minggu 4
Post on 09-Apr-2016
228 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN
Bilangan Jurnal : Keempat
Minggu Praktikum : Minggu Keempat
Tarikh : 5 hingga 7 April 2015
Tajuk Jurnal : Minggu keempat di SJKT Ladang Perbadanan.
MASALAH
Pada minggu ini, saya telah menemui masalah dari segi kawalan murid semasa
aktiviti berkumpulan. Masalah ini saya hadapi di kelas iaitu semasa mata pelajaran
Sejarah. Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, saya telah memberi arahan kepada
murid-murid berkaitan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan. Walaubagaimanapun,
apabila murid-murid mula bergerak ke kumpulan masing-masing dan ingin memulakan
tugasan, mereka mula bertanya kepada saya berkaitan dengan tugasan yang perlu
dilakukan dan perkara ini menyebabkan keadaan kelas bising. Saya agak terkejut
dengan keadaan ini kerana saya telah memberi arahan kepada mereka apa yang perlu
dilakukan sebelum bergerak melakukan aktiviti kumpulan. Saya dapat rasakan murid-
murid tidak jelas dengan arahan dan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ini
menunjukkan teknik memberi arahan saya kurang jelas untuk difahami oleh mereka.
.
ANALISIS
Semasa aktiviti kumpulan, saya telah memberi mereka kad warna yang akan
digunakan untuk menentukan kumpulan mereka. Perkara ini dapat menjimatkan masa
dan memudahkan mereka bergerak ke kumpulan masing-masing mengikut kad warna
yang telah diberikan. Selain itu, sebelum saya mengarahkan mereka bergerak ke
kumpulan masing-masing, saya juga telah memberikan arahan tugasan kepada
mereka. Walaubagaimanapun semasa mereka hendak memulakan tugasan dan
perbincangan, mereka mula keliru dan bertanya kepada saya berkaitan dengan
tugasan yang perlu mereka lakukan. Perkara ini menyebabkan kawalan kelas lemah
yang menyebabkan keadaan kelas bising dan mereka lambat untuk memulakan
tugasan.
1
THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
Saya perlu meningkatkan teknik memberi arahan kepada murid-murid supaya
mereka jelas dan memahami apa yang saya sampaikan. Oleh itu, semasa memberi
arahan saya perlu pastikan semua murid berada dalam keadaan sedia dan memberi
peluang kepada mereka untuk bertanya selepas arahan diberikan. Untuk menguji
kefahaman mereka saya bertanya kembali berkaitan arahan yang telah disampaikan
dan memberi peluang mereka bertanya. Teknik memberi arahan perlu diperbaiki,
dimana arahan bukan sahaja disampaikan secara lisan tetapi juga secara tulisan
dengan memaparkannya di slide power point ataupun pada papan tulis. Semasa
memberi arahan secara lisan, saya akan pastikan intonasi suara bersesuaian, laras
bahasa bersesuaian dan arahan yang diberikan satu persatu supaya mereka lebih
mudah untuk faham.
TEMPOH MASA
Saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah ini, bagi
kelas seterusnya saya cuba untuk meningkatkan teknik memberi arahan kepada murid-
murid. Hasilnya, keadaan kawalan kelas lebih terkawal dan murid-murid dapat
membuat tugasan mengikut arahan yang ditetapkan.
2
THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN
TINDAKAN SUSULAN
Oleh demikian, bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar, langkah-langkah penambahbaikan perlu saya amalkan supaya
penerimaan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Semasa membuat
rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya, saya hanya menggunakan satu
teknik pengajaran sahaja di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi demi
mengatasi masalah saya, saya telah merancang beberapa teknik dan kaedah pengajaran
yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.
Kesimpulanya, pendedahan selama dua minggu ini telah diterima oleh saya
memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga
memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama
ini tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
3
top related