meningkatkan kemahiran menjahit pelajar
Post on 23-Oct-2015
668 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM JAHITAN ASAS SUBJEK
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN
CROSS STITCH KITS
Oleh:
Hasliza Hassan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Parit Raja,86400 Batu Pahat, Johor.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar Tingkatan 1 Bestari bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar Tingkatan 1 Bestari merupakan pelajar bagi kelas
ketiga. Kebanyakkan pelajar telah disaring berdasarkan keputusan UPSR mereka.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1,pelajar-pelajar
perlu mempelajari jahitan asas, antaranya : jahitan insang pari, jahitan sembat,jahitan kia, jahitan
jelujur halus, jahitan lilit kemas,jahitan lubang butang,jahitan silang pangkah dan jahitan suji
bilang. Seterusnya, mereka perlu mengaplikasikan kemahiran mereka untuk projek menghias
artikel. Oleh kerana mereka tidak mempunyai asas menjahit, timbul kesukaran apabila mereka
diminta untuk menghias artikel dengan menggunakan jahitan asas. Secara tidak langsung, ini
akan menyebabkan mereka tidak dapat menghias artikel dengan mudah dan baik. Jadi
kebanyakan artikel yang dihasilkan adalah tidak menarik. Selepas setiap kali mengajar jahitan
asas, saya akan mengulanginya semula dengan bertanya kepada pelajar, “Masih ingat atau tidak
bagaimana untuk menjahit jahitan jelujur?”.Pelajar menjawab sudah lupa. Hal yang demikian
amat mengecewakan saya. Berdasarkan hasil kerja mereka, saya dapati hasilnya amatlah tidak
memuaskan dan mereka sering gagal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga,
soalan untuk tajuk jahitan asas merupakan soalan yang kerap disoal dalam kertas Kemahiran
Hidup Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Ini kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat
mengenal pasti dan membezakan lapan jenis jahitan asas dengan baik seterusnya tidak dapat
2
menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil semakan buku latihan
dan keputusan ujian mereka.
Seminggu 120 minit atau tiga masa seminggu diperuntukan untuk subjek Kemahiran Hidup
Bersepadu. Justeru dengan peruntukan masa yang terhad, telah menghadkan pelajar untuk
menguasai kemahiran menjahit jahitan asas dengan baik. Daripada temubual secara tidak
formal,pelajar didapati bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ada di antara
mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dan ada juga yang bermain dengan rakan
mereka. Sehubungan dengan itu, saya selaku guru Kemahiran Hidup bertanggungjawab untuk
meningkatkan minat,kecekapan dan kemahiran pelajar dalam menguasai kemahiran jahitan asas.
Berdasarkan pemasalahan ini, saya dapati bahawa pelajar saya memerlukan bimbingan
yang berterusan sebagai asas untuk mereka menguasai jahitan asas ini dengan baik seterusnya
dapat menghias artikel dengan menarik .Seterusnya membantu mereka memperoleh markah yang
baik kerana hasil kerja mereka menghias artikel akan dinilai dan diharap mereka dapat menjawab
soalan ini dengan baik untuk membantu peratusan markah kertas Kemahiran Hidup PMR.
Fokus kajian
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata pelajaran teras dan dinilai dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Kertas Kemahiran Hidup Bersepadu mengandungi 60 soalan objektif
dengan pilihan jawapan ; A, B, C, D. Soalan jahitan asas adalah antara soalan wajib bagi
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Oleh kerana peruntukan masa yang terhad, menghadkan pelajar untuk menguasai jahitan
asas dengan baik. Mereka bukan sahaja gagal untuk menguasai kemahiran jahitan asas malah
turut menyebabkan mereka tidak dapat membezakan jenis jahitan apabila diajukan dalam kertas
soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sekiranya masalah ini tidak diambil berat, kesannya akan menjejaskan markah
peperiksaan mereka dan seterusnya jika dibiarkan ia akan terbawa-bawa ke tingkatan berikutnya
dan kesukaran akan berlaku kepada guru yang mengajar pelajar ini pada tahun akan datang
kerana kemahiran jahitan asas merupakan subjek semasa di Tingkatan 1, dan guru tidak akan
mengulanginya untuk tahun berikutnya iaitu di Tingkatan 2 dan 3. Hal ini akan menyebabkan
3
pelajar akan terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran jahitan asas dan seterusnya gagal
untuk mengenal pasti serta membezakan jahitan asas.
Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar menguasai
jahitan asas dan menjawab soalan berkaitan jahitan asas dengan baik.
Objektif kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar akan mencapai objektif berikut:
i. Objektif Umum:
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam jahitan asas menggunakan cross stitch kits.
ii. Objektif khusus:
Meningkatkan penguasaan pelajar tentang konsep jahitan asas dengan menggunakan
cross stitch kits.
Mengukuhkan kemahiran menjahit pelajar dengan aktiviti menjahit artikel mudah
menggunakan jahitan asas yang sesuai.
Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 1 Bestari (satu kelas), 20 orang pelajar
perempuan dan 10 orang pelajar lelaki. Pelajar-pelajar di kelas ini adalah pelajar yang lemah
dalam pembelajaran dan daya ingatan mereka berada di tahap yang sederhana. 15 orang
mencapai gred C ,10 orang mendapat gred D,dan 5 orang gred E dalam Ujian Prestasi 1.
4
Strategi Tindakan Dicadangkan
i. Tinjauan Masalah:
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
masalah telah dikenal pasti dan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.
a. Kaedah Pemerhatian
Kaedah pertama yang saya gunakan adalah pendekatan secara pemerhatian bagi
mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar saya ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku di dalam kelas.
b. Kaedah Semakan buku latihan
Tinjauan masalah diteruskan dengan menyemak buku latihan pelajar.
c. Kaedah Temubual
Kaedah ketiga yang saya gunakan adalah melalui pendekatan temubual secara rawak.
Amali
Amali ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kelemahan pelajar.
ii. Analisis Tinjauan Masalah:
a. Kaedah Pemerhatian:
Pemerhatian dibuat berdasarkan hasil kerja pelajar dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pelajar seringkali tidak
dapat menyempurnakan tugasan dengan baik dan memberi alasan tidak tahu dan
tidak pandai untuk menjahit walaupun sudah diberi peringatan akan didenda jika
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, saya perhatikan bahawa
pelajar sering keluar kelas untuk ke tandas dan ini menyukarkan pelajar untuk
memahami apa yang diajar oleh saya.
5
b. Kaedah Semakan buku latihan
Pelajar diberikan soalan objektif untuk mengenal pasti jenis jahitan. Latihan ini
bertujuan supaya pelajar dapat mengingati serta menguasai jahitan asas yang telah
diajar oleh saya. Hasilnya pelajar gagal untuk membezakan jahitan asas ini
dengan baik.
c. Kaedah Temubual
Saya bertanya pendapat mereka tentang topik jahitan asas. Mereka memberi
respon, subjek Kemahiran Hidup membosankan dan susah untuk mengingati apa
yang diajar oleh saya dalam masa tempoh yang terhad. Mereka juga memberitahu
diganggu rakan sama ada diajak berbual dan sebagainya ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, saya bercita-cita untuk mempelbagaikan lagi
strategi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.
Amali
Amali ini dilakukan untuk 30 orang pelajar yang disasarkan dan mereka diberikan
tempoh masa selama 30 minit untuk menyiapkan jahitan asas. Pelajar akan diberikan
kain Cotton sebagai latihan permulaan.
6
d. Merancang Tindakan:
Sebanyak empat aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi
meningkatkan kemahiran pelajar dalam jahitan asas dalam kalangan pelajar
sasaran saya. Markah akan direkod untuk setiap aktiviti yang dijalankan bagi
tujuan untuk menilai keberkesanan rancangan tindakan ini.
