metodologi penilaian tender kerja tarikh:...
Post on 15-Feb-2018
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 1/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL Penilaian Tender dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu :-
PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA (LULUS SEMUA SYARAT DAN PROSEDUR WAJIB)
Lulus semua syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut :-
A. Mengembalikan Semua Dokumen Wajib Tanpa Sebarang Pindaan/Tambahan
Yang Tidak Dibenarkan; 1. Dokumen Tender Asal;
2. Borang Tender
i. Ditandatangani;
ii. Penandatangan diberi kuasa; iii. Harga Tender diisi; dan iv. Tempoh Siap diisi.
3. Senarai Kuantiti atau Ringkasan Tender dihargakan; 4. Borang Maklumat Pentender dilengkapkan; dan 5. Addendum Tender (jika ada).
B. Pematuhan Spesifikasi
1) Memenuhi Spesifikasi Am. 2) Memenuhi Spesifikasi Khas Yang Dinyatakan (Jika Berkenaan) :- a) Sijil Kompetensi; b) Lukisan; c) Katalog; d) Jenama; e) Surat Akuan/Sokongan Pengilang; f) Bukti Pengalaman; g) Integrasi Dengan Sistem Sedia Ada; h) Jadual Data Teknikal; dan i) Lain-lain (jika ada).
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 2/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
C. Prosedur Penilaian
1. Memenuhi syarat pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB);
i. Pendaftaran dengan PKK masih sah atau memperolehi kebenaran khas;
ii. Pendaftaran dengan CIDB masih sah; iii. Pendaftaran Status Bumiputera dengan PKK masih sah; dan iv. Tiada lain-lain tindakan yang memudaratkan seperti penggantungan
(suspension) lesen, penggulungan (liquidation) dan sebagainya terhadap kontraktor.
2. Kesilapan pengiraan tidak melebihi peratusan daripada Harga Tender
seperti di bawah :-
Harga Tender
Maksima Peratus Kesilapan
Sehingga RM 1 juta ± 5%
Melebihi RM 1 juta ± 2 1/2%
3. Memenuhi Syarat Modal Minimum iaitu 3% daripada Harga Tender.
Jumlah Modal Minimum
= Jumlah Tunai + Simpanan Tetap + Saham + Jumlah Kemudahan Kredit
(Penyata dari institusi yang diiktiraf Kerajaan)
6. Harga tender bukan freak menggunakan kaedah statistik. Parameter yang
digunakan dalam pengiraan Harga Tender ialah Alfa, dengan nilai kurang daripada 0.5 (95%) iaitu z-scorenya melebihi +1.64 atau kurang daripada -1.64.
Bagaimana pun, Harga tender Freak dengan nilai kurang daripada 0.5 (95%) iaitu scorenya kurang daripada -1.64 akan dinilai ke peringkat seterusnya
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 3/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Graf 1 : Julat Pentender Lulus Peringkat Pertama
Har
ga
Ten
der
Pentender
Harga MIN
Harga Tender Tertinggi Dan Bukan Freak
Harga Tender Terendah Dan Bukan Freak
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 4/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
PENILAIAN PERINGKAT KEDUA (SISTEM PEMARKAHAN)
Pentender-pentender yang lulus Penilaian Peringkat Pertama akan diukur keupayaan keseluruhan menggunakan Sistem Pemarkahan berpandukan kriteria dan markah seperti di bawah.
KRITERIA DAN MARKAH
Bil Kriteria Markah
1. Harga 40
Harga Tender 40
2. Keupayaan Pembiayaan 10
Tunai/Deposit Tetap/Saham 5
Kemudahan Kredit Agensi Diiktiraf 5
3. Keupayaan Pembinaan 45
Pengalaman Kerja 25
Pengalaman Kerja
Serupa/Setara
15
Pengalaman Kerja Lain 10
Kemantapan Pengurusan 20
Pengalaman
Pemilik/Pengurusan Tertinggi
10
Staf Teknikal 10
4. Kriteria-Kriteria Lain 5
Laporan Prestasi Semasa 3
Laporan Prestasi Dahulu 1
Pentender Tempatan 1
JUMLAH 100
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 5/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
JUSTIFIKASI KRITERIA 1. Harga Tender (Markah Maksima 40)
Hanya Harga Tender dalam julat positif 5% hingga negatif 20% daripada Harga MIN (Mean) akan diberikan markah. Markah maksima akan diberikan kepada pentender dengan Harga Tender yang sama dengan atau paling hampir dengan negatif 15% dari Harga MIN kerana harga ini dianggap paling menguntungkan Universiti berdasarkan kadar keuntungan dan overhed norma industri binaan. Pentender ini dianggap boleh melaksanakan kerja dengan risiko kerja terbengkalai ditahap paling minimum. Harga ini seterusnya akan dijadikan asas pengiraan markah untuk pentender yang lain bagi memperolehi Markah Harga Tender.
