modul pd p reka bentuk dan teknologi thn 5 bhg 2
Post on 14-Apr-2017
812 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
57
5. Setelah permukaan kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang
ira kayu yang timbul selepas sapuan syelek yang pertama. Gosok semula dengan kertas
las dan dilakukan secara perlahan.
6. Sapuan syelek kedua dilakukan secara nipis dan dibiarkan kering. Setelah kering
sapuan terakhir dilakukan. Pastikan permukaan betul-betul kering sebelum melakukan
sapuan terakhir.
.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
58
7. Setelah selesai kerja-kerja kemasan, berus syelek hendaklah dibersihkan menggunakan
pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain.
Langkah kerja mengecat menggunakan cat licau
1. Sediakan cat alas untuk disapu pada permukaan. Cat alas untuk kayu biasanya berwarna
putih. Kacau cat licau sehingga larutan sebati. Jika cat terlalu pekat, campurkan turpentin
bagi mencairkannya.
INFO:- Lekar : Thinner Syelek : Spirit Metil Cat Licau : Turpentin
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
59
2. Pastikan permukaan yang hendak dicat itu bebas dari kotoran dan habuk
3. Mulakan proses mengecat cat licau pada bahagian permukaan luar. Gerakkan berus cat
secara terkawal dengan gerakan sederhana mengikut ira kayu.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
60
4. Biarkan cat alas itu kering sepenuhnya
5. Setelah cat alas kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang ira kayu
yang timbul selepas disapu cat alas. Gosokkan dilakukan secara perlahan.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
61
6. Sapukan cat licau yang telah dipilih
7. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, berus cat hendaklah dibersihkan menggunakan
pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain bagi mengelakkan berus
menjadi keras dan rosak dan seterusnya disimpan di tempat yang sesuai.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
62
Lampiran
Ujian Kendiri / Penilaian :
NAMA MURID : ____________________________________TAHUN :_____________
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
1. Syelek yang pekat boleh dicairkan dengan mencampurkan…..
A. Air
B. Minyak tanah
C. Sabun
D. Spirit Metil
2. Antara berikut yang manakah tujuan kemasan dilakukan ?
I Mencantikkan projek
II Menjadikan projek tahan lebih lama
III Menghilangkan kesan kecacatan kayu
IV Menambahkan saiz projek
A. I, II, dan III B. I, III, dan IV
C. I, II dan IV D. II, III dan IV
3. Kemasan untuk bahan logam ialah ________.
A. cat licau
B. syelek
C. tona kayu
D. varnish
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
63
4. Cat licau yang terlalu pekat boleh dicairkan dengan menggunakan ________________.
A. turpentin
B. thinner
C. spirit metil
D. air
5. Kesan calar pada permukaan kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan ________.
A. kertas las
B. pengikis
C. tepung penyumbat
D. cat licau 6. Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu?
A. Kertas minyak B. kertas las C. kertas mahjong. D. Kertas kaca
7. Pilih bahan yang digunakan dalam membuat kerja kemasan projek:
I Kertas las II Syelek III paku IV cat A. I,II dan III C. I,II dan IV B. II,III dan IV D. I,II,III dan IV
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
64
TAJUK 4.0 Penghasilan Projek
MASA 60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan
bukan logam dengan litar elektronik
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED), perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis. 4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:
1. menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik.
2. membaca litar skematik dan litar bergambar serta mengenal pasti setiap komponen elektronik
yang terdapat dalam litar.
RINGKASAN
Murid dapat mengenal pasti komponen elektronik serta boleh membaca litar skematik dan litar bergambar
KEMAHIRAN
1. Mengenal pasti komponen elektronik 2. Membaca litar skematik dan litar bergambar
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Keusahawanan: EK 4 – menggunakan idea teknologi untuk menghasilkan produk. Kreativiti – menggunakan sumber alternatif. Nilai murni – berhati-hati.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Komponen elektronik, litar skematik dan litar bergambar
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
65
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
1. Guru menunjukkan sebuah lampu suluh LED kepada murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh
LED dan komponen elektronik yang terdapat pada lampu suluh. 3. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh lain
peralatan yang menggunakan LED. (Contoh :
Lampu Isyarat, Lampu kereta, TV LED) Langkah 1 1. Guru menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen
elektronik .
2. Guru menunjuk cara membaca litar skematik dan litar
bergambar
Langkah 2 1. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti setiap
komponen elektronik pada litar skematik dan litar bergambar. 2. Murid membaca litar skematik dan litar bergambar dengan bimbingan guru Langkah 3 Guru menyemak lembaran kerja murid. Penutup Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid.
(Contoh : Kamu telah pun mengenal pasti 6 jenis komponen elektronik yang merangkumi nama, simbol dan fungsi) Penyenggaraan bengkel Sebelum murid meninggalkan bengkel, guru perlu memastikan
bengkel dalam keadaan kemas dan bersih.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru menyediakan lembaran kerja. (Sila rujuk lampiran)
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah menggunakan lampu suluh LED.
REFLEKSI
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
66
Maklumat Tambahan Guru. Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan : 1. Komponen Elektronik
Bil Nama Komponen Simbol Fungsi
1.
Diod pemancar cahaya (LED)
Memancarkan cahaya apabila ada arus mengalir
2.
Perintang tetap
Perintang boleh laras
Menghadkan aliran arus Mengawal arus elektrik mengikut nilai rintangan.
3.
Transistor
1. Menguatkan arus,
voltan dan kuasa 2. Bertindak sebagai
suis
4.
Buzer
Menukar arus elektrik kepada gelombang bunyi.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
67
5.
Suis togel
Digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar
Suis mikro
Suis tekan tutup
Suis tekan buka
6.
Kapasitor berkutub
Kapasitor tidak berkutub
Menyimpan dan membuang cas elektrik
Suis
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
68
Lampiran 1
NAMA MURID : _______________________________
Lembaran kerja komponen elektronik
Bil Bahan / Alatan Simbol Fungsi
1
Nama:....................................
......................................................
......................................................
......................................................
......................................................
2
Nama:.......................................
......................................................
......................................................
......................................................
3
Nama:.....................................
......................................................
......................................................
......................................................
4
Nama:.....................................
......................................................
......................................................
......................................................
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
69
5
Nama:....................................
......................................................
......................................................
......................................................
6
Nama:.......................................
