meningkatkan penguasaan pelajar tahap pencapaian rendah dalam topik perbankan melalui penggunaan...
Post on 30-May-2018
221 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
1/12
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan
Melalui Penggunaan Nota Poket.
Oleh
En. Mustafa Kamal Bin Md Yusof
SMK Taman Universiti
AbstrakTujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Nota Poket sebagai bahan
bantu mengajar bagi memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian rendah
khususnya pelajar Tingkatan 5P3. Adalah diharapkan dengan penggunaan Nota Poket ini akan
membawa perubahan tingkahlaku pelajar ini daripada kurang berminat untuk membaca kepada
pelajar yang minat untuk membaca dan memahami isi pelajaran. Kajian ini memberi tumpuan
kepada Topik Perbankan sebagai permulaan. Kajian ini antara lain adalah ingin melihat sikap
pelajar berubah menjadi pelajar yang boleh menyumbang kepada kelulusan sekolah secara
keseluruhan dan mata pelajaran Perdagangan secara khususnya. Hasil tinjauan awal
memperlihatkan bahawa pelajar tahap pencapaian rendah ini merupakan penyumbang utamakejatuhan kelulusan keseluruhan Perdagangan dalam Peperiksaan Dalaman dan juga SPM. Ujian
pra melalui ujian Setara 1, menunjukkan peratus kelulusan yang amat rendah iaitu 15% darikeseluruhan pelajar seramai 36 orang. Satu pemerhatian telah dibuat untuk mengenalpasti masalah
pelajar semasa proses P&P. Pelajar seperti tiada ilmu yang boleh dikongsi dengan guru mata
pelajaran, sukar untuk menjawab soalan-soalan spontan yang diutarakan oleh guru. Soal selidik
juga mendapati minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran ini semakin menurun. Perancangan
kajian tindakan difokuskan kepada peningkatan penguasaan pelajar terhadap Topik Perbankan
dan meningkat minat pelajar membaca melalui penggunaan Nota Poket. Pelajar telah didedahkankepada Nota Poket yang dibuat sebegitu ringkas tetapi boleh menjawab contoh-contoh soalan
yang diambil daripada soalan SPM tahun-tahun lepas. Antara tujuan Nota Poket ini adalah untuk
memudahkan pelajar membuat ulangkaji topik berkenaan. Selepas beberapa tindakan penggunaan
Nota Poket ini didapati pencapaian pelajar terhadap topik yang berkenaan telah meningkat begitu
mendadak. Justeru dirumuskan bahawa Nota Poket ini amat membantu pelajar terutama pelajar
tahap pencapaian rendah untuk meningkat pencapaian mereka dalam topik berkenaan.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.
Sebagai seorang guru mata pelajaran Perdagangan yang mempunyai
pengalaman lebih 10 tahun dalam mata pelajaran ini, membuat saya berasa sedih
dengan pencapaian pelajar terutama pelajar tahap pencapaian rendah.
Memandangkan pelajar yang terpilih untuk mengambil mata pelajaran ini adalah
tergolong daripada pelajar tahap ini maka saya merasakan saya tidak boleh
menyalahkan mereka kerana kurang berminat untuk meningkatkan pencapaian
mereka. Jika saya membiarkan mereka terkapai-kapai tidak tentu haluan, jelaslah
saya sebenarnya gagal untuk mendidik mereka untuk berjaya dalam peperiksaan.
Saya perlu memikirkan sesuatu untuk mengubah tingkah laku mereka agar
mempunyai wawasan untuk cemerlang seperti orang lain. Kalaupun tidak
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
2/12
cemerlang, mereka perlu lulus dan menyumbang kepada peningkatan kelulusan
mata pelajaran Perdagangan dalam SPM kelak.
Semasa mengajar mata pelajaran ini, tidak dapat dinafikan terdapat pelajar
yang kurang minat untuk belajar. Berdasarkan analisis Head Count peperiksaan
akhir tahun 2007 semasa mereka berada di tingkatan empat, didapati prestasi
mereka berada pada tahap yang kritikal. Didapati markah TOV mereka adalah
dibawah 20 markah sedangkan ETR yang ingin dicapai berdasarkan unjuran PPD
adalah 80% bermakna setiap kelas mesti mencapai kelulusan 80%.