Kelebihan aktiviti ini:
Hasil dapatan yang saya perolehi daripada menggunakan kedua-dua teknik ini ialah yang
pertama, dengan menggunakan kain cotton hasil kerja pelajar tidak kemas dan tidak lurus
jahitannya. Ini berlaku disebabkan tekstur kain cotton keras dan apabila berlaku kesalahan
akan menyukarkan pelajar untuk membetulkannya. Berlainan pula dengan menggunakan
cross stitch, cross stitch kainnya berlubang dan ini secara tidak langsung akan memudahkan
pelajar untuk melakukan jahitan, lagipun ia secara tidak langsung memberi panduan kepada
pelajar untuk melakukan jahitan dengan lubang-lubang yang ada pada kain cross stitch itu.
Hasil kerja pelajar dengan menggunakan kain cross stitch lebih kemas dan tersusun.
Pelajar akan berasa seronok jika hasil yang mereka lakukan berjaya dan mendapat pujian
daripada rakan dan guru, dan ini akan menimbulkan satu rasa kepuasan kepada diri mereka.
Jika mengikut psikologi, apabila sesuatu tindakan mendapat pujian dan ganjaran , maka
secara tidak langsung akan membangkit rasa gembira dalam diri seseorang itu.
Pada pandapat saya, dengan menggunakan cross stitch lebih mudah untuk mengajar
pelajar untuk asas-asas jahitan dan setelah mereka mahir barulah beralih kepada dengan
menggunakan kain cotton pula. Ini kerana, langkah ini secara tidak langsung mampu menarik
minat pelajar untuk belajar cara-cara jahitan asas menjahit. Seterusnya mampu memberi
dorongan kepada pelajar untuk belajar teknik-teknik jahitan yang seterusnya. Jika mereka
ingat cara-cara menjahit dengan melakukan sendiri akan lebih mudah untuk mereka
mengingati asas-asas jahitan dan ini seterusnya dapat memberi ingatan kepada mereka ketika
menjawab soalan peperiksaan.
Namun di sini di samping untuk ingatan dalam persediaan peperiksaan ia juga berkesan
kepada pelajar dalam dunia realiti mereka, di mana mereka boleh mengaplikasikan teknik ini
untuk menjahit pakaian mereka yang koyak.
7
a. Aktiviti 1 CrossFun (Cross Stitch Fun)
Cara perlaksanaan:
i. Guru menunjukkan peralatan jahitan dalam bentuk maujud iaitu gunting, benang,
cross stitch, dan seterusnya diletakkan di hadapan pelajar.
ii. Guru memberikan cross stitch dengan ukuran 7.5cm x 11.5cm beserta alatan
jahitan kepada setiap pelajar.
iii. Guru membimbing pelajar untuk menjahit dengan betul.
iv. Selepas selesai menjahit lapan jenis jahitan, pelajar dikehendaki menampal hasil
kerja mereka dalam “Sewing Little Picture” seperti Lampiran A.
v. Sewing Little Picture juga memaparkan langkah-langkah menjahit dengan betul
(bagi aktiviti 1).
vi. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.
8
Bahan yang diperlukan:
i. cross stitch : 7.5cm x 11.5cm
ii. gunting
iii. benang
iv. jarum
11.5cm
7.5cm
9
Langkah jahitan jelujur halus
JAHITAN JELUJUR HALUS
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
10
Langkah jahitan kia
JAHITAN KIA
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 1mm hingga 2
mm.
Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari
A.
Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.
11
Langkah jahitan sembat
JAHITAN SEMBAT
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum
lebih kurang 300
Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.
12
Langkah jahitan lubang butang
JAHITAN LUBANG BUTANG
Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia
Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik kesebelah luar fabrik.
Tarik benang dan susup di bawah jarum.
Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
• Matikan jahitan dengan jahitan kia.