......................................................
......................................................
......................................................
7
Nama:.....................................
......................................................
......................................................
......................................................
8
Nama:.....................................
......................................................
......................................................
......................................................
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
70
Lampiran 2
NAMA MURID : _______________________________
Lembaran kerja litar skematik
Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar skematik di bawah. 1.
…………………………………………..
7.
…………………………………………..
2.
…………………………………………..
8.
…………………………………………..
3.
…………………………………………..
9.
…………………………………………..
4.
…………………………………………..
10.
…………………………………………..
5.
…………………………………………..
11.
…………………………………………..
6.
…………………………………………..
12.
…………………………………………..
+ -
- +
C
B
E
C
B
E
9V
1
2
3
4
5 6
8
9
7
10
11
12
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
71
Lembaran kerja litar bergambar
Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar bergambar di bawah.
1. …………………………………………………
2. ………………………………………………….
3. ………………………………………………….
4. ………………………………………………….
5. ………………………………………………….
6. ………………………………………………….
1
2 3
4
5 6
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
72
TAJUK 4.0 Penghasilan Projek
MASA 60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek. 4.2.11 Menguji kefungsian projek 4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan betul
2. menguji kefungsian projek dengan beradab 3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan
cara yang betul
RINGKASAN
Murid dapat memasang litar elektronik, menguji kefungsian projek, membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan betul.
KEMAHIRAN
1. Menyambung litar elektronik dengan betul 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul 3. Menguji kefungsian projek dengan beradab 4. Membuat penyenggaraan alatan tangan bagi kerja bahan logam
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Keusahawanan : EK 4 - menilai perlaksanaaan projek. Kreativiti - boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan susulan. Nilai murni – berdikari dan bekerjasama.
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
1. Manual kerja 2. Bahan logam 3. Bahan bukan logam 4. Komponen elektronik 5. Alatan tangan
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
73
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi Guru bersoal jawab dengan murid sambil mengemukakan persoalan berkaitan hasil projek yang telah dijalankan. Guru bertanyakan kepada murid bagaimanakah projek tersebut dapat ditambah nilai bagi menambahkan kefungsian projek agar lebih menarik (boleh buat sergahan minda @ brainstorming) Langkah 1 Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap dibina. Satu daripada projek tersebut tanpa sambungan litar elektronik dan satu lagi projek yang lengkap dengan litar elektronik. Langkah 2
Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa membuat penyambungan litar elektronik. Perbincangan spontan: Murid di minta untuk memilih alat yang diperlukan dan mengapa. Langkah 3 Guru membimbing murid yang dipilih untuk menunjukkan langkah kerja membuat penyambungan litar elektronik pada bahagian badan projek. Murid lain memainkan peranan aktif dengan menghulur atau menyebut peralatan yang perlu. Langkah 4 Murid membuat penyambungan litar elektronik dengan pemantauan guru. Langkah 5 Guru menerangkan kaedah membuat pengujian litar elektronik dan kefungsian projek dengan berbantukan cartalir. Di peringkat ini, murid yang membina carta alir dengan bimbingan guru (rujuk carta alir pengujian litar projek) Langkah 6 Guru menunjukkan kaedah membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan. Murid akan melakukan semua penyenggaraan dan penyimpanan alat Penutup Guru membimbing pelajar untuk menyatakan langkah memasang terutama kekutupan bateri dan LED. Seterusnya membimbing pelajar untuk menyatakan langkah mengesan kerosakan pada penyambungan litar.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
74
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru menilai bahagian pemasangan litar elektronik berdasarkan senarai semak
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.
REFLEKSI
Maklumat Tambahan Guru. Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Kerja penyambungan litar projek Papan Tanda Elektronik yang akan dibuat oleh murid
melibatkan alatan tangan dan bahan penyambungan. 2. Alatan tangan yang digunakan ialah pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar
muncung tirus, pelucut wayar, pemotong sisi dan gerimit. 3. Bahan penyambungan yang digunakan ialah wayar teras tunggal, bongkah penyambung,
penyambung bateri, bateri dan pemegang bateri.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
75
ALATAN TANGAN:
Bil Alat tangan Kegunaan Bil Alat tangan Kegunaan
1.
Playar muncung tirus
Membentuk kaki komponen
4.
Pemotong sisi
Memotong wayar
2.
Pemutar skru Philip
Melonggarkan dan mengetat-kan skru mata bersilang atau berpangkah
5.
Pemutar skru mata rata
Melonggarkan dan mengetat-kan skru beralur lurus
3.
Pelucut wayar spring
Pelucut wayar mudah
Menanggal-kan penebat pada wayar
6.
Gerimit
Membuat lubang pandu bagi paku dan skru pada permukaan kayu yang lembut.
BAHAN PENYAMBUNGAN:
Bil Bahan Kegunaan
1.
Wayar teras tunggal
Membuat penyambungan litar
2.
Bongkah penyambung
Penyambung wayar komponen elektronik dalam pemasangan litar projek
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
76
3.
Penyambung bateri
Menyambung litar kepada bateri. Wayar berwarna merah adalah positif sementara wayar berwarna hitam adalah negatif.
4.
Bateri
Bateri membekalkan tenaga voltan.
5.
Pemegang bateri
Menempatkan bateri.
Penyambungan litar elektronik Projek logam yang telah siap akan ditambah nilai dengan memasang empat LED. Untuk ini, kita perlu membuat penyambungan litar elektronik. A. Litar skematik projek elektronik
+ +
NO NC
COM
3V
LED3 LED4 LED2 LED1+
-
1
2
1
2
1
2
1
2
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
77
B. Litar bergambar projek elektronik
C. Projek papan tanda elektronik pandangan di bahagian hadapan dan belakang
1 2
A K
LED1
1 2
A K
LED2
1 2
A K
LED3
1 2
A K
LED4
_
_
COM
NO
NC
_
+
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
78
Kerja Amali 1. Penyediaan projek papan tanda untuk pemasangan litar elektronik
i) Tebuk tapak lubang LED (A, B, C, D)
Gambar bahagian belakang
ii) Tebuk lubang untuk wayar pada suis mikro pada (E). Lekatkan suis mikro pada bahagian tersebut dengan menggunakan skru.
