modulppg mte3107
Post on 13-Aug-2015
650 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
MODUL MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
MTE 3107
PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa Jun 2012
Cetakan Jun 2012 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
i
i
Kandungan ii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan vii
Agihan Tajuk viii
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 : Perancangan Pelajaran Matematik
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Tajuk
1.4 Kandungan
1.4.1 Semakan Kurikulum Matematik Sekolah Rendah 1.4.2 Menyediakan Skema Kerja Tahunan/ Semester dan Rancangan Pengajaran Harian 1.4.3 Pengurusan Bilik Darjah dan Komunikasi
1.4.4 Pengajaran Mikro dan Makro
1
1
2
2
2
3
13
15
KANDUNGAN MUKA SURAT
vi
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda
agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar
secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa
dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda.
Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda
menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini
anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan
hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda
kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru
(PPG).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:
vii
PENGENALAN Kursus MTE3107 iaitu Perancangan dan Pengajaran Matematik memberi
peluang kepada pelajar untuk merancang suatu pengajaran matematik yang
efektif. Pelajar diajar dan dibimbing untuk menggunakan kaedah dan teknik yang
sesuai dalam perancangan dengan menggunakan idea matematik yang relevan.
Selain itu, aplikasi teori pembelajaran matematik diberikan perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik.
Modul ini merangkumi semua tajuk iaitu Perancangan Pelajaran Matematik,
Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik, Teori Pembelajaran Matematik,
Pengetahuan Pengajaran Matematik dan Peningkatan Pembelajaran Matematik.
Tajuk yang pertama iaitu Merancang Pengajaran Matematik mendedahkan
pelajar kepada Kurikulum Matematik Sekolah Rendah serta memberi
pengetahuan bagaimana untuk menyediakan rancangan pengajaran tahunan
/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH). Modul ini juga menerangkan
secara ringkas tentang pengurusan dan komunikasi di dalam bilik darjah serta
pengajaran mikro dan makro. Tajuk kedua dalam modul ini ialah Teknik dan
Kaedah Pengajaran Matematik. Tajuk ini membincangkan bagaimana topik-topik
matematik sekolah rendah dapat diajar dengan berkesan menggunakan teknik
dan kaedah pengajaran yang berlainan.
Tajuk yang ketiga, Teori Pembelajaran Matematik merangkumi implikasi
Behaviorisme, Kognitivisme, Konstruktivisme dan pendekatan Humanistik dalam
pembelajaran matematik. Tajuk Pengetahuan Pengajaran Matematik pula
membincangkan secara ringkas tiga jenis pengetahuan matematik iaitu
maklumat berfakta, konsep dan algoritma. Penjelasan juga diberi tentang
‘melakukan matematik’ melalui penggunaan bahan, interaksi verbal dan
membuat konjektur. Tajuk terakhir merangkumi bagaimana pembelajaran
matematik dapat ditingkatkan dengan mengambilkira stail pembelajaran,
perbezaan individu, konteks sosial, penyelitan seni kreatif dalam matematik,
rekreasi matematik dan pembelajaran berasaskan projek.
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini.