Apa yang dapat saya katakan disini pelajar tidak membuat persiapan awal
dengan membuat pembacaan seperti yang diarah oleh saya sebelum saya
memulakan sesuatu topik. Jelasnya mereka sebenarnya malas untuk membaca
buku teks yang ditulis dengan ayat-ayat yang menyukarkan mereka
memahaminya. Justeru saya mengenalpasti bahawa pelajar tahap ini tidak suka
nota yang panjang berjela-jela, ini membuatkan saya terfikir kenapa tidak saya
hasilkan satu bentuk nota yang boleh mereka bawa dalam poket mereka dan
senang untuk mereka membacanya. Jadi saya perlu merangkakan kaedah yang
berkesan agar mereka dapat menggunakan Nota Poket dan membantu
meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Perdagangan.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada kemahiran pelajar untuk menggunakan
Nota Poket dan mengaplikasikan apa yang dipelajari atau dibaca dalam soalan-
soalan peperiksaan. Kajian ini penting kerana pelajar tidak dapat menguasai
topik-topik dalam mata pelajaran dan menyebabkan mereka gagal untuk
memahami soalan dan mengikut kehendak soalan.
Menjawab soalan dengan tepat dan betul memerlukan mereka memahami
topik berkenaan. Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan
mereka akan kehilangan markah percuma kerana soalan yang dikemukakan dan
dibincangkan adalah soalan terpilih daripada subtopik-subtopik yang kerap disoal
dalam peperiksaan. Masalah ini akan cuba saya atasi dengan memudahkan nota
dan memperbanyakkan latihan dengan topik berkenaan. Adalah diharapkan
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
3/12
mereka akan mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dikalangan pelajar
di kelas-kelas lain.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar tahap pencapaian rendah dalam topik
perbankan melalui penggunaan Nota Poket.
3.2 Objektif Khusus
Pelajar akan dapat;
3.2.1 Mengenalpasti istilah-istilah penting dalam setiap bahagian topik
tersebut.
3.2.2 Menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada isi-isi penting dalam
topik tersebut.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5P3 yang gagal
dalam peperiksaan akhir tahun semasa di Tingkatan 4 dalam mata pelajaran
Perdagangan.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Tinjauan Masalah
Daripada peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 di dapati tiada calon yang
lulus dalam mata pelajaran Perdagangan.
5.2 Intervensi / Aktiviti (jenis dan cara melaksanakan)
Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut:
5.2.1 Aktiviti 1 : Mengumpulkan markah pelajar 5P3 melalui ujian
pra tentang topik Perbankan.
Langkah 1 : Mendapatkan markah.
Langkah 2 : Menganalisis data mengikut jantina, bangsa dan
jumlah markah yang diperolehi.
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
4/12
5.2.2 Aktiviti 2 : Penyediaan Nota Poket Topik Perbankan.
Langkah 1 : Mengumpul, membentuk dan memilih maklumat
yang sesuai.
Langkah 2 : Menyediakan nota poket yang ringkas, mudah,
menarik dan lengkap.
5.2.3 Aktiviti 3 : Melaksanakan penggunaan Nota Poket.
Langkah 1 : Menerangkan kepada pelajar mengenai
penggunaan nota poket.
Langkah 2 : Pelajar menggunakan nota poket dalam tempoh 2
minggu.
Langkah 3 : Pelajar mengaplikasi maklumat dengan menjawab
pelbagai bentuk soalan latihan.
5.2.4 Aktiviti 4 : Ujian Pengukuhan / Pengayaan
Langkah 1 : Penyedian soalan ujian.
Langkah 2 : Pelajar menduduki ujian.
Langkah 3 : Pemeriksaan dan pengumpulan markah pelajar.