Tiada markah akan diberikan kepada pentender yang harga tendernya lebih rendah daripada paras negatif 20% atau lebih tinggi 5% daripada Harga MIN. Tiga (3) julat Markah Harga Tender yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :-
1
Dalam julat negatif 15% daripada MIN hingga Harga MIN dimana pentender dalam julat ini akan mendapat markah lebih tinggi daripada pentender dalam Julat 2 dan 3
Markah Maksima
40
2
Dalam julat harga negatif 20% hingga sebelum negatif 15% daripada Harga MIN. Pentender dalam julat ini akan mendapat markah lebih tinggi daripada pentender dalam Julat 3
Markah Maksima
20
3 Dalam julat melebihi Harga MIN hingga positif 5% di atas Harga MIN
Markah Maksima
10
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 6/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Graf 2 : Julat Pembahagian Markah
JULAT 3
JULAT 1
JULAT 2
Kaedah Pengiraan Markah Harga Tender
i. Julat 1 - Harga Tender dalam julat Harga MIN hingga negatif 15% dari harga MIN
Markah Maksima = 40 Markah
Markah Harga Tender ialah
Dimana
x ialah Harga Tender yang sama dengan atau paling hampir dengan negatif 15% dari Harga MIN
y ialah Harga Tender lain
+ 5% daripada Harga MIN
Harga MIN
-15% daripada Harga MIN
-20% daripada Harga MIN
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 7/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
ii. Julat 3 - Harga Tender dalam julat Harga MIN hingga positif 5% dari harga MIN
Markah Maksima = 10 Markah
Markah Harga Tender ialah
=
Dimana
x ialah Harga Tender yang paling hampir dengan harga MIN
y ialah Harga Tender lain
iii. Julat 2 - Harga Tender dalam julat negatif 15% dari Harga MIN hingga negatif 20%
Markah Maksima = 20 Markah
Markah Harga Tender ialah
= + 0.1
Dimana
x ialah Harga Tender yang paling hampir dengan negatif 15% dari Harga MIN
y ialah Harga Tender lain hingga negatif 20%
2. Keupayaan Pembiayaan (Markah Maksima 10)
2.1 Tunai/ Deposit Tetap/ Saham (Markah Maksima 5)
Kedudukan tunai dalam tangan (baki tunai yang tertinggi daripada baki akaun 4 bulan terkini daripada tarikh tutup tender), dicampur dengan jumlah simpanan tetap/Sijil Amanah Simpanan Nasional atau seumpamanya yang dijamin penuh oleh Kerajaan, (atas nama pengarah/pemegang ekuiti sahaja) akan diberikan markah
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 8/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Graf 3 : Julat Keupayaan Pembiayaan Pentender
Ked
ud
uka
n P
em
bia
yaan
Pe
nte
nd
er
Jumlah Tunai antara kurang 6% lebih 3% adalah berdasarkan formula di bawah : = x – Modal Minimum x Markah ___________________ Maksima Modal Minimum Dimana x ialah Jumlah Tunai/Deposit Tetap/Saham
Contoh Pengiraan Markah Untuk Tunai/Deposit Tetap/Saham Katakan Harga Tender = RM 500,000.00
100% melebihi modal minimum = 15,000 + 15,000 = 30,000 (6% daripada Harga Tender)
Jumlah Tunai bersamaan atau lebih tinggi 6% dari Harga Tender. Diberikan markah maksima 5
Harga Tender
Jumlah Tunai 3% dari Harga Tender Diberikan 1 markah
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 9/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Kes 1 Pentender A dengan jumlah Tunai RM 25,000.00 (Jumlah tunai 83% melebihi Modal Minimum)
