minit mesyuarat kokum 2015
Post on 23-Jan-2018
454 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SK
TOMBO VO PENAMPA NG
BERIKHTIAR
Tarikh : 24 Januari 2015
Rujukan:XBA4122/600-1/1-3
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015.
Tarikh : 24 Januari 2015(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer, SK. Tombovo, Penampang
Kehadiran : 1.Pn. Jamia Jaman - Pen.Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
2.Pn Zairnasa Hj. Nawab Khan – Pen. Kanan HEM
3.Pn. Hjh Asmah Hj. Salleh - Pen. Kanan Kokurikulum
4.En. Mohd. Zaki Zaini - Pen. Kanan Petang
5. Dasmawaty Ramle
6.Hazmi Ag Kassim
7.Muizzah Ismail
8.Salmah A.Damit
9. Rohani Jaffar
10. Wahidah Abd. Ghani
11. Christy Dulamit
12. Rosdi Junit
13. Malini Kamlin
14. Haikal Arif @ Lunca Bin Kasin
15. Filisia Anak Beddie
16.Irdah Irmalawati Bt Abd. Karim
17.Jenneffer Jinor
18.Jocelyn James
19.Andrew K.Blausus
20. Idham Nazri
21. Nor Zurainah Gedat
22.Scholastica Benjamin
23. Hasnoraliza Md. Hassan
24. Jinggol Lianus
25. Paulus Salin
Guru Tidah Hadir : 1.Pg. Mohd Anas Pg. Ajamain
2.Hassan Ibrahim
3.Salbiah Ismail
4. Mohd Eirwan Yunus
5.Agku Ishak Pg. Karim
6.Hartini Majiau
7.Fauziah Mohd Harith
8.Salamah Pg. Ag. Mulok
9.Samsu Kullu
10.Norjihan Sapawi
11.Nor Suraturnaimah Sidek
12.Hussin Nanang
13.Nilius Daud Baktian
Pengerusi Mesyuarat : Pn.Jamian Jaman
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pn.Jamia Jaman mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada
guru-guru yang sudi hadir ke mesyuarat Kurikulum,Hem dan Kokurikulum kali
ke-2 walaupun dilangsungkan pada hari Sabtu.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama
2.1 Minit mesyuarat pertama lewat disahkan oleh En.Paulus kerana kelewatan
dokumen minit mesyuarat yang sampai akibat bilik kerani berkunci dan
disokong oleh Pn.Dasmawati Ramly.
3.0 Takwim 2015
3.1 Pn.Asmah memaklumkan bahawa Sukan Zon 1 akan berlangsung pada 9 –
10 Februari 2015. Sekolah yang menjadi pengelola pada tahun ini ialah SK
Tansau.
3.2 Beliau memohon guru-guru yang tercalon sebagai pegawai sukan zon agar
menjalankan tugas sebagai AJK Sukan Zon.
Tindakan : Guru/Pegawai Sukan Zon 1
3.3 Pn.Asmah meminta kerjasama guru-guru yang belum membayar yuran Sukan
Zon agar membayar dengan kadar yang segera.
Tindakan : Guru yang belum membayar
3.3 PK Kokum memaklumkan Kejohanan Merentas Desa mendapat tempat ke-
4(Huzaimi) terpilih menjadi wakil bagi daerah Penampang ke Ranau.
3.4 Kejohanan bola baling lelaki dan perempuan tidak mendapat pingat dan
seorang murid terpilih menjadi wakil zon iaitu Hazel.
3.5 Pn.Asmah berharap guru-guru menjalankan tugas dengan amanah agar
sekolah dikenali sebagai sekolah berprestasi baik dan bukan sebaliknya.
3.6 Beliau mengumumkan bahawa SK Tombovo telah terpilih sebagai Tuan
Rumah Badan Unit Beruniform (Lelaki) bagi daerah Penampang.
3.7 Pn.Asmah juga meminta guru-guru penasihat 1Murid1Sukan mengemaskini
fail-fail setiap sukan & permainan.
Tindakan : Guru-guru penasihat 1M1S
3.8 Beliau memberitahu terdapat perubahan bagi guru-guru penasihat 1M1S,
Kelab dan Persatuan seperti di bawah :-
Guru Penasihat 1M1S Guru Penasihat Kelab & Persatuan
Bola Baling – Cikgu Erda Tunas Puteri – Cikgu Erda
Bola Sepak – Cikgu Paulus Pengakap – Cikgu Paulus & Cikgu Chung
Bola Jaring – Cikgu Salbiah dan
Cikgu Salmiah
Doktor Muda – Cikgu Salbiah dan
Cikgu Salmiah
Badminton – Cikgu Chung
Ping Pong – Cikgu Fellisia
Rumah Sukan Merah Kuning Hijau
Guru Cikgu Erda Cikgu Chung Cikgu Paulus
Tindakan : Guru Penasihat
3.9 PK Kokum memaklumkan Perjumpaan Kokurikulum dari jam 12.15 sehingga
1.15 (1 jam)
Tindakan : Makluman
3.10 Kejohanan Padang & Balapan mesti dilaksanakan selepas bulan Jun kerana
bulan puasa.
3.11 Puan Asmah mencadangkan sukan sekolah dibuat pada 27 Ogos dan akan
berubah jika terdapat halangan dan akan dimaklumkan kemudian.
4.0 Hal-hal lain
4.1 En.Zaki & Puan Asmah telah bersetuju guru-guru petang yang menjaga
aktiviti kokurikulum jika terlibat dengan p&p harus menjaga MMI mereka.
4.2 Pn.Asmah mengingatkan guru-guru pengiring yang terlibat dengan program
sekolah menjaga keselamatan murid-murid walaupun ibu bapa telah
menandatangani surat kebenaran kerana guru pengiring juga
bertanggungjawab sepenuhnya sewaktu ketiadaan penjaga.
5.0 Penutup
5.1 Pn.Asmah memberitahu Kokurikulum wajib untuk guru dan pelaksanaan
dilakukan dengan baik tanpa memandang masa lampau selaras dengan
harapan Ketua Unit Pembanguan yang baru iaitu En.Haison.
Tindakan : Semua guru
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.55 pagi.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
___________________________ _________________________
( En.Haikal Arif@Lunca Bin Kasin) ( Pn Hjh. Asmah Hj.Salleh )
Setiausaha Kokurikulum , PK Kokurikulum
SK Tombovo SK Tombovo
top related