Langkah 4 : Post mortem
5.2.5 Aktiviti 2 : Penyediaan modul pelbagai bentuk soalan.
Langkah 1 : Mengumpul / membentuk dan memilih pelbagai
bentuk soalan topik 1 (Asas Kepada Perdagangan)
Langkah 2 : Menyediakan modul bertulis untuk soalan yang
terpilih beserta jawapan ; jumlah soalan sekurang-
kurangnya 40.
5.2.6 Aktiviti 3 : Melaksanakan penggunaan modul.
Langkah 1 : Pelajar terpilih akan dimaklumkan mengenai
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
5/12
penggunaan modul.
Langkah 2 : Pelajar mesti menjawab sekurang-kurangnya 2
soalan setiap minggu.
Langkah 3 : Pemeriksaan jawapan dan perbincangan dengan
pelajar.
5.2.7 Aktiviti 4 : Peperiksaan Ulangan
Langkah 1 : Penyedian soalan untuk peperiksaan ulangan.
Langkah 2 : Pelajar menduduki peperiksaan.
Langkah 3 : Pengumpulan markah pelajar.
Langkah 4 : Perbandingan / Post mortem
6.0 JADUAL PELAKSANAAN
BIL AKTIVITI TEMPOH
PELAKSANAAN
1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2. Menulis proposal kajian 1 minggu
3. Merancang tindakan individu / kumpulan 1 hari
4. Melaksanakan tindakan 1 mengumpul markah
ujian pra
1 hari
5. Membincangkan masalah yang timbul dalamtindakan 1
2 hari
6. Melaksanakan tindakan 2 Penyediaan Nota Poket 1 minggu
7. Membincangkan masalah yang timbul dalamtindakan 2
2 hari
8. Melaksanakan tindakan 3 PelaksanaanPenggunaan Nota Poket
2 minggu
9. Membincangkan masalah yang timbul dalamtindakan 3
2 hari
10. Ujian untuk mengesan perubahan klien 1 hari
11. Refleksi kajian 2 hari
12. Menulis laporan kajian 2 minggu13. Pembentangan dapatan kajian untuk makluman
Jabatan
1 hari
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
6/12
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Analisis Ujian Pra.
Daripada Ujian Pra didapati seramai 25 orang pelajar daripada 36 orang
pelajar 5P3 didapati telah gagal dalam ujian yang telah dijalankan. Daripada
jumlah tersebut 5 orang merupakan perempuan manakala selebihnya iaitu 20
adalah lelaki. Bagi pecahan kaum pula daripada 10 orang perempuan 5 orang
pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 3 orang pelajar Cina. Manakala
pelajar lelaki pula terdiri daripada 4 orang India, 1 orang Cina dan 10 orang pula
adalah pelajar Melayu.
7.1.1 Refleksi Ujian Pra
Dari sini dapat dirumuskan bahawa kegagalan mereka bukan merupakan
disebabkan oleh kebolehan berbahasa tetapi terletak kepada sikap dan
keupayaan menguasai apa yang dipelajari. Rata-rata markah yang diperolehi
adalah didalam lingkungan 5 markah 25 markah. Berdasarkan jadual yang
diberi di bawah.