NONC
COM
(a) (b) (c)
Rajah: Suis mikro SPDT (a) Menunjukkan sambungan (b) Menunjukkan suis sebenar (c) Simbol
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
79
iii) Tebuk lubang dan masukkan suis togel SPST pada (F). Suis togel ini berfungsi sebagai suis kawalan utama.
iv) Lekatkan pemegang bateri pada bahagian belakang projek (G) dengan menggunakan glu.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
80
2. Pemasangan komponen elektronik pada projek papan tanda
i) Pasang LED pada bongkah penyambung melalui lubang A, B, C, D. Pastikan kaki LED disambung ke terminal yang betul iaitu semua kaki anod di (1) dan semua katod di (2) bungkah penyambung.
Gambar bahagian belakang
ii) Sambungkan semua wayar pada kaki LED (katod) kepunca negatif bateri.
iii) Sambungkan semua wayar anod (A dan B) ke suis mikro (NO). Sambungkan wayar anod C dan D ke terminal NC suis mikro. Sambung wayar positif bateri ke suis togel dan seterusnya disambungkan pada terminal COM suis mikro.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
81
iv) Projek yang telah siap
a. Bahagian hadapan projek
b. Bahagian belakang projek
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
82
3. Menguji kefungsian projek
A. Prosedur Menguji Kefungsian Projek Papan Tanda Elektronik
Mula
Gerakkan tetingkap ke
kiri
Apakah
LED1 atau LED2
menyala?
Periksa sambungan
LED1 atau LED2 yang
tidak menyala
TIDAK
YA
YA
Tamat
Gerakkan tetingkap ke
kanan
Apakah
LED3 atau LED4
menyala?
Periksa sambungan
LED3 atau LED4 yang
tidak menyala
TIDAK
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
83
B. Kaedah menguji litar elektronik Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kanan.
1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED1 dan LED2 mengikut litar
skematik.
2. Pastikan sambungan kekutuban LED1 dan LED2 betul iaitu punca anod disambung ke punca positif melalui NC dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative bateri.
3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan berikut:
i. sambungan skrew di bungkah penyambung. ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung. iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.
4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala
kemungkinan LED rosak atau bateri lemah. Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kiri
1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED3 dan LED4 mengikut litar
skematik. 2. Pastikan sambungan kekutuban LED3 dan LED4 betul iaitu punca anod disambung ke
punca positif melalui No dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative bateri.
3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan iaitu:
i. sambungan skrew di bungkah penyambung. ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung. iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.
4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala kemungkinan
LED rosak atau bateri lemah. Maklumat Tambahan Guru. Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : A. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan
1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu
disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
84
2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya: (a) Alatan tangan dalam keadaan baik (b) Sentiasa tersusun dan teratur (c) Mudah diambil apabila digunakan (d) Tahan lebih lama (e) Selamat apabila digunakan
3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara: (a) Membersihkan alatan tangan (b) Meminyakan alatan tangan (c) Menyimpan alatan tangan
4. Untuk menanggalkan kekotoran, kita harus menggunakan agen dan bahan pembersih
seperti yang berikut:
(a) Serbuk pencuci seperti sabun buku atau
cecair pencuci yang digunakan untuk membersihkan perkakas dan alatan.
(b) Kerosin dan turpentin yang digunakan untuk
menanggalkan kesan cat.
(c) Spirit metil yang digunakan untuk
menanggalkan kesan syelek.
(d) Kertas las yang digunakan untuk
menanggalkan kesan karat pada alatan tangan.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
85
B. Langkah Kerja menyelenggaraan dan menyimpanan peralatan Menyenggara gergaji puting
1. Gosok gergaji putting dengan kertas las untuk membuang karat
2. Bersihkan gergaji puting dengan kain
3. Sapu gergaji puting dengan minyak pelincir agar tidak berkarat
4. Simpan gergaji di rak alatan
Menyenggara pemotong sisi
1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus
yang sesuai.
2. Bersihkan pemotong sisi dengan kain atau
dengan berus.
3. Sapu pemotong sisi dengan sedikit minyak
pelincir bagi melindunginya daripada berkarat dan melincirkan bahagian yang bergerak.
4. Simpan pemotong sisi pada panel alatan
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
86
Menyenggara berus syelek
1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus
yang sesuai.
2. Rendam berus di dalam spirit metil untuk
menanggalkan lebihan syelek pada berus.
3. Cuci berus syelek dengan air sabun suam
kemudian bilas dengan air besih.
4. Keringkan dan simpan berus syelek di
tempat yang sesuai.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
87
Lampiran 1
NAMA MURID : __________________________________________________
NAMA PROJEK : Papan Tanda Elektronik
TEMA : Papan Tanda
Senarai semak penyambungan litar projek papan tanda elektronik
Semak penyambungan litar pada projek berdasarkan litar bergambar di atas .
Tandakan √ atau X pada ruangan yang disediakan.
1. Kekutuban komponen elektronik dipasang dengan betul
2. Penyambungan litar dipasang dengan betul dan kemas
3. Kaki komponen dibengkok dengan betul dan kemas
4. Apabila suis mikro ditekan LED3 dan LED4 akan menyala
5. Apabila suis mikro tidak ditekan LED1 dan LED2 akan menyala
Pencapaian:
Keputusan KOMPETEN BELUM KOMPETEN
Tarikh :
Nama & tandatangan Guru
1 2
A K
LED1
1 2
A K
LED2
1 2
A K
LED3
1 2
A K
LED4
_
_
COM
NO
NC
_
+
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
88
Lampiran 2
Ujian Kendiri/Penilaian :
NAMA MURID :______________________________________ TAHUN : _______________ A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Perkakas boleh juga menggunakan ____________________ untuk membersihkannya.
2. Kesan cat ditanggalkan dengan menggunakan ___________________________.
3. Kesan syelek boleh ditanggalkan dengan menggunakan _______________________.
4. Kesan karat pada alatan tangan boleh ditanggalkan dengan _____________________.
5. Perkakas dan alatan perlu ________________________ dari semasa ke semasa.
6. Untuk membuang habuk ________________________ boleh digunakan dari masa ke
semasa.
