baikdengan keluarga dan orang lain
i. Berkongsi pengalaman tentang sikapbertoleransi dalammenjaga hubunganyang baik dengan keluarga dan orang lain.
ii. Perbincangan tentang kesan jika sikapbertoleransi tidak diamalkan dalamkehidupan seharian.
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
18/20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
14
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJA RAN
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpabergantung kepada orang lain.
Ber dikar i membawa kejayaan
Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk
sikap berdikari
Keupayaan menyelesaikan masalah- Secara individu
- Secara kumpulan
Berkeupayaan menyelesaikan
masalah sendiri secara individu atauberkumpulan
i. Main peranan sebagai anak/murid yangberdikari dalammembuat kerja rumah/sekolah
ii. Menceritakan tentang anggota keluargayang berjaya atas hasil usaha sendiri
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuhdengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi danberdaya maju dalammelakukan
sesuatu perkara.
Rajin dan usaha tangga kejayaan
Kegigihan dalamkehidupan seharian
Usaha yang gigih menjamin kejayaan- Diri- Keluarga- Sekolah
Berusaha dengan gigih demikepentingan diri, keluarga dan
sekolah
i. Mengumpul dan membincangkankata-kata hikmah berkaitan tema
ii. Mewawancara atau kajian kes tentangindividu yang telah berjaya
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
19/20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
15
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJA RAN
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalamserta berkekalan yanglahir daripada hati yang ikhlas.
Kas ih sayang asas kesejahter aan hidup
Kasih dan sayang semua hidupan di dunia
Sayangi semua hidupan- Manusia- Fauna
- Flora
Menyayangi dan tidak
memusnahkan semua hidupandi dunia
i. Menghayati dan membincangkan lirik lagubertemakan kasih sayang
ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan
rekreasi dan membuat laporan
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah.
Keadilan menjamin kesejahteraan bersama
Keadilan membentuk budaya sekolah
Keadilan di sekolah tanggungjawab bersama- Hukuman dan ganjaran- Layanan antara murid- Kemudahan
Menerima dan mengamalkan prinsip
keadilan di sekolah
i. Menulis esei berkaitan dengan temaamalan keadilan di sekolah
ii. Main peranan- Pelaksanaan prinsip keadilan di
sekolah
-
8/14/2019 Moral - Tingkatan 2 - 1
20/20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
16
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJA RAN
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan danbukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar.
Sikap r asional membentuk pemikir an yang
matang
Pemikiran terbuka menjamin keputusan yangbijak
Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan
berdasarkan beberapa faktor sebelummembuat keputusan
- Bukti yang kukuh- Pengetahuan- Pengalaman
Membuat keputusan setelahmenimbangkan pelbagai faktor
i. Menyenaraikan kebaikan membuatkeputusan setelah menimbangkan
pelbagai faktor.
ii. Mengumpul keratan akhbar tentangkegiatan perlumbaan haram, rasuah,
penyalahgunaan dadah dan membuatanalisa akibat kegiatan tersebut.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan dan tindakansama ada dalampemikiran, pertuturan
atau perlakuan tanpa mengabaikankepentingan diri dan orang lain.
Hidup seder hana asas kes ejahteraanbersama
Sikap sederhana dalamhubungan
Keupayaan mengimbangi kepentingan diridan orang lain- Pergaulan- Membantu mengikut kemampuan diri
Mengambil tindakan dengan
mengambil kira kepentingan diri danorang lain
Melengkapkan senarai semak kendiri tentang
nilai kesederhanaan dalamhubungan denganorang lain.
top related