BIL NAMA PELAJAR Markah Gred
1 MOHAMAD ABDUL AZIM BIN MAHAT 10 9G
2 MOHAMAD FIRDAUS BIN SHUKOR 05 9G
3 MOHAMAD MUSHAWIR BIN SIDIK 05 9G
4 MOHAMAD SAFIEE BIN MOHD SHARIFF 17 9G
5 MOLTAZAM BIN ROSLAN 20 9G
6 MUHAMAD ALIF ALIFI BIN ABD RAHMAN 25 9G
7 MUHAMAD HAZIQ BIN ARIFFIN 15 9G
8 MUHAMMAD IQBAL BIN KHALID 15 9G
9 MUHAMMAD MUSHARAF BIN MUSTAFFA 18 9G
10 RAZALI BIN ZULKIFLI 20 9G
11 ARIRAJ A/L RAJANTERIN 09 9G
12 ARUNRAAJ A/L NADARAJAN 07 9G
13 DEVARAJ A/L MAT KEYALAKAN 08 9G
14 DURAIRAJ A/L ARUMUGAM 06 9G
15 HARI PRASAD A/L SUPRAMANIAM 41 8E
16 SAM A/L GANESAN 45 7D
17 NG CHI ZHI 15 9G
18 TAN WEE PING 40 8E
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
7/12
19 WONG CHUN HAO 42 8E
20 YEE SENG WUAN 43 8E
21 KHALIJAH BINTI AB HALIM 41 8E
22 NORAINI BINTI MOHD ZAINAL 45 7D
23 NUR RASYIDAH BINTI ABDUL AZIZ 45 7D
24 NURAIN BINTI ABDULLAH 45 7D
25 NURINI BINTI HARIS 43 8E
26 NURUL SYAFIQAH BINTI ABD HALIM 09 9G
27 PUTERI BALKIS BINTI SALLEHUDIN 15 9G
28 SITI AISHA BINTI OTHMAN 18 9G
29 SITI JUNAIDAH BINTI OTHMAN 46 7D
30 SITI MAHMUDAH BINTI JUSNI 08 9G
31 SITI NORZAHIRAH BT ISMAIL 19 9G
32 ANGELA A/P C KANASAN 14 9G
33 THEIVARANI A/P SANDARSIAKAN 09 9G
34 LAU SOOK KUAN 10 9G
35 LEE MAN LIN 11 9G
36 PANG MEOW LENG 12 9G
0-5 6-10 11-17 18-25 25-39 40-100 JUM
LELAKI
M 2 1 3 4 10
C 1 3 4
I 4 2 6
PEREMPUAN
M 2 1 2 6 11
C 1 2 3
I 1 1 2JUMLAH 2 9 8 6 5 36
Jadual 1 : Jumlah Pelajar yang gagal mengikut jantina, kaum dan markah
7.2 Penyediaan Nota Poket Topik Perbankan.
Proses penyediaan Nota Poket ini dibuat dengan penglibatan
semua pelajar agar mereka merasakan bahawa nota poket tersebut mereka
yang membuatnya dan mempunyai nilai tersendiri terhadap nota poket
masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nota poket
adalah mengikut kehendak dan minat pelajar. Namun begitu guru
menyediakan maklumat yang sesuai digunakan dalam nota poket tersebut.
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
8/12
Masa yang diambil untuk menyediakan nota poket tersebut adalah lebih
kurang 60 minit. (contoh nota poket yang dihasilkan di Lampiran 1)
7.2.1 Refleksi Penyediaan Nota Poket
Pelajar begitu berminat terhadap penyediaan nota poket kerana
ianya adalah dihasilkan oleh mereka sendiri. Selama ini mereka
hanya menerima daripada guru, seperti menerima suapan tetapi
kini mereka sendiri menghasilkan nota untuk kegunaan mereka.
Perasaan bangga tersebut memungkin mereka akan menyukai
penggunaan nota poket tersebut.
7.3 Pelaksanaan Penggunaan Nota Poket.
Guru menunjuk cara bagaimana Nota Poket tersebut dapat
digunakan. Segala maklumat yang dimasukkan dalam nota poket tersebut
adalah merupakan topik-topik penting dalam Bab Perbankan. Topik-topik
penting ini menjadi kesukaan penggubal soalan untuk membentuk soalan.
Ini dapat dibuktikan secara analisis daripada soalan-soalan SPM yang
lepas. Justeru guru telah mengutarakan 20 soalan objektif untuk dijawab
oleh pelajar (Lihat Lampiran 2).
Dengan menggunakan nota poket yang dihasilkan oleh mereka,
pelajar telah menjawab soalan dengan membuat rujukan menggunakan
nota poket tersebut. Nota poket ini telah digunakan untuk menjawab
pelbagai jenis soalan selama dua minggu.