7. Kain juga boleh digunakan untuk ________________________ pemotong sisi.
8. Untuk melindungi peralatan dari ________________________ sapu sedikit minyak pelincir.
9. Cuci berus syelek dengan ________________________ sebelum dibilas dengan air besih.
10. Berus syelek perlu ________________________ dalam spirit metil untuk membersihkannya.
direndam kertas las spirit metil cecair pencuci Air sabun suam
karat turpentin
mencuci berus diselenggara
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
89
TAJUK 4.0 Penghasilan Projek
MASA 60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.13 Pengiraan kos bahan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membuat pengiraan kos bahan.
RINGKASAN
Murid dapat membuat pengiraan kos bahan.
KEMAHIRAN
Membuat pengiraan kos.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Keusahawanan: EK 3 - berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan - membuat kiraan anggaran kos dengan tepat Kreativiti - mendapat maklumat dari pelbagai sumber Nilai murni - kejujuran dan ketelusan
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
1. Bahan sebenar 2. Borang pengiraan kos bahan
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi Guru mengimbas kembali kerja amali yang telah dijalankan oleh murid. Guru mempamerkan semua projek untuk tatapan murid dan sesi soal jawab dijalankan. Guru bertanyakan kepada murid, berapakah harga projek yang dapat dinilaikan pada projek berkenaan. Murid cuba untuk membuat anggaran nilai harga. Seterusnya guru mengaitkannya jawapan murid dengan keperluan menyediakan pengiraan kos.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
90
Perkembangan Langkah 1 Guru menerangkan butiran yang perlu dilengkapkan dalam lajur-lajur yang terdapat pada borang tersebut. Langkah 2 Guru menerangkan contoh pengiraan kos dengan menggunakan peralatan TMK. Langkah 3 Guru mengedarkan borang penyediaan pengiraan kos projek. Murid berbincang didalam kumpulan bagi melengkapkan borang pengiraan kos. Guru membuat bimbingan kepada semua murid. Penutup Guru membuat rumusan keseluruhan mengenai pembelajaran hari ini. Guru memberi penghargaan kepada semua murid
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penilaian guru berdasarkan borang penyediaan pengiraan kos.
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
1. Murid pernah membeli barangan di kedai semasa di
sekolah dan di rumah. 2. Murid telah didedahkan dengan nilai mata wang dan
operasi tambah
REFLEKSI
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
91
Contoh format pengiraan kos bahan
i. Kos Bahan Projek Untuk Seunit
BIL
BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT
(RM) JUMLAH KOS
(RM)
1. Diod pemancar cahaya (LED) 4 0.40 1.60
2. Suis togel 1 0.40 0.40
3. Pemegang bateri 1 1.00 1.00
4. Bateri 1.5V DC 2 1.00 2.00
5. Wayar teras tunggal 1 meter 0.50 0.50
6. Suis mikro 1 1.50 1.50
7. Kayu beroti (10mm X 20mm) 1 meter 1.50 1.50
8. Papan lapis (35mm X 150mm X 250mm)
1 0.50 0.50
9. Glu sentuh 1 1.00 1.00
10. Tali 30 cm 0.30 0.30
11. Mounting board (200mm X 100mm)
1 0.50 0.50
12. Kepingan zink nipis (100mm X 90mm)
1 1.00 1.00
13. Kepingan aluminium berbentuk ‘U’ (12mm X 12mm X 12mm) panjang 200mm
2 0.50 1.00
14. Bongkah penyambung 1 1.00 1.00
15. Skru (20mm) 6 0.10 0.60
16. Cat licau (250ml) 1 0.50 0.50
17. Kertas las 1 kpg 0.50 0.50
18. Pencangkuk kecil 2 0.20 0.40
19. Paku panel 10 grm 0.20 0.20
Jumlah
16.00
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
92
Ujian Kendiri/Penilaian :
NAMA MURID :_______________________________ TAHUN : _______________
NAMA PROJEK :________________________________
i. Kos Bahan Projek Untuk Seunit
Pencapaian:
Keputusan KOMPETEN BELUM KOMPETEN
Tarikh :
Nama & tandatangan
Guru
BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT
(RM) JUMLAH KOS
(RM)
Jumlah
0
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TEKNOLOGI PERTANIAN
TAHUN 5
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
95
TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN
MASA 60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN 5.1 Menanam benih dalam bekas
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik. 2. Memberi maksud setiap ciri tersebut dengan ringkas. 3. Memilih biji benih yang baik dengan betul.
RINGKASAN
Guru dan murid membincangkan ciri-ciri biji benih yang baik berdasarkan tayangan Power Point dan spesimen sebenar. Murid-murid menerangkan setiap ciri biji benih dengan ringkas. Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik, kemudian murid memilih biji benih dengan bimbingan guru.
KEMAHIRAN
1. Mengenal pasti ciri-ciri biji benih yang baik. 2. Memilih biji benih yang baik.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Keusahawanan : EK 2 - Daya kreativiti dan inovasi (pemilihan idea terbaik). 2. Kreativiti : Pemilihan idea terbaik dan rasional. 3. Nilai murni : Kerjasama, yakin, tekun dan sabar
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Spesimen sebenar, bekas plastik, Power Point, Lembaran kerja
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
96
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih. Guru menyoal murid mengenai spesimen yang mereka lihat seperti contoh berikut :
a. Apakah yang anda lihat ini? Jawapan: Biji benih
b. Dari manakah biji benih diperolehi?
Jawapan: Tanaman
c. Apakah kegunaan biji benih? Jawapan: Sebagai bahan penanaman
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini. Langkah 1
Gur Guru menerangkan ciri-ciri biji benih yang baik dengan bantuan Power Point.(Lampiran 1) Langkah 2 Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih yang baik dan yang rosak. Langkah 3 Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik. Guru meminta murid memilih biji benih yang baik secara berkumpulan. Langkah 4 Murid menjawab lembaran kerja.(Lampiran 2) Penutup Guru meminta murid menyatakan aktiviti yang telah mereka lakukan. Guru memberi penghargaan kepada semua murid.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Murid dinilai melalui aktiviti memilih biji benih yang baik
dengan betul. 2. Lembaran kerja.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat biji benih di rumah atau di pasaran
REFLEKSI
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
97
Maklumat Rujukan
1. Ciri-ciri biji benih yang baik :
Baka yang tulen.
Cukup matang.
Bernas.
Bentuk normal.
Bebas dari serangan serangga.
Sihat iaitu tidak berpenyakit.
Peratus percambahan yang tinggi.
Sempurna iaitu tidak retak, pecah, rosak atau cedera.