Topik Kandungan Jam Interaksi
Jam
1 Perancangan Pelajaran Matematik Mengimbas kembali Kurikulum Matematik
Rendah Menyediakan skema kerja
o rancangan pengajaran tahunan/ semester/ mingguan dan harian
o format : komponennya o garis panduan
Pengurusan bilik darjah dan komunikasi Pengajaran mikro dan makro
2
9
2 Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik Induksi dan deduksi Penemuan dan penyiasatan Perbincangan dan penyoalan Kerja amali Ekspositori Laboratori Demonstrasi Pembelajaran koperatif dan kolaboratif Pendekatan berpusatkan murid, berpusatkan
guru dan berpusatkan media
2
12
3 Teori Pembelajaran Matematik Behaviorisme Kognitif dan konstruktivisme Pendekatan humanisme
2
9
4 Pengetahuan Pengajaran Matematik Maklumat berfakta Konsep Algoritma Melakukan Matematik (doing Mathematics)
2
6
5 Peningkatan Pembelajaran Matematik Stail pembelajaran dan perbezaan individu Konteks sosial pengajaran dan pembelajaran
Matematik Seni kreatif dalam Matematik
o cerita, puisi, muzik dan drama Rekreasi Matematik Pembelajaran berasaskan projek
2
9
Jumlah 10 45
AGIHAN TAJUK
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
TAJUK 1 PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK
1.1 SINOPSIS
Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang
pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk
merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga merancang
rancangan pengajaran harian dengan format yang betul. Pelajar juga akan
tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik yang berkesan dan
pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Pada akhir
modul ini pelajar perlu tahu membezakan pengajaran mikro dan makro.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah
(2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik
(3) menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul
(4) mengetahui kepentingan pengurusan bilik darjah dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan
(5) membezakan antara pengajaran mikro dan makro
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
TAJUK 2 TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK
2.1 SINOPSIS
Teknik dan kaedah pengajaran Matematik sentiasa berkembang dari
masa ke semasa. Dengan bertambahnya kajian saintifik terhadap
psikologi perkembangan kanak-kanak maka kaedah pengajaran dan
pembelajaran juga turut berlaku perkembangan. Tajuk ini akan
membincangkan beberapa strategi, kaedah dan teknik yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik peringkat sekolah
rendah.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: 1. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran
yang berpusatkan murid, guru dan media.
2. menghuraikan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.
3. membanding dan membeza kepelbagaian kaedah pengajaran seperti
kaedah penemuan dan kaedah penyiasatan.
4. menggunakan kaedah perbincangan dan penyoalan dalam proses
pembelajaran.
5. membanding dan membuat perbezaan antara kaedah kerja amali,
ekspositori, laboratori dan demonstrasi.
6. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran
seperti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
TAJUK 3 TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK
3.1 SINOPSIS
Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan
menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah.
Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata
pelajaran yang membosankan. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah
menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori
pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik
masa kini. Bab ini juga akan mengemukakan secara ringkas beberapa
teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan
matematik. Kita akan meninjau secara dasarnya teori behavioris,
konstruktivis dan humanistik agar kita dapat memanfaatkannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kita juga akan membincangkan implikasi
teori –teori pembelajaran terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
matematik dalam bilik darjah.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang
memperkukuhkan pengetahuan pedagogi.
2. Menghuraikan teori pembelajaran Behavioris, Kognitif, Konstruktivis
dan Humanistik .
3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman
operan dan implikasinya kepada pembelajaran ”programmed”.
4. Menganalisis teori Behavioris dan merumuskan implikasi teori
Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.
MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
TAJUK 4 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK
4.1 SINOPSIS
Menurut Taksonomi Bloom terdapat empat dimensi pengetahuan yang
perlu dikuasai oleh pelajar bagi membina pengetahuan daripada
konkrit kepada abstrak. Keempat-empat dimensi tersebut adalah
fakta, konsep, algoritma dan melakukan matematik. Maklumat
berfakta merujuk kepada keupayaan pelajar mengingati fakta seperti
definisi, teorem, hukum, simbol dan fakta asas pendaraban. Pelajar
tidak dapat melakukan matematik tanpa mengingati rumus dan fakta
seperti formula luas segitiga, perimeter ,penukaran unit dan
sebagainya. Oleh itu, fakta perlu dihafal untuk digunakan dengan
pantas. Keupayaan mengingat dan menghafal rumus dengan tepat
dan pantas akan menjimatkan masa dalam penyelesaian masalah.
Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengetahuan pengajaran
dan pembelajaran matematik dari padangan empat dimensi dan
menerapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat :
1. Menjelaskan jenis-jenis pengetahuan matematik
2. Pengajaran menggunakan pengetahuan matematik berdasarkan
maklumat berfakta dan konsep.