7.3.1 Refleksi Penggunaan Nota Poket.
Dari 20 soalan objektif yang diutarakan, seramai 15 orang pelajar
telah dapat menjawab dengan baik iaitu markah diperolehi dari 15
hingga 18 markah. Manakala 10 orang lagi masih berada ditahap
yang agak lemah dimana memperolehi markah dari 5 hingga 12
markah. Apa yang dapat dirumuskan ialah pengukuhan terhadap
penggunaan nota poket perlu dibuat melalui cubaan menjawab
lebih banyak lagi soalan objektif dan juga soalan esei.
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
9/12
7.4 Pengukuhan dan Pengayaan
Proses ini dijalankan dengan membuat ujian untuk menguji
keberkesanan penggunaan nota poket tersebut. Pelajar menduduki satu
ujian yang mengandungi pelbagai jensi soalan dari bentuk objektif dan
juga esei. Sebanyak 20 soalan objektif dan 4 soalan esei diberikan untuk
ujian tersebut dan dijalankan selama satu jam.
7.4.1 Refleksi Ujian Pengukuhan
Dari jumlah 25 orang tersebut seramai 10 orang pelajar telah
mencapai markah lulus tetapi dalam paras 40 hingga 45 markah.
Manakala 15 orang pelajar lagi masih belum dapat menguasai ilmu
yang diberikan melalui nota poket tersebut. Kekurangan maklumat
menjadikan pelajar tersebut gagal dan dari tinjauan menunjukkan
mereka tidak menggunakan nota tersebut dengan cara yang betul.
BIL NAMA PELAJAR Markah Gred
1 MOHAMAD ABDUL AZIM BIN MAHAT 10 9G
2 MOHAMAD FIRDAUS BIN SHUKOR 13 9G
3 MOHAMAD MUSHAWIR BIN SIDIK 15 9G
4 MOHAMAD SAFIEE BIN MOHD SHARIFF 41 9G
5 MOLTAZAM BIN ROSLAN 45 9G
6 MUHAMAD ALIF ALIFI BIN ABD RAHMAN 41 9G
7 MUHAMAD HAZIQ BIN ARIFFIN 40 9G8 MUHAMMAD IQBAL BIN KHALID 15 9G
9 MUHAMMAD MUSHARAF BIN MUSTAFFA 41 9G
10 RAZALI BIN ZULKIFLI 40 9G
11 ARIRAJ A/L RAJANTERIN 10 9G
12 ARUNRAAJ A/L NADARAJAN 11 9G
13 DEVARAJ A/L MAT KEYALAKAN 12 9G
14 DURAIRAJ A/L ARUMUGAM 13 9G
15 NG CHI ZHI 43 9G
16 NURUL SYAFIQAH BINTI ABD HALIM 15 9G
17 PUTERI BALKIS BINTI SALLEHUDIN 42 9G
18 SITI AISHA BINTI OTHMAN 45 9G
19 SITI MAHMUDAH BINTI JUSNI 10 9G
20 SITI NORZAHIRAH BT ISMAIL 25 9G
21 ANGELA A/P C KANASAN 14 9G
22 THEIVARANI A/P SANDARSIAKAN 17 9G
23 LAU SOOK KUAN 19 9G
24 LEE MAN LIN 12 9G
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
10/12
25 PANG MEOW LENG 40 9G
26
7.5 Pembentukan dan Penggunaan Modul
Modul dihasilkan berdasarkan nota poket yang dihasilkan oleh
para pelajar. Dengan penghasilan modul tersebut pelajar telah diarah oleh
guru untuk menjalankan latih tubi terutama dalam soalan-soalan yang
terdapat daripada modul tersebut.
Modul ini dilaksanakan diperingkat awal proses P&P dimana satu
proses P&P menggunakan 2 soalan daripada modul tersebut. Tindakan ini
merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti samaada pelajar membuat
ulangkaji menggunakan nota poket tersebut atau tidak. Pelaksanaannya
lebih dikenali sebagai Sergahan Minda dilaksanakan selama 5 hingga 8
minit sahaja dan jawapannya akan dibincangkan selepas tamat masa
menjawab soalan tersebut.