Ciri lain seperti keseragaman, kepadatan biji benih, saiz, warna dan rupa keseluruhannya adalah baik.
2. Kelebihan menggunakan biji benih yang baik :
Menjimatkan kos penyelenggaraan dengan menggunakan biji benih yang mempunyai peratus percambahan yang tinggi. Ini akan mengurangkan kos penyulaman (penanaman semula).
Memberi hasil yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerana produk yang dihasilkan memenuhi cita rasa pelanggan atau pengguna.
Kurang penggunaan racun perosak dengan menggunakan benih yang ada rintangan serangan penyakit.
Memberi pulangan hasil yang tinggi. 3. Memilih Biji Benih Memilih biji benih yang baik secara manual
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
98
Lampiran 1
BIJI BENIH
CIRI-CIRI YANG BAIK
BERNAS
Biji benih berisi penuh.
BERBENTUK NORMAL
Berbentuk seperti asal biji benih
tersebut.
CUKUP MATANG
Cukup tua.
TIDAK DISERANG PEROSAK
Sihat dan tidak berkulat.
Tidak berlubang atau pecah.
Tidak cacat.
CONTOH BIJI BENIH YANG ROSAK
BerlubangBerkulatPecah
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
99
Lampiran 2 LEMBARAN KERJA
1. Tuliskan secara ringkas mengenai biji benih dalam gambarajah di bawah:
___________________________________
___________________________________
2.
1. Cukup matang
2. Bernas
3. Kecut
4. Berbentuk normal
5. Bebas serangan serangga perosak
6. Saiz tidak normal
Jadual A
Jadual A di atas adalah sifat-sifat biji benih. Pilih dan catatkan sifat biji benih yang baik pada ruangan di bawah. a. …………………………………………………………
b. ………………………………………………………… c. ………………………………………………………… d. …………………………………………………………
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
100
Contoh Jawapan 1. Biji benih ini telah rosak kerana diserang oleh serangga 2. a. Cukup matang b. Bernas
c. Berbentuk normal d. Bebas serangan serangga perosak
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
101
TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN
MASA 60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN
5.1 Menanam benih dalam bekas
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram. 5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram. 5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat. 5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai. 5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menama dan menerangkan fungsi alatan. 2. Mengenal pasti medium semaian. 3. Mengisi medium semaian dalam bekas mengikut prosedur.
RINGKASAN
Guru akan menerangkan kepada murid berkenaan alatan tangan, fungsi alatan, medium semaian dan cara mengisi medium semaian ke dalam bekas yang sesuai.
KEMAHIRAN
1. Mengenal pasti alatan tangan dan kegunaannya. 2. Mengenal pasti beberapa medium semaian. 3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas.
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
1. Bahan: biji benih, medium semaian, batu kerikil dan serpihan
pasu 2. Alatan: sudip tangan, bekas semaian dan lain-lain
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
102
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi Guru memegang alatan sebenar, contohnya sudip tangan dan meminta murid memberikan nama serta kegunaannya. Langkah 1 Berdasarkan jawapan murid, guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran iaitu nama alatan dan fungsinya. Selepas memberi penerangan, guru akan memberi soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk menguji kefahaman murid.
Langkah 2 Guru menunjukkan beberapa medium semaian kepada murid, seterusnya memberi penerangan tentang medium tersebut seperti sifat fizikalnya. Guru menyoal murid berkenaan medium semaian sebagai pengukuhan. Langkah 3 Guru membuat tunjukcara penyediaan bekas semaian dan pengisian medium semaian. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan (4 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan akan menyediakan bekas semaian dan mengisi medium mengikut prosedur. Penutup Guru membuat rumusan isi penting pengajaran dan memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penilaian secara lisan dilakukan pada akhir topik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, manakala kerja amali akan dinilai semasa dan di akhir amali.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat anak benih di tapak semaian.
REFLEKSI
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
103
Maklumat Tambahan Guru: 1. Alatan tangan yang diperlukan untuk menanam benih dalam bekas:
a. Sudip tangan. b. Serampang tangan. c. Penyiram. d. Pungkis.
(Rujuk Lampiran 1) 2. Jenis-jenis medium semaian:
a. Medium campuran. b. Peat moss. c. Cocoa peat.
(Rujuk Lampiran 2) 3. Jenis-jenis bekas semaian:
a. Kotak kayu. b. Kotak plastik. c. Seed tray (dulang semaian). d. Tayar terpakai dll.
(Rujuk Lampiran 3) 4. Penyediaan bekas semaian dan cara mengisi bekas semaian. (Rujuk Lampiran 4)
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
104
Lampiran 1 Maklumat Rujukan
Alatan Tangan
BIL ALATAN FUNGSI
1
Sudip tangan
Digunakan untuk mengubah anak benih.
2
Serampang tangan
Digunakan untuk menggembur tanah.
3
Penyiram
Digunakan untuk menyiram anak pokok.
4
Pungkis
Digunakan untuk mengangkut bahan.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
105
Lampiran 2
Jenis Medium Semaian
a. Medium campuran b. Peat most c. Cocoa peat
2 bahagian : tanah peroi
1 bahagian: bahan organik
1 bahagian: pasir
Tanah gambut yang diimport dari luar negeri yang
telah dibasmi kuman.
Sabut kelapa yang telah diproses menjadi serbuk
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
106
Lampiran 3
Jenis-Jenis Bekas Semaian
Bekas semaian kayu Bekas semaian plastik
Seed tray Tayar terpakai
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
107
Lampiran 4
Penyediaan Bekas Semaian 1. Memilih dan membersih bekas semaian. 2. Menutup lubang saliran dengan bahan yang sesuai bagi mengelakkan medium semaian mengalir keluar semasa menyiram. 3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas sehingga 2 – 3 cm dari permukaan bekas atau mengikut kesesuaian bekas. 4. Meratakan permukaan medium atau membuat alur penanaman bagi biji benih halus / membuat lubang untuk menyemai biji benih kasar. Langkah Menyedia Bekas Semaian
1.
Memilih bekas semaian yang sesuai iaitu bersih dan mempunyai lubang saliran.
2.
Menutup lubang saliran dengan bahan yang sesuai seperti serpihan pasu, batu kerikil, jaring nyamuk dan lain-lain.
33
3.
Mengisi medium semaian ke dalam bekas semaian sehingga 2 – 3 cm dari permukaan bekas atau mengikut kesesuaian bekas.