= 3.33 Kes 2 Pentender B dengan jumlah Tunai RM 35,000.00 (Jumlah Tunai 116% melebihi Modal Minimum ditetapkan) Markah = 5
2.2 Kemudahan Kredit Agensi Diiktiraf (Markah Maksima 5)
Pentender yang mengemukakan bukti sah kemudahan kewangan yang boleh digunakan untuk pembiayaan projek samada daripada bank, MARA dan sebagainya yang diiktiraf, akan diberikan markah. Pentender yang mempunyai Kemudahan Kredit Agensi Diiktiraf sama atau lebih tinggi daripada 100% melebihi modal minimum akan mendapat markah maksima. Satu (1) markah akan diberikan sekiranya kemudahan Kredit Agensi Diiktiraf bersamaan modal minimum. Pengiraan markah bagi Pentender yang mempunyai Kemudahan Agensi Kredit Diiktiraf sama atau kurang daripada 100% melebihi modal minimum adalah berdasarkan formula di bawah :-
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 10/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Markah Kemudahan Kredit Diiktiraf ialah
Dimana x ialah Jumlah Kredit Agensi Diiktiraf
3. Keupayaan Pembinaan (Markah Maksima 45)
Keupayaan Pembinaan dibahagikan kepada Pengalaman Kerja dan Kekuatan Pengurusan
3.1 Pengalaman Kerja (Markah Maksima 25)
Pengalaman kerja dibahagikan kepada 2 kategori seperti di bawah. Pentender mesti mengemukakan salinan Perakuan Siap Kerja bagi Kerja yang telah siap. Bagi kerja yang sedang berjalan, Surat Setujuterima dan surat pengesahan daripada Pegawai Bertanggungjawab terhadap projek hendaklah disertakan dan kemajuan kerja hendaklah telah melebihi peringkat kemajuan kerja fizikal sekurang-kurangnya pada tahap 50% untuk mendapat markah. Hanya pengalaman kerja yang diperolehi dalam tempoh 5 tahun yang lepas akan di ambil kira. 3.1.1 Pengalaman Kerja Serupa/Setara (Markah Maksima 15)
Kerja boleh diklasifikasikan sebagai serupa/setara apabila Pegawai Penilai berpuashati bahawa skop kerja yang ditender sama/setara dengan takrifan yang boleh dibuat terhadap pengalaman melalui tajuk kerja seperti dalam salinan Surat Setujuterima/Sijil Siap Kerja yang dikemukakan.
Pengalaman Kerja Serupa Markah
5 Kerja dan ke atas 15
4 kerja 10
3 Kerja 7
2 kerja 5
1 Kerja 3
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 11/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
3.1.2 Pengalaman Kerja Lain (Markah Maksima 15)
Kerja selain daripada di atas dengan nilai kerja sekurang-kurangnya 50% daripada Harga.
Pengalaman Kerja Lain Markah
7 Kerja dan ke atas 10
6 kerja 7
5 Kerja 5
4 kerja 3
1 - 3 kerja 2
3.2 Kemantapan Pengurusan (Markah Maksima 20) 3.2.1 Pengalaman Pemilik/Pengarah (Markah Maksima 10)
Pemilik/Pengarah hendaklah berpengalaman dalam organisasi kontraktor, agensi kerajaan, universiti, firma perunding atau lain-lain yang diiktiraf atau lain-lain yang diiktiraf.
Pengalaman Pemilik/Pengarah Markah
20 tahun dan ke atas 10
16 -19 tahun 7
10 -15 tahun 5
6 – 9 tahun 4
3 – 5 tahun 3
Kurang dari 3 tahun 2
3.2.2 Staf Teknikal (Markah Maksima 10)
Staf teknikal bermaksud staf yang memiliki kelayakan professional iaitu Juruukur Bahan, Jurutera, Arkitek atau lain-lain bidang teknikal yang diiktiraf dan berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam organisasi kontraktor, agensi kerajaan, universiti, firma perunding atau lain-lain yang diiktiraf.