7.5.1 Refleksi Penggunaan Modul
Dapat dirumuskan bahawa pelaksanaan modul ini telah dapat
menarik minat pelajar untuk menggunakan nota poket dengan
semaksimum mungkin. Kejayaan mereka dan pengukuhan yang
diberikan guru menyebabkan mereka semakin gembira
menggunakan nota poket tersebut.
Apabila mereka berjaya menjawab soalan yang diberi maka
mereka semakin teruja untuk menggunakan nota poket tersebut.
7.6 Ujian Pos
Setelah merasakan bahawa pelajar telah boleh menggunakan nota
poket semaksimum mungkin maka ujian pos dilaksanakan untuk melihatsekali lagi keberkesanan penggunaan nota poket Bab Perbankan itu
didalam penguasaan pelajar dalam bab berkaitan. Sebanyak 40 soalan
objektif dan 6 soalan esei disediakan untuk melihat kebolehan pelajar
dalam menguasai ilmu melalui nota poket yang dihasilkan. Ujian Pos
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
11/12
tersebut dijalankan dalam 2 peringkat iaitu untuk kertas 1 selama 1 jam
15 minit dan kertas 2 selama 2 jam.
7.6.1 Refleksi Ujian Pos
Antara dapatan yang diperolehi 55% (14 orang) pelajar
telah dapat menjawab soalan objektif dengan baik iaitu
memperolehi sekurang-kurangnya 32 markah hingga ke 35
markah. Manakala 45% ( 11 orang) lagi mencapai lebih 20 markah
tetapi gagal untuk mencapai 30 markah.
Manakala bagi soalan esei pula hanya 35% (9 orang)
pelajar dapat menjawab soalan esei dengan baik iaitu mencapai
sekurang-kurangnya 15 markah untuk setiap soalan yang dijawab.
Manakala 65% (16 orang) pelajar masih gagal menguasainya.
Namun begitu saya berpendapat bukan kerana
ketidakberkesanan penggunaan nota poket tetapi adalah dari segi
teknik menjawabnya yang kurang tepat, di mana pelajar gagal
mengenalpasti kehendak soalan.
Kesimpulannya, secara keseluruhan seramai 15 orang atau
60% pelajar telah lulus dalam Ujian Pos ini manakala 10 orang
atau 40% masih gagal dalam ujian ini. (lampiran 3)
8.0 REFLEKSI KAJIAN
Daripada kajian yang dibuat dapatlah saya buat refleksi berdasarkan ujian
pra dan ujian pos iaitu perbezaan sebelum dan selepas pengunaan nota poket
adalah amat jelas. Berdasarkan ujian pra semua pelajar yang dikaji adalah gagal
dalam ujian tersebut sedangkan selepas melaksanakan penggunaan nota poket
beserta pengukuhan dan pengayaan maka seramai 15 oarng pelajar telah lulus dan
terdapat 3 orang pelajar telah dapat mencapai markah kecemerlangan iaitu lebih
dari 70 markah. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar perlu diberi bimbingan
yang tepat beserta dengan latihan yang cukup akan menjadikan pelajar yang tahap
rendah berubah kepada tahap sederhana dan tinggi.
-
8/14/2019 Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota P
12/12
9.0 CADANGAN KAJIAN
Saya akan melaksanakan kaedah ini untuk meningkatkan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran ini dalam SPM 2008 dan mencadangkan agar satu kajian
dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar sewaktu menjawab soalan esei.
Soalan esei sebenarnya penting kerana mempunyai wajaran yang lebih banyak dari
soalan objektif iaitu 60%. Jika masalah ini dapat dirungkai maka tidak hairanlah jika
pelajar tahap pencapaian rendah yang mengambil mata pelajaran perdagangan mampu
untuk melakukan lonjakan saujana dalam peperiksaan SPM 2008.
Bibliografi.
Mohamad Najib Abdul Ghafar, (1999) Penyelidikan Pendidikan, Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. KualaLumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
top related