13
Langkah jahitan silang pangkah
JAHITAN SILANG PANGKAH
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri .
Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm dengan
jarak 1mm .
• Matikan dengan jahitan kia
Masukkan jarum ke dalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak
1mm .
Matikan dengan jahitan kia .
14
Langkah jahitan insang pari
JAHITAN INSANG PARI
Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada
A.
Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
Letak benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah
penjahit.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata
jahitan insang pari yang akhir .
15
Langkah jahitan lilit kemas
JAHITAN LILIT KEMAS
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik dan tarik jarum ke
arah penjahit.
Jahit sehingga siap.Matikan dengan jahitan kia.
16
Langkah jahitan jahitan suji bilang
b. Aktiviti 2 Re-Test 1(Remember Test 1)
i. Aktiviti ini berbentuk individu. Mereka perlu menyiapkan jahitan asas yang telah
dipelajari menggunakan cross stitch kits.
ii. Masa yang diperuntukan adalah 30 minit.
iii. Pelajar yang paling awal menyiapkan tugasan ini dikira sebagai pemenang.
iv. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam “Sewing Little Picture”.
v. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.
c. Aktiviti 3 Re-Test 2 (Remember Test 2)
i. Guru mengulangi aktiviti 2.Tempoh masa yang diperuntukkan adalah 20 minit.
ii. Pelajar yang paling awal menyiapkan tugasan ini dikira sebagai pemenang.
iii. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam “Sewing Little Picture”.
iv. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.
JAHITAN SUJI BILANG
Mulakan jahitan dengan jahitan kia.Jahitan satu barisan jahitan condong.
Silangkan jahitan tersebut sehingga bersilang di tengah-tengah jahitan. Jahit
sehingga habis silangnya.
17
d. Aktiviti 4 Artimu (Artikel mudah)
i. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman dan juga ingatan pelajar .
ii. Aktiviti ini dijalankan secara individu.
iii. Pelajar dikehendaki menghias artikel mudah dengan jahitan asas seperti insang
pari, jahitan silang pangkah, jahitan suji bilang dan sebagainya (Lampiran B).
iv. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam “Sewing Little Picture”.
v. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.
Ujian
Ujian ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan pelajar dalam membezakan serta
mengenal pasti jahitan asas yang telah dipelajari. Setelah guru melaksanakan empat
aktiviti yang dinyatakan, guru akan menjalankan ujian. Soalan adalah berbentuk 10
objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan
D. Contoh soalan adalah seperti Lampiran C.
18
Jadual Pelaksanaan Kajian
Kajian ini dijalankan selama 4 minggu bermula dari 8 Oktober 2012 hingga 29 Oktober 2012.
Bil. Aktiviti Tempoh Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 8 Oktober 2012
2 Menulis proposal kajian 10 Oktober 2012
3 Merancang tindakan 15 Oktober 2012
4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1(Cross Stitch Fun) 17 Oktober 2012
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 17 Oktober 2012
6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 (Remember Test 1) 18 Oktober 2012
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 18 Oktober 2012
8 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 3 (Remember Test 2) 19 Oktober 2012
9 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 19 Oktober 2012
10 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 4 (Artikel mudah) 24 Oktober 2012
11 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 4 24 Oktober 2012
12 Ujian 24 Oktober 2012
12 Refleksi kajian 26 Oktober 2012
13 Menulis laporan kajian 26 Oktober 2012
14 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman
panitia/sekolah. 29 Oktober 2012
19
Anggaran kos
BIL ITEM KUANTITI/SAIZ HARGA SEUNIT( RM) JUMLAH(RM)
1 Cross stitch 2 meter RM16.00 RM 32.00
JUMLAH RM32.00
20
Rujukan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPPDP,KPM.
Tan et all. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Percetakan
Rina Sdn.Bhd.
M.Yunus et all. (2011). Psikologi Pendidikan.Selangor: Meteor Doc. Snd. Bhd.
21
Lampiran
top related