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 12/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Bilangan Staf Teknikal Markah
4 dan ke atas 10
3 7
2 4
1 2
4.0 Kriteria-Kriteria Lain (Markah maksima 5)
4.1 Laporan Prestasi Semasa (Markah Maksima 3)
Markah akan diberikan bagi laporan prestasi untuk kerja dilaksana dalam tempoh 3 tahun dari tarikh tutup tender, mengikut kriteria seperti di bawah iaitu :-
Laporan Prestasi Markah
Cemerlang 3
Baik/ Memuaskan 2
4.2 Laporan Prestasi Kerja Terdahulu (Markah maksima 1)
Markah akan diberikan bagi laporan prestasi untuk kerja dilaksana dalam tempoh melebihi 3 tahun dari tarikh tutup tender, mengikut kriteria seperti di bawah iaitu :-
Laporan Prestasi Markah
Cemerlang 1
Baik/Memuaskan 0.5
4.3 Pentender Tempatan (Markah Maksima 1)
Pentender yang pejabat urusan/ pejabat cawangannya berada dalam lingkungan 150km daripada UPM akan diberi markah.
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 13/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
TATACARA PENGESYORAN Pentender dengan markah tertinggi akan disyorkan untuk disetujuterima tendernya kerana mempunyai keupayaan keseluruhan terbaik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Bagaimana pun, pentender lain boleh dipertimbang untuk disyor kepada Lembaga Perolehan Universiti jika ianya memenuhi kriteria-kriteria tambahan berikut :-
1. Harga Tender terletak dalam julat negatif 5% daripada pentender yang mendapat markah tertinggi.
Rasional untuk penetapan diskaun 5% sahaja adalah kerana kadar diskaun yang lebih tinggi amat berisiko untuk disetujuterima disebabkan pada keseluruhannya semua pentender telah dinilai pada harga diskaun keseluruhan 25% ( 20% dalam kriteria Harga Tender di Penilaian Peringkat Kedua dan 5% lagi diperingkat ini).
2. Mendapat markah keseluruhan minima 50% 3. Untuk Kerja Pakar yang dipanggil secara Wang Kos Prima, pengesyoran
hendaklah mengambilkira dasar kerajaan sebagaimana dinyatakan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 4/1995 seperti berikut :-
Nilai Tender Peratusan Keutamaan
Melebihi RM100,000 – RM500,000 10%
Melebihi RM500,000 – RM1.5 juta 7%
Melebihi RM1.5 juta – RM5 juta 5%
Melebihi RM5 juta – RM10 juta 3%
Melebihi RM10 juta – RM15 juta 2.5%
Melebihi RM15 juta Tiada
Pentender lain bagaimana pun boleh disyorkan kerana sesuatu polisi atau keperluan strategik Universiti atau negara, faktor keselamatan atau sebab-sebab lain yang dinyatakan. Hanya satu pentender akan disyorkan untuk pertimbangan dan keputusan muktamad Lembaga Perolehan Universiti.
DOKUMEN TIDAK TERKAW
AL
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Kod Dokumen: UPM/OPR/PPPA/AK07
Halaman: 14/14
No. Semakan: 00
No. Isu: 02
METODOLOGI PENILAIAN TENDER KERJA KONVENSIONAL
Tarikh: 03/01/2011
Contoh Perlaksanaan
Graf 4 : Julat Harga Tender
Harga-harga Tender
Jadual Perbandingan Antara Harga Tender, Markah Keseluruhan Dan Peratus Perbezaan Berbanding Pentender Markah Tertinggi
Markah Tertinggi ialah Tender 4/7 dengan 80 markah. Mengikut tatacara pengesyoran,
Pentender 2/7 boleh dipertimbang untuk pengesyoran kepada Lembaga Perolehan Universiti.
Tender 1/7, 5/7 dan 3/7 tidak boleh disyorkan kerana tidak memenuhi kriteria tambahan kedua iaitu markah minima mesti melebihi 50.
Tender 7/7 dan 6/7 tidak disyorkan kerana harga lebih tinggi daripada Tender yang disyorkan.
Kod Pentender
Harga Tender Beza Harga / % Beza Markah Keseluruhan
1/7 RM 500,000.00 -50,000.00 / -9 45
5/7 RM 515,000.00 -35,000.00 / -6.36 45
3/7 RM 525,000.00 -25,000.00 / -4.54 40
2/7 RM 530,000.00 -20,000.00 / -3.63 75
4/7 RM 550,000.00 80
7/7 RM 570,000.00 +20,000.00 / + 3.63 60
6/7 RM 750,000.00 +200,000.00 / +36 55
Harga Tender (Markah Tertinggi)
- 5% Harga Tender
top related