4. Membuat alur atau lubang untuk menanam biji benih.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
108
Langkah Kerja/ Amali: Langkah 1: a. Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persediaan bekas dan mengisi bekas semaian. b. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. c. Seorang ketua dilantik bagi setiap kumpulan. d. Ketua kumpulan diarahkan mengambil alatan dan bahan. Langkah 2: a. Murid menyediakan bekas semaian. b. Murid mengisi medium ke dalam bekas. Langkah 3: a. Guru memantau dan membimbing kerja amali murid serta memberi komen. b. Murid memberi komen akan hasil kerja amali mereka. c. Guru membuat rumusan akhir. Contoh soalan lisan : 1. Namakan dan nyatakan fungsi alat ini ? 2. Namakan medium semaian ini? Kriteria pemerhatian amali penyediaan bekas dan mengisi medium: 1. Kebersihan bekas semaian. 2. Prosedur mengisi. 3. Kepadatan medium dalam bekas semaian.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
109
TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian
MASA 60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN 5.1 Menanam benih dalam bekas
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul. 5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal makhluk perosak.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul. 2. Menyatakan aktiviti penjagaan semaian yang perlu dilakukan dengan betul.
RINGKASAN
Murid menjalankan kerja amali penyemaian biji benih halus atau biji benih kasar mengikut kaedah yang betul. Pengetahuan tentang penjagaan semaian didedahkan kepada murid supaya mereka dapat menjalankannya mengikut keperluan semasa.
KEMAHIRAN
1. Melakukan kerja menyemai biji benih halus atau biji benih kasar. 2. Mengenal pasti aktiviti penjagaan semaian.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Keusahawanan : EK 3 – Berorientasikan pencapaian, tahu matlamat dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. 2. Nilai murni: Bekerjasama, bersungguh-sungguh, cermat dan berhati-hati.
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Bahan: biji benih Alatan: bekas semaian dan penyiram
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
110
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan bertanyakan beberapa soalan seperti : a. Apakah yang telah kamu lakukan semasa mempelajari
mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi pada minggu lepas?
b. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup sebelum mengisi medium? Langkah 1 Guru menunjukkan kepada murid bekas semaian bersama medium semaian yang telah disediakan untuk menyemai biji benih. Langkah 2 Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih mengikut langkah yang betul. Langkah 3 Murid menjalankan kerja amali menyemai biji benih. Langkah 4 Guru menerangkan tentang kerja penjagaan yang perlu dilakukan terhadap semaian tersebut. Guru melakukan tunjukcara dan murid diminta melaksanakan secara bersama. Penutup: Guru menerangkan kepada murid bahawa penjagaan perlu dilakukan mengikut keperluan semasa dan meminta murid melakukannya.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Murid diminta menyusun langkah menyemai biji benih
mengikut urutan.(Lampiran 1) 2. Murid juga ditanya secara lisan. Apakah kerja penjagaan
yang perlu dilakukan terhadap semaian?
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah menjalankan amali menyediakan bekas semaian pada pembelajaran yang lepas.
REFLEKSI
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
111
Maklumat Tambahan Guru. Menyemai Biji Benih a. Menyemai biji benih kasar
- Menanam biji benih sedalam lebih kurang 2 – 3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih tersebut.
- Jarak penanaman di antara biji benih ialah 3 cm / mengikut kesesuaian. - Biji benih yang ditanam terlalu cetek akan cepat kering manakala sukar untuk
bercambah jika terlalu dalam. - Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis. - Menyiram dan meletakkan di tempat teduh.
b. Menyemai biji benih halus
- Membuat alur sedalam 1 cm pada medium semaian. - Menggaul biji benih dengan pasir halus ( 1 bahagian biji benih : 10 bahagian pasir halus)
supaya taburan sekata. - Menyemai secara tabur terus atau tabur ke dalam alur. - Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis. - Menyiram dan memberi teduhan.
c. Penjagaan semaian i. Menyiram Dilakukan dua kali sehari mengikut keperluan dengan menggunakan penyiram muncung halus. ii. Merumput Dilakukan secara manual (mencabut dengan tangan). Tujuan: Mengelakkan anak benih bersaing dengan rumpai untuk mendapatkan cahaya dan nutrien serta mengelakkan menjadi sarang kepada perosak. iii. Mengawal perosak Dapat mengelakkan anak benih daripada rosak dan berpenyakit. Dilakukan secara mekanikal iaitu memungut dengan tangan, menggunakan perangkap atau menggunakan jaring.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
112
Maklumat Rujukan
Langkah Menyemai Biji Benih
1. Menggaul biji benih halus dengan pasir
dengan nibah 1 : 10 ATAU menyediakan biji benih untuk menyemai.
2. Menyemai biji benih halus secara tabur
terus atau menabur ke dalam alur / menyemai biji benih kasar ke dalam lubang menanam.
3. Menimbus biji benih dengn lapisan
medium yang nipis.
4. Menyiram dan meletakkan di tempat
teduh.
5. Melakukan tunjukcara dan menerangkan
tentang penjagaan semaian seperti menyiram, merumput dan mengawal perosak.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
113
Langkah Kerja/ Amali : Langkah 1: Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persedian biji benih, menyemai biji benih dan penjagaan semaian. Langkah 2:
a. Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih iaitu :-
i. Biji benih halus - Menggaul 1 bahagian biji benih dengan 10 bahagian pasir halus. - Menyemai secara tabur terus atau ke dalam alur. ii. Biji benih kasar
- Menyemai terus ke dalam lubang penanaman sedalam 2 – 3 kali ganda garis pusat biji benih.
b. Murid menyemai sama ada biji benih kasar atau biji benih halus. Langkah 3:
Guru menerangkan langkah-langkah penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal perosak.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
114
Lampiran 1
Ujian Kendiri / Penilaian : Murid menyusun langkah-langkah kerja menanam biji benih dalam bekas menggunakan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. NAMA MURID : ____________________________ TARIKH: _____________ TAHUN : ____________ LEMBARAN KERJA LANGKAH MENANAM BIJI BENIH DALAM BEKAS Arahan: Susun langkah menyemai benih dalam bekas mengikut urutan dengan menulis 1, 2, 3, 4, 5, 6 pada ruang yang disediakan di bawah ini:
Langkah-langkah Urutan
Membuat alur / lubang menyemai.