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
TAJUK 5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
5.1 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan perbezaan inidividu dalam pembelajaran
matematik dan kaedah peningkatan pembelajaran matematik. Dalam
membuat perancangan dan pengajaran matematik, guru harus
mengambil kira aspek perbezaan individu. Antara aspek-aspek
perbezaan individu yang memberi kesan ke atas pembelajaran
matematik adalah kebolehan matematik, kebolehan spatial, gaya (stail)
pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina
serta perbezaan etnik dan kebudayaan. Pembelajaran matematik boleh
ditingkatkan melalui seni kreatif seperti cerita, puisi, muzik dan drama,
permainan dan rekreasi matematik. Penggunaan kaedah Pembelajaran
Berasaskan Projek pula dapat menggalakkan pemikiran matematik
(mathematical thinking)
5.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dijangkakan akan dapat:
1. merancang pembelajaran matematik dengan mengambilkira aspek-
aspek perbezaan individu dan konteks sosial dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik.
2. meningkatkan pembelajaran matematik melalui seni kreatif, permainan
dan rekreasi matematik.
3. menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk
meningkatkan pemikiran matematik (mathematical thinking).
MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
RUJUKAN
Bobis, J., Mulligan, J. & Lowrie, T. (2004). Mathematics for children: challenging children to think mathematically. 2nd ed. New South Wales: Pearson Education Australia.
Booker, G., Bond, D., Sparrow, L. & Swan, P. (2004). Teaching primary mathematics. 3rd Ed. Malaysia: Pearson Prentice Hall.
Bottle, G. (2005). Teaching mathematics in the primary school. London: Continuum.
Cangelosi,J.S. (1996). Teaching mathematics in secondary and middle school: An interactive approach. (2nd ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice- Hall.
Cohen, A. L.. (1987). Early education : The school years. A source book for teachers. USA: P.C.P. Education series.
Cathcart, W.G., Pothier, Y.M., Vance, J.H. & Bezuk N.S. (2000). Learning mathematics in elementary and middle schools. 3rd Ed. London: Allyn and Bacon.
Downes, T. (1993). ‘Exploring reality using data handling’, in R. Idczak, L. Wilcock & T. Stutterd (eds), Chance and Data: Exploring Real Data. Mathematics curriculum and Teaching Curriculum Corporation, Carlton, Vic., pp3-7.
Freiberg, H. & Driscoll, A. (2005). Universal teaching strategies. 4th ed. Boston: Pearson.
Gan Teck Hock. (2003). Instructional games for basic skills in mathematics. Miri: IPG Sarawak.
Ho, B.T., Netto-Shek, J. & Chang, S.C. (2004). Managing project work in schools: Issues and innovative practices. Singapore: Pearson Prentice Hall.
Hollands, R. (1987). The development of mathematical skills. UK: Blackwell
Hopkins, C. (1999). Mathematics in the Primary School. USA: David Fulton.
PANEL PENULIS PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK)
NAMA KELAYAKAN
EN JALANI B. HUSSAIN Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan
Kelulusan: M.Mgt. ( Pengurusan ) UPM B.Sc (Matematik/Fizik) UTM Dip. Sains Serta Pendidikan UTM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik
EN JOHNSON A/L SAVARIMUTHU Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan
Kelulusan: M.Ed. ( Pendidikan Matematik) UPSI B.Ed. (Pendidikan Matematik) UPSI Dip. Perguruan (Pengajian Tamil) MPT Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik
CIK LENA A/P N.VIMALANANDAN Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.
Kelulusan: M.Ed. ( Pendidikan Matematik ) UM Dip. Pendidikan (Matematik/TESL) UM B.Sc. Hons ( Sains Makanan dan Pemakanan ) UKM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik
EN MUAZ B GHAZALIE Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan
Kelulusan: M.Ed. (Pendidikan Matematik ) UM B.Sc. Ed (Hons) UM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik
PN HJH ZAKIAH BT SALLEH Pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.
Kelulusan: M.Ed (Math. Edu.) UKM B.Sc.Hons (Education) UTM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik
top related