Memilih bekas.
Mengisi medium.
Menutup lubang saliran.
Menyiram.
Menyemai biji benih.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
115
Contoh Jawapan
Langkah-langkah Urutan
Membuat alur / lubang menyemai. 4
Memilih bekas. 1
Mengisi medium. 3
Menutup lubang saliran. 2
Menyiram. 6
Menyemai biji benih. 5
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
116
TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN
MASA 60 Minit (2 Waktu)
STANDARD KANDUNGAN
5.1 Menanam benih dalam bekas
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai. 5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut prosedur. 5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput, menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyediakan medium penanaman. 2. Memasukkan medium ke dalam bekas penanaman. 3. Mengubah anak benih dari bekas semaian ke bekas tanaman. 4. Menjalankan penjagaan tanaman.
RINGKASAN
Guru dan murid membincangkan contoh medium dan bekas penanaman. Murid diberi pendedahan ciri-ciri anak benih yang baik. Guru menunjukkan cara menyediakan bekas penanaman, cara memasukkan medium penanaman ke dalam bekas dan cara mengubah anak benih. Akhir sekali, guru menerangkan penjagaan tanaman dalam bekas.
KEMAHIRAN
1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium
tanaman. 2. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman. 3. Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Keusahawanan :
EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea.
2. Kreativiti : Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul.
3. Nilai-nilai murni : Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh
4. Pendidikan alam sekitar : Kitar semula dan kebersihan
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
117
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
1. Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram 2. Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman 3. Gambar (rujuk lampiran 1,2,3 dan 4)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi (bahan rujukan: Lampiran 1) Guru menunjukkan 2 gambar anak benih dalam seed tray dan gambar anak benih di dalam takung. Kemudian guru menyoal murid. Apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam gambar tersebut ? Guru merumuskan jawapan yang diberikan oleh murid tentang perlunya anak benih diubah ke bekas tanaman untuk tumbesaran yang baik.
Langkah 1 Guru menunjukkan pelbagai jenis bekas tanaman seperti pasu plastik, pasu tanah liat, beg politena dan bekas kitar semula. Guru menunjukkan contoh medium tanaman.
Langkah 2 Guru menunjukkan cara-cara memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 2) Guru menunjukkan cara mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman. ( Bahan rujukan: Lampiran 3 ) Guru menerangkan penjagaan yang perlu dilakukan bagi anak benih yang telah diubah ke dalam bekas tanaman. ( Bahan rujukan: Lampiran 4 )
Langkah 3
a. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan ( 4 orang dalam satu kumpulan) b. Murid diminta memilih satu jenis bekas tanaman yang sesuai. c. Berpandukan lampiran yang diberi, murid dikehendaki
memasukkan medium ke dalam bekas tanaman. d. Berpandukan lampiran yang diberi murid memilih anak benih
yang sihat bagi penanaman dalam bekas. e. Murid mengubah anak benih yang telah dipilih ke dalam bekas tanaman.
Penutup: Guru merumuskan tentang perlunya mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
118
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru menyoal murid secara lisan. ( Bahan rujukan: Lampiran 5 )
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid telah belajar mengenai medium semaian dan cara menyemai biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5 dan 5.1.7 Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama alatan tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran 5.1.2
REFLEKSI
Maklumat Tambahan Guru
1. Jenis-jenis bekas tanaman dan kaedah penyediaan. 2. Kaedah mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman. 3. Langkah mengubah anak benih. 4. Aktiviti penjagaan tanaman.
Maklumat Rujukan ( Lampiran 1 hingga Lampiran 4 )
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
119
Lampiran 1
Anak benih dalam pelbagai bekas semaian yang sedia untuk diubah.
Sila lawati laman web http://theseedsite.co.uk/seedlings2b.html untuk melihat pelbagai anak benih yang sesuai untuk diubah. Pada kebiasaannya, anak benih yang sedia untuk diubah telah mengeluarkan 3 hingga 5 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan tidak diserang oleh serangga.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
120
Lampiran 2
Pelbagai Bekas Tanaman dan Cara Penyediaan
BIL Bekas Tanaman Penyediaan
1
Pasu plastik
Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah:
a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. c. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.
2
Pasu tanah liat
Pasu Baru 1. Perlu direndam semalaman. 2. Tutup lubang saliran dengan salah
satu daripada bahan di bawah: a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. c. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai. Pasu lama perlu diberus dengan sabun dan dibilas bersih sebelum digunakan semula.
3
Pasu dari tayar terbuang
1. Dibersihkan dengan air dan diberus. 2. Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah:
a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. c. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.
4
Kotak tanaman daripada kayu
Jika kotor, perlu dibersihkan dengan air dan diberus.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
121
5
Kotak tanaman daripada plastik
1. Dibersihkan dengan air dan diberus. 2. Tutup lubang saliran dengan salah
satu daripada bahan di bawah: a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. d. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.
6
Beg Politena
Jika perlu, bahagian atas beg politena dilipatkan selebar 2 – 3 sm.
Menutup lubang saliran pasu dengan serpihan pasu
Mengisi medium tanaman ke dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan
Nota tambahan: Batu kerikil dan serpihan pasu yang telah digunakan sebelumnya, hendaklah direndam semalaman di dalam air. Tujuannya: untuk mengelakkan jangkitan penyakit pada tanaman yang hendak ditanam.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
122
Lampiran 3 Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih
1. Pengerasan hendaklah dilakukan terlebih dahulu terhadap anak benih beberapa hari sebelum diubah. Caranya ialah dengan mengurangkan naungan dan siraman secara berperingkat-peringkat.
2. Mengubah anak benih sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang. 3. Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa
mengubah. 4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama gumpalan medium di
sekeliling akarnya. 5. Elakkan kerosakan pada akar anak benih. 6. Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman
sekiranya perlu. 7. Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar. 8. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.
Ciri-Ciri Anak Benih Yang Sihat
1. Tegap 2. Tiada jangkitan penyakit 3. Tiada kesan serangan perosak tanaman 4. Bentuk daun normal (tidak kerinting, tidak kecut) 5. Tumbuh sekata 6. Segar 7. Tidak terencat atau tidak bantut
Contoh anak benih yang sihat Contoh anak benih yang tumbuh sekata
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
123
Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih
Gambar Keterangan
Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa mengubah.
Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama dengan gumpalan medium di keliling akarnya. Elakkan kerosakan akar anak benih.
Masukkan anak benih yang telah dipilih bersama gumpalan medium semaian ke dalam bekas penanaman yang telah diisi ¾ dengan medium penanaman . Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman sekiranya perlu.
Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
124
Lampiran 4 Aktiviti Penjagaan Tanaman
Merumput Merumput bermaksud membuang rumput.Rumput adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien, air dan ruang serta menjadi perumah kepada perosak.Rumput sekeliling tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan serampang tangan.
Menggembur Menggembur adalah aktiviti melonggarkan medium penanaman. Medium yang telah digembur dan longgar akan: a. Memudahkan air mengalir. b. Memudahkan akar menembusi medium. c. Membaiki pengudaraan. Menggembur dan merumput boleh dilakukan serentak dengan menggunakan serampang tangan.
Membaja Membaja akan membolehkan pokok terus hidup subur. Gunakan baja organik atau baja kimia. Ikut arahan pada label baja. Membaja biasanya dilakukan 2 minggu sekali. Selepas membaja, pokok hendaklah disiram.
Menyiram Menyiram dilakukan dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan lewat petang atau mengikut keperluan. Alat yang sesuai digunakan ialah penyiram dengan siraman halus untuk mengelakkan kerosakan pada anak benih yang baru diubah.
Siput
Kumbang
Ulat
Mengawal Perosak Perosak termasuklah serangga, kumbang, dan siput babi. Perosak ini boleh dihapuskan dengan cara mengutip dan mengumpulkannya untuk dimusnahkan. Pemusnahan boleh dilakukan dengan cara menanam atau membunuh perosak.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
125
Lampiran 5
Ujian Kendiri / Penilaian : Guru menyoal secara lisan
Bil. Soalan Jawapan
1. Nyatakan satu jenis bekas tanaman.
2.
Bagaimanakan cara menyediakan pasu tanah liat yang baru?
3.
Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menutup lubang saliran?
4.
Mengapakah medium semaian perlu disiram terlebih dahulu sebelum mengubah anak benih?
5.
Apakah nama alat yang paling sesuai untuk mengubah anak benih?
6. Nyatakan satu aktiviti penjagaan tanaman.
7.
Apakah nama alat yang paling sesuai untuk merumput dan menggembur?
8. Tuliskan satu contoh perosak tanaman.
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
126
Contoh Jawapan 1. Beg Politena, pasu tanah liat, pasu plastik, pasu dari bahan terbuang. 2. Pasu hendaklah direndam semalaman dalam air. 3. a. Batu kelikir
b. Serpihan pasu c. Plastik ”mosquito net” berwarna hijau
4. Supaya medium boleh dikepalkan di sekeliling akar anak benih sebagai sokongan kepada anak benih. 5. Sudip tangan. 6. Merumput, menyiram, membaja, menggembur, mengawal perosak 7. Serampang tangan. 8. Siput babi, ulat, kumbang.
0
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SAINS RUMAH TANGGA
TAHUN 5
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
129
TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN
MASA 60 minit ( 2 waktu )
STANDARD KANDUNGAN
6.2 Menyediakan sajian
STANDARD PEMBELAJARAN
6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan
makanan dengan betul. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul
RINGKASAN
Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan.
KEMAHIRAN
1. Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara yang betul 2. Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Keusahawanan : EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih. EK2 - Menilai idea secara kritis 2. Kreativiti dan inovatif : Memilih idea yang terbaik untuk inovasi 3. Nilai murni : Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Gambar sanitasi penyediaan makanan, gambar alatan memasak dan carta mencuci tangan.
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
130
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi Guru menunjukkan beberapa keping gambar tentang sanitasi penyediaan makanan. (Rujuk Lampiran 1)
Langkah 1 Guru mengajukan beberapa soalan tentang gambar sanitasi yang dipamerkan dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu.
Langkah 2 Guru memberi penerangan tentang kepentingan sanitasi penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas. Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul. (Rujuk Lampiran 2) Langkah 3 Murid menyatakan nama dan fungsi alatan memasak dengan bimbingan guru. (Rujuk Lampiran 3) Langkah 4 Murid melakukan aktiviti mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul. Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja. (Penilaian 1 dan 2)
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan asas memasak di rumah.
REFLEKSI
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
131
Lampiran 1 Maklumat Tambahan Guru.
Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : Tempat penyediaan makanan yang bersih Tempat penyediaan makanan yang kotor
Amalan sebelum menyediakan makanan
Bahan mentah dan alatan yang akan digunakan mestilah bersih
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
132
Amalan semasa menyediakan makanan
Pakaian mestilah sentiasa bersih Cuci tangan sebelum menyedia dan memasak makanan Ruang memasak mestilah bersih Proses penyediaan makanan mestilah dalam keadaan bersih
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
133
Amalan selepas penyediaan makanan
Mencuci alatan memasak hingga bersih
Susun semula alatan
Membersih dan mengemas ruang masakan
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
134
Lampiran 3
Nama dan fungsi alatan memasak
Alatan
Fungsi
K
kutleri
Sudu teh : Mengacau minuman panas, alat menyukat bahan Sudu makan : Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian Garfu makan : Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian Pisau makan : untuk memotong semua jenis makanan seperti daging, ayam,pizza dan lain-lain
Sudip
Sudip rata : Digunakan semasa menggoreng / memasak Sudip berlubang : Digunakan semasa menggoreng minyak banyak
Senduk Kayu : Digunakan untuk mengacau adunan
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
135
Alatan
Fungsi
Mangkuk Adunan : Digunakan untuk mengadun makanan
Jag Penyukat : Digunakan untuk menyukat cecair seperti santan, susu dan air.
Sudu Penyukat : Digunakan untuk menyukat bahan yang berkuantiti sedikit seperti garam, esen vanilla dan lain-lain.
Alat Penimbang : Digunakan untuk menimbang bahan kering dan bahan basah
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
136
Alatan
Fungsi
Kuali : Digunakan untuk menggoreng makanan
Alat Pengadun Kek : Digunakan untuk mengadun adunan kek dan biskut
Alat Pengisar Buah : Digunakan untuk mengisar buah-buahan untuk menghasilkan jus.
Cerek Elektrik : Digunakan untuk menjerang air sehingga mendidih.
top related